𝟑 𝟕 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Anayra bangun pada pagi itu mendapati dia tidur di dalam pelukan hangat suaminya yang tidak berbaju itu. Hero kalau tidur memang tak pakai baju. Dia hanya akan pakai seluar pendek.

Anayra mengangkat tangan Hero yang berada di atas dadanya. Macam sengaja je letak kat situ. Dia buat kerja senyap-senyap agar Hero tidak terjaga dari lenanya.

"Nayra benci abang Hero pinky pinky grrr," kata Anayra di hadapan muka Hero. Dia terleka melihat suaminya sendiri dalam jarak yang dekat begini. Kacak betul suaminya. Rasa nak geget geget je.

Kalau ikutkan Anayra masih dalam mood merajuk. Merajuk sebab Nutella yang berani memeluk Hero semalam. Kini, yang kena tempias adalah suaminya.

Sebaik saja Anayra terlepas daripada cengkaman Hero, dia terus menendang punggung suaminya sekuat hati. Hiyaa! Hiyaaa!

Sehinggalah Hero terjatuh daripada atas katil.

Buk!

Anayra tersenyum jahat. Langsung tiada rasa bersalah kerana tendang punggung suaminya sehingga jatuh katil. Padan muka!

Jangan pandang sebelah mata kekuatan seorang Peah rempit ya. Badan je nampak kecik tapi tenaganya kuat.

"Aduh! Bangang mana yang tendang aku ni!" jerit Hero.

Mati terus senyuman Anayra. Dia bergegas lari masuk ke dalam bilik air sebelum Hero dapat menangkap dia. Hampir setengah jam dia berada di dalam bilik air untuk mandi.

Anayra keluar daripada bilik air dengan hanya bertuala separas paha. Sebelum keluar dia sempat memeriksa keadaan di luar. Memastikan suaminya yang miang tu berada di mana. Dengan langkah berhati-hati dia berjalan mahu mengambil pakaiannya.

"Bah!" jerkah Hero kuat daripada arah belakang.

Hampir terloncat Anayra disergah begitu oleh suaminya. Efeknya tangannya laju berpusing dan mengenai kuat pipi Hero.

Pang!

Kuat bunyi yang terhasil daripada tamparan tak sengaja Anayra kepada Hero. Anayra bulatkan matanya terkejut dengan apa yang dia baru buat sebentar tadi. Sumpah dia tak sengaja!

'Tadi kau dah tendang dia jatuh katil. Sekarang ni kau tampar pulak muka dia.'

'Betul-betul isteri yang mithali ni.'

Hero memandang Anayra penuh rasa tak percaya. Tangannya menyentuh pipinya sendiri. Sakitlah jugak. Niat hanya mahu terkejutkan Anayra saja.

"Kau..." Hero ketap bibirnya sendiri. Jari telunjuknya naik menuding di hadapan muka Anayra.

"Tadi kau tendang aku..."

Anayra menggelengkan kepalanya laju. Masih mahu menidakkan kebenaran. Mana ada!

"Sekarang kau tampar muka aku."

Anayra menunduk kepalanya ke bawah memandang lantai. Ya dia yang bersalah dalam hal ni. Abang Hero jangan la marah nanti cepat tua. Lebih baik dia pandang lantai daripada pandang muka Hero yang mula menyinga tu. Renungan Hero saja sudah boleh membuatkan lututnya terketar.

"HOI SUDAH-SUDAH LAH TU NAK BUAT ANAKNYA. KELUAR!!"

"DATANG SINI NAK BERCUTI BUKAN DUDUK DALAM BILIK JE!"

Pintu bilik Hero dan Anayra diketuk kuat daripada arah luar. Macam nak roboh je dibuatnya. Tak tenang hidup agaknya kalau tak kacau Hero dan Anayra.

Siapa lagi pemilik suara itu kalau bukan Daniall yang seawal jam 8 pagi sudah mengacau pasangan suami isteri tu.

Damien yang berdiri di belakang Daniall hanya mampu memicitkan dahinya. Malu dia. Malu ada adik yang tak cukup akal macam Daniall ni.

Ini pun Damien diheret keluar daripada bilik.

"Dah dah, Niall. Aku risau kejap lagi kau kena belasah dengan Hero je sebab kacau dia." Damien cuba hentikan perbuatan adiknya. Kalau tak dilarang makin menjadi.

Daniall akur tanpa membantah. Dia menyisir rambutnya dengan jemarinya. Dia tersenyum menawan. Terasa dia begitu segak sekali pada pagi ini dengan kemeja bercorak bunga dipadankan dengan seluar pendek berwarna pink paras lutut.

Iya, itulah style seorang Hans Daniall.

Berbeza dengan Damien yang selalu memakai hoodie takpun jaket kulit. Semestinya pakaian dia berwarna hitam. Dalam almari baju Damien hampir kesemua koleski bajunya adalah berwarna hitam.

Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik di hadapan mereka terbuka daripada dalam. Anayra keluar daripada dalam bilik diikuti Hero yang membuntuti langkahnya.

Daniall awal-awal sudah menyorok di belakang badan Damien. Sebagai langkah penjagaan dihempuk oleh Hero.

"Mana bapuk yang memekak macam beruk tadi tu?" Garang suara Hero memecahkan kesunyian suasana di antara mereka.

Tiada sesiapa yang berani bersuara terutamanya Daniall.

Hero menjeling tajam ke arah Damien dan Daniall. Adik-adiknya memang merosakkan suasana romantis dia dengan Anayra.

"Korang berdua jangan ikut aku dengan Nayra hari ni. Korang pergi je lah mana-mana.Pergi mampus pun takpe. Buat menyemak mata aku je."

Tersentap Daniall di belakang Damien dengan bicara Hero yang sangat menusuk ke hatinya.

Damien sangat kebal. Dia langsung tak terasa apa-apa. Sebab, mulutnya lagi laser daripada Hero. Belum sampai serunya lagi untuk menyembur pedas berapi kepada orang.

"Aku rasa kau kacau dia melakukan proses penambahan rakyat la. Sebab tu dia jadi singa pagi ni," komen Damien berdasarkan pemerhatiannya setelah Anayra diheret Hero pergi dari situ.

Daniall menjatuhkan kepalanya sekali. Logik jugak apa yang dikatakan oleh Damien tu. Dia pandang kembarnya di sisi dengan sebelah kening terangkat.

"Jadi sekarang kita nak pergi mana?" soal Daniall.

"Pergi mampus."

Muka Daniall pasrah habis mendengar jawapan abangnya.

"Aku pelik la, Mien. Kenapa takde seorang pun dekat Krabi ni kenal aku? Aku kan famous. Selalunya sampai berebut orang nak tangkap gambar dengan aku."

"Kau Justin Bieber ke sampai orang nak kenal? Kau tu setakat tiktokers je. Tiktokers yang buat content gelek punggung. Langsung tak berikan manfaat pada orang yang tengok. Cubalah buat content yang elok sikit."

Untuk kali kedua Daniall tersentap.

H

- baby pinky pinky

Ting!

Tepat-tepat Anayra selasai breakfast ada notification yang baru masuk daripada pengirim bernama 'H'. Dia menjeling suaminya yang duduk di hadapannya sebelum tangannya bermain di skrin telefon.

You

? -

Hanya tanda soal yang dibalas Anayra. Dry habis ni.

H

- kau mmg tk nk ckp dgn aku ke

- sampai kena guna ws

You

Pegii la ckp dgn Nutella tu! -

Jgn kecek dgn nayra dh -

H

- aku nk ckp dgn kau sorang je baby

You

grrr -

Nayra tgh merajuk -

tanak ckp dgn abg hero -

Hero mencebik. Mengada betul bini aku ni.

H

- aku mana pandai pujuk org

You

sapee suruh tk pandai  -

Bangga Anayra dengan jawapan dia. Dia tersenyum mengejek kepada Hero.

H

- look at this babi

- muka dia mcm kau

Anayra melihat gambar yang baru dihantar oleh Hero. Eyyy comel la kucing ni walaupun muka gitu. Ehehe. Dia scroll ke bawah dan melihat apa yang dihantar oleh Hero lagi.

Babi?!

Nak kena ni! Ni dah kali kedua Hero sent perkataan ini pada Anayra. Kalau kali pertama mungkin tak sengaja. Tetapi, tidak pada kali ni!

Anayra menayangkan penumbuk comel di hadapan muka suaminya.

"Sorry. Tertypo lagi," kata Hero selamba.

Tunggu Anayra balas dendam pada Hero. Dia mula menggeledah gallery untuk mencari gambar yang mengaibkan Hero. Dia tak boleh biarkan kemenangan berpihak pada kaum lelaki.

You

Alamak -

Nayra terjumpa kembar abg Hero la -

 
Hero ketawa seksi. Aduh menggugat iman betul.

Tangan Anayra yang berada di atas meja ditarik Hero kemudian bibir merah jejaka itu mencium lembut kekura tangan Anayra. Dia masih tidak melepaskan tangan lembut isterinya.

"Abang Hero..." Akhirnya Anayra bersuara. Tak boleh lama-lama merajuk dengan Hero yang suka melemahkan dia dengan godaan lelaki itu.

"Hm."

"Nayra nak mintak something boleh?"

"Kau nak cium ketiak aku ke?" tebak Hero.

Darah panas terus menyerbu ke muka Anayra. Mana ada! Eyy abang Hero ni. Malu la dia bila ungkit pasal isu tu.

"Nayra nak jadi mermaid boleh? Pwease pweasee abang Hero." Anayra kelipkan matanya comel kepada Hero.

Hero menghembuskan nafasnya berat. Dia ingat habis dah pasal 'mermaid' tu semalam. Semalam Anayra mengigau cakap perkara yang mengarut iaitu dia sebenarnya mermaid.

Hari ni nak jadi mermaid pulak dah. Hantu Thai mana yang rasuk isteri dia ni? Sejak mereka sampai ke Krabi, makin aneh perangai Anayra.

"Kau okay tak ni? Otak dah tak betul ke? Ada mana-mana wayar terputus ke?"

"Aku risau tengok kau ni. Jom kita pergi klinik. Mungkin kau ni ada penyakit lain."

Jom la pergi klinik Peah.
Mungkin penyakit buatan Hero Danikka kee.

3k vote for unlock next chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro