SYT 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Flashback di sekolah menengah

Seekor kucing berwarna oren tompok bercampur putih terbaring manja di sisiku. Aku, cat's lover tak sanggup tengok lama-lama, so aku belai-belai sambil menggeletek perut kucing itu. Aku ketawa kecil melihat telatah kucing itu menggigit-gigit manja jari jemariku.
"Alalala, omelnya Imau ni akak ni... Geramnye! Rasa nak gigit-gigit je!"

Persis budak kecil, nada suaraku terlebih manja. Kucing ni aku beri nama Imau kerana corak bulunya seperti harimau. Sudah menjadi rutinku pula membelai Imau begini sementara mengawasi pelajar-palajar di bawah tangga semasa waktu rehat.

"Alololo... comelnye suara dia, adui... Cair dah saya dengar."

Tiba-tiba ada suara asing mengajuk aku, belakangku. Aku terkejut, sampai berderau darah naik kemuka. Malu betul, ada jantan dengar suara ala-ala pelat aku ni.

Ada sepasang kaki berdiri di hadapan aku. Aku gigit bibir dan mendongakkan wajah, mencari gerangan lelaki yang menerjah.

Zass!

Seperti terkena renjatan elektrik. Aku terpempan melihat seorang budak lelaki sedang berdiri elok menilik aku dengan bibir menyengih lebar. Dan... peristiwa seminggu lepas terlayar di ingatanku. Sangat jelas mataku terbias wajahnya yang sedang tenat menahan sakit, aku sendiri menjaganya sementara keluarganya mengambil alih menjaga dia di hospital. Kini, perasaan bimbang menghantui aku. Bibir bawah aku gigit-gigit perlahan. Dalam hati, aku berkira-kira ingin bertanya perihal keadaan dia. Dia dah okay ke?

Belum sempat aku ingin membuka mulut, wajah Ayyan dekat sekali denganku. Boleh pula dia duduk mencangkung depan mata aku. Ya Allah, apa kena dia ni? Macam tak betul aje dari tadi tersengih-sengih, air tasik tu dah tersumbat dalam otak ke sampai perangai pun dah pelik begini?

"Hai, awak suka kucing eh?"

Ayyan bersuara lembut.

Aku ternganga. Awak? Geli telinga dengar! Soalan dia tu asal macam bodoh sangat, dah aku belai kucing ni takkanlah aku benci kucing pulak?

Aku bangkit dari mencangkung. Tak betah pula mencangkung sambil hadap muka Ayyan yang kacak tu. Imau sekarang menggesel-ngesel kain baju kurungku, selalu aku suka je. Tapi, kenapa hari ni rasa rimas! Mungkin sebab ada budak Ayyan depan mata aku ni!

"Hmm... sombong jugak awak ni. By the way, nak cakap thanks a billion star sebab selamatkan saya hari tu."

"Sama-sama,"jawabku ringkas. Perkataan sombong itu aku tak hiraukan. Malas nak cakap panjang-panjang, tak retilah nak berbual dengan mamat ni. Tak biasa. Aku tak biasa berbual dengan makhluk bernama lelaki.

"Pendek je jawapan. Tak selesa ke cakap dengan saya?"

Soalan dia buat aku ternervous. Cair pulak bila dengar suara dia bernada lembut macam ni. Biasa ayat kurang ajar. Mata dia pun redup sahaja memandang aku, tak seperti dulu sinis sahaja.

"Hmm, saya memang tak banyak cakap dengan lelaki."

Aku berterus terang sahajalah daripada dia fikir aku ni sombong. Lagipun, kalau beritahu mesti dia akan blah dari sini. I'm boring person!

"Really? Kenapa?"

Ayyan buat muka terkejut, dia mengubah posisi ke sebelah kanan. Menyandar pada tiang. Tangan kanannya naik menguak rambut.

Aku yang melihat terpesona sebentar. Adui, dah macam model pulak dah? Asal muka dia bersinar-sinar ek? Dia yang masuk air atau aku yang masuk air sekarang ni?

Parah betul!

Mataku bergerak mengerling jam di tangan. Lagi 5 minit nak habis waktu rehat. Cepatlah masa, aku tak betahlah layan si Ayyan ni. Berbagai rentak pulak jantung aku berdenyut-denyut! Masalah-masalah!

"Diam je, kenapa?" keningnya diangkat, Ayyan berpeluk tubuh pula merenung aku.

"Sayang nak buka mulut sebab ada emas eh?"

Dia tergelak.

Aku kerutkan dahi. Geram kerana dipersendakan. Ingat dah berubah, sama juga menyakitkan hati aku je!

Aku menjeling dia. Malas nak layan, baik aku layan Imau daripada layan budak ni. Aku tarik Imau dan mendukung dia. Berat nanang! Makan banyak betul si Imau ni.

"Hmm... aku nak cakap sikit boleh?"

Aik, beraku kau pulak?

Aku palingkan wajah menghadap dia, setelah melepaskan Imau yang sudah meronta-ronta. Lari pecut imau apabila Ayyan ingin memegang. Hahaha. Mesti Ayyan pernah mendengki dia, itu yang anti sangat dengan Ayyan kut?

"Cakaplah..." balasku pendek. Tinggal 3 minit lagi, sempat ker hang nak cakap? Desisku dalam hati.

"Kau form 5, kan?

"Aah."

"Kau pernah ada adik angkat tak?"

"Tak."

"Kalau aku jadi adik angkat kau, boleh tak?"

"Apa? Kenapa pulak nak jadik adik angkat aku!?" suaraku separa menjerit kerana terkejut punya pasal. Apa yang dia merepek ni? Dia nak jadi adik angkat aku? Apehal pulak dah? Ingat aku ni tempat adoption ke?

"Yelah, dah kau tua 4 tahun. Kalau kau tua dari aku, sah tukar title abang angkat." Selamba Ayyan bersuara. Kemudian dia mengeluh panjang.

"Tak payah merepeklah! Tak nak aku ada adik angkat samseng macam kau." Aku tekup mulut, alamak terlepas cakap sudah.

Muka dia sedikit berubah riak, mungkin terasa. Ahh, pedulikan lah dia.

"Alaa... nanti kau ubahlah aku jadi baik. Aku janji jadi adik angkat yang paling baik."

Kring!!!!

Loceng berbunyi kuat membantutkan niatku untuk bersuara. Aku pandang dia sekilas sebelum beredar. Tak kuasa nak layan!

.............................................

"Pleaselah, jadi kakak angkat aku!"

Terhenti bacaanku apabila suara Ayyan menerpa telingaku. Dia lagi! Alamak, kecoh betul lah!

Aku sambung membaca, tidak menghiraukan Ayyan.

Nanti dia bosan, pandai-pandailah blah sendiri!

Namun, kali ini aku dongak memandang dia apabila bahunya tersentuh bahuku. Aku berdecit geram. Terjegil mataku terpandang dia duduk rapat disebelah aku dengan muka selamba. Ada dua tiga budak dah pandang aku berkali-kali. Adoi, mesti dorang dah fikir aku bukan-bukan. Pengawas dan budak nakal duduk rapat-rapat. Habislah title pengawas aku menurun nanti.

Aku bangun dan duduk dihujung sekali. Kalau dia kacau aku lagi, aku hempuk dengan buku ni! Aku sudah pasang niat awal-awal. Tapi tak tahu terlaksana atau tidak.

Sekali lagi, bahu kami bersentuhan. Aku menggigit bibir dan mendengus geram. Tak boleh jadi ni. Tanganku naik dan....

Pukkk!

Kepalanya aku hempuk.

"Aduh, sakitlah kak!" Dia menyeringai kesakitan. Semua tertoleh-toleh memandang kami berdua. Manakan tidak tinggi betul suara dia menjerit. Paling tak boleh blah, boleh pula dia panggil aku kakak. Aku tak hinginlah ada adik persis macam dia ni!

"Haa... kan dah kena! Pi duk jauh-jauh boleh tak?"

Aku tolak bahu dia kuat-kuat. Tapi, tubuhnya dikeraskan. Memang tak laratlah aku nak menolak dia, boleh tahan berat juga badan dia walaupun nampak macam keding aje.

"Trylah tolak adik lagi. Adik kuat tau!"

"Ojo ngaco aku! Merono kono! Huh!"

Terpacul Bahasa jawa dari mulut aku. Tak memasal semua di bus stop gelakkan aku. Ya Allah, malu gila!

Aku bangkit dan menutup muka dengan buku. Berdiri jauh ditepi tiang bus stop.

"Bahasa benda yang akak cakap tu?" tanya Ayyan yang entah bila berada disebelahku.

Berdesing telinga aku dengar dia sambung gelak.

"Kau duk diamlah kalau tak tahu!" Kasar suaraku membentak dia. Kini, aku dah macam tak takut dia, mungkin sebab dia bahasakan aku kakak. Hadui, suka hati je mulut dia memanggil aku kakak.

"Akak ni tak sporting ar!"

"Kau jangan kacau aku lagi boleh tak! Jangan panggil kakak!"

"Suka hatilah nak panggil kakak pun. Orang dah cakap awal-awal nak jadi adik angkat."

"Kau cari je perempuan tua yang lain. Aku tak nak jadi kakak angkat kau! Ada faham?"

"Tak nak! Nak akak jugak!"

"Asal aku jugak?"

"Sebab adalah...."

"Hek eleh, cakap tak habis, menyampah betul!"

"Kalau nak tahu, kena jadi kakak angkat dulu."

"Tak nak!"

"Bolehlah..."

"Tak nak!"

"Nanti adik bagi something sebagai tanda penghargaan jadi kakak angkat Ayyan Irhan!"

"Ayat tu jangan skema sangat boleh?"

"Hmm... skema ke? Dah tu, sebagai tanda terima kasih?"

"Lagi skema!"

"Hmm... untung tau jadi kakak angkat Ayyan."

"Nape pulak?"

"Sebab first time in my life ada kakak angkat. And I will take care of you for the rest of my life."

"What?" Aku pun dah terkena sawan cakap Bahasa Inggeris!

"Sweet tak?"

Kebetulan bas sampai. Aku tinggalkan dia. Kalau melayan lagi, sampai besok pun tak habis.

"Kak! I will never give up!"

Dia jerit semasa aku dah masuk dalam bas. Speaking lagi!

Semua dalam bas pandang aku lain macam. Kemudian, diorang gelak. Aku tekup telinga. Ya Allah, memalukan betullah Ayyan ni! Ngok ngek! Aku bersandar lemah. Mulutku terhmepas dengusan panjang. Haish, tak amanlah hidup aku lepas ni.

.............................................

Kaki kubawa berjalan laju, mataku bergerak ke kiri dan kanan untuk memastikan lelaki itu tidak nampak aku hari ini. Siapa lagi kalau bukan Si Ayyan budak mentah tu! Adui, dah lah masa rehat tadi selamba badak je dia bagi aku roti, depan Cikgu Intan pulak tu! Terjeling-jeling mata Cikgu Intan melihat gelagat Ayyan gedik meminta aku terima roti pemberian dia.

Serba salah jadinya, aku ambil juga mengenangkan Cikgu Intan masih di situ sedang mengecheck dokumen apa entah di tepi tangga. Bukan apa, aku risau kalau tak diambil nanti mulut dia tu tak reti duduk diam. Buat aku serabut betul!

"Ehem, Arina... Kamu ni bukan main baik dengan Ayyan, kenapa?" soal Cikgu Intan, setelah Ayyan beredar. Katanya nak pergi toilet, sakit perut! Haish, macam-macam hal!

Kepala aku terasa berpusing pula, tak tahu nak bagi jawab apa dengan soalan Cikgu Intan. Aku memang serba tak kena kalau berdepan dengan Cikgu Intan, yang terkenal dengan sikap garangnya.

"Er... Saya..."

Aku tergagap-gagap nak jawab. Ayat yang tersusun tadi, hilang dari radar.

"Cikgu nak nasihat sikit ni...Kamu dengan Ayyan lain macam je tadi. Jangan pulak kamu buat hal couple dengan dia! Ingat sikit kamu tu nak SPM tahun ni, jangan menggatal nak couple okay?"

Tergamam aku mendengar nasihat Cikgu Intan. Hadui, hampir ketar lutut demi perkataan Couple! Hadui, cikgu Intan ni aku belum gila lagi nak bercouple dengan budak mentah tu. Budak tu kacau aku hanya kerana aku selamatkan dia, cikgu. Tak ada sebab lain. Aku pun hanya pandang dia sebagai budak-budak aje kut. Tak terlintas dalam fikiran nak couple dengan mamat tak siuman tu!

Bukkk!

Adoi, sakitnya bahu aku! Siapa yang buta tak nampak jalan ni! Nasib aku tak tergolek kat sini.

Mataku terjegil besar bila ternampak Ayyan di depan mata. Asal jumpa dia lagi ni? Alamak hai, aku nak lari dari dia, akhirnya jumpa juga. Adakah ini jodoh atau bodoh?

"Hai, kak! Dah sampai mana tu?"

Ayyan tersengih lebar, tangannya melambai-lambai kepada aku. Bahagia sangat kenapa dia ni?

Soalan dia buat aku kerut dahi. Sampai mana apa?

"Jangan kerut-kerut kak, nanti cepat tua," usik Ayyan dengan nada mengejek.

"Sibuk je, tua pun suka hatilah."

Aku cepat-cepat pegang dahi dengan jari, menggosok-gosok biar hilang kerutan itu. Bimbang juga nanti cepat tua.

"Meh beg tu, Ayyan bawak!"

Tangan Ayyan mula mencapai beg aku. Aku tampar tangan dia. Suka-suka aje nak ambil barang orang! Geramnya.

"Tak payah, dah pi balik sana. Aku ada kerja nak buat."

Cepat-cepat aku pergi tinggalkan dia. Janganlah dia kejar aku, malas nak layan. Penat nak bercakap dengan budak tak faham Bahasa ni.

"Nak pergi mana tu, kak? Nak ikut?"

"Tak payahlah! Jangan kacau aku lagi boleh tak? Kan dah cakap aku tak nak kau jadi adik angkat aku! Tak faham ke?"

"Tak faham! Apa kurangnya Ayyan ni, kak? Nak kata tak handsome, handsome sangat kalah Khai Bahar! Apa lagi yang kurang?"

Hah? Khai Bahar? Macam mana dia tahu aku minat Khai Bahar ni? Dia skodeng kepala otak aku ke? Aku mula perlahankan langkah.

"Macam mana kau tahu aku suka Khai Bahar?"

"Teka je... Apa susah sekarang kan budak-budak kemaruk lagu luluh. Sudah puas aku menangis lagi, kau hadirkan mendung awan yang kelam namun..."

Sedap pula suara Ayyan ni? Rasa macam nak dengar lagi je. Desis hatiku sendirian.

"Amacam kak? Sedap an suara Ayyan? Kalau akak jadi adik angkat Ayyan... Hari-hari Ayyan boleh nyanyi tau! Nak ke lepaskan peluang sekali seumur hidup ni?"

Ayyan bersuara seakan tahu sahaja aku terpegun mendengar suara lunaknya. Tapi, aku tak kira suara Khai Bahar lagi sedap!

"Tak heran!" ujarku dua patah perkataan.

Aku kembali meneruskan langkah, kini aku sedang mendaki tangga ingin ke perpustakaan. Nak baca novel yang semalam aku tak habis baca. Bukan tak nak pinjam tapi kad aku hilang entah kemana!

"Iyeke? Lagu favourite akak ape ek?"

"No need to know!" balasku sambil jeling dia. Aku berhenti sekejap selepas siap mendaki tangga. Melepaskan mengah sebentar.

"Nak tahu pun tak boleh. Akak ni lembik ar, baru naik tangga dua tingkat dah mengah. Tengok Ayyan ni still power lagi tau tak."

Ayyan mendabik dada.

Aku buat tak tahu sahaja mendengar sindiran dia. Suka hati kaulah nak mengatapun. Aku letih tak boleh nak cakap lagi.

.....................................................

"Boring betullah, akak datang sini nak baca buku ke?"

Aku menjegilkan biji mata, aku tunjuk penumpuk aku depan mata dia. Dia tergelak kecil.

"Kau ni diamlah, ni library! Shhhhh!"

Nada cuba ku kawal sehabis perlahan. Walaupun marah, tahan sahajalah perasaan. Aku kembali mencari buku semalam, entah ke mana lah pergi. Setahu aku semalam ada kat sini.

"Kita balik jelah kak. Ayyan tak suka library lah!" Dia berbisik disebelah telingaku. Terperanjat aku. Lantas aku tersiku perutnya.

"Aduh, sakitlah kak!"

Suara Ayyan kuat menjerit. Aku tanpa sengaja tertekup mulutnya. Nafas hangatnya menampar tanganku. Aku pantas menarik semula tangan.

"Akak ni nak bunuh orang ke? Hampir tak bernafas tau tadi! Perut ni sakit lagi ni. Adui, ganas jugak akak Ayyan ni ek."

Aku buat muka selamba padahal dalam jantung dah tak senada. Dup Dap Dup Dap! Bukan sebab apa, aku nervous sebab terpegang mulut lelaki. Selama ni mana pernah aku sentuh mana-mana budak laki. Dia ni orang pertama aku tersentuh! Hadui, berdosa! Berdosa! Maafkan hambaMu, Ya Allah.

Tanganku dah menjajau cari buku tanpa arah. Dari tadi tak jumpa-jumpa, frust betul! Kepala ni pulak buat hal asyik terbayang-bayang perasaan peristiwa tadi. Seakan terasa di tapak tangan, bibir lembut Ayyan menyentuh di situ. Dan pipi dia tu asal lembut ek, pakai produk korea ke? Hish, merepek betul kepala otak aku ni!

"Cari buku apa dari tadi ni? Bosan Ayyan tunggu!"

Tersentak aku mendengar dia berbisik lagi. Pi jauh-jauh sikit boleh tak? Desis hatiku sendirian.

"Bosan pi balik sana. Tak suruh pun menyibuk kat sini!" bidasku geram.

"Bagitahulah apa tajuk buku tu? Biar Ayyan cari!"

Aku berjalan menjauhi dia tanpa membalas, kakiku melangkah ke rak sebelah.

"Bagitahu jelah kak..."

Aku diam lagi.

"Tell me the title, please..."

Speaking lagi.

"Bàituõ, gàosù wõ zhè bênshû se biãoti"

Ahh, sudah Bahasa Cina pulak?

Aku berhenti mencari dan badanku berpaling menghadap dia.

Terkedu aku kerana dia berdiri dibelakang aku, rapat pulak tu.

Serasa nafasku tersekat. Jantungku laju mengepam seperti lari 100 meter. Aku ingin berkata-kata supaya dia pergi berganjak ke sana, tetapi bibirku kelu.

"Eh, sorry dekat sangat pulak."

Ayyan berundur setapak. Wajah pucatku dipandang tak berkelip.

"Akak tak pernah dekat macam ni dengan lelaki lain eh?" soal Ayyan sambil membetulkan tali leher yang longgar. Time ni juga tali leher nak longgar.

Aku telan air liur yang terasa berpasir. Awkwardnya!

"Tajuk novel tu Biar Ku Pendam Semua. Cari cepat, aku nak duk dulu."

Itu sahajalah pilihan yang aku ada untuk melepaskan situasi janggal itu. Haraplah dia jumpa. Aku nak sambung baca bab seterusnya... Adakah si heroin akan berjumpa semula dengan hero selepas bergaduh besar?

......................................................

"Nah buku ni!" tangan dia menghulur sebuah buku kepada aku. Dia menarik kerusi disebelahku lalu duduk.

Tanpa sengaja aku senyum sampai ketelinga kerana dia berjaya mendapatkan buku tu. Berguan jugak kau ni ek! Getus aku sendirian.

"Best sangat ke buku ni? Tajuk macam over je!"

Aku menjeling dia disebelah. Geram pula dia mengejek tajuk buku kegemaranku ini.

"Bestlah! Kau apa tahu? Lelaki macam kau kan tak minat baca novel, so tak yah sibuk!" bidasku geram. Tangan mula membelek-belek mencari muka surat yang aku tinggalkan semalam.

"Pasal apa cerita ni?" Ayyan bersuara lagi.

Aku merengus geram. Asyik bertanya aje, malas betul nak layan.

"Pasal seorang perempuan ni dia pendam perasaan daripada luahkan pada seorang lelaki. Lelaki tu pulak hanya anggap perempuan tu tak lebih daripada akak angkat je."

Ceritaku serba ringkas. Aku senyum kecil bila berjumpa lagi muka surat yang aku tanda semalam. Muka surat 97.

"Ohh... Asal tak pinjam je?"

"Kad aku hilang," jawabku perlahan. Bacaanku sedikit terganggu dengan pertanyaan dia.

"Dah lah, kau diam... Aku nak baca ni."

"Hmm. Okay. Bacalah, Ayyan nak tidur kejap. Dah siap, kejutkan eh."

"Hmm...." Balasku perlahan. Selepas beberapa helai aku baca, aku toleh disebelah. Tak sangka, memang betul Ayyan tidur. Ya Allah, asal dia tidur muka dia comel ek? Aku tampar mukaku perlahan kerana merepek.

.........................................................

"Nah, hadiah!"

Aku tidak menyambut huluran beg kertas berwarna coklat itu. Hadiah? Buat apa dia nak bagi hadiah ni?

"Ambil jelah."

"Apa ni? Tak payah nak bagi. Aku tak nak, kau mesti nak pancing aku supaya terima kau jadi adik angkat kan?"

Teragak-agak aku keluarkan suara, penuh curiga aku pandnag beg kertas itu.

"Tak adalah, ambil je. Penat Ayyan cari tau, akhirnya jumpa jugak!"

Aku menggeleng, lalu aku atur langkah ingin meninggalkan dia.

Tiba-tiba, Ayyan menarik tanganku.

"Ambillah... Hadui, orang bagi terima, jangan tolak boleh tak? Bukan Ayyan curik pun! Beli guna duit sendiri tau! Sanggup Ayyan makan roti je seminggu ni semata-mata nak beli benda alah ni." Terang Ayyan tanpa ku pinta.

Aku tak tahu nak rasa perasaan apa sekarang ni. Tersentuh atau marah. Tersentuh sebab tak pernah lagi ada orang sanggup berlapar semata-mata nak belikan aku hadiah. Dan nak marah sebab bukan aku yang suruh beli?

"Ambik jelah." Ayyan memaksaku lagi.

Aku mengalah akhirnya. Tertanya-tanya juga benda apa yang dia bagi aku ni. Jangan bagi bom sudah!

"Apa ni? Macam berat je?"

"Kak buka kat rumah je. Dah lah, Ayyan nak masuk kelas. Jumpa balik nanti."

Terpinga-pinga aku apabila dibiarkan keseorangan. Birthday aku lambat lagi, yang pergi bagi hadiah sekarang ni apesal? Aku mengeluh panjang sambil membawa beg kertas itu dengan perasaan berat. Berat betul hati nak terima barang dari Ayyan. Bukan betul sangat budak tu!

............................................

Writer's comment : Barang ape tu ek? Agak-agak?



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro