SYT 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Akak nak balik!" lantang aku bersuara. Tak mahu aku berlama di sini, bimbang ada air mata berhujan bakal mengalir di pipiku. Aku bangun dan menapak ingin meninggalkan Ayyan keseorangan.

Ayyan menghadang laluanku, dengan mendepangkan kedua belah tangannya. Aku merengus dan menolak tubuhnya supaya tidak menghalang aku dari pergi dari situ.

Tanpa aku sangka, Ayyan bertindak memegang kedua bahuku kejap. Dia menjatuhkan sedikit kepalanya untuk menyamai wajahnya dengan wajahku tika ini. Matanya menatap aku tajam, meminta aku memberikan penjelasan tentang semuanya.

"Akak ni kenapa? Sikit-sikit nak lari! Sikit-sikit nak lari! Cuba jawab apa yang Ayyan tanya!"

Ayyan memarahiku, suaranya masih terkawal. Aku tidak mampu melarikan diri dengan tingkah nya yang sangat memaksaku untuk memandang dia sahaja tika ini! Kemarahan Ayyan yang membara membuat aku turut terkesima. Namun, aku cuba lawan itu semua dengan membalas semua kata-katanya yang sedang berlegar di dalam kotak fikiranku.

"Biarlah nak lari pun, Ayyan sibuk kenapa? Dah, akak nak balik! Lepaskan tangan Ayyan ni, jangan sesuka hati sentuh akak boleh tak?!" lantang aku bersuara, tidak aku peduli kemungkinan dia akan kecil hati dengan kata-kataku.

Aku berusaha menolak tangannya, tetapi tidak berdaya. Tenaga lelakinya jelas sekali lebih kuat dengan mudah mengalahkan aku, yang lemah ini.

Kulihat mata Ayyan bertambah berbara amarah. Aku benci pandangan dia seperti ini, gerun sekali gus menjadikan aku memberontak untuk melawan segala kata-katanya.

"Degil akak yang buat Ayyan macam ni! Kalau Ayyan tak pegang akak, akak dah lari bukan? So, apa lagi pilihan Ayyan! Cuba cakap, kak!"

Pegangan Ayyan semakin kuat, buat bahuku terasa sengal dan sakit.

"Dahlah Ayyan, sakit tau tak!"

Aku mengadu kesakitan pada dia, mataku menghantar isyarat supaya melepaskan aku. Sakit tahu tak! Bukan buat main!

"Sakit? Sakit lagi hati Ayyan melayan kerenah bukan-bukan akak dari tadi! Cuba cerita apa masalah akak sekarang ni!"

Dia tidak melepaskan, malah menengking aku lagi. Kemarahan dia aku dapat rasakan semakin memuncak. Mungkin juga darahnya sedang menggelegak sekarang ini.

Aku apa lagi, bagai disimbah minyak kedalam api, aku semakin berani melawan Ayyan,

"Tak nak! Akak tak ada masalah apa-apa! Kalau ada pun, itu bukan masalah Ayyan!" Aku menyerang lagi dengan kata-kataku. Tidak kukira lagi siapa didepan mataku sekarang. Sayang atau cinta? Entah kemana, aku humban!

"Kenapa bukan masalah Ayyan? Cuba cakap? Dari dulu, kita kongsi semuanya, tak ada apa pun yang tertinggal! Satu pun tak ada, Ayyan cerita semua kisah luar dan dalam hati Ayyan ni! Tak ada langsung Ayyan tak cerita tau tak!"

"Habistu pasal Ainura tu apa? Ayyan tak pernah ceritakan? Tak pernah!"

Aku membalas herdikan dia dengan jawapan yang tak sepatutnya aku lepaskan. Kenapa aku cakap pasal Ainura dalam hal pertelingkahan ini? Kenapa?

Ayyan mula melepaskan pegangan pada bahuku. Dia menarik rambutnya kasar, mukanya diusap kasar. Marah dan serabut barangkali?

"Ini semua pasal Ainura kan?"

Suara Ayyan mulai kendur. Tetapi, aku tahu gelora dalam jiwanya sedang bergelodak hebat. Mungkin marah, aku babitkan Ainura dalam hal pertelingkahan kami. Nak buat macam mana, aku sendiri menyesal menyebut nama Ainura tadi.

"Okay, Ayyan minta maaf sebab terlambat beritahu pasal Ainura...Itu memang salah Ayyan, tapi itu tak bermaksud akak perlu buat perangai macam ni? Ayyan sendiri dah kenalkan semua, apa lagi yang akak nak? Kami pun hanya baru couple seminggu! Ayyan busy, nak cerita detail pada akak tak sempat... Please, understand me?" sambung Ayyan lagi.

Walaupun suaranya sudah berlembut sedikit, hatiku tidak dapat terubat lagi.

Aku membalikkan tubuh, sungguh jelas aku cuba sembunyikan riak wajahku yang sedang kecewa saat ini. Lara hadir bersama lukisan luka dalam hatiku. Pemandangan indah luas terbentang di hadapan mata tidak lagi berjaya menambat hatiku untuk merasa setitik kebahagiaan. Bila aku dapat merasa bahagia seperti wanita lain? Dicintai oleh lelaki yang aku cintai? Bila lagi aku dapat merasakannya? Ya Allah, titipkan aku ketabahan. Aku lemah.

"Kenapa akak diam? Pleaselah beritahu apa masalah akak ni? Jangan nak pendam sahaja seorang diri! Pendam, pendam, pendam! Takkan dapat selesaikan masalah kak!"

"Dari dulu kan, akak memang suka simpan semua masalah! Kalaulah yang dulu tu Ayyan tak tahu, memang sampai bila-bila Ayyan tak akan tahu akak hadap masalah tu!"

Aku terpempan, mataku terbayang peristiwa dulu.

..................................................................

"Asal kau tak berhambus saja dari Ayyan! Kau ni memang perempuan sundal! Menggatal dengan jantan orang, budak muda dari kau pulak tu! Memang tak malu, aku patut cekik kau sampai mati. Biar Ayyan hanya layan aku sorang je! Betina tak guna!"

Bella hampiri aku dan dia mencekik aku. Aku cuba menolak dia sekuat hati, cuba melawan dengan tenaga yang masih ada. Namun, hampa kerana Bella lebih kuat dan tenaga Bella sangat luar biasa. Sudah pasti kerana dia sudah dirasuk syaitan bertanduk!

"Bella, a...ak...a...k.."

Aku ingin bersuara mohon kemaafan kepada dia, tetapi peti suaraku hampir lenyap. Ketegangan pada leher, ditambah dengan perit teramat, membuatku kehilangan daya untuk menyebut satu perkataan pun. Mataku berair, menangisi nasib yang malang ini. Ya Allah, andai ajalku tiba juga saat ini. Berikan aku peluang untuk mengucap buat kali terakhir, Ya Allah. Aku berdoa bersungguh-sungguh kerana aku tidak mampu menanggung seksaaan Bella. Dia bukan lagi Bella, dia sudah dirasuk syaitan!

Aku pejamkan mata, mutiara tidak henti-henti mengalir. Aku tahu jika aku menangis air mata darah sekalipun, Bella tidak akan berhentikan perbuatannya. Aku redha dan pasrah andai ajal aku tiba waktu ini. Aku redha, Ya Allah. Jika boleh meminta, aku ingin sekali mati sahaja, daripada terseksa. Aku tercunggap-cunggap bilamana Bella mencekik lebih dalam dan kejap. Bella zalim!

"Bella! Stop it!"

Ayyan! Suara itu menerjah kami. Aku hanya mampu menahan diri daripada memanggil nama Ayyan. Kehadiran dia sedikit sebanyak mengurangkan sakit ini. Tetapi, aku terasa tubuhku hampir terkulai. Tunggu masa sahaja, aku boleh pengsan.

"Woi syaitan! Aku kata berhenti, berhentilah! Kau pekak ke syaitan?"

"Tak nak! Aku tak nak! Aku bukan syaitan! Betina ni yang syaitan!"

"Kau memang s***! Betina s*****! Menyesal aku couple dengan betina j***** macam kau! Kau lepas, sebelum aku sepak muka kau!"

"Tak nak! Aku tak nak! Tak nak!"

Jeritan mereka tidak lagi kudengar. Aku terkulai layu bilamana aku dapat rasakan Bella melepaskan leherku. Aku sendiri tidak tahu, apa yang jadi.

Kepalaku dipangku seseorang. Itu pasti Ayyan! Bisik hatiku yang terakhir.

"Akak, Ayyan cakap ni! Pleaselah! Jangan cabar kesabaran, Ayyan!" herdikan Ayyan menyentak aku daripada tragedi itu. Aku memegang leher, seakan masih terasa betapa peritnya bekas cekik dari Bella. Ya Allah, aku tahankan air mata dari mengalir.

Aku cuba lupakan tragedi itu, dari mengulang tayang di tubir mata. Kini, aku kuatkan semangat untuk merejam semula herdikan Ayyan yang turut mencabar egoku.

"Masalah akak kan? Suka hatilah nak pendam macam mana pun! Ayyan menyibuk sangat kenapa? Tolonglah berhenti nak menyibuk urusan akak lagi, akak dah besar tahulah sendiri nak urus semua macam mana! Ayyan pergi atur sendiri hidup Ayyan boleh tak! Akak tak nak Ayyan masuk campur urusan akak lagi! Tolong, berhenti menyibuk hal akak lagi!"

Aku lempar tengkingan khusus buat dia. Aku berasa puas dapat luahkan sebahagian apa yang terpendam. Biar dia dapat rasakan sakit seperti apa yang aku rasakan.

Suasana kembali hening, tiada balasan aku dengar dari mulutnya. Aku senyum sinis, dapat aku rasakan kini dia kehabisan kata-kata dan sudah tentunya dia terlalu sakit hati sekarang ini.

Aku ingin berlalu, tetapi suaranya yang tiba-tiba buat langkahku berhenti secara mendadak.

"Akak memang dah berubah kan? Sanggup akak buat Ayyan macam ni?"

Aku meraup wajahku berkali-kali. Suaranya benar-benar menjerat hatiku sehingga aku terkaku daripada meneruskan langkah.

"Akak tak pernah macam ni. Apa salah Ayyan, kak?

Lirih, suara itu menyentuh gegendang telinga. Setiap kata-katanya melumpuhkan bibirku untuk membalas. Aku tak mampu singkirkan rasa bersalah yang terbang menyelinap masuk kedalam jiwaku kini. Aku tak berdaya untuk memarahinya lagi.

"Akak bencikan Ayyan kan?"

Hatiku remuk redam, tidak dapat ku tanggung sebak yang mencengkam jiwa. Air mata memberat di kelopak mata. Tungguh masa sahaja untuk mengalir ke pipi.

"Kenapa akak bencikan Ayyan? Ayyan minta maaf kalau ada sakitkan akak, tapi please beritahu. Ayyan akan cuba perbetulkan kesilapan Ayyan... Please..."

Rayu Ayyan dengan suara mendayu-dayu. Kesayuan dari suaranya membuatkan air mataku menitis satu persatu. Tanpa henti.

"Ayyan rindu sangat dengan akak, salah Ayyan ke bawa akak ke sini dan dan dengar semua masalah akak? Ayyan nak akak berkongsi masalah dengan Ayyan supaya akak tak susah hati pendam perasaan sendiri. Salah ke kak?"

Esakan mula kedengaran, aku dan dia sedang dihujani air mata. Aku menekup bibir menahan tangisan.Ya Allah, kenapa begini jadinya?

"Kalau ikutkan rindu Ayyan ni, Ayyan dah lama peluk akak. Kerana Ayyan terlalu rindu... Saban hari Ayyan menghitung waktu nak berjumpa dengan akak sejak Ayyan sambung belajar...Tetapi, ini balasan akak pada Ayyan?"

Habis sahaja bicara dari bibir Ayyan, aku mendekati dia. Seperti dirasuk, aku bawa tubuhku kedalam pelukannya, tanganku erat melilit pinggangnya. Tangisan aku hamburkan sepuas-puasnya. Macam anak kecil! Tidak aku sangka, Ayyan turut membalas dakapan ini, dapat aku rasai tangannya erat diatas bahuku. Aku dan dia, gila!

............................................................

"Akak... janganlah menangis lagi... Ayyan tak boleh tengok akak macam ni."

Tangan Ayyan mengusap belakang tubuhku. Lembut. Aku seakan tenggelam dalam pelukan hangatnya. Pipiku tersembam elok di dada bidangnya, habis basah lencun bajunya kerana aku. Perasaan sedihku melayang sedikit demi sedikit apabila berada dalam dakapan ini. Kalau boleh, ingin sekali aku hentikan waktu. Aku ingin berada dalam dakapannya untuk selama-lamanya.

"Akak..."

Ayyan memanggilku lagi, aku kira dia sudah berhenti menangis. Suaranya masih serak menyentuh lembut deria pendengaranku. Aku masih terbuai lagi, tanganku erat memeluk pinggangnya.

"Kita... tak boleh macam ni kak..." suara Ayyan menyapaku lagi.

Aku masih diam, tangisanku sudah surut sedikit. Namun, kehangatan tubuh Ayyan tidak mahu aku lepaskan. Ya Allah, kenapa aku jadi perangai sebegini? Tak pernah lagi aku benarkan sesiapa menyentuh aku, lagi-lagi memeluk aku seerat ini. Ini salah! Ini berdosa!

"Akak, kita bincang elok-elok... Ayyan lepaskan pelukan ni ye?"

Ayyan masih memujukku.

Namun, aku masih berdegil. Kaku lagi. Tidak mahu bergerak walau seincipun.

Perlahan-lahan, aku dapat rasakan kedua tanganku dileraikan Ayyan. Aku relakan sahaja, walaupun jauh di sudut hati aku masih belum puas berada dalam dakapan ini. Ya Allah! Apa kena dengan aku ni?

Kini, kami berdua membisu selepas pelukan terlerai beberapa saat tadi. Tubuhku cukup lemah sekarang. Terasa ingin lagi aku memeluk tubuhnya. Ahh, sudah! Jangan jadi gila, Arina! Aku membentak diriku yang hampir berfikiran tidak waras.

"Kita duduk dulu, kak..."

Ayyan menarik tanganku dan dibawanya aku duduk di bangku tadi. Aku hanya menurut.

Aku duduk sambil tunduk merenung kakiku yang bersalut kasut flat berwarna hitam. Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa buat masa ini, segala amarah tadi masih ada lagi, namun tidak pula aku mahu lempar lagi kata-kata kasar buatnya. Adakah kerana pelukan tadi, aku jadi begini?

Tiba-tiba, ada sapu tangan berwarna biru cair terhulur dari tangan Ayyan.

"Kak pakailah sapu tangan Ayyan ni, kesat air mata tu..." suara Ayyan bergema di sebelah.

Aku hanya pandang sahaja, tanpa ada niat untuk mengambilnya. Hal ini kerana, berbakul-bakul perasaan malu dan menyesal terhumban dalam hatiku tika jiwaku tersedar tindakan gila aku tadi memang salah! Aku sangat berdosa memeluk dia! Aku dan dia bukan mahram! Astagfirullahalazim, Ya Allah, maafkan hambaMu yang alpa ini.

"Akak... ambil ye... Ayyan..."

Kata-katanya terhenti kerana aku kembali mengeluarkan mutiara, sehingga jatuh di atas tangannya itu. Aku pantas paling wajah menghadap kearah lain. Aku tidak mahu dia lihat air mataku lagi. Aku malu!

"Janganlah menangis, hati Ayyan tak boleh tengok walau setitikpun air mata akak jatuh... Ayyan tak boleh, kak...Please, kak..." rayu Ayyan, nadanya membuat hatiku luluh.

Kenapa kau buat hatiku cair lagi, Ayyan?

"Pandang Ayyan, kak... luahkan semua masalah akak... Ayyan tak nak akak terus diam... nangis macam ni..."

Aku tidak mahu Ayyan! Aku tak mahu luahkan perasaan aku pada kau! Kau faham tak! Aku memberontak hebat didalam hati. Untuk beberapa saat, aku hanyut dalam kebisuan. Membiarkan Ayyan sendirian merayu aku.

Bahuku disentuh dan ditarik tanpa amaran. Aku tergamam. Dengan mudah, mataku terus tertunak ke arah matanya tanpa sempat aku elak. Bening matanya itu sangat redup merenungku. Aku tenggelam di situ.

Pipiku pula tiba-tiba disentuh dengan sapu tangan. Berhati-hati sekali gaya Ayyan mengesat air mataku. Aku terkesima lagi. Aku sendiri tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan merelakan segalanya. Aku seperti dipukau oleh Ayyan, sekarang!

"Tengok mata akak bengkak macam ni, makin Ayyan sedih... sedih sangat, maafkan Ayyan buat akak menangis..." sayu sekali suaranya mengusik jiwaku.

Aku ingin bersuara, menolak tangannya yang masih leka mengesat air mataku yang setia mengalir. Walaupun hanya setitik cuma. Aku tidak mahu terbuai dengan perasaan indah begini. Ini, salah!

"Ayyan sayangkan akak... Kalau diizinkan oleh Tuhan, ingin sekali Ayyan ambil semua kesedihan akak... Biar Ayyan yang terseksa, Ayyan sanggup jika itu boleh buat akak tersenyum kembali..."

Ayyan berhenti mengesat air mataku, lalu dia menangis di sisiku. Aku terkedu, kenapa dia menangis pula ni?

"Ayyan... kenapa Ayyan... nangis?"

Aku bertanya dengan suara bergetar. Aku resah dia membiarkan pertanyaanku tidak disahut. Resahku serasa semakin bertimbun menghempap aku.

"Ayyan... tak.. nak.."

Semakin kuat pula esakan kedengaran. Dia menekup mulutnya.

Ya Allah, aku benar-benar tak mampu membiarkan dia menangis begitu sahaja.

"Ayyan, dengar sini. Akak tak nangis, Ayyan... Stop nangis!"

Aku menolak bahunya, memaksa dia berhenti teresak-esak.

Ayyan kemam bibir, cuba menghalang bunyi esak... Matanya berair, memandang aku lama.

"Akak... Ayyan tak nangis dah... akak pun, please... stop nangis juga..."

Aku angguk laju. Tak mahu biarkan dia menangis lagi. Sesungguhnya, mata cantiknya yang bertakung air mata buat hatiku remuk redam.

......................................................

"Ayyan... akak nak balik ye..."

Aku bersuara sesudah keadaan kami sudah kembali tenang.

"Akak tak sudi ke nak cerita semua masalah akak?"

Aku bungkam. Pertanyaan Ayyan yang masih serupa seperti sebelum ini menjadikan aku separuh nanar. Aku benci soalan itu, aku benci! Kenapa dia masih berdegil untuk tahu semuanya?

"Akak tak sudi?"

Ayyan mengulang lagi pertanyaan.

"Ye, tak sudi!" ujarku, dalam nada terkawal. Aku masih mencuba menahan amarah daripada terlepas.

Kedengaran dengusan panjang menerpa telingaku. Dia pasti tidak berpuas hati kerana aku tetap degil.

"Hmm... Ayyan ada satu idea..."

Ayat tergantung Ayyan, buat aku tertanya-tanya.

"Idea apa pulak Ayyan ni?" tanyaku, ada nada tidak sabar tercetus dibibirku.

Ayyan ukir senyuman nipis, dia menyeluk poket seluarnya. Keluar sebuku memo pad di tangannya bersama sebatang pen.

Terpinga-pinga aku melihat tindakan dia, yang mencurigakan. Tetapi, hatiku tercuit, memerhati lagaknya sedang menulis sesuatu pada sehelai kertas berwarna purple. Dia ni kenapa? Nak menulis apa pulak kat situ?

Ayyan tayang sehelai kertas itu pada aku,

(ayyan nak akak tulis apa yang terpendam dalam hati akak dalam kertas ni)

Terangkat keningku melihat isi dalam kertas itu. Kemudian, aku pandang dia. Meminta penjelasan, apa perlunya aku buat benda ini? Ada faedah ke?

Dia kembali menulis lagi di kertas warna pink. Eh, dah bisu ke si Ayyan ni? Tak boleh nak cakap? Nak kena tulis lagi?

(tulis aje kat sini, jangan banyak soal! Ayyan bagi masa kat akak, Ayyan pi amek angin sana dulu, tau!)

Aku menggeleng apabila mataku tertancap lagi pada butiran tulisan tangannya. Aku tidak mahu mengikut kehendak bukan-bukan darinya.

"Untuk apa? Kalau akak nak tulis, pastu nak pi buang ke? Apa jadah pulak ni?" soalku tidak berpuas hati.

Dia tersenyum-senyum, kemudian menulis lagi.

Aduh, rasa macam nak debik aje Ayyan ni! Gerutuku geram.

(Kita simpan kertas ni dalam tanah, bawah bangku ni... Boleh kan, kak? Haha....)

"Tak nak!"

(Alaa... buat ajelah kak, Ayyan janji tak baca punya)

"Tak nak!"

(Ayyan janjilah kak. Cayalah Ayyan, pelease... *buat muka kiut)

Sambil tunjuk kertas itu, dia kelip-kelipkan mata dan buat muka terlebih comel, sampai aku rasa nak tampar aje. Tapi, sumpah! Memang comel sungguh. Ini yang cair ni...

(Kalau AYYAN tipu, Ayyan dosa. Betul kak, Ayyan cakap betul ni. Cayalah... Ayyan pun akan tulis jugak kat situ.)

"Abes tu, nanti sampai bila-bila kita takkan baca ke luahan perasaan ni?"

tanyaku, melayan juga kerenah bukan-bukan daripada dia.

(Setahun, dua tahun akan datang. Kita datang sini lagi pastu, ikut lah nak bagi Ayyan baca atau akak buang aje. Itupun kalau kertas ni masih ada cebisan lagi.)

"Betul ni, Ayyan tak akan baca?"

Ayyan mengangguk dua tiga kali.

"Kalau Ayyan baca, akak tak nak kawan dengan Ayyan lagi tau."

Sambungku, mengugut dia.

Dia angguk lagi dan senyum manis. Dia hulurkan sebuku memo pad itu padaku. Aku seperti orang dungu, menerimanya bersama perasaan berbelah bahagi.

......................................................

Writer's comment : Aduhai, maaflah bab ni macam kebudakan pulak. Entah kenapa, datang idea macam ni. Harap terimalah ye, walaupun tak best.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro