SYT 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana di dalam kereta sunyi sepi, cengkerik pun takut untuk dendangkan bunyi. Mesti cengkerik takut dengan kemarahan yang membuak-buak dalam hatiku. Aku menjeling Ayyan disebelah, boleh pula dia buat dek aje? Tak reti nak pujuk ke? Hish, menyampah!

"Aik, jangan jeling-jeling, nanti mata akak juling tak tahu. Siapa nak kat akak nanti..."

Ayyan mengusikku sambil ketawa kecil.

Hatiku semakin mendongkol geram, dalam situasi begini sempat lagi dia nak mengacau aku? Panas sahaja hati ini, pendam kemarahan. Kalau boleh nak sahaja aku tarik mulut dia tu sampai tercabut. Haish, sejak bila aku jadi kejam ni?

"Akak, janganlah marah-marah. Ayyan minta maaf okay, Ayyan tak bermaksud nak permainkan akak... Ayyan tahu akak tak suka gurauan macam tu..."

Lembut bait kata maaf dan penyesalan Ayyan menderu masuk ke halwa telingaku. Namun, tidak sedikitpun kemarahanku mahu surut. Aku pekakkan telinga sahaja, seolah-olahnya tiada sesiapa bersuara tika ini.

"Akak?"

Ayyan memanggilku lembut, suara dia lembut sangat. Dia ingat aku akan cair? Sorry sikit, I takkan terpedaya lagi!

"Sayang Ayyan ni merajuk tak comel tau. Mulut dia tu muncung panjang, kalau ada hanger dah lama Ayyan gantung kat situ buat sidai baju..." usik Ayyan tidak mahu mengalah untuk memujuk si Kakak.

Ya Allah, geramnya! Rasa nak menjerit je, suruh Ayyan diam!

"Ayang... Ohh... Ayang... Janganlah merajuk, nanti Ayyan kiss baru tahu!"

Tersentak aku, sampai aku spontan pandang muka dia akibat terkejut demi perkataan kiss dari bibir dia! Ayyan ni dah gila ke? Sekarang ini, aku rasa macam nak korek telinga sahaja kerana tak percaya Ayyan bergurau tahap melebih begini!

Ayyan tersenyum manis memandangku sekilas sebelum dia membelokkan kereta menghala ke jalan seterusnya. Sekejap lagi destinasi kami akan tiba.

"Cakap kiss baru nak pandang, tadi diam aje. Akak memang nak ke Ayyan kiss akak?" Keningnya sebelah terangkat sedikit, sempat lagi tu dia kenyitkan mata.

Mataku terbeliak besar, sekali lagi aku tak menyangka dia menyambung lagi gurauaun tak berasas itu. Dia ni memang nak kena! Dia ingat aku terhibur dengan lawak kasar dia tu?

"Sekali lagi Ayyan cakap, akak bagi tangan akak ni cium pipi Ayyan! Nak try ke?" balasku, dengan nada tegas dan sedikit tinggi.

Biar dia tahu aku terlampau geram dengan diri dia.

"Opsss, yelah-yelah... Ayyan nak gurau sikit biar akak sejuk sikit, tapi sayang seribu kali sayang, akak makin tambah marah dekat kita... Sorry akak..."

Ayyan menyatakan penyesalan kerana terlanjur mengusik. Dia memberhentikan kereta di dalam petak parking. Kemudian, dia memusingkan sedikit badan menghadap aku.

"Sorrylah kak, kita pergi klinik dulu ye? Nanti kalau akak nak sambung marah, atau nak pukul Ayyan pun takpe. Okay?"

Pujukan lembut Ayyan seakan membisik kalbuku supaya berhenti memarahi dia. Tipulah kalau aku tak tersentuh, tetapi aku tetap mahu berdegil. Tak mahu pergi klinik! Benci Ayyan!

"Hmm, ginilah. Ayyan kasi akak cubit Ayyan kat sini."

Tanpa fikir panjang, Ayyan menarik tangan kananku dan letak pada dadanya. Aku sekali lagi tergamam dengan tingkah Ayyan yang tak terduga. Pantas aku tarik kasar tanganku. Aku renung dia dengan pandangan menikam. Aku ketap gigi geram, bunyi berlaga kuat. Sakit pula gigi aku jadinya. Tanpa keizinan dia, aku tumbuk dadanya kuat. Sangat jelas muka Ayyan berkerut menahan sakit.

"Padan muka!" Sempat aku mengejek dia sebelum keluar dari perut kereta.

......................................................................

"Akak, nak makan kat mana? Ayyan ingat nak ajak akak makan satu tempat ni, sedap tau makanan kat situ." tanya Ayyan, sambil memberi cadangan restoran yang berada dalam fikirannya. Stereng kereta di pusing kekanan untuk meneruskan destinasi kami, yang belum diketahui lagi.

"Akak tak nak makan! Ayyan pergi makan sorang-sorang! Akak nak balik!" ajakannya aku tolak mentah-mentah.

Malas nak mengisi perut bersama dia. Kalau nak makan pun, kat rumah pun ada lagi lepat pisang. Tak perlu kut aku asyik berkepit dengan kekasih orang.
"Akak ni, janganlah marah-marah lagi. Kan Ayyan dah minta maaf tadi, susah ke nak maafkan Ayyan? Hmm, Akak tengah datang bulan ke?" tanya Ayyan serius. Pening kepala melayan kerenah Arina. Dari tadi asyik nak marah-marah.

"Tak payah nak sebut benda tu boleh tak? Akak tak sukalah!"

Aku memang anti apabila lelaki menyebut perkataan 'datang bulan'. Hish, tak suka sangat, itu hal peribadi perempuan kut! Asal nak sebut-sebut pulak?

"Dah tu, Ayyan nak sebut apa lagi? Bulan mengambang?"

Aku tidak dapat menahan geram, tanganku meliar mencubit bahunya. Kuat, biar padan muka! Kalau boleh, nak lunyaikan sahaja badan dia. Eh, kemana pula rasa cinta aku pada dia? Sekarang, aku dah macam seorang perempuan yang berdendam pula.

"Aduh, kakak ni... Janganlah kuat sangat, macam nak terkopek kulit Ayyan tau... Akak memang tak sayang adiklah... Sampai hati dia, kalau berparut macam mana? Tak laku Ayyan nanti."

Sempat lagi Ayyan menggosok sekejap bahu kirinya itu.

"Padan muka tak laku, jadilah bujang terlajak tua! Nanti dah tua, nyanyuk tak ada siapa nak jaga!"

Aku menjuihkan mulut, mengejek dia. Tak tahu kenapa, bibirku terlepas tawa dengan kata-kataku sendiri.

"Ayyan tak susah, akaklah jadi mangsa kena jaga Ayyan. Sampai mati, Ayyan akan kacau kakak kalau Ayyan tak laku." balas Ayyan.

Dia turut gelak apabila mendengar tawaku. Mungkin dia bahagia mood baranku sudah kendur sedikit, tidak seperti tadi garang kalah singa!

"Haa... kan cantik gelak, senyum macam tu... Barulah Ayyan lega, ini tidak monyok aje... Tak senang hati tau Ayyan tengok."

Aku kekalkan senyuman. Senyuman Ayyan pandang tak lepas. Sesungguhnya, benar hatiku sudah sejuk umpama disimbah salji segunung. Dengan Ayyan, tak boleh marah lama-lama. Mesti kalah punya, tengoklah macam keadaan sekarang.

"Pandai Ayyan eh buat kelakar. Macam mana tak gelak... Boleh pula dia kata tak laku sebab akak cubit sikit gitu je. Tak munasabah betul boleh tinggalkan parut."

Aku kembali meliar memandang luar tingkap. Ada restoran tersergam indah, cepat betul Ayyan memandu! Dah sampai!

"Suka hati dia je bawak orang ke sini kan..." sambungku lagi bila dia sedang memarkir kereta.

"Akak kan dah tak marah, apalagi, kita ambil kesempatanlah. Jom, kita pi makan dulu. Nanti Ayyan nak ajak pergi lagi satu tempat," ujar Ayyan. Tanggannya sibuk mematikan enjin kereta, dan membuka tali pinggang keledar.

"Hmm, taknaklah ikut. Lepas makan, nak balik je." balasku malas.

Aku masih bekukan diri, tidak pula aku membuka tali pinggang keledar.

Malas pula kaki ini mahu melangkah keluar, rasa nak duduk sini aje. Berehat dan tidur. Badanku cukup penat sekarang.

"Bestlah kak, tempat tu. Kalau ikut, mesti tak menyesal punya."

Ayyan masih tidak mahu mengalah daripada memujuk aku.

Aku pula pejamkan mata rapat. Suara Ayyan, aku buat tidak endah sahaja. Terasa nyaman pula bersandar. Nak tidur sini boleh?

"Ya Allah, dia ni... Mengada sayang Ayyan ni... Tali pinggang pun nak kena bukakkan."

Suara Ayyan yang terlalu dekat dan desahan nafas Ayyan seakan menampar mukaku. Aku pantas buka mata luas-luas. Jantungku mengepam laju, aku hampir putus nafas. Ayyan sedang elok membuka tali pinggang dan merenung aku sekarang ini.

"Kita pergi tau, kak?"

Ayyan berbisik di telinga, lalu dia menjauhkan jarak kami. Senyuman dia hadiahkan semanis gula kapas. Help me! Aku cair!

'Diantara berjuta-juta bintang,

hanya satu bintang yang paling terang,

diantara berjuta-juta orang,

hanya kamu yang paling aku sayang!'

Tiba-tiba lagu ini berdendang dalam hatiku. Aku hampir nak pengsan. I need oxygen!

................................................

"Buat masa ni, Ayyan nak kita fokus makan dulu. Nanti-nanti baru Ayyan nak tanya akak macam-macam. Akak kena jawab jugak...Hmm, faham?"

Setelah memberikan bicara berbaur amaran, santai sahaja Ayyan bersandar di kerusi. Matanya terhala tepat ke anak mataku. Kemudian, dia memeluk tubuh. Dia meletakkan kedua tangannya di atas meja lalu mengetuk-getuk jari tangan kanan, seakan menanti jawapanku.

Aku membetulkan sedikit duduk yang tak berapa nak selesa. Dua patah terakhir Ayyan, buat aku sedikit merasa gelisah. Anak mataku bergerak-gerak mengitari ruang restoran ini, buat-buat tidak nampak pandangan dia. Raut wajah pula aku kekalkan tanpa riak. Amaran Ayyan aku biarkan tergantung tak bertali.

Pap!

Ayyan memetik jari di depan mataku.

Terkerdip-kerdip mataku memandang dia.

"Dengar ke tidak Ayyan cakap ni, kak?" tanya Ayyan.

Dia sedikitpun tidak menoleh kearah lain, matanya masih setia merenung aku.

"Akak malas nak pi mana-mana. Bagi akak rehat boleh tak?"

Luahku mematahkan permintaannya. Aku tidak mahu berlama-lama dengan Ayyan, kalau boleh sekarang juga nak pulang. Memikirkan hal kejadian tadi, aku hampir tergoda dengan tingkah dia. Aku takut pula nanti aku akan luahkan perasaan aku padanya. Gerun memikirkan kemungkinan itu, tidak sesekali aku berbuat demikian. Aku tidak mahu mimpi itu menjadi kenyataan dan akhirnya aku akan pergi tinggalkan dunia ini? Nauzubillahminzalik.

"Sekali ni je kak... Ayyan, nak tahu sangat apa yang terjadi pada kakak. Ayyan nak tahu semunya sebab apa akak menangis sampai bengkak macam ni... Hati Ayyan sakit tahu tak, Ayyan tak suka tengok akak macam ni... Please..."

Pujuk Ayyan dengan suara yang lirih. Aku dapat rasakan kebimbangan yang bukan sedikit dalam hatinya terhadap aku. Tetapi, tidak pula aku mampu membalas renungannya, aku takut aku akan kalah dan terima sahaja kemana Ayyan mahu bawa aku pergi.

"Please, kak... Sekali ni je... Minggu depan, Ayyan dah naik sem. Dah tak boleh jumpa kakak, bersembang, mendengar celoteh akak lagi. Ayyan rindu semua tu, kita pun dah jarang sangat berjumpa."

Ayyan masih belum puas memujuk aku, tidak henti-henti dia cuba menyelinap masuk ke dalam lubuk hatiku paling dalam.

Aku cuba tahankan bibir dari berbicara, masih mahu mendengar apa lagi kata-kata pujukan untuk aku. Ingin melihat sejauh mana Ayyan tidak berputus asa memujuk aku.

"Akak, janganlah macam ni. Akak tak sayang adik lagi ke?"

Sekali lagi Ayyan bersuara, kali ini nada terlebih lirih. Ayat pun kedengaran sedih sahaja menyusup kedalam telinga. Sayu sahaja.

"Dulu, akak tak pernah tak layan Ayyan macam ni. Akak dah lain, berubah sangat. Marah Ayyan pun lama-lama, kalau dulu tak pernah nak marah-marah, marah pun sekejap je..."

Aku tak dapat menahan perasan, mendengar suaranya kini membuat jiwaku terusik. Betul, betul sekali kata-kata Ayyan itu. Dulu, aku tak pernah melayan dia endah tak endah seperti ini. Pada zaman sekolah, aku rajin melayan celoteh nakalnya, menasihati dia, mendengar segala masalahnya, dan aku suka sekali bergurau senda dengannya. Alangkah indahnya, jika kenangan lalu bisa kembali lagi. Aku rindukan kenangan dulu! Aku tak mahu ada Ainura di sisinya. Seperti dahulu.

"Akak memang dah tak sayang Ayyan kan?"

Suaranya mengamit aku dari melamun memori lama, yang sangat indah untuk dikenang. Aku mencari anak matanya, yang sudah berlari kearah lain. Mesti dia merajuk!

"Sorry, tidaklah Ayyan. Akak masih sayang..."jawabku dengan suara perlahan.

Berat sekali ungkapan sayang untuk aku hulurkan pada dia. Kalau boleh, aku ingin menyambung lagi perkataan. 'Akak pun cintakan Ayyan sepenuh hati akak.' Tetapi, cukuplah didalam hati. Aku belum mampu untuk luahkan semua. Biarlah aku pendam semua ini.

"Kalau sayang, kita pergi ye tempat tu? Ayyan teringin nak bawa akak kat situ... Boleh kan?"

Ayyan kembali memandang aku, riak wajahnya bertukar ceria.

Aku mengukir juga senyuman buat dia, lalu aku angguk. Jika itu buat Ayyan bahagia, aku sanggup mengalah sahajalah demi dia. Demi dia, insan yang aku sayang dan cinta sepenuh hati.

Kami diam dan fokus kepada makanan sejurus pelayan menghantar makanan di atas meja. Menu aku seperti biasa. Nasi goreng kurang pedas dan air laici sejuk, manakala Ayyan pula nasi goreng pedas dan air laici sejuk. Eh, samalah! Hmm... Mesti dia nak pujuk akulah tu, menu pun nak sama. Yang bezanya aku kurang pedas, dia pedas! Tahulah perut dia power, tak gastrik. Untunglah siapa yang tak gastrik tu. Termasuk Atiera, besfriend kesayanganku. Aduh, rindu pulak dengan dia. Apa khabar agaknya dia di Terengganu. Dah lama tak contact setelah dia berumah tangga. Nanti malam, aku nak call lah, rindu menggebu pula membayangkan wajah comel Atiera.

......................................................

Aku terpaku menjamah pemandangan yang teramat indah terhidang di depan mata. Seperti anak kecil, aku berlari menghampiri tasik cantik itu. Mataku tidak berkelip memandang air jernih tasik ini. Tak pernah pula aku tahu ada tasik secantik ini di Johor Bahru! Nampak sangat aku ni Rapunzel, duduk terperuk sahaja dalam bilik. Bukan nak keluar, maklumlah tengah sengkek. Bunga-bunga meliar di tepi tasik seperti orked dan bunga ros aku sentuh satu-satu. Tidak aku hiraukan pandangan orang lain yang mungkin gelihati melihat tingkah jakun aku.

Aku duduk mencangkung di situ, memetik satu bunga ros berwarna pink lalu ku cium bau harumnya. Kerana terlalu asyik, aku duduk pula bersila di situ.

"Kakak ni, tak menyempat ye. Ayyan pun ditinggalkan kat belakang." ulas Ayyan sambil dia turut melabuhkan punggung dan mengambil tempat di sebelah aku. Bahu kami berlaga kerana Ayyan duduk rapat disebelahku.

Secara mendadak aku tertolak dia, nasib tak kuat sangat. Ayyan tanpa sengaja terpegang tanganku kerana dia hampir tergolek. Kejap dan kemas pegangannya, buat aku terkesima memandang dia.

Aku segera menarik tanganku kembali.

Dia menjarakkan tubuhnya, kerana tersedar dengan keterlanjurannya.

"Sorry... Ayyan tak sengaja..."

Aku diam tidak membalas. Debaran yang melanda hebat aku biarkan sahaja. Tanganku ralit membelai-belai bunga ros pink.

"Akak suka tempat ni?" tanya Ayyan setelah lama membiarkan suasana sepi menyelubungi kami.

Aku mengangguk kepala, lalu aku hulurkan bunga ros itu kepada dia.

Dia menyambutnya sambil tersenyum mekar.

"Suka sangat, akak suka bunga-bunga kat sini... Cantik sangat... Kenapa akak tak pernah tahu ada tempat macam ni ek? Tempat riadah yang ada tasik cantik, ada bunga ros, ada bunga orked...Ya Allah, seronok betul kalau dapat pergi hari-hari... Tapi, jauh pula dari rumah."

Ceria aku menyatakan perasaan gembiraku. Dalam hati, aku memuji ciptaan Allah yang sungguh indah ini. Tak jemu langsung untuk dipandang.

"SubhanAllah, cantikkan kak?"

Aku angguk lagi, tanganku sibuk memetik bunga orked pula. Cantik sangat berwarna pink purple. Aku bawa bunga orked ke hidungku. Wanginya, walaupun tidak semerbak bau harum bunga ros.

"Akak jangan risau, nanti bila free lagi Ayyan bawa akak datang sini lagi tau?"

Aku bangun bangkit. Tidak pedulikan kata-kata Ayyan. Sungguh, hatiku diserbu hiba apabila mengenangkan Ayyan tidak mungkin membawa ku ke sini lagi. Buat apa lagi? Kan dia dah ada Ainura, mesti Ainura akan cemburukan aku... Mesti dia tak bagi punya masa terluang Ayyan diberi pada aku. Aku ini hanya kakak angkat yang tiada pertalian darah! Aku tidak layak untuk membazirkan masa Ayyan!

Kaki kubawa melangkah ke arah pokok rendang. Pokok itu tidak berbuah, aku sendiri tidak tahu itu pokok apa. Tetapi, mengapa seperti pernah kulihat pokok ini? Dimana ye?

Kebetulan sekali ada bangku kayu muat untuk diduduki oleh dua orang. Aku pantas saja melabuhkan punggung di situ.

"Akak, kenapa ni?"

Ayyan duduk disebelahku. Aku membiarkan pertanyaan dia tidak bersahut. Beban perasaanku sedang menghimpit aku, aku ingin menenangkan fikiran tetapi kehadiran Ayyan membunuh semuanya. Badan aku pusingkan menghadap ke arah tasik. Cuba meminta walau secubit ketenangan.

"Akak sedih sebab Ayyan dah ada Ainura ke?"

Pertanyaan Ayyan menghantar perasaan bercampur baur dalam hati. Mengapa perlu dia singkap sakit yang aku cuba kunci dan simpan rapat ini?

"Akak nak balik!"

.................................................................

Writer's comment : Aduh, gawat ini?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro