B A B 3 0

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Siapa Tasya bagi Abang?"

Cukup dengan melihat reaksi dia, aku dah tahu jawapan dia. Yang pasti Tasya itu seorang yang penting bagi Haikal.

"Kenapa tanya soalan macam tu tiba-tiba?" Haikal akhirnya bersuara.

Aku menarik perlahan tangan aku dari genggaman dia dan menggeleng perlahan.

"Nothing. Lupakan je." Aku bangun dari katil untuk keluar dari bilik itu. Dada terasa sesak berada dekat dengan Haikal.

Nampak dia cuba halang aku berlalu namun telefon bimbit dia yang berbunyi menghentikan tindakan dia.

Aku pula tanpa membuang masa terus melangkah keluar.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Sejak dari hari itu, aku jarang bercakap dengan Haikal. Dia pun semakin hari semakin sibuk dengan hotel dia. Sebagai isteri, aku paham akan hal tersebut.

Hari ini aku bercadang nak ke rumah Mama. Saja lepak-lepak, borak-borak dengan Mama. Daripada buang masa mereput dalam rumah sunyi ni.

Aku dah minta izin dengan Haikal semalam. Dia hanya bertanya aku pergi dengan apa. Sempat dia berpesan supaya aku jaga diri.

Aku memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah Mama. Kedengaran suara Mama menjawab dari dalam.

"Menantu Mama! Rindu nya Mama dekat Rissa. Haikal ni susah benar nak bagi Mama jumpa kamu! Rissa sihat?"

Aku tunduk bersalaman dengan Mama sebelum Mama tarik aku ke dalam pelukan dia.

"Sihat je Mama. Mama dengan Papa sihat tak?"

"Alhamdulillah sihat juga. Meh masuk jom. Ni dah makan ke belum?" Mama bersemangat mengheret aku masuk ke dalam rumah dia.

"Belum. Mama dah makan ke? Kalau belum, Rissa boleh tolong Mama masak." Kalau aku tolong tu tak tahu la sebenarnya jadi apa. Mahu berlaku keracunan dalam rumah ni.

"Mama hajatnya nak ajak kamu keluar. Papa pun tak ada jadi kamu je la boleh teman Mama shopping. Kita makan kat luar je terus, on tak on?"

Ceh Mama macam orang muda. Siap kening terangkat lagi. Aku tergelak kecil.

"Boleh je Ma. Mana-mana pun Rissa tak kesah." Memang la tak kesah sebab bukan aku yang kena masak huhu.

"Okey nice. Tunggu Mama pergi ambik handbag Mama jap kat atas." Aku hanya mengangguk sebelum Mama berlalu ke tingkat atas.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

"Nak makan kat mana Ma?"

Kami berjalan beriringan masuk ke dalam Mall tersebut. Memandangkan hari ni hari bekerja, jadi suasana agak lenggang. Hanya beberapa orang yang memakai baju kerja. Mungkin jumpa client.

"Kita pergi Seoul Garden nak? Dah lama rasanya tak pergi sana."

Bukan kaleng-kaleng taste Mama. Orang tua-tua selalunya tak suka makanan pelik-pelik ni.

"Boleh Mama. Apa-apa je untuk Mama." Aku tersenyum lebar.

Kami berjalan beriringan ke arah eskalator untuk menuju ke tingkat atas.

Langkah aku terkaku apabila melihat satu susuk manusia yang sangat aku kenal tengah berbual mesra dengan satu susuk yang lain.

Dejavu! Bezanya kali ini aku dengan Mama. Dan perempuan tu bertudung. Nampak sopan di mata orang lain tetapi sangat fake bagi aku. Siapa lagi kalau bukan Tasya!

Segala perbualan kami tempoh hari kembali terngiang di telinga aku. Dia nampaknya betul-betul kotakan janji dia untuk rampas Haikal dari aku.

Heh! Kalau dulu aku pernah lari sambil menangis sebab diorang, tapi sekarang tak. Not again.

Ni Ariana Arissa la. What mine will always be mine! Kau tengok macam mana seorang Arissa deal dengan perempuan tak malu tu.

"Mama! Tu bukan Haikal dengan Tasya ke?"

"Eh haah la. Eh Tasya dah bertudung balik?" Mama nampaknya turut terkejut apabila melihat perubahan Tasya.

"Jom pergi sana." Aku mengheret tangan Mama ke arah mereka berdua yang sedang ralit berbual. Amboi!

"Haikal! Tasya!" Mama terlebih dahulu menyapa mereka. Dapat aku lihat muka Haikal yang terkejut dengan kehadiran kami.

Air muka dia berubah sebelum dia cepat-cepat menutupnya dengan muka biasa. Aku tahu dalam hati dia tengah berdebar. Tapi takpe, aku takkan buat masalah kat sini.

Tasya aku nampak bersalaman dengan Mama sebelum dia pandang muka aku dengan pandangan yang aku sorang paham maksud dia. Namun aku hanya tayang muka tenang.

"Wow! Mak Long tak sangka Tasya kembali bertudung. Alhamdulillah suka Mak Long tengok." Muka Mama berseri-seri melihat Tasya. Anak saudara berubah ke arah kebaikan siapa je tak gembira.

"Ni buat apa kat sini?" Mama sekali lagi bertanya, aku hanya senyap memerhati. Dapat aku dengar nada curiga dalam pertanyaan Mama.

"Oh tadi Tasya ada urusan dengan client dekat sini lepastu terjumpa Haikal yang kebetulan baru lepas jumpa client jugak tu yang berborak kejap!" Aku tak tahu nak percaya atau tak.

"Ma, alang-alang dah jumpa diorang ni apa kata kita lunch sekali je terus. Lagi ramai lagi seronok." Aku buat-buat teruja.

"Mama okey je. Tanya yang lain."

Aku mengalihkan pandangan ke arah Haikal.

"Abang okey? Ke Abang "busy" lepasni. Kalau "busy" takpe, Rissa tak paksa." Sengaja aku tekankan perkataan "busy" tu supaya dia terasa.

"Err... Okey je. Abang dah takde hal lepasni." Haikal tampak ragu-ragu. Risau semacam muka dia. Aku tersenyum dalam hati.

"Tasya?" Aku mengalih pandang ke arah Tasya. Senyuman yang manis aku lemparkan ke arahnya. Sangat fake!

"Hm boleh je." Dia akhirnya bersetuju. Bagus! Kalau kau tak setuju sekalipun aku heret jugak kau pergi sana.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

"Abang, Rissa nak udang lagi..." Aku merengek sambil mulut terjuih tunjuk udang dalam mangkuk Haikal.

Sengaja! Puas hati aku tengok muka ketat Tasya. Kau nak main sangat kan? Haa kau tengok cara aku main macam mana!

Haikal yang berada di tepi aku memandang aku pelik. Risau kalau-kalau bini dia kena sampuk jin. Pelik semacam harini!

"Cepat la..." Aku menggesa dia. Asyik loading je dia ni haish.

"Ye ye boleh sayang." Dia menolak mangkuk dia ke arah aku.

"Suap."

Mulut Haikal ternganga sekejap. Tak terkeluar buah "Hah" dia. Tak pernah-pernah aku gedik macam ni sebelum ni, hari ni terlebih gula agaknya.

"Are you okey sayang? Demam ke harini?" Dia berbisik perlahan di tepi telinga aku sebelum kembali menjarakkan diri.

Aku tergelak dalam hati. Aku turut mendekatkan diri dengan Haikal untuk berbisik di telinga dia.

"Kenapa? Awak nak saya bertukar jadi tak okey ke? If yes, I guarantee you won't like it!" Selamba aku berkata sebelum menjarakkan muka.

Aku tersenyum sinis sekali melihat muka dia yang berubah. Nasih baik kesabaran aku tinggi harini.

"Rissa nak pergi toilet jap." Aku meminta diri dari semua orang sebelum berlalu ke tandas.

Sebaik keluar dari tandas, ada sesusuk lain yang sedang bersandar di dinding tandas menanti aku dengan penuh sabar.

Aku tanpa menghiraukan dia berjalan menghampiri sinki.

"Kau memang sengaja kan?" Tasya bersuara tak puas hati dengan muka ketat dia.

"Apa?" Aku hanya memandang dia sekilas dari dalam cermin.

"Menggedik dengan Haikal."

Aku tertawa mendengar pernyataan dia. Aduhai! Kelakar betul soalan. Aku tarik satu tisu untuk mengeringkan tangan yang basah sebelum pusing menghadap Tasya.

"Kenapa? Salah ke aku nak menggedik dengan suami sendiri? Lain lah kalau aku ni menggedik dengan suami orang! Haa tu bukan setakat salah, sekali dengan pakej tak tahu malu."

Tasya mengetap gigi dia kuat. Menahan marah. Haa baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Ambik kau!

"Kau memang perempuan tak guna!" Mencerlung mata dia pandang aku.

Aku membuang tisu yang sudah aku gunakan ke dalam tong sampah sebelum berjalan mendekati dia.

"Shhh... tak elok kau bercakap macam tu."

Aku mengangkat tangan aku membetulkan shawl ungu yang dipakainya.

"Dah elok-elok bertudung ni, patutnya cakap sopan-sopan la sikit ye. Nanti tak menjadi pulak lakonan kau."

Aku tersenyum sinis memandang dia yang hanya senyap memandang aku. Tangan dia aku lihat mengenggam erat penumbuk. Tunggu masa nak singgah ke muka aku je.

Sebelum hal itu berlaku baik aku cepat-cepat blah.

"Okey lah. Aku pergi dulu." Aku melangkah keluar sebelum berhenti tiba-tiba di pintu keluar.

"Oh one more thing. Kau patut bersyukur yang aku belum bagitahu Haikal yang kau terlibat sama dalam kes penculikan aku haritu."

Dia terdiam. Air muka dia turut berubah. Ekspresi yang aku mahu lihat. Aku tersenyum bangga.

"Kau rasa apa yang Haikal akan buat kalau dia tahu sepupu kesayangan dia terlibat sama? Will he still accept you? I dont think so."

Aku berlalu pergi usai berkata demikian. Bibir tersenyum lebar tanda puas hati. Nampak macam perempuan psycho dah aku ni.

Lantak lah. Kalau aku perlu jadi psycho demi hak milik aku, I will.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Senyap.

Aku langsung tidak memandang ke arah Haikal apatah lagi bercakap. Ni kalau aku mula bercakap ni mahu meletop kereta ni sebab tahan marah dari tadi. So better tak payah.

Mama pun macam tahu-tahu je aku ada konflik dengan Haikal. Sengaja disuruhnya aku balik dengan Haikal. Kalau bukan sebab nak sakitkan hati Tasya tadi memang tak lah aku ikut Haikal.

Huh! Puas hati aku tengok muka cemburu dia. Dasar perempuan tak tahu malu!

"Sayang?" Suara Haikal tiba-tiba mencelah. Ni lagi satu hal!

"Apa?" Agak marah aku menjawab. Berkerut dahi aku pandang dia. Nak makan orang je rasa sekarang ni. Hormon betul!

"Err... dah sampai..." Ragu-ragu dia menjawab. Tahu takut kalau aku moody.

Aku tanpa menghiraukan dia membuka pintu kereta dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Segala jenis pin aku cabut dengan kasar sebelum diletakkan di dalam bekasnya. Mulut tak berhenti membebel. Mengutuk Haikal. Siapa lagi?

Tudung aku campak ke dalam bakul sebelum berlalu ke arah pintu untuk turun ke dapur. Dahaga pulak aku membebel banyak ni.

Tombol pintu aku pulas sebelum melangkah keluar. Sebaik sahaja aku berpusing usai menutup pintu, Haikal tiba-tiba muncul di depan aku.

Aku memegang dada aku tanda terkejut. Nasib baik takde sakit jantung, mahu arwah disini. Laju betul mamat ni jalan.

Aku sebaik mungkin cuba mengabaikan Haikal. Agak pelik kenapa dia tak pergi hotel balik. Sekarang baru pukul 2 lebih.

Baru mahu melangkah, langkah aku tersekat apabila Haikal tiba-tiba mendepakan tangan di hadapan aku.

Berkerut kening aku memandang dia. Nak main-main pulak dia ni. Elok-elok aku baik ni, ada jugak yang makan penumbuk harini.

Dia kemudiannya melangkah mendekati aku. Tiba-tiba aku rasa seram dengan pandangan dia. Aku cuba mengundur ke belakang sebelum badan aku bertembung dengan pintu bilik.

"What are you doing?" Aku cuba berlagak berani walhal jantung aku macam nak tercabut sekarang. Pandangan aku alihkan ke arah lain. Tak sanggup menatap mata dia yang hanya beberapa inci dari aku.

Kedua-dua tangannya di letakkan di pintu memerangkap aku di tengah-tengahnya. Memang tak boleh lari langsung.

"Are you mad at me?" Suara terlebih garau dia bertanya dekat aku. Ketar lutut wei dengar suara mengancam dia tu. Haikal ni memang sengaja nak goda aku kan?

"Marah? Nak marah kenapa? Abang ada buat salah ke?" Sesinis mungkin aku perli dia. Pandang muka dia sekilas.

Dia hanya senyap menatap aku membuatkan aku tidak selesa. Rasa gelisah semacam.

"Boleh tak awak ketepi? Saya nak turun ke dapur ni." Aku cuba menolak badan dia, namun sedikit pun tidak bergerak. Geram pulak aku rasa.

"Kalau Abang tak nak?" Dia sekali lagi cuba bermain-main dengan aku.

"Kalau awak tak nak, saya..." Belum sempat aku habiskan ayat aku, terasa bibir aku ditindih lembut dengan bibirnya.

Terus membulat mata aku kerana terlalu terkejut. Lutut tiba-tiba terasa lembik. Nasib baik aku bersandar di pintu, kalau tak dah sujud ke lantai agaknya.

Entah berapa lama dia mencium ku, Haikal akhirnya menjarakkan diri sedikit dari aku. Aku kembali menormalkan nafas dan detak jantung yang macam nak terkeluar dari badan.

Aku tertunduk. Sumpah malu giler rasa sekarang. Aku memang tak sanggup nak tatap mata dia. Dapat aku rasa muka aku yang berbahang.

Haikal mengangkat sebelah tangan dia menyentuh pipi aku. Menggosok-gosok perlahan sebelum dia bersuara.

"Abang minta maaf kalau Abang dah buat Rissa marah." Suara dia perlahan menyentuh telinga aku. Keikhlasan dia meresap terus ke hati melenyapkan segala amarah tadi.

Aneh! Macam tu je segala sakit hati aku tadi lenyap.

"Abang betul-betul takde apa-apa dengan Tasya. Dia cuma sepupu Abang. Tak lebih tak kurang." Aku mengangkat muka memandang dia.

"Abang tipu! Tasya tu ex Abang kan?" Aku bersuara tidak puas hati.

"Yes. Itu dulu. Abang rasa takde kepentingan untuk Abang bagitahu Rissa pasal tu. Im sorry kalau Rissa rasa Abang tipu Rissa."

"Tapi Abang pernah sayangkan dia..." Perlahan aku bersuara. Tak mustahil kalau Haikal masih sayangkan dia. Well, first love kan susah dilupakan.

"Abang dah lama move on dengan dia since I met you. She's no longer in my heart. Only you. Trust me, sweetheart."

Dalam-dalam aku pandang mata cantik dia. Mencari kejujuran daripada kata-katanya itu.

"Abang tahu kan dia berubah sebab Abang?"

"I know. Abang gembira tengok dia berubah macam dulu balik. But I will never accept her again. Not anymore. Abang dah ada Rissa. Atas sebab apa Abang perlu terima dia?"

Dia tersenyum manis membuatkan aku hampir tersenyum jua.

"Can you forgive me?" Lembut suara dia bertanya dekat aku. Ni yang lemah ni!

Aku mengigit bibir bawah aku. Berpura-pura berfikir nak maafkan dia atau tak.

"Ye la... Rissa maafkan Abang." Aku akhirnya mengalah. Tiada guna gaduh lama-lama. Buang masa dan tenaga je.

"Of course you have to. Abang dah kasi rasuah kot tadi."

"Rasuah?"

"Kiss." Sepatah perkataan keluar dari mulut dia membuatkan mata aku automatik membulat. Terus muka aku kembali membahang.

"Do you want more?" Dia senyum mengusik dekat aku sebelum anak matanya dijatuhkan tepat ke bibir aku.

Kelam-kabut aku menutup mulut. Tak sanggup nak ulang benda tadi.

"Eish gatal! Tepi lah." Aku menolak dia cepat-cepat sebelum dia sekali lagi memberi aku "rasuah" yang di maksudkan.

Haikal kalini tidak lagi menghalang aku. Dia ketawa senang melihat muka cemberut aku. Huh, dasar gatal!

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

p/s : nah chapter yang entah pape sebab aku type rushing. aku ada exam minggu depan jadi kalau boleh nak update la sblm exam tu.

btw aku nk kasitahu cerita ni 1 chap je lagi. aku dah malas nak sambung 😂 aku rasa takde motif pun aku tulis cerita ni sumpah hambar 😂

dulu aku type saja2 je biasalah takde motif 😂 astu tak sangka ada yang baca 🥺 thank you! and lepas buku ni habis aku akan pub story baru.

story baru ni maybe mengarut jugak tapi takpe aku cuba cari motif cerita tu ye 😂 okey tu je thank you sebab baca, vote and comments cerita "sampah" aku ni 😔❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro