SYT 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



DENGAR LAGU AGNES MONICA - RAPUH

"AKAK nak ambil air untuk Ayyan ye, rehatlah dulu."

Malas aku ingin menerangkan apa-apa kepada Ayyan. Biarlah jawapan itu menjadi rahsia dalam hatiku sahaja. Dia tak perlu tahu semua itu. Tanpa menunggu dia mengungkap persoalan lagi, aku melangkah perlahan menuju ke muka pintu.

"No! I need your answer!" Kakiku terhenti saat pergelangan tanganku dicapai pantas. Tombol pintu itu ditarik dan terus sahaja menutup pintu rapat. Aku tergamam memandang dia, riakku penuh keliru dan tanda tanya berlegar-legar menujah halaman mindaku. Debaran pula turut menyinggah kerana aku dan dia berdiri serapat ini di dalam bilik tertutup. Sungguh, aku tidak terduga dengan tingkah Ayyan.

"I need your answer!"

Ayyan mengulang lagi soalan itu dengan nada keras. Desahan nafasnya terasa dekat menampar halwa telingaku. Seraut wajahnya itu jelas sangat mengharapkan jawapan daripada bibirku.

"Ayyan, kita tak elok tutup rapat pintu macam ni. Kita duduk dulu kat situ berbincang, tak perlu tutup pintu."

Dia menggeleng pantas, matanya sedikit merah menikam anak mataku. Aku dapat rasakan dia marah kerana aku tak endah soalannya.

"No... selagi akak tak jawab, I will never let you go! Susah sangat ke nak jawab, kak? Akak ada simpan sesuatu kan yang Ayyan tak tahu?"

Aku tundukkan wajah, dadaku bergetar. Tekaan Ayyan itu membunuh rasaku untuk terus merenung dia. Tanganku yang berada dalam genggamannya aku cuba leraikan. Tak elok bersentuhan seperti ini.

"Ayyan... lepaskan dulu tangan ni," pintaku lembut.

"Never!" bantah Ayyan.

Aku tarik nafas dalam kepayahan. Berada sedekat ini, tidak mahu aku hadapi lagi. Aku lemah, dan hatiku layu. Dia... benar-benar mengamit semula rinduku agar bercantum indah dalam sanubari. Aku tak kuat, aku tak mahu layankan perasaan ini.

"Please, Ayyan. Dengar cakap akak ye?" pujukku pula, berharap dia mendengar bicaraku.

Aku tak betah berada dalam situasi ini.

Ayyan lepaskan tanganku namun dia merapati tubuhku hingga aku terlekat pada dinding. Kedua belah tangannya mengepung aku rapat. Aku terkial-kila meneguk air liur yang seakan-akan kering ketandusan. Nafasku mula terasa sesak yang teramat.

"Look at me, kak! Ayyan bukan cakap dengan tunggul!" arahnya bernada kuat, hampir sekali menerpa deria pendengaranku.

Aku tidak menuruti kata-kata berbaur arahan itu, aku masih memandang tepat pada dada bidangnya. Tidak sesekali aku akan melawan anak matanya yang bakal menjadikan aku perempuan yang hilang punca.

"Akak memang degil kan?" keras dia memarahi aku, sangat jelas aku dapat rasakan dia cuba mengawal kemarahan sehabis mungkin berdasarkan dadanya yang turun naik berombak.

"You know, hati Ayyan ni sakit sangat melayan perangai degil akak. Tak boleh ke sekali ni je dengar cakap Ayyan? Just look at me and tell me the answer! Tak boleh ke, kak?"

Aku masih mengunci bibir, tiada keinginan untuk membalas. Hanya haruman maskulin itu sahaja menerobos masuk ke dalam rongga hidungku, menjadi peneman aku. Suara Ayyan itu aku anggap sebagai angin lalu, yang datang tanpa dipinta dan akan pergi jua tanpa ku pinta.

"Akak masih marahkan Ayyan? Tu ke sebabnya?" soal Ayyan, kali ini suaranya mengendur sedikit, ada nafas panjang terhela dari bibir itu.

"Ye, tu sebabnya."

Aku menghantar jawapan itu terpaksa, jika itu boleh memuaskan hati Ayyan. Otakku sudah cetek untuk mencari alasan lain.

"Kenapa terlalu lama marahkan Ayyan? Besar sangat ke kesalahan Ayyan, pada akak?" soalnya lagi, kini berbaur nada tidak berpuas hati.

Besar sangat salah kau, Ayyan! Kau dah buat aku jatuh hati! Ingin sekali aku lontarkan perkataan ini agar mulut itu terkaku daripada menimbulkan berbagai pertanyaan. Tetapi, aku tahankan sahaja peti suaraku daripada terluah. Aku tutup serapatnya bibirku saat ini, kerana kekuatanku sedikit menghilang tanpa kusedari.

"Akak nak buang Ayyan dari hidup akak?"

Suaranya bergetar mengungkap rasa, penuh emosi soalan itu berluah. Aku terkesima menerima soalan itu, hatiku dipenuhi rasa sayu.

Aku angkat wajah perlahan, memandang seraut wajah itu. Wajah ini yang selalu aku rindui setiap detik waktu dan setiap helaan nafasku. Wajah ini juga selalu membuat jiwaku bergetar setiap kali mataku bertemu dengan anak matanya yang memukau itu. Dan... cintaku pada dia, tidak dapat terhapus walaupun cuba kurejam mati. Lalu bagaimana aku bisa membuang kau dari hidupku, sedangkan hatiku terikat hanya namamu, Ayyan? Suara hatiku berbicara, dalam kesunyian aku berharap Ayyan dapat memahami perasaan ini tanpa perlu aku ungkapkan dibibir. Bisakah dia mengerti?

"Akak, bagitahu Ayyan akak tak tergamak, kan... nak buang Ayyan dari hidup akak?" lirih Ayyan meminta kepastian daripada bibirku. Matanya sayu meneliti seluruh ruang wajahku, tidak putus-putus dia membuat hatiku meruntun hiba.

"Lambat laun, Ayyan dan akak akan terputus juga hubungan. Kita tak kekal, Ayyan. Akak hanyalah akak angkat yang bakal tidak bererti dalam hidup Ayyan. Akak akan terpadam jua dalam ingatan Ayyan, bila tiba waktunya nanti."

Sebak mencengkamku apabila aku sendiri mengungkap ucapan yang menghiris hatiku sendiri. Entah mengapa, aku tega berkata begitu kepada Ayyan sehingga riak Ayyan berubah kelam dan muram. Dia tertunduk mendengarkan itu, seperti menahan beban perasaan yang memberat di jiwanya.

"Never... I will never let that's happen! Akak akan sentiasa dalam ingatan Ayyan, sampai hujung nyawa Ayyan... helaan nafas Ayyan yang terakhir, jika diizinkan Tuhan, sampai ke Syurga... Itu yang Ayyan rasa, kak! Tapi kenapa akak tuduh Ayyan macam ni? Sedangkan akak sendiri nak buang Ayyan dari hidup akak... sebab akak dah mula bosan dengan kehadiran Ayyan... Betulkan apa yang Ayyan cakap?"

Sakit... teramat sakit... tuduhan Ayyan mencarik-carik hatiku kejam. Sakitnya lebih perit daripada segala sakit yang aku rasai sebelum ini. Jika Ainura menghina aku, itu masih bisa aku tahan sedayaku. Tetapi, jika Ayyan menuduh aku begini, aku tidak terdaya untuk merawat lukaku ini.

"Ayyan sakit sangat... sakitnya kat sini perit, macam ditikam berkali-kali, kak..." jari Ayyan mencucuk-cucuk dadanya berulang kali.

Aku kemam bibir, dadaku sudah sesak, sempit... Seperti tiada ruang untuk aku bernafas secara normal. Sakit dadaku memendam semua perasaan ini daripada terluah. Serasa mahu sahaja aku meraung sekuat hati meluahkan bagaimana setiap saat aku terseksa melihat dia bergelak ketawa dan bergurau mesra bersama Ainura ketika pertemuan pertama, yang aku terlalu harapkan ianya istimewa hanya untukku.

Ingin sekali aku luahkan bagaimana perasaan ini terseksa ketika aku melontar jauh sakit hati dan cemburu yang membekam di dada ketika itu dengan melemparkan wajah berlagak biasa sekaligus melayan kau berdua bersama hirisan pedih berulang kali. Ingin sekali aku luahkan bagaimana perasaan ini ketika aku mencuba sedaya upaya membuang rasa cinta ini daripada mengalir deras tanpa mengerti erti lelah. Ingin sekali aku luahkan bagaimana aku terseksa merindui wajahmu, merindui suaramu, merindui senyummu tika engkau sudah dimiliki oleh wanita lain!

Adakah kau mengerti, Ayyan! Lukaku ini lebih dalam, Ayyan! Lukaku ini lebih menyeksaku hinggakan aku... tak terdaya untuk mengusirnya daripada pergi... Lalu katakan kepadaku, siapa lebih terseksa? Kau atau aku?

"Apa yang Ayyan merepek ni? Just stop being childish! Kita ni tak ada pertalian darah langsung! Ayyan tak perlu nak sayangkan akak macam ni sekali! Kita... kita perlu berhenti dalam hubungan sia-sia ni... kita kena stop buang masa... Ayyan...," jari aku bawa tekan dadanya kuat.

"dan akak tak perlukan antara satu sama lain lagi. Just stop from this rubbish relationship!"

Bibirku terketar-ketar menahan sebak yang bergetar hebat, sehingga merobek-robek jantungku kejam. Aku terpaksa ungkap semua ini, agar Ayyan hentikan semua ini! Berhenti menyakitkan hatiku dengan harapan palsunya!

Mata Ayyan mula berkaca-kaca, tetapi tidak ada setitispun air mata berani jatuh. Matanya menikam mataku lagi, terbias diwajahnya dia terkilan dengan semua kata-kataku. Dia tergeleng lemah dan berkali-kali dia meraup wajahnya. Dengusan kasar terlepas mendesah di pendangaranku.

"Langkah mayat Ayyan kalau itu pilihan akak," ucapnya lirih, hingga tembus di dasar hatiku paling dalam.

Ayyan merenung aku dengan pandangan penuh kekecewaan. Dia memalingkan wajahnya daripada merenung aku lagi, tubuhnya perlahan dia jauhkan dari tubuhku. Lantas, kulihat dia bergerak mendekati katil. Dia duduk sendiri dengan terkial-kial, kedengaran erangan kecil terletus daripada bibirnya ketika tangannya menyentuh area lukanya itu.

Setitis manik jernih jatuh ke pipi melihat Ayyan sebegitu. Namun, segera aku seka sebelum Ayyan nampak air mata ini. Sebak yang menggunung ini aku tikam supaya ia menjauh pergi. Kaki terus kubawa merapati dia. Aku tak sanggup hanya melihat dia dari jauh.

"A...ayyan... sakit?" tersekat-sekat aku menyoal dia.

Dia hanya mendiamkan diri, tanpa menoleh aku di sisinya. Matanya dikatup serapatnya, setelah kepalanya elok tersandar pada kepala katil.

"Ayyan... kita pergi klinik, nak? Takut melarat."

Sekali lagi aku mencuba, menyoal dia dengan nada selembutnya walaupun aku tahu dia terlanjur kecewa dan sakit hati akibat kata-kata kejamku sebelum ini.

"Biar sakit ni melarat! Kalau Ayyan mati lagi baik, kan? Bila Ayyan mati nanti akak jangan lupa hubungan ni akan terputus... Ini yang akak... nak, kan?"

Aku terkesima. Bagai direntap kasar tangkai jantung ini. Aku menangis dalam hati, dadaku hampir mahu pecah menampung betapa hibanya mendengar setiap patah perkataannya menerobos masuk ke dalam halwa telingaku.

"Stop Ayyan! Jangan jadi budak-budak sesuka hati cakap pasal mati sedangkan Ayyan dah besar panjang! Kalau Allah makbulkan kata-kata Ayyan tu macam mana? Ayyan nak mati? Nak?" marahku sudah tak tertahan. Manik jernih jatuh jua walaupun aku cuba mengusir sedaya upayaku. Kuseka berkali-kali dengan belakang tangan.

"It's my problem... not you! Jangan pura-pura ambil berat kalau dalam hati tu bencikan Ayyan! Terus terang je cakap akak bencikan Ayyan! Ayyan tahu Ayyan ni beban pada akak, kan? Cakap kak! Cakap semua tu sampai hati akak tu puas!" suara seraknya keluar dalam nada getaran. Tangannya menekan dadanya, seperti menahan perihnya mengungkap semua itu.

"Stop it, Ayyan!" bentakku memarahinya. Sungguh, bukan itu yang aku simpan dalam hati. Aku tak pernah sesekali menganggap Ayyan sebagai beban... dan tak pernah aku ikhlas mengungkap benci di dalam hati... Aku hanya berbohong mengatakan aku benci terhadap dia selama ini.

"Ayyan tak patut hadir dalam hidup akak, kan? Kenapa akak tolong Ayyan dulu, hah? Patut biarkan Ayyan mati je! Mati lagi baik dari hidup terseksa macam ni! Tak cukup dengan kehilangan ibu dari kecik lagi, sekarang pulak kena kehilangan akak? Macam tu? Kenapa kejam sangat takdir, Ayyan... kak?" lirih dan mendayu suaranya meluahkan rasa sakit hati.

Aku yang mendengarnya semakin bertambah sengsara. Sakitnya lebih kejam dari sebelum ini, terbayang-bayang wajah pucat yang penuh sengsara itu ketika Ayyan terselamat dari lemas. Kalau aku diberi pilihan untuk mengubah takdir hidup, aku tidak tega mengubah takdir pertemuan kami itu! Aku tetap akan mencuba menyelamatkan dia, walaupun dengan pertolongan orang lain!

"Shut up! Cakap macam tak ada iman! Semua tu takdir, Ayyan... Tak bersyukur ke dapat hidup sampai sekarang? Tak bersyukur?"

Aku mengepal penumbuk, menahan sakit hati yang semakin melarat menikam setiap penjuru hatiku.

"Ayyan memang tak bersyukur! Cakap je lagi kak... Ayyan terima semuanya, tapi tolong... beri peluang pada Ayyan untuk tebus kesalahan Ayyan... Ayyan tak boleh kehilangan akak... tak boleh hidup tanpa akak... Ayyan tak ada sesiapa, kak..."

Dia menunduk sedikit tubuhnya, masih dalam keadaan mata terpejam rapat. Kemudian, aku terlihat dia memukul-mukul dadanya kuat.

Aku pantas menangkap tangannya daripada berkelakuan seperti itu, lantas aku menggeleng sambil menghulurkan bicara untuk memangkah semua kata-katanya.

"No... Ayyan silap, Ayyan boleh hidup tanpa akak! Ayyan ada wanita lain dalam hidup, Ayyan... Ayyan ada Ainura! She is enough for you, Ayyan!"

Matanya serta merta terbuka, sebaik habis bicara meniti di bibirku. Mata dia jelas kemerahan, tetapi air mata tidak juga singgah di situ.

"You and her, are different!"

Bibirku terkelu. Tanganku dilepaskan kemudian dia genggam semula dengan seeratnya. Matanya tertunak ke dalam anak mataku, sedalamnya. Aku terkaku, tenggelam dalam dunia kesengsaraan yang dihantar melalui sinar mata Ayyan.

..............................................

Writer's comment : mksd Ayyan ape?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro