SYT 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku pandang sepi kotak kecil itu. Perasaanku berbelah bahagi antara mahu buka ataupun tidak. Tipulah kalau aku tidak teruja untuk tahu apa isi di dalamnya! Perasaanku sudah melonjak-lonjak ingin tahu. Manakala dalam kotak fikiranku bercampur gaul dengan berbagai persoalan. Angan-angan turut sama mencelah tanpa dapat kutepis ia pergi. Aku menekup mukaku apabila perasaan segan mencuri masuk dalam diri tatkala terbayang cincin emas bertatah permata.

Tidak! Jangan kau cipta angan-angan kosong, Arina! Tidak mungkin dia ingin melamar kau sedangkan dalam hatinya bertakhta nama Ainura! Jangan kau cuba berharap pada dia! Adakah kau pekak! Terang dan jelas dia mengaku depan mata kau bahawa kau hanyalah kakak angkat sahaja! Hanya kakak angkat! Aku ulang lagi sekali, hanya kakak angkat! Nama kau tidak tersenarai langsung untuk menjadi suri hatinya. Kau faham tak, Arina?

Dada sesak menampung sebak yang hadir. Aku menekan dada bagi mengurangkan peritnya luka untuk mengakui kenyataan yang menujah-nujah kejam dalam fikiranku. Aku pejamkan mata serapatnya, amarah hadir menggantikan kesedihan yang beralun-alun menelusuri benakku. Aku bencikan kau, Ayyan! Aku mengangkat tangan, mahu mencampak kotak ini. Namun, aku tidak mampu sama sekali. Hatiku lemah. Lemah sekali untuk berbuat demikian.

Aku letak semula kotak kecil itu dalam beg kertas tadi. Beg kertas itu aku kembalikan semula pada tempat asal. Di tepi meja kecil.

Beberapa saat aku termenung kosong. Kepalaku mula berdenyut-denyut. Jariku naik menekan-nekan pelipis. Nafasku terasa memberat di dada, aku tarik perlahan dan hembuskannya perlahan. Kenapa sukar sekali untuk aku mengawal luka ini daripada terus berdarah, Ya Allah? Aku lelah meledani perasaan yang sentiasa mengalir menembusi urat nadiku, setiap saat aku terlalu mengharapkan cintanya. Mengapa aku menjadi wanita selemah ini?

Aku letih! Aku letih melayan perasaan sakit hati. Ini semua angkara hadiah pemberian Ayyan! Kerana Ayyan! Kenapa dia perlu memberi hadiah berupa kotak kecil seperti itu? Tidakkah dia tahu, perkara ini akan menimbulkan salah faham. Sesiapa sahaja pasti akan terfikir seperti aku, walau sekelumit bukan?

Aku benci dia! Aku benci! Benci yang aku cuba lempar, kembali menghantui aku. Aku lelah menyimpan benci kepada Ayyan kerana dia insan yang paling aku cinta. Aku cintakan dia sepenuh jiwa ragaku. Wajahnya selalu menjadi igauan mimpiku, suaranya selalu menjadi dendangan merdu untuk aku dengari, dan tatapan matanya selalu sahaja terintai-intai di tubir mata setiap detik. Sungguh, membenci dia seperti membunuh separuh nyawaku.

Aku rebahkan tubuhku. Mata aku pejamkan rapat. Air mata menitik dua tiga kali. Dalam sendu, aku cuba memujuk hatiku biar lepaskan semua, jangan dibiarkan perasaan benci ini melarat sehingga aku sendiri tak tertanggung luka ini. Aku perlu redha dengan semuanya. Semuanya sudah tertulis aku dan dia tidak ditakdirkan sebagai pasangan kekasih. Kau perlu tanamkan seutuhnya kenyataan pahit ini, Arina!

Seditik dua detik, aku membuka mata semula. Jika dibiarkan aku sepi begini, semakin terseksa rasanya luka perih ini. Aku capai handphone yang terletak elok di sisiku. Aku termenung lagi menghadap handphone yang bercahaya. Tiada satu panggilan dan pesanan teks pun untuk aku! Bibirku terherot sendirian, memanglah tiada kerana aku sendiri yang menjadi punca! Aku sendiri yang block number dia dan block facebook dia. Apa lagi yang aku harapkan untuk dia lakukan sekarang?

Tapi, bagaimana wahai hati? Aku terlalu rindukan dia? Bagaimana untuk aku mengubati rindu yang menyelubungi diriku ini? Bagaimana? Tolong bantu aku untuk mencari jawapan agar dapatlah walau sekelumit rindu ini terubati?

Instagram! Terpacul nama sosial media itu dalam benakku. Ayyan ada Instagram! Ya, aku perlu melayari Instagram untuk menjadi penawar bagi rindu ini.

Pantas jemari halusku menaip nama Ayyan di website. Tappp!

Instagram Ayyan terpampang di depan mataku. Lagu rindu mengalun-ngalunkan rentak syahdu. Gambar profilenya aku usap dengan penuh kasih sayang. Nafas yang tidak teratur aku cuba kawal agar resah yang menghuni pergi seketika.

Gambar yang terbaru aku tekan. Ayyan sedang duduk seorang diri di restoran. Aku mencari tarikh Ayyan mengupdate gambar itu. 30/5/2018.

Semalam!

(Forgiveness. Never. Happen. Right?)

Berdebar-debar jantungku membaca tulisan itu. Adakah tentang aku?

Mataku jatuh pula pada komen yang pertama.

(MizAinura : Syg, kenapa ni? Please, tell me?)

Itu pasti Ainura! Hatiku berkocak demi melihat perkataan sayang. Cemburu pula tengah terintai-intai untuk mempersendakan aku.

Aku tidak dapat tahan sabar, pantas jariku lincah menekan nama MizAinura.

Ya, benar itu Ainura!

Gambar update dia yang terkini aku tekan. Gambar dia dan Ayyan sedang tersenyum bahagia, duduk rapat di restoran. Dengan jelas, mataku menangkap ada hiasan bunga-bunga indah disekeliling tempat itu. Romantik! Aku baca tarikh yang tertera 23 May 2018. Sehari sebelum tarikh Ayyan memperkenalkan kekasihnya, Ainura. Air mata tiba-tiba memberat dikelopak mata. Aku sebak menanggung cemburu yang kini sudah mencengkam dada hebat.

(Happy Anniversary syg! Ayyan love Ainura forever~)

Mutiaraku jatuh jua setitis tatkala mataku menyaksikan ucapan kasih dan cinta mereka di bawah komen gambar tersebut.

Ayyan_Irhan (Syg, happy anniversary ke 7 hari! I love you so much syg!)

MizAinura (Thanks, Happy anniversary for 7 days too! I love you so much syg! I'm really feel great to have you in my life.)

Mataku semakin berbalam-balam. Air mataku tumpah lagi, tidak tertahan luka ini semakin menghiris hatiku. Pedih dan perit. Segalanya benar-benar menyeksakan aku sehingga jariku terketar-ketar untuk meneruskan pembacaan. Namun, kerana degilku ini aku lawan hatiku daripada terus lemah. Aku ingin mengetahui tahap mana kebahagian yang mereka rasai. Dengan sekuat hati, aku meneruskan pembacaan.

Ayyan_Irhan (Me too sayang. You know what, only you what I have been looking after long years. Ayyan sangat-sangat bahagia dipertemukan dengan bidadari terindah seperti Ainura. I'm really hope our relationship last until our last breath. I swear will always love you syg forever. No one can replace you in my heart, Ainura)

Ya Allah, aku tekup mulutku. Air mata mengalir deras menuruni pipiku. Aku tidak sanggup lagi membaca bait kata yang sangat aku dambakan menjadi milikku itu. Ayyan memang kejam! Aku bencikan kau, Ayyan! Handphone itu aku ingin lempar sekuat hati, tetapi... Akalku melarang, tidak berguna aku bertingkah laku seperti ini. Dia tak akan pernah peduli tentang aku dan perasaan aku! Aku matikan handphone bersama tangisan yang mula menggila. Aku genggam penumbuk dan melempiaskan semua sakit hatiku pada bantal pelukku sekuat hatiku agar dapat mengurangkan beban perasaan yang menyeksaku tanpa henti. Namun, tiada guna. Ia masih melekat utuh tanpa hilang sekelumit pun.

Ya Allah, andai ini takdir aku dan dia. Aku rela berpisah dengannya buat selamanya.

..........................................................

"Macam mana Reen? Hari kedua okay?"

Pertanyaan Kak Atiera dari arah belakang mematikan pergerakan mataku daripada membaca manuskrip itu.

Aku mengalihkan mata memandang ke arah Kak Atiera.

"Alhamdulillah, okay. Tapi agak pening sikit sebab saya masih baru kan."

Busana indah yang terpasang pada tubuh Kak Atiera mengamit minatku untuk terus memandangnya. Baju kebaya berwarna hijau bercorak bunga kecil bertanahkan warna gold, tambah dengan shawl gold cair. Pergh, sangat cun Kak Atiera! Dalam hati aku sempat memujinya.

"Good! Hmm... Kak Atiera tengok mata Reen semalam biasa-biasa je. Tapi kenapa hari ni macam bengkak. Sorry, boleh Kak Atiera tahu?"

Aku sentuh mataku, malu menyerbu mukaku kerana ditegur oleh Kak Atiera. Bibirku mencarik senyuman hambar, sambil mencari-cari jawapan yang sesuai untuk diberikan pada dia. Mata Kak Atiera yang ralit meneliti wajahku semakin buat aku tak keruan. Aku cuba menyusun ayat yang nampak ringkas supaya dia tidak mencurigaiku.

"Tak ada apalah, kak. Saya ni cengeng sikit, bila tonton drama Korea yang ada babak sedih mulalah mata ni bergenang," terangku dengan nada beria.

Riak wajahku sudah kulukis ceria agar dia bisa mempercayai pembohonganku.

Dia tenung aku lagi bagai ingin membaca segala isi hatiku.

Sesekali mataku bergerak-gerak ke kiri dan kanan kerana tidak betah ditenung begitu. Aku kemam bibir menanti reaksi dia yang seterusnya. Masaklah aku kalau dia tak percaya!

"Akak agak Reen bergaduh dengan boyfriend ye?"

Aku gigit bibir bawah. Tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Nak kata terkejut, aku dapat agak mesti Kak Atiera akan berfikiran seperti itu kerana keadaan aku.

"Reen single lagi, kak... Tak ada yang nak," jawabku perlahan. Memang benar bukan, tiada siapa yang nak aku. Buktinya, aku tak pernah menjalinkan hubungan dengan sebarang lelaki. Ada pun setakat adik beradik angkat yang akhirnya buat aku seperti orang bodoh kerana mencintai adik angkat sendiri. Kalau kisah aku dijadikan novel pasti orang tidak sudi untuk membacanya, kerana sudah terang kisahku sangat membosankan. Cinta kepada lelaki muda yang pangkat adik angkat sahaja. Adik angkat pula sudah mempunyai wanita yang dia cintai. Dan aku, kakak angkatnya seperti orang bodoh menangis setiap hari mengenang kenangan lampau yang sudah menjadi debu! Sungguh bosan kisah hidupku ini!

"Siapa single tu, kak Tiera?"

Satu suara garau muncul entah di mana hingga membuatkan aku tersentak. Segera aku mengurut dada. Mataku memandang ke hadapan, mencari empunya suara itu yang serasa pernah didengar sebelum ini. Saat mata kami bersabung, aku telan liur laju. Alamak, mamat yang langgar aku semalam!

"Eh, Syad! Bila kamu sampai?"

Suara Kak Atiera terlebih seronok. Dia bangun menampar lembut bahu lelaki itu. Aduh, nampaknya Kak Atiera mesra dengan dia.

"Baru je, siapa ni Kak Tiera? Reen? Nama betul dia apa?"

Lelaki itu mendekati meja kami. Baju kemeja berwarna purple cair dan seluar slack hitam menambah segak si pemakai. Walaupun dia bertubuh agak berisi namun tubuhnya yang tinggi itu mampu juga memikat para gadis jika kena dengan gayanya. Wajahnya putih bersih, tiada cacat cela. Rambutnya pula disikat kemas. Matanya yang redup, hidungnya sedikit mancung dan bibirnya sederhana besar. Nampak suci dan baik sahaja wajah itu jika ditenung lama-lama. Mungkin benar lelaki ini budiman?

"Ohh, nama dia Nur Arina, editor baru kita. Semalam dia baru masuk. Arina, kenalkan ni Adlan Firshad."

Kak Atiera mengamitku supaya turut bangun memperkenalkan diri dengan lelaki itu yang bernama Adlan Firshad. Sedap juga nama dia. Desisku sendirian.

"Saya Nur Arina, salam perkenalan En Adlan Firshad."

Aku memaniskan muka, sedaya upaya aku cuba mempamerkan riak tennag untuk tatapan dia.

"Wow...Kan saya dah cakap... Mesti saya dapat tahu jugak nama awak. Nur Arina, nice jugak nama tu. But lagi nice if saya dapat change title single to plural right?"

Mataku tidak berkelip memandang dia. Apakah yang aku dengar ini?

.............................................................

"Shad! Baru jumpa first time dah try market?"

Suara Kak Tiera muncul seakan membantu aku untuk menayangkan pertanyaan yang berlegar-legar dalam benakku.

Sengihan semakin melebar pada bibir Firshad. Aku nak ternganga tapi batalkan niat sahaja. Selama aku hidup, inilah pertama kali aku berjumpa lelaki terang-terangan mengurat seperti ini. Perasaan berbunga tidaklah ada, tetapi aku tergamam sampai tak terkata.

"Kak Tiera ni jangan kacau line, Shad dah tersuka nak buat macam mana?"

What? Tersuka? Dia suka aku? Adakah aku sedang bermimpi di siang hari? Kenapa dia sukakan aku? Sebab aku cantik ke? Tiba-tiba kulitku rasa sedikit panas, angin sepoi-sepoi malu mula menyinggah diriku. Aku cuba menahan pipiku daripada memerah. Kalau dah mula malu, beginilah cara aku. Haish, tak suka! Aku ni tak cool macam perempuan lain yang boleh buat dek je bila orang lelaki kata suka. Aku mesti akan malu-malu begini.

"Kamu ni biar benar Shad? Kalau iye pun, privasi sikit. Depan akak jugak kau ngurat si Reena ni."

Aku pandang Kak Tiera yang sedang menggeleng kepala. Dalam hati ingin menyampuk tetapi aku kuncikan bibir sahaja. Mata aku pandang ke bawah. Handphone di sebelah aku capai, pura-pura tengah membaca whatsapp, padahal satu benda mesej pun tak masuk.

"Kak Tiera pi toilet sat naa... Korang berboraklah dulu sementara tunggu waktu rehat kejap lagi."

Secara spontan aku mendonggakkan wajah, mencari Kak Tiera. Tak sangka dalam beberapa saat belakang tubuh dia semakin menjauh. Tak menyempat sangat kenapa Kak Tiera ni? Dan, aku ni macam mana? Nak layan Syah ke seorang diri? Ya Allah, aku tak boleh macam nak berlari pi toilet jugak sekarang ni saat mataku tertunak pada wajahnya. Senyuman lebar penuh makna tersirat itu buat aku jadi tidak keruan. Janganlah dia cuba usha aku lagi.

"Can I sit beside you?"

"Hah?"

Tercengang aku dengan soalan dia. Awat nak duduk sebelah aku pula ni?

"Reena ni... Tempat kosong sebelah awak tu, tempat duduk saya. Reena tak tahu ke?"

Tersentak aku. Tempat dia sebelah aku? Ya Allah! How I can survive after this? How? Dugaan apa yang aku sedang hadapi ni? Keringat merenik di dahi. Aku mula rasa tak selesa yang teramat bila dia telah mengambil tempat di sebelah aku. Jarak kami terasa dekat, hingga aku dapat dengar jelas nafas kasar seorang lelaki.

"Reena, are you okay dear?" tanya Shad. Suara dia memang tak boleh bawak bincang, lembut dan caring sangat. Kalah suara Ayyan! Eh? Apesal Ayyan pulak ni?

"Okay je." Pendek. Dua patah perkataan. Aku memang tak boleh nak cakap banyak lagi. Awkward sangat!

"Hmm... Dulu kan berat saya dalam 65kg, sekarang agak-agak berat saya berapa?"

"What?" Terpacul soalan itu kerana aku tidak menyangka soalan dari mulut Shad. Dia dah gila ke tanya soalan tentang berat badan? Kang aku kata dia 100kg menangis tak berlagu pula. Tapi, tengok badan dia takde lah gemuk sangat, cuma dia tinggi dan badan dia nampak berisi sikit. So, bila tengok sekali imbas gerun jugak. Dah terbayang dalam kepala kemungkinan jika dia terhempap aku tempoh hari, boleh patah riuk badan aku.

"Saya tanya Reena... Dulu berat saya 65kg, sekarang awak dapat agak tak berat saya berapa?"

Aku seakan terkena renjatan elektrik voltan rendah kerana bibirku bergerak-gerak ingin berkata-kata tetapi dalam otakku tepu tidak mampu menganalis soalan bijak dari Shad.

"Sa...sa...saya...ta...tak...ta...hu..."

Penyakit gagap menghinggap bibirku. Inilah akan terjadi apabila otakku mula tepu.

"Saya berat nak lupakan awak sejak first time kita berjumpa..."

Terjegil mataku mendengar bait kata yang terluncur dari Shad. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan terkejut aku, berbagai ter menerjah aku saat ini. Nasib baik aku tak terkentut, naya betul! Kalaulah aku boleh hilangkan diri, sudah aku buat. Pipiku sudah sedia merah tahap udang masak merah. Tangan kananku mula naik ingin mengipas-ngipas muka yang panas lit lit.

"Serious, Reena comel betul bila malu-malu macam ni. Reena memang pemalu ke?"

Comel? Dia ni memang nak suruh aku mencair betul-betul ke? Tolong jangan puji aku! Nanti aku kembang bertingkat-tingkat, siapa yang susah? Aku juga!

"Er... malu jugak, sikit je. Dengan lelaki saya memang tak banyak cakap. Sorry sebab saya ni tak peramah macam Kak Tiera," jelasku pada dia dengan anda teragak-agak. Aku tak tahulah dia dengar ke tidak suaraku yang hampir hendak berbisik. Keyakinan untuk bersuara seperti biasa tidak dapat aku pamerkan kerana maluku sudah setinggi Gunung Ledang.

"Ohh...I see...But, saya nak terus terang if Reena sudi boleh kita berkenalan dengan lebih dekat? I want to know you more and more..."

"Sure."

Aku terlepas cakap! Alamak, kenapa senang-senang sahaja aku beri jawapan. Inilah jadi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa! Apa nak jadi dengan aku ni?

....................................................

Sudah puas Firshad menawarkan untuk menumpangkan aku balik ke rumah tetapi aku tolak mentah-mentah. Alasan aku hanyalah nak singgah rumah kawan! Hahaha. Bijak tak bijak alasan rare aku ni. Padahal aku tiada kawan yang tinggal berdekatan area rumah aku pun.

Aku tak boleh bagi greenlight terlebih sangat, cukuplah tadi aku bercerita perihal diri aku kepada dia. Dah banyak aku cerita, sampai aku terlepas cakap pasal Ayyan! Nasib baik aku sempat break, waktu tu masa rehat dah habis. So, kami sambung buat kerja yang berlambak-lambak.

Firshad pun aku tengok rajin orangnya, dalam pejabat dia khusyuk betul ketika dalam proses mengedit manuskrip. Bidang tugasnya sama seperti aku, editor. Menurut Firshad, dia sudah berkhidmat di situ selama setahun lebih. Tidaklah terlalu lama tetapi pengalaman sepanjang dia menjadi editor cukup menjadikan dia editor yang matang.

Ting!

Tanda pesanan teks masuk.

Aku pandang skrin handphone yang menyala. Tertera number telefon yang tidak dikenali. Aku sentuh skrin untuk membaca isi pesanan itu.

(Sye sejuk :'( ni firshad tau, save num ni.)

Aku terus menyimpan number Firshad. Jariku kaku untuk menaip, hendak membalas mesej dari Firshad terasa sukar pula. Sejuk ape pulak? Mesti dia nak buat pickup line lagi!

(Er, why sejuk? Pakai baju sejuklah klau sejuk)

Hantar! Haha, terimalah jawapan skema aku.

(Hahaha... so cute!!! Sye sejuk terbayang senyuman manis Reena.)

Aku pejamkan mata rapat, pelipis aku tekan perlahan. Pening kepala aku membaca pickup line dari Firshad. Sangat mendalam hampir aku mahu pitam. Handphone aku letak semula ke dalam beg. Malas mahu melayan Firshad, kejap lagi menyusullah tu pickup line lain. Daripada aku pengsan tak sedar-sedar diri, baik aku simpan dulu handphone. Di rumah pulalah aku sambung berbalas mesej.

Mata aku halakan luar tingkap kereta, mataku terpaku pada dua orang manusia sedang berbual-bual di depan kereta. Walaupun dari belakang tubuh mereka, salah satu pemilik tubuh itu aku cukup kenal. Tinggi lampai, rambut hitam pekat, berkulit putih. Dan kebetulan kereta membelok ke kanan, aku nampak dalam samar-samar wajah yang aku sangat rindui. Ayyan!

Apa yang dia buat dengan perempuan tu? Semestinya bukan Ainura! Adakah Ayyan playboy? Tak mungkin!

.................................................................

Writer's comment : Alahai, Firshad ni sweet talker betul. And betul ke Ayyan tu playboy? xD


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro