Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PAGI menjelang waktu subuh, ketika Dhia membuka matanya. Dhia bangun dari atas katil dan menggeliat. Matanya melirik ke arah Firash yang tidur di atas sofa di dalam bilik mereka.

Dhia berjalan mendekati Firash. Dikejut perlahan lelaki itu untuk menunaikan solat subuh.

"Firash.. Bangun, jom solat subuh!" Panggil Dhia.

Firash membuka matanya perlahan-lahan. Dahi lelaki itu berkerut-kerut seperti menahan sakit.

"Kenapa ni?" Tanya Dhia apabila melihat keadaan Firash begitu.

"Kepala abang sakit.." Firash mengadu.

Dhia meletakkan telapak tangannya ke dahi Firash. Panas!

"Awak demam ni! Larat tak nak bangun?" Ujar Dhia.

Firash mengangguk. Dia menggagahkan dirinya juga untuk solat.

"Okay.. Kita solat subuh dulu. Lepas tu, awak rehat." Sikap prihatin yang ditunjukkan Dhia membuatkan Firash terharu. Dhia sebenarnya seorang yang baik hati cuma egonya saja yang tinggi.

Setelah mereka selesai solat subuh, Dhia membantu Firash untuk berjalan. Dia memapah Firash hingga ke katil.

"Tak apa ke abang tidur atas katil?" Sempat Firash bertanya ketika Dhia sedang memapahnya.

"Tak apa.. Awak kan tak sihat. Tidur je lah." Balas Dhia.

Dhia membaringkan Firash di atas katil perlahan-lahan. Dia membetulkan selimut lelaki itu.

"Awak rehat dulu, saya nak buatkan breakfast kejap. Nanti saya datang balik."

Firash tersenyum dan mengangguk kecil kepada Dhia. Wajahnya nampak pucat dan tubuhnya berasa lemah sekali. Matanya dipejamkan.

Dhia menyediakan roti bakar dan secawan milo panas. Dia meletakkan di atas dulang di bawa ke bilik.

"Firash.. Bangun, makan dulu." Kata Dhia yang duduk di sisi Firash.

Firash membuka mata kembali.

"Tak ada selera nak makan."

"Makanlah sikit.. Awak kena makan ubat!" Suara Dhia mendatar. Tetapi kedengaran seperti gadis itu peduli dengannya di telinga Firash.

Firash memaksa diri untuk bangun untuk menjamah roti bakar yang disediakan oleh Dhia.

Dhia menyuakan dulu secawan milo panas kepada Firash. Firash menghirup air itu.

Setelah itu, Dhia memberikan sekeping roti bakar kepada Firash.

"Boleh tak Dhia tolong suapkan abang?" Pinta Firash.

Dhia terkedu. Tetapi dia menurut permintaan Firash. Lelaki itu sedang tidak sihat, Dhia tidak mahu lelaki itu kecewa pula.

Dengan kekok, Dhia menyuapkan roti bakar ke mulut Firash. Terasa bahagia sekali hati Firash apabila Dhia sudi menyuapkannya. Firash memaksa tekaknya untuk menelan roti itu biarpun tekaknya terasa perit.

Habis saja sekeping roti disuapkan ke mulut Firash, Dhia menghulurkan lagi sekeping roti. Firash menggeleng.

"Taknak."

Dhia meletakkan semula roti bakar ke dalam dulang. Diambil ubat panadol dan segelas air kosong dan diberikan kepada Firash. Firash menelan ubat.

Firash terbaring semula setelah menelan ubat. Dhia menuju ke dapur sebentar sebelum kembali ke bilik.

"Sayang.." Panggil Firash.

Dhia menoleh melihat Firash.

"Abang rasa abang tak pergi kerja harini.. Kalau sayang nak pergi kerja, pakailah kereta abang." Kata Firash.

"Tak apalah, saya mintak cuti hari ni.. Lagipun siapa nak jaga awak dekat rumah ni kalau saya tak ada." Balas Dhia. Ada juga ambil sifat mengambil berat Dhia ni, Firash berasa senang.

"Terima kasih sayang.." Ucap Firash.

"Hmm.. Tidurlah.. Awak perlu berehat. Nanti dah bangun, saya bawak awak pergi klinik." Ujar Dhia. Ketika kakinya ingin melangkah keluar dari bilik, Firash menarik tangannya.

"Dhia.. Teman abang tidur." Permintaan Firash membuatkan dia rasa agak sukar.

"Err.. Tapi.."

"Please.. Sayang, cuma tidur sebelah abang. Tak payah buat apa-apa." Mata Firash merenung wajah Dhia memohon simpati.

Dhia mengeluh. Terpaksalah dia akur lagi. Nasib si Firash ni tak sihat. Kalau tidak, tak ada masa dia nak layankan permintaan Firash itu.

Dhia duduk di atas katil berbaring di sebelah Firash. Inilah kali pertama dia tidur sedekat ini dengan Firash. Lantas dia menarik bantal peluk untuk membuat sempadan di tengahnya. Dhia pusing membelakangi Firash.

"Dhia.." Firash menyeru namanya lagi.

"Hmm.."

"Tengok sini.." Firash menyuruh.

Dhia pusing sebentar. Saat itu, matanya sudah bertentangan dengan mata Firash. Dhia menelan liur.

"Sayang nak tau tak macam mana abang boleh crush dekat sayang waktu sekolah dulu?"

Soalan itu membuatkan mata Dhia terbuka luas. Tidak menyangka Firash membuka topik itu.

Dhia diam. Dia menunggu jawapan yang akan keluar dari mulut Firash.

"Masa tu, abang lalu dekat kelas Dhia. Bila nampak Dhia yang tengah duduk dekat tingkap tu, terus hati abang rasa macam dup dap dup dap. Sejak dari tulah abang terus minat Dhia sampai sekarang." Kata Firash lalu tersenyum.

Dhia mengerutkan dahinya.

"Hesy merepeklah awak ni.. Tidur je la." Dhia kembali pusing membelakangi suaminya.

"Biarpun sayang anggap abang ni cuma merepek, abang tak kisah. Sebab apa yang abang tahu, cinta abang hanya untuk sayang.. Takkan ada orang lain yang ada di dalam hati abang selain Dhia Raihana."

Pengakuan tulus dari Firash membuatkan hati Dhia sedikit tersentuh. Separuh hatinya berasa ragu manakala separuh hatinya mempercayai Firash. Dhia merintih sendirian di dalam hati.















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro