BAB 63

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SAYANG, merajuk ke?" Pinggangku dipaut erat. Aku mula rasa kurang selesa, sebab aku alah kalau orang paut pinggang dari sisi macam ni. Lagi-lagi kalau tiba-tiba. Tapi, kan bila fikir semula sebelum tidak pula aku geli, mungkin sebab masa tu aku terlampau nervous.

"Lepaslah, tak mahu..." protesku.

"Ala... I'm sorry, okay. Ayyan janji takkan senyum manis macam tu lagi dekat perempuan lain. Ayyan janji!"
Dia tahan tubuhku daripada bergerak lagi. Aku terpaku tepat di sisinya. Muka aku pamer tiada riak, walaupun dalam hati aku rasa nak tergelak. Sebab Ayyan siap ikrar depan mata aku sekarang ni.

Comel sangat, teringat pula zaman-zaman sekolah dulu. Dia pernah ikrar depan aku, janji takkan ponteng sekolah lagi. Iyelah, hari tu dia ponteng senyap-senyap tidak beritahu aku langsung.

Hmm. Dulu tu mana ada telefon nak calling-calling.

"Reen... Pelease..." 

Mimik dia dimanjakan minta perhatian. Tercebik bibir dia mohon aku jangan merajuk lagi. Telapak tangannya menyentuh kepalaku dan diusap lembut.

"Reen nak Ayyan buat something surprised, tak? Macam buat announcement tentang perasaan Ayyan pada Reen? Nak tak?" tanya Ayyan bersama senyuman yang mula berbuah. Serautnya mengacah aku untuk timbang cadangan dia.

"No! Janganlah malu orang tengok." tegahku laju. Kepala ikut tergeleng.

"Kalau tak nak, jangan merajuk lagi. Senyumlah, jangan monyok. Ni baru first date kita, sayang lepas kita declare. Senyumlah."

Dia sentuh tepi bibirku, dan bibirnya ikut mengajar aku supaya senyum.
Aku tidak boleh merajuk lama, terus aku ukir senyuman untuk dia. Bahunya aku peluk.

"Iye, Reen senyum. Reen saje je pura-pura merajuk, nak tengok Ayyan pujuk, tak... Huhu..."

Kepalaku ikut terlentok manja dibahunya. Alahai, memang perangai elok sangat mengada depan orang ramai macam ni.

"Nakal ye isteri Ayyan ni..." Hidung aku diusiknya.

Kami berjalan menuju ke pawagam. Tempat persinggahan kedua kami sebelum ke tempat istimewa kami.
Setelah kami mengambil tempat duduk, Ayyan tanggalkan jaketnya dan menyelimut tubuhku dengan jaketnya.

"Tak yahlah Ayyan, tak sejuk pun. Ayyan tu kan tak berapa sihat, Ayyan ajelah pakai." Mataku menyorot ke arahnya, walaupun dalam samar-samar cahaya aku nampak mata Ayyan merenung aku.

Dia letak sebelah tangannya di atas bahuku dan mendekatkan jarak kami.

"Nevermind, sayang. Ayyan okay. Sekali sekala nak macho jugak macam drama korea. Reen sukakan Ayyan buat macam ni," bisiknya lembut di tepi telingaku yang beralas tudung. Lalu, dia dengan selamba bibirnya mendarat di pipiku.
Terkejut aku. Berani betul, dia! Dia ingat dia tengah berlakon drama korea? Aish, haraplah tiada siapa perasan kami.

Takut diorang jealous tak dapat suami yang kacak plus comel macam Ayyan.
Aku menolak pipinya supaya menjauh. Tangan aku disambutnya dan dikucup pula jemari runcingku.

Ya Allah. Berdebar macam naik keretapi terbang. Tolonglah, Ayyan. Nanti orang ingat kita nak berbuat maksiat pula.

"Ayyan... Janganlah, malu orang tengok nanti..." Keras aku lontarkan suara dalam nada berbisik. Tangan aku cuba aku tarik namun, dia tidak lepaskan malah dia simpan di dada bidangnya.
Degupan dadanya, laju seperti aku.
Aku gigit bibir menahan malu.
He really love me, right?

"Yes..."

Terbeliak mataku sambil toleh dia di sisi yang sedang pandang aku.

"Yes apa?"

"Don't know..."

Dia boleh baca fikiran aku, ke?

"Boleh..."

Ya Allah. Ayyan!

"Ye sayang..."

"Ayyan... macam mana boleh tahu apa yang Reen cakap dalam hati?" soalku terkuat sedikit, terus aku tekup bibir bila terperasan aku dalam pawagam.

"I just guess. Betul ke tekaan Ayyan ni?"
Aku terdiam dan terkelu. Eeghh tak tahu nak cakap apa dah.

Iklan yang kuat mematikan perbualan kami. Sound speaker di wayang sumpah macam nak pekakkan telinga aku. Kuat gila. Rasa nak pecah dah gegendang telinga.

Selang beberapa saat, pipiku diusik dengan jarinya.

"I love you..."

Merah pipiku mendengar luahan tiba-tiba itu. Tak berani aku nak pandang dia di sebelah. Romantiknya dia, menggugat hatiku.


...

PIPIKU lencun dengan air mata. Movie Perfect World versi Japanese ini sungguh meruntun hati.
Aku seka mutiara ini, namun jatuh juga berkali-kali.

"Sayang... janganlah menangis... Hero heroin tu dah bahagiakan ending tu. Hero tu hidup, ada dengan heroin. Tak mati pun."

Ayyan memujuk, jarinya turut mengesat air mata di pipiku. Bahuku juga digosok-gosok untuk redakan gelora perasaan aku.

Aduh, bila layan cerita terlebih perasaan jadi beginilah. Aku bukan apa, aku sedih sangat dengan nasib hero. Hero tu cacat seumur hidup selepas accident, dan hanya bergantung berjalan menggunakan wheelchair.
Sedihnya kalau itu terjadi pada aku. Mesti semua orang menjauhkan diri daripada aku seperti dalam cerita itu.
Namun, bila heroin muncul. Dia menceriakan kehidupan hero yang serba kelam. Dia sanggup berkorban menjaga hero, dan menerima apa adanya hero. Ya Allah, sebaknya. Ada lagi ke manusia semulia itu?

Jangan disangka hubungan mereka ceria sentiasa. Kebahagian mereka hancur begitu sahaja apabila ayah heroin melarang hubungan mereka. Masa tu, aku rasa nak masuk dalam movie, nak marah ayah heroin tu. Sampai hati pisahkan mereka. Ayah heroin jahat, zalim!

Masa di pawagam waktu scene itu, aku nangis hampir teresak. Nasib juga aku sempat kawal. Sedih dan geram teradun mencengkam sanubari untuk memberontak.

Selepas perpisahan itu, hero dan heroin menjalankan kehidupan mereka tanpa berhubung. Sedihnya melihat mereka dan membayangkan perpisahan tanpa rela itu.

Ayah heroin mulai insaf, aku lega sedikit. Ayah heroin ceritakan semua detik dia meminta hero supaya memutuskan hubungan. Dan, reaksi heroin nampak kecewa tetapi riak mukanya masih kekal tenang.

Ayat dia yang menusuk kalbu untuk ayahnya ialah
"We should overcome the hardship together, right?"

Aku rasa heroin juga menegur aku waktu ini supaya tabah menghadapi kesusahan bersama insan yang tercinta. Aku akan simpan teguh di dalam ingatan tika aku dilambung ombak penderitaan di kemudian hari.
Heroin menerima panggilan di hospital tentang hero akan dibedah. Ya Allah, betapa hancurnya hatiku waktu itu apabila terbayang waktu Ayyan di hospital. Aku menangis dan Ayyan berusaha memujuk aku waktu itu. Mujur juga aku masih dapat mengawalnya. Serius, aku tidak pernah beremosi seperti ini ketika dalam pawagam sebelum ini.

"Being together with you are perfect world for me." ~Hero

"I can laugh and smile like i used to be when you are beside me." ~Hero

"I like the way you now, Senpai." Heroin
"The way you are now, is precious to me, Senpai." ~ Heroin

Itulah kata-kata mereka yang paling aku ingati di dalam kotak fikiran. Manisnya huluran bait itu terkandung dengan rasa sebak. Itukah rasa bahagia dalam duka?




...



SUASANA petang sangat mendamaikan jiwa. Aku dan Ayyan singgah sebentar ke sekolah lama kami.

Mataku ralit memandang sekeliling, sungguh memori indah aku dan Ayyan terlayar di tubir mata. Seakan ternampak-nampak susuk tubuh kami sedang bergurau, berbual dan mengusik antara satu sama lain.

Indahnya apabila dikenang, dan melihat kami sekarang sedang menganyam bahagia yang baru hadir membuatkan senyuman di bibirku tidak mahu lekang.

Tanganku digenggam erat oleh Ayyan, aku toleh kepada dia dan membalas genggaman dia.

"Kita duduk dulu di kantin, boleh?" soal Ayyan kepadaku.

Aku hanya mengangguk. Mungkin dia kepenatan berjalan keliling padang tadi?

Kesian pula suami aku. Dah terlajak seronok jadi beginilah aku, sehingga lupa Ayyan tidak boleh terlebih banyak berjalan. Kakinya masih lemah.

"Ayyan okay, tak ni?" Aku bertanya risau, tubuhku sedikit menunduk ingin memeriksa andai kakinya terseliuh atau bengkak. Perasaan gusar mengalir di sanubariku kini.

"Ayyan okaylah sayang. Cuma penat sikit, aje." Dia tarik tanganku daripada sentuh kakinya. Pinggang aku dipeluk mesra dari belakang.

"Are you sure?" Ragu-ragu aku menyoalnya.

"Yes... I'm fine as long you are beside me, sayang..."

Ya Allah, manisnya bibir dia ni bila berkata-kata. Malulah kalau tiap waktu dia begini.

"Mengadalah Ayyan ni." Tangan sebelah kanan menampar lembut dadanya. Senyuman di bibir aku tidak boleh aku kendurkan. Suka sangat.

"Mengada dengan sayang adalah hal yang paling membahagiakan Ayyan." Ayyan masih tidak jemu mengusik aku. Rasa nak lari, tapi pinggang aku dah dikunci susah dah nak bergerak ni.

"Err, Ayyan dah lah tu. Err, ingat tak masa kita..." Aku hendak menukar topik, tapi idea tersekat. Tak mahu keluar.

"Masa kita apa, sayang?"
Wajah Ayyan sedang mendekat di pipiku. Hangat nafasnya menyapu wajah. Eghhh. Ayyan ni, siap kat rumah kita gusti dia!

"Jangan dekatlah, malu nampak pak cik Manan tu," tegur aku tentang perilaku nakal dia. Kalau pak cik guard ternampak kami begini habislah air muka aku. Nanti dituduh pasangan miang. Aduh.

"Takpelah kalau nampak. Pak cik Manan faham kita pengantin baru. Biasalah nak bermanja macam ni." Ayyan selamba mengenakan aku semula. Terdengar gelak halus terletus di bibir dia.

"Tak mahu kawanlah macam ni." Aku muncungkan bibir, konon merajuk.
Kami diselebungi sepi. Kepala aku cuba lentokkan di bahunya tetapi aku batalkan niat. Segan pula nak bermanja di tempat lapang begini. Walaupun tiada orang.

"Reen ingat tak kita lari dari bilik muzik tu. Ayyan sampai terlupa nak pakai kasut. Kelakar betul." Suara dia memecahkan kesunyian kami. Aku toleh tepi, nampak dia tersenyum girang sambil matanya turut memandang aku.

"Ingat. Reen paling tak boleh lupa peristiwa tu. Ayyan buat surprise birthday. Reen suka sangat, tak sangka Ayyan sweet jugak walaupun kadang-kadang annoying."
Ayyan ketawa kecil.

"Haha. Of course, Ayyan lelaki yang sweet... Untung tau siapa dapat Ayyan." Angat bakul sendiri nampak.
Aku tergeleng. Penyakit perasaan Ayyan masih tak boleh kikis. Tapi, aku suka. Aku suka semua tentang dia.

"Kenapalah dulu Ayyan tak minta Reen jadi girlfriend Ayyan, kan. Bongok betul mintak jadi adik angkat. Macam budak-budak."

Aku tak tahu hendak beri komen apa. Hanya mampu tersenyum bila mana terbayang pertemuan kami masa Ayyan declare ingin jadikan aku kakak angkatnya. Manisnya apabila dikenang. Seraut wajahnya di waktu itu, sungguh comel dan kacak. Ada garis nakal dan manjanya. Alahai, dia masih form 1 kut masa tu. Memang kebudakan sangat perangai.

"Reen jual mahal sangat. Nasib juga Ayyan dapat jadi adik angkat. Masa tu fikir juga nak give up, tapi entahlah kenapa Ayyan tetap nak jadi adik angkat. And I'm success."

Kata-kata Ayyan membuat aku mengimbau kembali surat-surat Ayyan. Kelakar sangat. Kalaulah bagi Ayyan baca semula, dia nak muntah tak agaknya?

"Thanks to you, Reen. Ayyan bersyukur dipertemukan dengan Reen. When I give up to life, when I give up to stay. I have you, and I'm not scared because you are always with me. Even, our times is short. Just one year... I really have great time with you, sayang... Ayyan pernah terfikir nak seusia dengan Reen. Tapi, tulah dah takdir Ayyan muda 4 tahun. Nak buat macam mana, kan?"
Terharu. Dia berjaya menghantarkan perasaan dihargai. Indahnya apabila insan lain rasa kita ini penting dalam hidupnya. Aku bersyukur masa yang aku luangkan bersama dia dahulu tidak sia-sia.

"Perjalanan hidup kita dah teratur elok oleh Allah. Ayyan bersyukur sebab Allah hadirkan Reen dalam hidup Ayyan. Sebab adanya Reen, Ayyan terselamat daripada lemas. Sebab adanya Reen, Ayyan mampu teruskan hidup. Sebab adanya Reen, Ayyan dipertemukan dengan mama. Sebab adanya Reen, Ayyan memahami erti bersyukur. Reen tak pernah lelah berada di sisi, Ayyan. Ayyan tak tahu apa akan berlaku pada Ayyan jika Reen tiada di sini. Ayyan bersyukur memiliki perempuan sebaik Reen."

Aku kemam bibir. Rasa nak menangis lagi. Penghargaan yang Ayyan alunkan untuk pendengaran aku sangat menyentuh sanubari. Aku juga ingin memberi penghargaan kepada dia. Dia juga banyak berkorban untuk aku.
Aku pandang dia. Pandangan kami bersatu. Dia tersenyum begitu juga aku. Pipi aku dielusnya, kepala aku diusapnya. Tanda dia kasih kepadaku. Aku suka dia bertingkah begini. Aku bahagia.

"Sebab adanya Ayyan, Reen kenal erti cinta. Sebab adanya Ayyan, Reen kenal erti tabah. Sebab adanya Ayyan..." Aku tertunduk. Terhenti ayat yang ingin ku ungkap. Aku diserang sebak.

"Reen rasa bahagia... Sebab adanya Ayyan, Reen rasa hidup ini sempurna walaupun hanya terisi kita berdua..."
Air mata ini menitis jua. Ayyan terus mendakap tubuhku erat.

Hidup aku sekarang terasa sempurna dengan adanya dia. Ayyan Irhan, cinta pertama dan terakhirku. Terima kasih, sayang.

...

Lagu yang saya dengar masa menulis.
   
Sayangku 
Kerana dikau menghulurkan 
Seranjang mawar 
Tanda cintamu yang suci 
Harumi di hati ini
Terima kasih duhai sayangku 
Kerana dikau sudi menyelami 
Selautan kasihku 
Dengan harum wangian 
Cintamu selama ini
Engkau binaku mahligai syahdu 
Dari permata yang aku impikan 
Buat diriku berteduh kasih 
Di bawah redup kasih sayangmu
Engkau bentangku padang cintamu 
Untuk mengalas peraduan lenaku 
Engkau selimutku dengan sutera 
Kasih sayangmu oh asyiknya
Hanya kasih dan belaianmu 
Yang penuh syahdu sudah memadaiku 
Hingga dikau membuat diriku 
Terpaut sayang padamu

By : Siti nordiana : Terpaut sayang padamu

...

Writer's comment : Kejap, belum ending lagi. Huhu. Sorry if sweet mereka tidak menjadi. I trying writing this dengan ikhlas. Honeymoon bab will coming soon. Maafkan sye, bab naik pelamin tu sye xmampu buat. Cukuplah dorg honeymoon di Pulau ye? Thanks for your time for reading my story. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro