𝟑 𝟖 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Begitu syulit lupakan Dayana..."

"Apalagi Dayana terlalu cantik."

"Begitu susah cari gantinya..."

Hampir 5 kali Daniall mengulangi lagu yang sama kerana mahu mendapatkan video yang sempurna. Percubaannya daripada tadi asyik gagal kerana orang yang lalu lalang di kawasan sekitarnya.

Selepas Daniall dan Damien kena halau dengan Hero, pasangan kembar ni terus buat haluan masing-masing.

Damien menjeling menyampah melihat aksi Daniall di hadapan telefon. Ni mesti kejap lagi nak post video tu dekat Tiktok. Daniall antara paling kuat bersosial di dalam adik beradik mereka. Kejar populariti katakan.

Damien menanggalkan jaket hitam yang dipakainya lalu diikat di bahagian pinggang. Kini, singlet hitam saja yang melekat di tubuh sadonya. Memberikan tayangan percuma tangannya yang berketul-ketul tu. Cermin mata hitam yang tergantung di batang hidungnya, ditarik diletakkan di atas kepalanya.

Damien bercekak pinggang melihat sekeliling. Dia perasan sesuatu yang aneh. Seperti ada orang yang mengekori mereka sehingga ke sini.

Tekaan Damien tepat sekali apabila dia mendapati beberapa orang lelaki bertattoo ular di lengan telah mengepung kawasan ini. Pergerakan mereka nampak mencurigakan di mata Damien.

"Mien. Nah cuba kau tengok video ni. Okay tak? Aku nak post kat Tiktok ni." Daniall berjalan menghampiri abang kembarnya. Kemudian, dia menghulurkan telefonnya kepada Damien untuk dinilai gitu.

Damien mengambil kasar telefon yang diberikan oleh Daniall itu. Kemudian, dia membaling jauh telefon Daniall.

Terlopong besar mulut Daniall. Wtf.

"Kau dah kenapa, Hans Damien?! Iphone tu aku baru beli last week! Takkan setiap bulan aku nak tukar phone!"

Damien ingat iPhone ni bola ke apa?

Damien tidak hiraukan bebelan Daniall. Dia mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. Perkara pertama yang menyapa matanya apabila on phone adalah picture lubang hidung Daniall di setkan sebagai lock screen nya. Buruk sungguh pemandangan.

Ini semua kerja Daniall yang memperdajalkan telefon Damien.

"Selfie, Niall! Smileee." Ajak Damien tiba-tiba. Dia mula mencari sudut yang sesuai untuk selfie bersama dengan Daniall.

Daniall memandang pelik abangnya.

Damien melebarkan senyumannya sehinggakan timbul sepasang lesung pipitnya yang dalam itu. Dia menarik kepala Daniall lalu dikepitnya di celak ketiak.

Kecekak!

Ok, done.

Damien terus send picture tu kepada Hero dengan caption...

'Ada org follow kita sampai ke Krabi. Biar aku dengan Niall settle kan yg ni. Kau jaga Nayra elok-elok. K ciao. Pape roger.'

Rupanya dalam picture Daniall dan Damien tu bukan hanya mereka berdua sahaja yang ada. Terdapat dua orang lelaki bertattoo ular turut terselit sekali dalam gambar tu. Mereka sedang berpura-pura makan aiskrim di sebuah bangku. Jarak mereka tidak terlalu jauh.

"Kawasan ni dah kena kepung. Aku tak tahu siapa yang hantar gengster kali ni. Mungkin musuh daddy. Diaorang ikut kita sampai ke Krabi," beritahu Damien bersahaja kepada Daniall.

Mati terus senyuman Daniall. Dia merapatkan jaraknya dengan Daniall.

"Apa kita nak buat sekarang ni?"Daniall menyoal serius. Dia mengira tadi lebih kurang 5 orang lelaki bertattoo ular yang mengepung di kawasan ini. Dia menelan air liurnya sendiri.

Damien memasukkan sebelah tangan kanannya ke dalam poket seluar."Kita berpecah.Hati-hati. Diaorang ada senjata."

Daniall mengangguk kepala laju. Dia berjalan meninggalkan Damien dan terus menyewa sebuah basikal berdekatan kawasan itu. Basikal berwarna pink menjadi pilihannya.

Daniall toleh kepalanya ke belakang buat kali terakhir, melihat abangnya yang masih berdiri kaku di tempat yang sama. Lambaian terakhir diberikan kepada Damien.

"Ok. Lessoogooo!!!" Daniall mengayuh basikalnya perlahan. Dia mahu menarik perhatian gengster itu untuk mengekorinya ke suatu kawasan.

"Kenapa susah sangat abang Hero nak tunaikan permintaan Nayra! Nayra nak jadi mermaid terpaling cantik sekali. Susah sangat ke nak faham!" Anayra membentak bagaikan anak kecik. Jelingan tajam dilemparkan kepada suaminya yang berbaring di atas pasir di sebelahnya.

Hero meletakkan sebelah tangannya di belakang kepala untuk dijadikan sebagai bantal. Bahagian atas badannya tidak berbaju menunjukkan bebas sixpack nya.

Anayra sekarang ni tengah buat istana pasir dia. Dah satu jam berlalu dia buat istana pasirnya seorang diri. Bila dia mengajak Hero untuk buat bersamanya hanya gelengan kepala yang diberikan oleh Hero.

"Kau jadi manusia yang berguna cukuplah. Tak payah nak jadi mermaid. Bersyukur seadanya," tutur Hero perlahan dalam keadaan matanya terpejam. Daripada semalam tak habis-habis isu mermaid tu. Bila la nak habis bercakap pasal ni.

"Kau ni terpengaruh tengok movie mermaid ke? Tetiba je nak jadi mermaid?" Hero jungkit sebelah keningnya ke atas. Kemudian, dia mengubah posisi baringnya menghadap Anayra. Sebelah tangannya digunakan untuk menongkat kepala.

Selalunya budak-budak je yang terpengaruh nak jadi macam sesuatu karakter itu. Tapi ni dah tua bangka pun perangai macam budak-budak ribena.

"Kau patutnya tengok movie Fifty Shades Of Grey. Khatamkan ketiga-tiga seasons dia tu." Hero mengusik nakal.

Anayra menjegilkan matanya luas kepada Hero.

Anayra fokus semula kepada istana pasirnya yang hampir 70% nak siap. Sekali sekala dia menjeling tajam ke arah Hero yang tidak berkelip-kelip melihatnya.

Hero mengenyit sebelah matanya nakal kepada Anayra.

Anayra angkat kepalanya perlahan-laham melihat suaminya. Matanya terpaku ke suatu arah. Dia bukan tengok muka Hero tapi...

Ketiak Hero.

Hero perasan arah mata Anayra tertuju ke arah mana. Dia tersenyum senget.

"Ketiak aku flawless sangat ke baby?" Makin galak Hero mengusik isterinya.

Anayra membaling pencedok pasir tepat ke arah muka Hero.

"Abang Heroooo," panggil Anayra dengan nada suara yang meleret. Dia mendekati suaminya dengan agenda yang tersembunyi. Dia menyatukan kedua-dua jari telunjuknya. Istana pasirnya baru siap jadi dia ada permintaan.

"Kau nak apa?"

Anayra ni cepat betul moodnya bertukar. Tadi marah sangat.

"Abang Hero tolong tangkapkan gambar Nayra dengan istana pasir Nayra ni. Nayra nak post kat Instagram. Ehehe."

"Sejak bila kau ada Instagram ni? Kenapa aku tak tahu pun." Hero menyoal tegas. Terus dia menegakkam badannya melihat isterinya. Matanya mengerling melihat istana pasir Anayra.

"Bukan daddy tak bagi ke kau buat account Instagram. Bagi sini phone kau." Sambung Hero lagi. Tangannya dihulurkan kepada Anayra. Dia nak check sendiri Instagram Anayra.

Anayra memberikan telefonnya kepada Hero. Hero nampak macam marah je. Habislah dia...

Hero melihat satu-persatu gambar yang di post Anayra di account Instagram milik wanita tu. Dia delete semua gambar yang ada muka Anayra kecuali gambar makanan.

Terlopong kecil mulut Anayra. Nak marah tapi dia lagi takut dengan Hero yang dah nak bertukar jadi singa. Sudah mula timbul urat-urat hijau di dahi dan tangan Hero. Cara Hero pegang telefonnya pun dah ganas. Seperti mahu dihancurkan saja menggunakan tangannya.

Hero memulangkan semula telefon Anayra setelah selesai membuang apa yang patut.

Anayra sungguh tak faham. Daripada dulu dia asyik dikongkong. Banyak perkara yang dia tak boleh buat. Tetapi kenapa? Dia bukan sesiapa. Dia hanyalah anak angkat keluarga Tuan Denniz yang diambil 10 tahun yang lalu.

"KETEPI!!!"

"NIALL HENSEM NAK LALU NI BOSS!!"

Renungan Hero dan Anayra terputus tatkala suara yang cukup dikenali itu mengetuk gegendang telinga masing-masing. Serentak mereka menoleh kepala ke arah yang sama.

Daniall meluru ke arah Hero dan Anayra sambil mengayuh basikal pink yang disewanya.

Hero segera menarik isterinya ke tepi apabila dia melihat Daniall seperti hilang kawalan.

Dan...

Bum!

Daniall terbabas sehingga terkena istana pasir milik adiknya sendiri. Runtuh sudah...

Ada yang hancur pecah berderai. Bukan kaca.

Tetapi hati Anayra. Hasilnya selama hampir sejam musnah begitu saja. Dia langsung tak dapat menangkap gambar bersama istana pasirnya buat kali terakhir. Dia baling kuat pencedok pasir itu mengenai belakang badan Daniall.

Daniall terkebil-kebil melihat muka Anayra yang sudah basah dengan air mata. Aku... ada buat salah ke sekarang ni? Kenapa Anayra menangis?

"Err baby Nayra. Kenapa you menangis? You sedih tengok I luka teruk ke? I okay je la baby Nayra. Berdarah sikit je ni. Janganlah menangis." Daniall tersenyum kecil. Dia angkat ibu jarinya menunjukan dia baik-baik saja. Luka di bahagian tangan dan mukanya hanyalah perkara kecil je.

Daniall ingatkan Anayra menangis sebab tengok dia cedera. Dia langsung tak menyedari yang dia dah musnahkan istana pasir Anayra.

Anayra menangis semahunya di dada suaminya. Habis basah dada Hero dengan air mata Anayra.

"Dah dah, baby. Nanti aku belasah bapuk ni sebab musnahkan sand castle kau. Biasheee dia."

Sekali lagi Hero terjaga daripada tidur lenanya angkara bunyi tangisan isterinya. Anayra bercakap dalam tidurnya lagi. Mengigau.

Sekarang ni dah pukul 2 pagi. Hero merungkaikan perlahan pelukannya pada tubuh isterinya.

"Hey, baby," bisik Hero dengan suara serak basahnya.

Anayra memusingkan badannya menghadap Hero dalam keadaan matanya yang masih terpejam.

Pang!

Do you get deja vu?

Selamat tamparan manjah Anayra mendarat di muka Hero.

Muka Hero dah pasrah habis. Kalau Anayra ni lelaki, dah lama dia tampar balik sampai tertanggal semua gigi. Dia takkan pukul perempuan.

Anayra mula mencakar ganas muka Hero dengan kuku panjangnya. Ini sudah lebih...

Hero menangkap tangan Anayra agar memberhentikan perbuatannya. Cengkaman tangannya pada Anayra membuatkan wanita itu terjaga.

Anayra membuka matanya perlahan. Dia memandang bingung wajah suaminya.

Sesaat...

Dua saat...

Anayra membuka mulutnya dan tak sengaja memuntahkan sesuatu di atas badan Hero kerana tak sempat berlari ke dalam bilik air.

"Abang Hero. Sorr-"

Dan sekali lagi Anayra muntah di atas dada Hero.

"Its okay, baby. I'm okay." Hero mengerti.

Anayra sudah menangis teresak-esak sebab takut Hero akan memarahinya. Pada saat itu juga tubuhnya terasa di awangan apabila Hero mendukung tubuhnya berjalan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Baby HD is coming ehehe.

Cuba bagi suggestion nama utk baby HD. Boleh saya guna nnt

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro