SYT 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SYT 38

"AYYAN, terima kasih sangat. Kehadiran Ayyan turut membawa makna dalam kehidupan akak. Kalau tak ada Ayyan, sunyilah hidup akak. Ayyan pun sangat berharga dalam hidup akak... akak..." kataku terhenti, tangisanku terhambur lagi. Meluahkan apa yang aku rasa tentang Ayyan sangat melemahkan seluruh jiwa ragaku. Kehadiran dia mewarnai kehidupan kelam dan muramku.
Bukan aku tidak mempunyai kawan, tetapi kawan baikku, kesayanganku sudah terbang jauh meninggalkanku kerana mengikuti keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.

Atiera. Ya, Atiera! Kawan rapat yang paling aku sayang itu tiada di sisiku.
Sejak Atiera jauh daripadaku, warna ceria seakan pudar... Sehinggalah Ayyan datang bersama pelangi indah. Melakarkan kecerian yang bukan sedikit tetapi memancarkan kebahagian dalam hidupku. Dia dengan sikapnya sering sahaja melukiskan gelak tawa dan senyuman pada bibirku ini.

Tangisanku ini tangisan kegembiraan bercampur dengan rasa serba salah kerana memasang prasangka kepada dia. Kusangka dia benar-benar lupa tarikh kelahiranku. Hal ini kerana dia tidak pernah bertanya kepadaku bila aku dilahirkan.

"Akak. Don't cry. Ayyan tak suka tengok akak menangis. Ayyan tak nak akak menangis. It's feel hurt here when look you with a tears," pujuk Ayyan sambil jari telunjuknya menekan dada. Mendengar bicara pujukan Ayyan, menjadikan aku semakin ditekan sebak. Bagaimana mampu aku kawal mutiara ini daripada meluruh? Aku lemah untuk menghalangnya, kerana limpahan air mata ini sudah lama aku tahan selama ini.

"Akak... can you please, stop crying... Nah, sapu tangan Ayyan ni kesat air mata tu. Dah selekeh tau muka dengan hingus melekat kat pipi." Ayyan kembali bersuara, tangan kanannya menyeluk poker seluar seraya mengeluarkan sapu tangan berwarna purple gelap.

"Mana ada hingus! Ayyan ni, tak adalah!" Segera aku sentuh pipi, meraba-raba kalau-kalau apa yang diperkatakan oleh Ayyan itu betul. Huluran sapu tangan itu tidakku sambut.

"Yelah Ayyan gurau je," ujar Ayyan sambil tangannya melepaskan gitar dan disandarkan elok tepi kerusi. Kemudian, secara tiba-tiba Ayyan menjatuhkan lututnya di hadapan aku. Dekat dan rapat tubuhnya menghadap aku. Sapu tangan dalam genggamannya dibawa menyentuh pipiku.

Aku terkedu. Nafasku rasa tersekat.

"Jangan menangis depan orang lain selain Ayyan. Ayyan tak nak siapa-siapa pun berani buat akak nangis. Nanti, bila kita berpisah akak janji jangan menangis macam ni? Nanti..." Bibir Ayyan berhenti bergerak. Matanya ralit meneliti seraut wajahku bersama jari jemari sibuk mengesat perlahan air mataku di pipi.

Ya Allah, entah kenapa melihat gaya prihatin Ayyan membuatkan urat sarafku pegun. Semuanya berhenti bergerak. Aku tak berdaya untuk menghalang tingkah Ayyan. Kenapa budak ini sayangkan aku begini sekali? Air mataku juga kering tidak berani memunculkan diri ketika ini.

"Nanti Ayyan susah hati. Boleh Tak akak janji dengan Ayyan?"lembut suara Ayyan mengusik hatiku. Aku telan air liur dalam kesesakan nafas. Tangan Ayyan sudah menjauh, dia tersenyum kecil merenungku.

"Janji jangan menangis lagi, jangan sedih-sedih. Akak kena sentiasa senyum. Akak kena ingat, Ayyan akan ada dekat dengan akak, walaupun kita jauh beribu batu sekalipun. Ayyan sentiasa usaha supaya jarak kita sentiasa dekat. Lagi satu Ayyan nak akak janji jangan sekali-sekali cuba putuskan hubungan kita. Ayyan nak kita kekalkan hubungan ni, kak. Ayyan sayangkan hubungan ni, Ayyan sayangkan akak.

Akak tahukan macam mana perasaan sayang Ayyan ni? Akak bagaikan nyawa Ayyan, kalau akak hilang bermakna nyawa Ayyan pun turut hilang. Sebab tu, Ayyan tak nak kita berpisah. Boleh akak tunaikan permintaan Ayyan sempena hari lahir akak?" lirih suara Ayyan memohon aku melunaskan permintaan dia. Serius, perasaan terharu kali ini lebih luar biasa menjerat aku. Mataku kembali berkaca-kaca, tidak aku sangka Ayyan mampu luahkan semua yang dia rasai kepada aku tanpa segan silu.

Bagaimana budak lelaki yang keras berubah sedrastik ini sikapnya terhadap aku? Matanya aku selami lagi, dapat ku lihat anak matanya redup tanpa berkalih seperti bersungguh benar mengharapkan kata keramat dari ulas bibirku.

"Ayyan... akak tak tahu apa yang bakal berlaku untuk masa hadapan nanti. Akak tak boleh nak berjanji, akak takut..." terjeda tanpa sempat aku membuka mulut.

Jarinya meniti dibibirku.

Aku terkedu lagi.

"Shh... jangan cakap tak boleh, Ayyan cuma nak dengar perkataan janji je. Ayyan tahu kemudian hari boleh berlaku macam-macam, but just promise me. And I know you will never broke our promise right?" Jarinya dialih dan dia ukir senyuman bersama anggukan kecil. Bagaikan menghantar maksud supaya aku ikutkan apa yang dikatakan olehnya.

Aku diam dalam beberapa saat, mataku menjauhi dia sebentar. Nafas yang sesak aku tarik dan hembus dalam dua tiga kali. Apabila ketenangan menembusi hati, aku kembali melawan panahan anak matanya.

"Dengan izin Allah, akak janji..." Perlahan sekali pertuturanku. Habis sahaja ayat terakhir meniti di bibir, aku dapat rasai kehangatan tangan Ayyan mengusap kepalaku sekilas.

"Thanks kak!"

Membulat mataku dengan tingkah selambanya.

"Ayyan! Jangan pegang kepala akak!" Aku menolak tangannya. Dia tersenyum mengejek, bingkas dia bangun dari melutut. Terdengar dia mengadu sakit lutut kerana lama menghadap aku tadi.

Aku tergeleng perlahan. Siapa suruh buat perangai pelik begitu?

"Ayyan... Jomlah kita balik. Lama-lama kat sini akak takut cikgu Shasha tangkap kita berdua,"luahku ketika dia sibuk meletak semula gitar di meja belakang. Tingkah dia aku perhati sahaja. Tidak pula aku mahu menolong.

"Geng Ayyan kan ada kat bilik stor tu.
Bukan kita berdua je, kak!" Sahut Ayyan tidak menoleh.

"Macam mana dapat kunci tu? Curik ke?" tanyaku ingin tahu disebalik rahsia keberadaanku kunci itu di dalam poket seluar Ayyan. Bila fikir balik macam soalan bodoh pulak. Terang-terang jawapannya Ayyan and the geng curik, kan?

"Eh, jangan tuduh. Kami dah minta izin dengan cikgu Shasha tau. Jangan tak tahu, Ayyan ni banyak skill," balas Ayyan. Dia berjalan dan duduk di sisiku. Muka dia sumpah poyo, berlagak lain macam. Hendak tunjuk sangat kekacakan dia tu agaknya. Mentang-mentang anak kacukan cina.

"Macam tipu je." Aku cebikkan bibir. Bukan boleh percaya sangat si Ayyan tu. Banyak berbohong daripada jujur. Tetapi, jauh di sudut hati. Mengenangkan tutur penuh perasaan Ayyan tadi, sungguh aku percaya semuanya jujur dan luhur dari lubuk hatinya paling dalam. Namun begitu, waktu sekarang ini, memang patut aku ragui kata-katanya kerana nampak sangat riak wajahnya bertukar aura nakal.

"Suka hati akaklah nak percaya ke tak. Nah, hadiah!" Ayyan mencuit hidungku lalu dia letak satu kotak kecik berwarna coklat atas tanganku. Hampir sahaja sipi-sipi kotak itu terjatuh, mujur aku sambar laju.

"Ayyan... janganlah cuit-cuit orang. Dosa tau tak,"tegurku kepada dia. Kotak kecil itu aku belek-belek dan aku goncang-goncang untuk mendengar kalau-kalau ada bunyi.

"Ops sorry. Tak sengaja."

"Hmm. Apa dalam ni Ayyan?"

Tiada balasan. Aku toleh Ayyan disebelah, tengah termenung memandangku. Terkebil-kebil aku membalas renungannya yang nampak lain.

"Ayyan? Apa pandang akak macam tu?" Aku betulkan duduk yang jadi tidak selesa. Resah pula jadinya keadaan aku. Mana pernah Ayyan tenung aku lama-lama macam ni, dengan mulut membisu, tak berkata apa-apa.

Dia tidak merubah kedudukan matanya, masih melekat pada wajahku. Aku semakin diserbu perasaan lain macam. Meremang bulu roma aku. Jangan Ayyan buat perangai macam-macam sudah. Eh, apa benda aku merepek ni?

"Ayyan. Dah lah tu, jangan takutkan akak." Keras suaraku meminta dia sedar diri.

Aku telan air liur, dia masih diam tak bergerak lagi. Hanya desahan nafasnya sahaja kedengaran.

Badanku bergerak perlahan ke kanan, sehingga menimbulkan bunyi geseran kerusi dan lantai.

Tak semena-mena pergelangan tanganku ditarik Ayyan. Aku tak dapat meneruskan niatku untuk bangun. Mata Ayyan membesar memandangku saat ini. Ehh. Asal rasa seram sejuk ni?

"Kak... jangan bising, Ayyan dapat rasa macam ada orang intip kita."

Terbuka luas mulutku. Rupanya ini penyebab Ayyan berperangai pelik tadi. Dalam rasa tenang menerpa hati, pantas menular pula perasaan gelisah. Jangan-jangan cikgu Shasha yang intip? Ya Allah, matilah aku.

"Macam mana?" bisikku seperti suaranya tadi.

"Ayyan kira sampai tiga. Kita kena lari," cadang Ayyan serius. Riak mukanya juga nampak cuak. Heh, rasa nak gelak jugak bila terpandang riak yang sangat jarang Ayyan tayang depan mata.

"Macam mana nak lari? Nak keluar dari mana?"

"Keluar dari pintu belakanglah."

"Tapi, takut nanti cikgu nampak muka akak. Habislah akak nanti kena lucut jawatan."

"Takdelah sampai lucut jawatan. Pikir merepek tu kenapa? Haish, dah lah. Kita kena gerak sekarang, kantoi susah nanti. Bukan takat kena lucut jawatan, kena tangkap basah lagi dahsyat. Habislah akak kena kahwin dengan Ayyan. Nak ke?" Kening Ayyan terangkat-angkat dua tiga kali.

Kerana geram, aku cubit bahunya. Main-mainkan? Cakap bukan-bukan nanti jadi betul macam mana? Tak nak aku kahwin dengan budak form1, masih berhingus lagi. Tolonglah! Kacak pun tak dapat pi mana. Lagipun, mampus aku kena tikam dengan ex girlfriend gedik plus psiko dia tu. Walaupun dah putus, si Bella tu tak habis-habis duk merayu Ayyan macam takde rasa malu. Aku pula rasa malu dek perangai menggeletis dia tu.

"Hei, berangan lagi! Janganlah Suka sangat bayangkan kita kahwin... Eee... gatal jugak akak ni, ingatkan otak tu suci sangat. Sekali..."

Aku ketam lagi bahunya sampai dia gigit bibir tahan kepedihan berbisaku ini. Haa... melalut lagi siapa suruh?

"Dah-dah kak. Lebam dah bahu Ayyan ni. Habis lunyai badan Ayyan kalau jadi suami akak tau. Hari-hari kena dera."

"Baik tutup mulut tu! Akak dah geram sangat ni." Tegas aku beri amaran. Mataku terjegil luas.

"Okay mem! Patik menurut perintah! Okay-okay, serious ni. Dengar betul-betul, pintu belakang tak kunci, nanti Ayyan bukak je pintu kita keluar lari laju-laju. Yang penting sekali, jangan pandang belakang. Faham tak?"

Aku angguk laju. Adrenalin sudah mengalir deras di dalam urat nadi. Aku telan liur berkali-kali. Kebimbangan yang mencucuk semakin membuatkan aku gementar. Aduh, kenapa aku kena hadap situasi genting begini?

"Hei, rileks jangan takut sangat. Ayyan kan ada," ujar Ayyan, terasa ada haba hangat mengalir di telepak tanganku. Aku jatuhkan kepala, memandang kebawah. Genggaman tangan Ayyan erat di situ. Segera aku tarik, tetapi Ayyan tidak lepaskan.

"No, jangan cuba lepaskan. Sekarang ni, Ayyan kena pegang akak kuat-kuat. Nanti nak lari kan, kalau harapkan akak lari sorang-sorang, alamatnya memang tertangkaplah."

"Tak naklah, mana boleh pegang."

"Bolehlah kejap je. Ayyan pun bukan nak pegang sangat, nanti dah habis lari Ayyan dah tak pegang lagilah. Kita darurat ni."

"Tapi..."

"Sudah... jangan buang masa. Ayyan kira sampai tiga. Kita lari! Eh, jap-jap. Nak beritahu budak ngok dalam stor tu."

Ayyan membawa aku mendekati bilik stor. Dia membuka sehabis perlahan pintu itu. Terjegul wajah Tariq, sedang berdiri tegak. Kus, semangat betul.

"Hoi, aku nak blah dulu. Kau uruskan apa-apa hal nanti. Yang penting kau jangan babitkan nama kak Reen aku. Nama aku kau nak canang satu dunia pun aku tak kisah. Janji jangan nama akak aku ni," bisik Ayyan memberi amaran kepada Tariq. Tariq hanya tayang muka tiada perasaan dan angguk sahaja tanpa banyak bunyi. Yang lain tu aku jenguk tengah membongkang di belakang. Tergeleng kepala aku, boleh pula dia buat stor ni hotel.

Ayyan meneruskan langkah mendekati pintu belakang. Terkumat kamit aku beristighfar. Takut teramat. Terasa menggigil tanganku waktu ini.

"Akak dah sedia tak?"

Aku hanya mampu angguk dalam keterpaksaan.

"Satu..."

Gulp!

"Dua..."

"Tiga..."

Pintu yang tidak berkunci ditolak perlahan. Kemudian, dengan langkah panjang aku dan dia berlari menuruni tangga macam lipas kudung. Kakiku hampir tersilap langkah, mujur juga aku dapat teruskan dalam kadar segera.

Ya Allah, serupa perompak berlari tanpa arah. Kerja gila aku dengan Ayyan ni.

Habis sahaja tangga terakhir, kami tercunggap-cunggap. Paling ketara yang tidak cukup nafas, siapa lagi kalau bukan aku. Ayyan menarik aku menuju ke meja kantin.

"Akak okay tak ni?" tanya Ayyan risau.

Aku masih lagi cuba menstabilkan pernafasan yang semput. Nasib jugak aku tiada penyakit asma, kalau ada tak tahulah apa jadik. Ayyan ni kan, macam takde tempat lain nak celebrate.

"Orang tanya ni, okay tak? Semput sangat Ayyan tengok," komen Ayyan. Tubuhku tersandar pada kerusi. Nampak mukanya tiada tanda-tanda kepenatan seperti aku. Dah biasa sangat buat kerja menceroboh ke apa ni?

Aku tarik tanganku, tetapi Ayyan makin menggenggamnya erat. Aku hadiahkan jelingan kepada dia. Dah siap lari kan? Apahal lagi dia ni?

"Best tak pengalaman berharga ni? Haha. Ayyan tak pernah buat kerja gila lari macam tadi tau. Selalu Ayyan tadah aje, tak kisah nak kena cekup ke apa. Ayyan mana kisah," luah Ayyan, matanya ku lihat bergerak mencerun ke bawah. Tubuhnya pula menunduk sedikit. Sebelah tangannya menyentuh ibu jarinya yang berdarah. Aku sendiri terlupa, Ayyan sedang berkaki ayam. Hanya aku yang masih memakai kasut. Ya Allah, kasihannya Ayyan.

"Darah tu, Ayyan..."

"Sikit je, tak perasaan tersadung batu kecik tadi," balas Ayyan bersahaja seperti tiada apa-apa berlaku. Padahal aku yang tengok pun dah terasa sakit.

"Ayyan. Kena bersihkan luka tu, nak akak tolong?"

"Tak payahlah Ayyan dah besar. Pandai-pandailah Ayyan buat sendiri," tolak Ayyan. Dia menghalakan pandangan kehadapan. Tidak menolehpun kepada aku.

"Hmm, kalau dah Ayyan cakap macam tu. Nak cakap apa lagi. Akak balik sendiri jelah, Ayyan tak payah teman."

"No! Ayyan tetap teman tapi tunggu kejap. Ayyan nak akak rehat dulu, kata penat. Nanti kita singgah beli air. Akak tu mesti haus sangat."

"Takpelah, dia dah sakit. Biarlah akak balik sendiri."

"Akak... Dengar jelah cakap Ayyan ni. Jadi benda tak elok nanti siapa susah?"

"Akak jelah yang susah."

"Eh, dia ni. Ayyanlah yang susah. Kalau ada benda buruk jadi dekat akak, sampai bila-bila Ayyan tak boleh maafkan diri Ayyan tau."

Terusik hatiku mendengar itu. Angin lembut menyapu kulit pipiku, sekali sekala awning tudungku jatuh terkelepet. Kami masing-masing diam melayan perasaan. Hangatnya genggaman itu, menyalurkan ketenangan dalam hatiku. Berada dekat di sisi Ayyan, sungguh mendamaikan jiwa dan terasa diri ini dilindungi. Aku selamat bersama dia. Andai dia tiada lagi di sisi, bagaimana kisah hidupku nanti? Bisik hatiku menjentikkan rasa sayu dalam ruangan sanubari.

"Akak..."

Aku kalih wajah, memandang dia.

"Kenapa?" soalku perlahan.

"Hmm. Tak ada apa, cuma... Kalaulah Ayyan dah takde dalam dunia ni, akak rindu Ayyan tak, nanti?"

Soalan Ayyan merentap tangkai jantungku. Aku menolak bahunya kerana geram dengan pertanyaan dia. Dia tak boleh sesuka hati sebut soal mati. Aku tak boleh, dengar!

"Tak nak jawab!" Wajahku kembali menghadap semula kehadapan. Tak nak aku tatap wajah dia. Dia semakin mencurahkan rasa kesedihan dalam dada. Sebak mula terasa sedang meneroka kolam mataku.

"Janganlah marah. Ayyan saja tanya. Mana tahu, akak nanti tak kesah ke Ayyan takde..." keluh Ayyan diakhir bicara. Suaranya mengalir lesu menyentuh deriaku.

"Kalau tak kesah, kenapa akak ada lagi kat sebelah Ayyan ni? Ayyan Cuba cakap tu jagalah sikit hati akak." Air jernih setitik jatuh jua. Argh, kenapa perlu aku menangis lagi!

"Sorry, Ayyan nak tahu je. Okaylah, Ayyan ubah topik. Hmm, cuba akak teka hadiah apa yang Ayyan bagi tu?"

Aku berjaya mengawal air mataku daripada menitik lagi. Sudah-sudahlah jadi budak cengeng. Soalan Ayyan aku biarkan tidak berjawab. Hendak merajuk!

"Ayyan bagi hint. Benda ni selalu jugak budak perempuan pakai, tapi akak tak pernah pakai. Bentuk dia kecik je, ada banyak perisa. Pening jugak Ayyan nak pilih."

Aku pandang Ayyan. Riakku tertayang sedikit cuak dan prasangka. Rasa ragu-ragu mendengar hint yang diberi Ayyan. Macam pelik aje. Benda yang dipakai perempuan?!

"Tekalah. Bukan susah pun. Haha. Muka tu tak yah macam tu sangat. Kang kita usik hidung dia lagi baru tahu."

Aku hadiahkan jelingan untuk Ayyan. Mulutku mencebik melihat wajah ceria dia.

"Cakap ajelah ape benda. Malas nak fikir," jawabku malas.

"Lip balm! Perisa strawberry 🍓."

"Hah? Asal belikan akak tu? Akak tak minatlah."

"Orang dah beli, dia tak nak pulak! Ayyan beli tu sebab tengok bibir akak tu asyik terkopek-kopek je. Kering sangat. Risau tengok. Kadang-kadang nampak macam orang sakit aje," ulas Ayyan. Aku alihkan pandangan. Hmm, perasaan diterpa sakit hati bercampur terharu. Bibir aku pun ditilik. Haish, Ayyan ni macam perempuan!

"Okay-okay. Nanti akak pakailah."

"Yes, inilah namanya kesayangan Ayyan. Dengar kata, tak bantah-bantah. Sejuk perut Ayyan dengar."

"Ayyan! Merepek pulak dia ni! Sekeh baru tahu."

KAMI berjalan perlahan dijalan yang sama, setiap hari. Tetapi kali ini, tiada seorangpun mengeluarkan suara. Aku mencuri pandang Ayyan disebelah. Mataku jatuh memandang kakinya beralas selipar jepun. Dari tadi aku tahan gelak, tetapi difikirkan semula kesian pula. Sebab aku, dia terpaksa pakai selipar tu. Dah aku ugut, kalau dia tak pakai apa-apa, aku tak izinkan dia hantar aku ke rumah.

"Ayyan... nak tanya banyak boleh?" Aku memecahkan suasana sunyi itu. Selagi aku tidak dapat jawapan, selagi itu otak berkerja keras menconteng-conteng halaman minda. Melolong supaya aku hamburkan pertanyaan.

"Hmm. Tanyalah..."

"Kenapa kena sambut birthday kat bilik muzik. Kat tempat lain kan boleh?"

Terletus tawa dari bibir Ayyan. Dia menarik hujung tudungku perlahan. Namun, tudungku masih elok. Nasib jugak kalau tidak memang kena cubitan lagi ni.

"Saje. Ada gitar, senanglah. Lagipun malas nak sambut kat tempat lain. Nanti orang ingat kita ni couple budak-budak lagi, lepas tu sibuk menggatal. Nanti akak jugak yang kena kutuk."

Aku tersenyum. Jawapan Ayyan itu menjalinkan ketenangan dalam jiwa. Ayyan ni, ada baca skrip ke. Semua kata-katanya hari ini sweet belaka. Selalu menyakitkan hati aje, sibuk mengusik aku. Tetapi, hari ini lain sangat.

"Terima kasih, Ayyan. Hmm, nanti birthday Ayyan. Ayyan nak akak bagi hadiah apa?"

Ayyan berhenti secara mendadak. Dia tenung aku lama bersama senyuman. Aku hanya membalas renungan dia dengan tanda tanya.

"Ayyan tak nak apa-apa. Cukuplah, akak sentiasa ada untuk Ayyan. Satu lagi..."

Ayyan tarik tanganku. Jari kelingkingku dikait dengan jarinya. Tersulam jari kami. Dia ukir senyuman manis. Manis sangat.

"Janji akak takkan lupakan kenangan kita sampai bila-bila..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro