Bab 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MALAM itu, Firash pulang agak lewat kerana menyiapkan kerjanya yang banyak di pejabat. Ketika dia melangkah masuk ke dalam rumah, Firash terlihat Dhia yang ketiduran di atas sofa.

Firash mendekati Dhia dan cuba mengejutkannya bangun daripada tidur.

"Dhia.. Bangun." Kejut Firash.

Dhia terdengar suara Firash di telinganya. Lantas dia bangun dan memeluk tubuhnya.

"Sorry.. Abang tak ada niat apa-apa dekat Dhia, abang cuma nak kejutkan Dhia bangun tidur je." Firash berkata. Melihatkan Dhia yang seperti takut-takut kepadanya membuatkan dirinya diterjah dengan rasa bersalah kembali.

Dhia mengerling wajah Firash sebelum berpaling. Kemudian, Dhia melihat jam di dinding. Jam sudah tepat pada pukul 9 malam. Dia meraup wajahnya sebelum berjalan naik ke tingkat atas meninggalkan Firash di bawah sendirian.

Firash hanya memerhati Dhia. Sejak dari kemarin isterinya sudah tidak mahu bercakap banyak lagi dengannya. Melainkan pagi tadi sewaktu mereka bertengkar.

Firash mengeluh. Dia juga melangkah naik ke tingkat atas. Dipandang bilik tetamu yang diduduki Dhia. Firash menyesal. Kalaulah dia tidak melampaui batas sudah tentu Dhia masih sebilik dengannya.

***

Firash turun semula selepas menunaikan solat Isyak. Ketika dia melangkah menuruni tangga, kelibat Dhia yang berada di ruang tamu mencuri perhatiannya. Dhia sedang menonton tv.

Lantas timbul idea di benaknya untuk melakukan sesuatu. Sampai bila Firash harus membiarkan keadaannya dan Dhia berlarutan begini. Firash harus mencari jalan untuk menjernihkan keadaan.

"Hai.. Makan maggi tak ajak abang pun." Ujar Firash lantas duduk di sebelah Dhia.

Dhia yang sedang makan maggi itu terkejut apabila Firash mendekatinya. Pantas dia menginjak menjauhi Firash. Dia tidak menghiraukan kata-kata Firash.

"Nak sikit." Pinta Firash selamba.

Dhia menjeling. Mangkuk diletakkan ke atas meja.

"Heys apa ni.. Kalau kau nak, masaklah sendiri." Kasar bahasa Dhia. Namun Firash tidak kisah, dia tetap ingin mengusik Dhia.

"Sayang tolong masakkan boleh?" Pinta Firash sambil membuat muka comel.

Mata Dhia mencerlung tajam. Amboi.. Dah mula panggil sayang balik.

"Taknak!" Balas Dhia. Matanya menonton tv semula.

"Berdosa tau tak dengar cakap suami.."

Sekali lagi Dhia tercengang. Dhia mengetap bibirnya menahan geram. Si Firash ni main hukum la pulak.

"Huh!" Dhia merengus lalu berjalan ke dapur.

"Ergh.. Firash ni memang sengaja kan nak sakitkan hati aku.." Dhia mengomel sendiri. Lain macam pulak Firash malam ini, sudah lupakah dia dengan dengan pertengkaran mereka.

Dhia menuju ke ruang tamu sambil membawakan semangkuk maggi untuk Firash.

"Nah!" Dhia meletakkan maggi ke atas meja. Dia mahu mengambil semula magginya yang belum habis dimakan tadi tapi dirinya terkejut apabila melihat isi mangkuk magginya sudah kosong.

Dhia menjeling tajam ke arah Firash. Firash tersenyum sambil tersengih menampakkan lesung pipit di sebelah bibirnya itu.

"Kau! Kenapa kau makan maggi aku? Kan aku dah masakkan untuk kau.."

"Abang lapar sangat sebab tu abang makan maggi Dhia.. Sorry eh? Dhia makan lah maggi yang Dhia baru masak tu. Abang temankan Dhia." Balas Firash. Sengaja dia berbuat begitu.

"Tak payah! Aku dah tak lapar. Kau makanlah maggi tu.. Kalau kau taknak makan, buang je dalam tong sampah!" Dhia berkata lalu kakinya ingin melangkah ke biliknya. Tetapi dihalang Firash.

"Dhia.. Abang cuma nak bergurau dengan Dhia. Please Dhia, jangan kasar dengan abang macam ni. Abang nakkan kepercayaan Dhia balik, abang nak betulkan keadaan kita.." Kata Firash. Dia berharap sangat Dhia memahaminya.

"Huh! Kau dah hancurkan kepercayaan aku. Lepastu kau nak aku percayakan kau balik. Tak mungkin. Sekali orang khianati aku, aku takkan mudah percaya lagi! Itu adalah prinsip aku!" Tegas Dhia. Sungguh tinggi egonya tatkala ini.

"Abang cintakan Dhia.." Lagi-lagi ayat itu yang dituturkan oleh Firash. Dhia sungguh berasa rimas.

"Aku tak cintakan kau Firash, kau langsung tak ada di dalam hati aku! Aku nak kau lepaskan aku. " Kata-kata itu mengguriskan hati Firash.

"Dhia.. Apa yang Dhia cakapkan ni! Abang takkan lepaskan Dhia."

"Aku tak percayakan cinta! Kau kena terima hakikat yang aku tak boleh cintakan kau.. Kenapa kau nak terhegeh-hegeh dengan aku lagi hah?! Lepaskan je lah aku!!!" Begitu tajam sekali ayat Dhia itu. Firash menahan amarah Dhia dengan sabar. Dia masih cuba untuk memujuk Dhia.

"Bagilah abang peluang Dhia. Walau apa pun jadi.. Abang takkan lepaskan Dhia."

Dhia memeluk tubuhnya. Entah bagaimana lagi harus dia katakan agar Firash melepaskannya. Dhia menggelengkan kepalanya.

"Lantak kau lah.. Aku dah tak tau macam mana nak cakap dengan kau lagi. Mulai sekarang, kau buat hal kau.. Aku buat hal aku! Aku taknak ambil peduli sehingga kau lepaskan aku!" Dhia terus naik ke atas tanpa mempedulikan Firash lagi.

Tega sungguh Dhia berbicara sedemikian. Kata-kata Dhia benar-benar meluluhkannya. Berapa kali Firash harus terluka? Tidak sedarkah Dhia betapa tulusnya cinta Firash pada Dhia. Sikap Dhia juga sudah berubah menjadi lebih kasar kepadanya menambahkan rasa pilu di dalam hati Firash.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro