Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini Dhia dan Firash kembali bekerja selepas lama bercuti. Mereka masing-masing bekerja berlainan syarikat.

Dhia ingin pergi sendiri ke pejabatnya namun dihalang oleh Firash. Katanya, dia yang akan menghantar isterinya setiap hari.
Pada awalnya, Dhia menolak tapi Firash tetap memujuk, akhirnya Dhia menyetujuinya.

Dhia lekas menaiki pejabat dan menghampiri ruang meja kerja yang sudah lama ditinggalkan. Kelihatan fail bertimbun di atas meja, Dhia mengeluh. Inilah akibatnya bila terlalu lama tak masuk office.

"Hai Dhia! Dah masuk kerja hari ni?" Soal Balqis yang singgah di meja Dhia, rakan sekerja Dhia merangkap teman baiknya.

"Hmm.." Matanya asyik memandang fail yang bertimbun itu.

"Okay.. Kau buat la kerja dulu, nanti lunch kita borak. Dah lama tak jumpa kau ni.." Kata Balqis.

"Ye la, jumpa kau waktu lunch nanti.." Dhia membalas dan tersenyum kepada Balqis. Setelah itu, mereka sambung membuat kerja.

Waktu makan tengahari, Dhia dan Balqis pergi ke sebuah restoran yang berdekatan dengan pejabat mereka.

Setelah habis makan, Dhia dan Balqis pun mulai berborak panjang.

"Macam mana? Firash layan kau baik tak?" Tanya Balqis mengenai Firash.

Dhia tersenyum tipis dan mengangguk. Dia menyedut air minumannya yang masih bersisa.

"Kau ok ke ni beb? Aku tengok kau muram je." Balqis bertanya lagi apabila melihat wajah Dhia yang yang nampak sayu.

Dhia menarik nafasnya dan menghembus perlahan. Terlalu banyak yang bersarat di otaknya ketika ini.

"Entahlah.. Qis. Aku terfikir pasal perkahwinan aku.. Kau pun tau aku dengan Firash kahwin bukan sebab cinta, semuanya sebab family aku." Balas Dhia.

"Iya, tapi kau kena redha Dhia.. Dah tertulis jodoh kau dengan Firash. Family kau cuma asbab untuk kau dengan dia disatukan.." Ujar Balqis. Dia memahami perasaan Dhia namun bagaimanapun dia harus menerimanya.

"Tapi aku tak cintakan dia.." Dhia memandang wajah Balqis.

"Cinta boleh dipupuk.."

"Kalaulah ia mudah seperti yang kau katakan Qis.." Kata Dhia.

"Dhia.. Kalau kau tak cuba, kau takkan tau.. Lagipun dia suami kau, apa salahnya kau cuba cintakan dia."

"Aku dah tak percaya cinta.. Aku takut kalau aku jatuh cinta lagi, cinta aku akan dikhianati seperti dulu.." Dhia tersenyum pahit. Masih tergiang-ngiang di telinganya kata-kata Hariz yang telah merobek hatinya.

Balqis mengeluh, dia tahu Dhia tidak mahu bercinta lagi selepas Hariz curanginya dulu. Dhia jadi takut untuk mempercayai kata-kata lelaki.

"Tak semua lelaki macam tu Dhia.. Lagipun aku percaya Firash baik orangnya. Aku yakin dia takkan khianati kau. Dia cintakan kau seikhlas hati.."

"Jangan terlalu yakin Qis. Mungkin pada awalnya Firash cakap dia cintakan aku, tapi nanti bila dia dah bosan.. Dia akan tinggalkan aku sama macam lelaki buaya tu!" Kata Dhia sinis sambil maksudkan si Hariz lelaki buaya.

"Jangan la cakap macam tu Dhia, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk rumah tangga kau.. Bukalah sikit hati kau tu, bagi peluang kepada Firash. Macam mana pun, dia tetap suami kau."

Balqis menggeleng-gelengkan kepalanya. Keras betul hati Dhia. Dia hanya mampu berdoa kebahagiaan rumah tangga teman baiknya.

Terdiam Dhia mendengar kata-kata Balqis. Patutkah dia membuka ruang hatinya untuk Firash sedangkan dia masih was-was untuk mempercayai lelaki itu.

***

Sementara itu di pejabat Firash bekerja, Firash sedang ralit membuat kerjanya yang berlambak.

Tok! Tok! Zafri mengetuk pintu bilik ruang kerja Firash.

"Masuk!" Firash membenarkan Zafri masuk.

"Banyak kerja nampak bro.." Tegur Zafri sambil duduk di kerusi hadapan Firash. Matanya dikerling ke arah fail yang banyak di atas meja Firash.

"Gila tak banyak, 2 minggu cuti. Beginilah jadinya.." Kata Firash.

"Nasib kaulah, cuti lama sangat.."

Firash mengeluh saja.

"Amacam dah kahwin? Best tak?" Terkejut Firash apabila Zafri tiba-tiba bertanya begitu.

"Hesy engkau ni.. Macam tak ada soalan lain je nak tanya." Bidas Firash. Ada ke patut tanya macam tu.

"Alah.. Aku tanya je, maklumlah kawan aku sorang ni dah ada isteri. Aku ni je masih bujang." Zafri membuat suara pasrah.

"Kalau dah tak nak membujang, kahwin la cepat-cepat!" Selamba kata Firash.

"Aku bukan taknak kahwin tapi aku ni wang simpanan pun belum kukuh lagi, macam mana nak jaga anak dara orang nanti." Balas Zafri.

"Haa kalau macam tu, kau jangan banyak tanya. Pergi buat kerja lebih bagus, aku pun banyak kerja ni." Firash sengaja menghalau Zafri. Bukan dia menghalau betul-betul, tapi sengaja bergurau.

"Okay lah.. Kau halau, aku keluar la." Sengaja juga Zafri berkata begitu.

Firash ketawa kecil. Zafri pun turut ketawa.

"Tak ada la bro. Aku gurau je, aku keluar dulu. Sambung buat kerja kau tu.." Zafri pun keluar dari bilik ruang kerja Firash.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro