SYT 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SYT 25

"SIAPA yang selalu ada masa hidup Ayyan susah, kak? Ainura atau akak? Dia tak tahu macam mana Ayyan hidup selama ini, seperti yang akak tahu... dia tak sama dengan akak... she is different, and of course Ayyan terus terang... Ayyan sayangkan akak lebih daripada dia..." ujar Ayyan lembut, menerangkan kepadaku dengan matanya redup merenungku. Tanganku yang berada dalam genggamannnya dibawa rapat ke dadanya. Entah mengapa, perasaanku terbuai dengan tingkahnya. Terasa bait kata itu ada sinar cinta untukku.

Tetapi, jiwaku yang satu itu tiba-tiba merusuh, memarahi aku kerana bodoh, menganggap itu cinta... padahal Ayyan tidak bermaksudkan itu, kan?

"Sayang yang tak akan kemana, sayang yang akan hilang sewaktu terlafaznya akad Ayyan untuk Ainura..."

Aku rentap tanganku. Bingkas aku bangun dari terus-terusan mendengar lagi harapan palsunya itu. Aku tidak sanggup membiarkan lukaku berdarah menelusuri segenap kamar hatiku.

"Nama akak akan tersemat di hati Ayyan sampai bila-bila kak, walaupun ada Ainura bertakhta dalam hati... Ayyan akan tunggu akak sampai akak boleh terima Ayyan semula sebagai adik seperti dulu... Ayyan tahu, akak akan berlembut hati juga cuma Ayyan kena bersabar, kan?"

Sayup-sayup suara itu menerjah ke dalam halwa telingaku. Hatiku berlagu sayu, mendengarkan itu tidak kuat untuk aku nyatakan bagaimana perasaan sakit ini. Mengapakah dia tega menebarkan harapan itu kepada aku? Tidakkah dia mengerti hatiku ini sudah terlanjur terluka gara-gara harapan seindah purnama, yang akhirnya menemui duka itu? Aku tekan dada yang sedang ditikam rasa sebak... wahai hati, janganlah engkau berkelana mencari sinar bahagia bersama dia yang tidak mungkin menjengah dalam ruang hidup sedangkan dalam mimpi engkau juga tidak akan kau temui dipenghujungnya.

MAK menarik kerusi dihadapanku. Aku hanya mendiamkan diri sambil menyisip air masak, pandanganku kosong terlontar pada meja.

"Minum sorang aje ke? Si Ayyan tu kamu biarkan aje tak minum tak makan... biarkan aje macam tu?" soal mak lalu jarinya lincah menutup bekas tuppwerware berwarna hijau, berisi gulai ayam masak lemak.

Bau lauk itu memang harum semerbak, tetapi tidak berjaya memancing aku untuk menjamah. Selalunya, aku tidak menyempat untuk melantak lauk kegemaranku ini. Namun, entah mengapa seleraku hilang terbang melayang mungkin kerana jiwa ragaku sedang sakit saat ini. Soalan mak itu aku biarkan sebentar, sebenarnya rasa malas untuk berbicara, lagi-lagi perihal Ayyan. Jika diikutkan rasa hati, ingin sahaja aku naik ke atas, tidur dan melupakan semua yang berlaku hari ini agar hatiku dapat merasai walau sekelumit ketenangan.

"Kejap lagi adik panggil dia makan sini, dia pun tengah berehat. Sakit lagi tu..." tuturku memberi alasan kepada mak. Lagipun, aku bukan sekadar beralasan kosong, memang Ayyan perlukan rehat memandangkan keadaan dia masih lagi sakit-sakit. Mungkin kerana pertelingkahan kecil kami, emosinya mempengaruhi sakit yang dia hadapi. Tetapi, apa dayaku untuk mengubati dia, sedangkan aku sendiri masih terkapai-kapai merawat lukaku sendiri yang tiada tanda-tanda untuk sirna.

"Tak payah suruh dia makan sini, adik pergi hantar makanan kat bilik tu. Kesian dia kena gerak banyak kali... tak sampai hati mak nak tengok muka sakit dia tu... Hish, mak geram betul dengan kakak kamu tu, melampau sangat perangai! Kalau dia tu budak kecik, dah lama mak rotan dia. Dah besar panjang, tapi perangai cepat panas dia masih juga tak kurang-kurang sama macam aje dari dulu. Ikut perangai siapa pun tak tahulah!"

Bebelan mak aku dengarkan aje tanpa bersuara. Dalam diam, aku iyakan juga. Geram kepada Kak Mina tidak pula aku rasai sekarang, mungkin kerana sakit hatiku kepada dia melebihi segalanya.

"Cinta itu indah andai insan yang kita cintai merasai apa yang kita rasai. Namun, jika tidak terluah ia lebih perit kerana hanya kita menanggung beban perasaan cinta tanpa si dia rasai."

Kali ini, aku tidak mampu mendiamkan diri lagi. Aku pandang mak tepat, mencari maksud tersirat daripada alunan suara mak. Kata-kata mak yang berpuitis itu benar-benar membuat aku tidak senang duduk. Aku dapat menghidu sesuatu yang aneh, adakah rahsia kamar hatiku ini sudah terbongkar?

"Maksud mak, apa?"

Senyuman tercalit indah dibibir mak, redup mata mak memandang aku dengan penuh kasih sayang. Dia mengusap tanganku lembut, seperti mengirim penawar buat aku yang terluka. Aku dapat rasai kasih sayang mak dan mungkin juga simpati, melalui sentuhan dan pandangan mak yang menyentuh sanubariku.

"Mak dah tahu apa perasaan adik... adik jangan risau mak tak kan cerita pada Ayyan... cuma mak nak nasihat kamu, jika benar sayang dan cintakan dia sepenuh hati, tak salah kamu luahkan semua pada dia... selagi dia masih belum menjadi hak milik kekal perempuan lain."

Aku menggeleng pantas, tubir mataku mula terasa panas. Sebak datang lagi mendengarkan semua bicara mak. Kalaulah semudah itu, aku akan luahkan perasaan ini, mak. Tetapi, aku lemah... aku tak berdaya untuk membuka rahsia hati ini dan melakar perasaan yang aku anggap bodoh ini di hadapannya... aku tak berdaya, kerana aku sedar diriku ini hanya insan yang tidak pernah mengusik jiwa lelakinya untuk mencintaiku walau sezarahpun.

"Takpe sayang, jangan memaksa diri... mak tahu kamu belum bersedia... mak kenal sangat dengan kamu, seorang yang perahsia dan sangat-sangat tak suka luahkan apa yang terpendam dalam hati. Anak mak ni dari dulu memang macam ni, kan? Tak berubah?" pujuk mak dalam nada tersangat lembut.

Senyum tawar aku carik juga, cuba menitikkan sedikit ceria dari luaran zahirku untuk tatapan mak. Sekilas aku anggup pelan, menerima sahaja kata-kata mak yang sungguh benar. Aku dari zaman kanak-kanak sangat pendiam, suka memendam. Entahlah kenapa perangai sebegini, sampai satu hari itu mak marah aku teruk kerana tidak menceritakan perihal aku dibuli sewaktu umurku 9 tahun. Kebetulan sangat, kawan rapat mak, Cik Siti ternampak aku dibuli dibelakang stor. Cik Siti merupakan cleaner sekolah, menceritakan hal itu kepada mak. Bila mak dah tahu, habis aku dimarahi oleh mak, sampai kami berdua berendam air mata, kerana aku masih menafikan hal itu. Dan... terpaksa juga aku mengalah kerana mak bertegas mahu merotan aku jika aku tidak menceritakan semuanya kepada dia.

"Sekarang ni sediakan apa patut untuk Ayyan. Dah nak dekat maghrib ni, bagi dia baju untuk salin, mak nampak ada darah sikit tu kat baju putih dia... nanti nak solat tak sah pulak, lepas tu bagi dia makan..." prihatin suara mak melantunkan berbaur arahan. Sikap penyayang mak ini takkan pernah terpisah, nampaknya mak sayang benar dekat Ayyan tu. Untunglah Ayyan, mak dengan anak dua-dua sayangkan, kau.

"Okay, mak... tapi takkan nak bagi baju adik?" tanyaku bingung. Kotak fikiranku serta merta membayangkan Ayyan memakai baju tshirt aku, mesti kelakar habis! Sendat sana sini...

"Kamu ni pun, kot iyapun jangan buat kelakar sayang oi... mak ada simpan lagi baju arwah ayah kamu, pergi ambil dekat gerobok mak sebelah kiri bawah sekali. Rasanya muat tu, walaupun mungkin besar bagi Ayyan, tak mengapalah asalkan boleh dipakai."

Mulutku terbuka huruf 'O'. Itu sahajalah sebagai balasan, rasa tak bersemangat pula ingin mendaki tangga. Ayyan... ohh... Ayyan, kalau kau ambil sendiri boleh tak? Penat betul nak melayan kau, dah macam raja pula. Keluhan berat aku lepaskan sambil kaki mengira satu persatu langkah longlai ini.

KETIKA kaki terlekat pada muka pintu, aku terlihat Ayyan duduk bersandar sambil memejamkan mata. Mungkin tidur agaknya. Aku mendekati katil, lalu tanganku yang penuh dengan baju, kain pelikat dan sejadah aku letak atas meja kecil. Kakiku berhenti seketika di tepi Ayyan, sangat jelas dadanya berombak halus menandakan dia masih bernyawa. Figuranya aku tilik dari arah atas... rambutnya masih lagi kusut masai, keningnya tidak terlalu tebal terletak elok, kelopak matanya yang terkatup rapat itu sangat indah dipandang, hidung itu mancung, dan bibir itu pucat tidak seperti selalu merah menandakan dia tidak merokok.

Mataku jatuh pula pada 'adam apple', nampak timbul dan entah mengapa boleh membuat dadaku berdebar... Pantas, aku geleng kepala dan hapuskan anganku dan mataku terlekat pada dada bidang Ayyan. Argh, dadaku kembali berdebar tidak sudah, mana tidaknya apabila teringat pipiku tersembam di situ, kalau diikutkan rasa merenyam dah lama aku raih sahaja tubuh itu... dan kalau diikutkan rasa malu seorang anak dara, akum ahu menyorok tidak timbulkan diri. Tetapi, akhirnya aku terpaksa berlagak biasa kerana tidak perlu aku memilih antara dua itu lagi, kerana aku...

"Akak?"

Mata Ayyan terbuka luas, dia mengosok mata perlahan. Matanya terus tertunak kedalam anak mataku. Nampak mukanya mamai, tetapi kacaknya masih tidak hilang, malah bertambah comel pula kerana gaya dia baru bangun tidur. Kalaulah dia jadi suami aku, mesti agaknya pagi-pagi muka kacak comel ini menghiasi setiap pagiku. Aduhai, rasa nak ketuk kepala ini kerana sikapku yang degil mahu berangan dan memuja Ayyan dalam diam.

Aku segera larikan anak mata, apabila malu mula menyingah.

"Akak dah lama ke tenung Ayyan? Rindu Ayyan lah tu?" tegur Ayyan bersama senyuman indah. Indahnya tak boleh buat bincang!

"Mana ada!" nafiku dengan nada kuat, siap pakej jegilkan mata. Nak tayang muka bersahaja, tetapi sangatlah nampak aku ini terlebih canggung. Harap-harap Ayyan tertipu.

"Iyeke? Kalau rindu bagitahu je, kak... jangan tipu, sebab Ayyan dapat rasakan dari renungan akak tadi. Ayyan pura-pura je tau tidur sejak akak kat pintu tadi. Hampir setengah jam Ayyan kira masa akak duk tenung lama-lama muka Ayyan... kalau Ayyan retis, dah lama Ayyan cas akak tau," usik Ayyan dan menokok tambah.

Pipiku merona merah kerana terkantoi. Bibir aku gigit geram, kerana Ayyan sesuka hati menambah masa aku merenung dia. Padahal tak sampai 5 minit, pun! Tangan ini naik ingin mencubit Ayyan, tetapi pantas pula Ayyan menangkap tanganku.

"Jangan cubit, kak. Kalau nak cubit tu tunggu Ayyan sembuh. Nanti tak pasal-pasal Ayyan tak boleh drive sebab sebelah bahu bengkak," terletus tawa dari bibir Ayyan.

Bulat mata aku memandang dia. Dia ni boleh pulak buat lawak waktu senja ni! Kang bengkak betul baru tahu!

"Baju, kain pelikat dengan sejadah ada kat tepi. Solat maghrib dulu baru makan. Mak kata duk je sini, esok baru balik. Kalau tak nak duduk sudah, pi drive sorang-sorang. Dan, satu lagi kiblat menegak je. Okay, bye!"

Laju perkataan meluncur sambil mataku menjeling dia. Dengan langkah panjang aku menjauhi katil, belum sempat hendak keluar dari bilik terdengar suara Ayyan bersuara.

"Nanti malam-malam Ayyan nak tutup pintu, takut akak intai Ayyan pulak!"

Tersentak jantungku mendengar usikan dia. Pantas, badanku terpusing kebelakang. Mataku terbeliak melihat dia tidak berbaju. Nampak putih melepak tubuh dia, bahu dia ada ketak-ketak, dan six pack yang malu segan nak muncul itu membuatkan air liurku tak tertelan. Alamak hai, asal aku rasa tergoda ni. Ya Allah, berdosa-dosa!

"Amboi, kak. Intai badan Ayyan pulak?"

Ayyan kenyitkan mata dan menyarungkan tshirt berwarna purple. Argh, malunya! Ayyan ni jahat! Kot iyapun, tutuplah pintu dulu, atau tukar baju kat tandas.

"Hish, tak hinginlah! Tutuplah kunci aje pintu ni. Jnagan keluar sampai ke besok!" bentakku dalam perasaan geram bercampur malu. Pipiku sudah merah kalah blushing 30 inci. Mana nak letak muka aku yang tak berapa nak cantik ni?

.........................................................

Writer's comment : Walaupun cerita ni xbest mcm org lain, sye hrp ade yg still ingin membaca

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro