B A B 3 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

10 december 2020
— dipersilakan saudara saudari meninggalkan komen anda mengenai buku ini di mb saya ye :3

Aku berjalan menyelusuri lorong menuju ke bilik yang berada di hujung sana. Kedudukan bilik itu agak tersorok. Mungkin kerana inginkan privasi.

Pintu diketuk dua kali sebelum perlahan daun pintu ditolak. Terpampang di hadapan aku satu meja kayu yang besar, beberapa rak buku yang tersusun rapi fail-fail pejabat dan satu set sofa di bahagian kiri bilik.

Bilik kerja Haikal.

Ini kali kedua aku melangkah ke sini. Maklum la tiada benda yang menarik dekat sini. Ini aku datang pun sebab aku terlalu bosan duduk sorang-sorang di tingkat atas.

Kedatangan aku menganggu konsentrasi Haikal yang tengah duduk di satu kerusi menghadap komputer riba dia. Dia mengangkat kening bertanya kedatangan aku ke bilik dia.

"No, saja je." Aku mengeleng-geleng kepala sambil tersengih. Dia kemudian mengangguk sebelum kembali menyambung kerjanya.

Haikal ni gila kerja betul. Hari ini hari Ahad kut. Cuti pun nak buat kerja. Dia tak tahu ke aku ni dah macam orang gila merayau-rayau akibat terlalu bosan.

Kalau ikutkan hati nak je aku keluar jalan-jalan tapi dah tahu Haikal ni macam mana. Lambat lagi dia izinkan kalau aku pergi sorang-sorang.

Habis tu nak tunggu dia ajak aku keluar memang kiamat dulu la. Tak habis dengan kerja dia. Nak ajak orang lain semua busy.

Aku melangkah menuju ke rak yang menempatkan pelbagai jenis fail dan juga buku. Satu buku di tarik keluar.

"Secrets of Building Multi-Million Dollar Businesses."

Heh! Haikal sangat. So boring... Takde ke buku Harry Potter ke novel-novel ke. Boleh aku baca.

Aku melangkah pula ke arah meja kerja Haikal. Kertas yang tersusun rapi aku belek-belek tanpa rasa berminat. Jam pasir yang berada di hujung meja aku balik-balikkan. Pen di dalam bekas aku ambil sebelum main buka tutup penutupnya.

Takde kerja kan? Haa macam tu la.

"What are you doing actually? Tell me, Rissa nak apa-apa ke?" Haikal seperti tahu aku yang kebosanan dan sengaja menganggu dia.

Dia dah pun berhenti menulis. Pen di tangan diletakkan di atas meja sebelum menatap muka aku.

"Abang banyak kerja lagi ke?" Ragu-ragu aku bertanya.

"Hm boleh lah. Kenape?"

"Takpe la. Sambung la kerja abang."

Aku menukar langkah ke arah satu almari kaca yang berada di tepi meja kerja tersebut. Beberapa bingkai gambar menarik perhatian aku. Sebelum ni aku tak pernah perasan mungkin kerana kedudukan dia yang terlindung dari pandangan aku.

Mata menatap satu persatu gambar di dalam almari tersebut. Gambar Mama, Papa dan Haikal bercuti di luar negara. Gambar family besar Haikal mungkin belah Papa sebab aku nampak muka ada yang iras-iras papa.

Mata aku terhenti pada satu bingkai. Berada di hujung sekali. Gambar yang terpampang membuatkan aku agak terkedu. Gambar... aku!

I didn't expect that. Gambar ketika di hotel tahun lepas. Semuanya candid. Bukan sekeping, malah berkeping-keping. Aku kembali menegakkan badan usai menilik semua gambar.

Sebaik aku berdiri tegak, aku agak terkejut melihat pantulan Haikal di dalam cermin kaca di hadapan aku. Bila masa dia berdiri dekat belakang aku pun tak perasan.

Belum sempat aku berpusing menghadap dia, Haikal terlebih dahulu memeluk aku dari belakang. Tangan dia melingkar erat di pinggang aku sebelum dagu dia di labuhkan di atas bahu aku.

Aku hanya mampu berdiri kaku melihat dia dari pantulan cermin almari. Air liur diteguk sekali. Nervous!

"You looks so pretty there." Suara garau dia perlahan menyentuh telinga aku sambil mata menatap frame gambar aku.

"I have to admit that Abang seorang stalker yang berjaya."

Kedengaran dia ketawa sebaik mendengar komen dari mulut aku.

"Well Abang photographer. Of course I can picture you. Rissa terlalu menarik perhatian Abang sampai Abang menjadi stalker berjaya." Dia sekali lagi ketawa.

"Why only me, not us?" Agak pelik tiada langsung gambar kami berdua di dalam almari tersebut.

"Oh sweetheart, you should see this." Dia meleraikan pelukan sebelum menarik tangan aku menuju ke meja kerja dia.

Satu papan sederhana besar yang bersambung dengan meja kerja di tarik Haikal. Terpampang di hadapan aku berpuluh gambar kami berdua.

Apa yang menjamu mata aku benar-benar mengejutkan. Damn! Kenapa aku tak perasan sebelum ni?

Gambar masa akad nikah saja dah banyak. Gambar masa kami pergi ke rumah Mama. Gambar yang di tangkap abang aku masa kami berdua melawat dia. Gambar semasa kami di hotel untuk sambut birthday aku. Dan banyak lagi. Penuh satu papan kayu tu.

"This is my energizer. Whenever I feel stress, I'll look at our pictures. This remain me how grateful I'm to have you in my life."

Haikal mengusap gambar akad nikah kami. Aku boleh nampak keikhlasan kata-kata dia dari pandangan mata dia.

Haikal tak pernah gagal buat hati aku cair. Aku tersenyum gembira.

Aku melangkah mendekati dia sebelum memeluk dia dari belakang. Haikal agak terkejut dengan tindakan tiba-tiba aku.

"Thank you Abang. Thank you for coming into my life. Rissa bersyukur Abang jodoh Rissa." Terasa sebak apabila aku menuturkan ayat tersebut.

Haikal kemudiannya memusingkan tubuh dia menghadap aku. Kepala aku dongakkan sedikit memandang dia yang lebih tinggi.

"Abang pun bersyukur Rissa jodoh Abang. You're the best thing ever that happen in my life." Dia tersenyum manis membuatkan aku turut gembira.

Terus aku memeluk tubuh sasa Haikal. Dia turut membalas pelukan aku.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

"Jom!" Ajakan tiba-tiba dari Haikal mengejutkan aku yang tengah menonton tv.

Jom? Jom pergi mana? Jom heboh?

"Mana?" Aku tetap bertanya. Kening aku berkerut memandang dia yang sudah segak berjaket kulit dengan rambut yang di sikat rapi.

"Honeymoon." Dia senyum mengusik dekat aku. Terbentuk lesung pipit di pipi dia.

"Abang ni demam eh? Kenape pelik sangat harini?" Aku cuba menyentuh dahi dia namun cepat-cepat di halang nya.

Dia hanya tersenyum misteri sambil memegang tangan aku. Betul-betul pelik la Haikal harini!

Hari ni hari Isnin. Sepatutnya dia pergi kerja tapi dia kata dia cuti. Lepastu asyik tersengih je macam ada sorokkan something dari aku. Lepastu tiba-tiba ajak orang keluar pulak.

"Cepat la sayang. Pergi siap cepat. Abang tunggu dekat kereta." Aku sekali lagi memandang dia pelik sebelum akur melangkah ke tingkat atas.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

"Airport?" Aku menjerit kecil sebaik sahaja kereta Haikal berhenti di depan KLIA.

"Kita nak pergi mana ni Abang?" Aku mendesak dia. Dari tadi aku tanya tak jawab-jawab. Geram aku.

"Kan Abang dah kata honeymoon sayang." Terukir senyum indah di bibir dia.

"Abang ni biar betul. Rissa mana packing baju lagi."

"No worries. Jom keluar." Haikal membuka pintu kereta sebelum melangkah keluar. Aku turut berbuat hal yang sama.

Kaki aku laju melangkah mengikuti Haikal. Haikal kemudiannya bercakap dengan seorang lelaki yang aku tak kenal. Usai mengucapkan terima kasih lelaki itu berlalu pergi. Sempat di serahkan 2 keping tiket kepada Haikal.

"Nah!" Haikal menyerahkan tiket tersebut ke tangan aku. Tanpa banyak soal aku menyambut dan membacanya.

"Switzerland?" Aku menutup mulut aku. Terkejut! Cepat-cepat aku memandang Haikal. Dia hanya tersenyum puas hati melihat reaksi aku.

"Bila masa Abang plan ni? And why Switzerland?" Agak musykil aku bertanya. Switzerland tu tempat yang dah lama aku teringin pergi tapi tak kesampaian.

"Last minute plan? Switzerland is your fav country isn't it?"

"Macam mana Abang tahu?"

"Tell me, apa je yang Abang tak tahu pasal Rissa?" Terangkat kening dia sebelah sambil bibir tersenyum bangga.

"Cett!" Aku tak sepatutnya tanya soalan macam tu. Haikal kan stalker berjaya. Tiada yang pelik.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Setelah lebih kurang 16 jam berada di awangan. Kerajaan ayah pink (tak aku gurau HAHAH). Kami akhirnya selamat tiba di negara Eropah tersebut.

Aku dah lama teringin nak pergi Switzerland. Nak pergi ke Bandar Zurich, Tasik Geneva, pergi ke Zermatt untuk bermain ski. Argh tak sabarnya.

You know Switzerland such a beautiful place!

Usai mendarat kami bergerak ke hotel untuk check in. Cadangnya hari ini untuk berehat dahulu, kumpul-kumpul tenaga untuk menjelajah besok.

Sebelum masuk ke bilik, Haikal sempat memesan makanan halal untuk di makan di dalam bilik. Katanya dia malas bersesak dengan orang ramai. Makan dibilik lagi tenang.

Aku menyelak langsir sebelum sliding door dibuka. Angin sejuk berderu masuk menyapa lembut kulit wajah aku. Pemandangan hijau luas terbentang di hadapan mata.

Bibir automatik mengukir senyum. Ya Allah tenangnya rasa! Pandai Haikal pilih hotel. Tidak ke bandar sangat dan tidak ke pedalaman sangat.

"Rissa suka?" Suara garau Haikal tiba-tiba muncul dari belakang aku. Tangannya di letakkan di sisi badan aku memegang penghadang balkoni tersebut.

"Suka sangat. Thank you bawak Rissa datang sini." Aku pusing kepala sedikit ke belakang memandang muka dia. Terukir satu senyuman dibibir dia.

Senyum puas hati seorang suami apabila dapat membahagiakan isterinya.

"You're welcome. Kan Abang dah cakap, kita datang honeymoon. Ho.ney.moon!" Haikal menekankan satu satu sebutan Honeymoon tersebut.

Aku teguk liur sekali. Tegak segala bulu roma aku. Berdebar tiba-tiba. Damn!

Haikal tiba-tiba ketawa kuat sehingga bergegar belakang aku yang menyentuh dada dia. Terpusing aku memandang dia pelik. Kena sampuk ke?

"Muka Rissa kelakar giler. Macam nampak hantu." Dia menyambung ketawanya. Amboi!

"Huh! Abang jahat. Suka kenakan orang kan!" Aku tumbuk dada dia sekali. Padan muka. Biar dia rasa sikit.

"Dah la. Tepi, Rissa nak pergi mandi." Acah-acah merajuk. Aku menolak badan dia ketepi sebelum melangkah ke bilik air. Mandi untuk segarkan badan sedikit.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Pagi itu kami bersiap sedia untuk bertolak ke destinasi pertama kami. Bandar Zurich. Bandar terbesar di Switzerland. Menjadi perhatian pelancong kerana terdapat banyak muzium dan galeri seni.

Haikal kan peminat seni. So mesti la dia excited. Nasib baik aku pun minat seni tapi tak banyak la.

Kami berjalan-jalan di sekitar bandar. Sekali-sekala singgah di beberapa kedai membeli cenderamata yang berkenan untuk dibawa pulang.

Kalau bukan disebabkan Haikal, memang semua aku borong. Pendek kata aku ni boros la orangnya. Pantang nampak benda helok, semua dikaut walaupun aku tahu benda tu tiada guna untukku haha.

Selesai menziarahi Muzium National Swiss, kami bercadang untuk menaiki bot di Tasik Zurich. Subhanallah! Permandangan dari atas bot ni cantik giler. Tak mampu diungkap dengan kata-kata.

Sedar tak sedar. Jam hampir menginjak ke angka 4 petang. Haikal mencadangkan kami ke Tasik Geneva kerana katanya waktu begini permandangan di tasik lebih indah.

Tasik Geneva adalah tasik berbentuk bulan sabit yang dikongsi antara Perancis dan Switzerland. Geneva terkenal dengan kedai-kedai mewah dan bandar lama berbatu.

Kami membeli beberapa snek ringan sebelum mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar tasik yang luas tersebut.

Tidak dapat dinafikan panorama di tasik ini sangat cantik lagi-lagi masa matahari nak terbenam. Breath-taking! Kalau ambik gambar mesti lawa.

"Abang! Ambil la gambar Rissa." Apa gunanya pak cik ni kalau bukan jadi tukang ambil gambar aku hehe.

"Amboi. Sesedak rasa je dia." Haikal pura-pura jual mahal.

"Alaa Abang ni... apa guna Rissa kahwin dengan Mr. photographer yang annoying ni kalau tak nak ambik gambar Rissa." Aku tersengih sekali.

Haikal menjeling aku tajam bila aku cakap dia annoying haha. Akhirnya Haikal mengalah dan menjadi photographer tak berbayar aku.

Dan tidak dapat dinafikan skill photographer dia bukan kaleng-kaleng. Cantik giler gambar. Cam orang pro gitew. Tak rugi aku kahwin dengan dia haha.

"Abang, pandang sini!" Haikal yang ralit memandang henfon dia mengangkat muka memandang aku.

Klik!

Muka blur Haikal dapat aku tangkap. Boleh jadikan bahan untuk kenakan dia nanti haha. Haikal nampaknya tak puas hati cuba merampas telefon aku sebelum cepat-cepat aku sorok.

"Okey okey nanti Rissa delete. Abang jom kita selfie." Aku mengangkat telefon tinggi-tinggi berdiri di sebelah Haikal. Biasala aku kan "tinggi".

"1,2,3!" Aku menekan butang tengah.

"Tipu je. It's a video!" Aku kemudian ketawa kerana berjaya kenakan Haikal lagi sekali.

"Rissa ni memang la kan." Amaran! Aku cepat-cepat membuka langkah sebelum Haikal mengejar aku.

"Okey okey chup! Rissa penat. Kita sambung nanti." Tercungap-cungap aku cuba bercakap setelah beberapa minit berlari-berkejaran-seindah-bunga-ditaman.

"Okey kali ni betul-betul. Abang say something. Cepat! Rissa nak buat kenangan." Aku mula merekod Haikal menggunakan camera depan. Muka aku hanya nampak sipi-sipi di dalam camera.

"What do you want me to say?"

"Apa-apa je."

"I want to say that I was so happy with your existence in my life. Maybe Abang dah cakap banyak kali, but still I want to say it again and again. Sampai Rissa muak dengar."

Aku ketawa kecil mendengar kata-kata Haikal. Dia kemudian kembali menyambung.

"Abang akan jaga Rissa dengan seluruh jiwa, raga Abang. Abang sanggup gadaikan nyawa Abang sekalipun untuk Rissa. Trust me! No matter what happen."

Aku hanya senyap namun aku percaya. He will do it for me.

"Abang tak janji akan jadi suami yang sempurna, but I promise I'll try my best to be a perfect husband for you. Dunia dan akhirat insya allah."

Mendengar kata-kata tersebut meluncur dari mulut dia membuatkan aku sebak seketika.

"Last but not least, I love you. I love you forever Ariana Arissa!" Dia menyudahkan ucapan dia dengan menghadiahkan satu kucupan di pipi aku.

Aku terpana sekejap. Terharu campur terkejut. Aku menerpa ke arah Haikal dan memeluk dia erat-erat.

"Thank you for loving me Abang. And thank you for everything. Me love you too. Damn much!" Aku tersenyum manis sebelum mengucup pipinya lembut.

Kami sama-sama berpelukan menghargai kehadiran masing-masing bersaksikan matahari yang terbenam indah dan tasik yang terbentang luas.

Berharap hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih indah dan cantik sepertimana indahnya pemandangan saat ini.

TAMAT

p/s : finally! habis pun cerita mengarut ni HAHAHA im sooo excited 😂 actually sumpah sis tak pandai buat prolog and epilog ni :( so sorryyyy kalau hambar dan tak best :(

tengok la kalau rajin nanti sis edit balik mana yang patut. tahun 2030 maybe 😂 maafkan saya kalau ada salah silap selama saya tulis cerita hambar ni.

kalau ada terasa apa-apa ke kita pm tepi ek. kasi settle baik-baik. itu je selamat membaca semua. jangan lupa vote and komen okey ❤️

˚✧₊⁎❝᷀ົཽ≀ˍ̮ ❝᷀ົཽ⁎⁺˳✧༚

korang kalau dah habis baca story ni jemput la jenguk story 'THE RICH BACHELOR' aku. itu pun kalau masih berminat dengan penulisan aku muahahaha. anyway love u ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro