Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUNYI loceng kedengaran dari luar rumah, Dhia bergegas turun ke bawah.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." Dhia menjawab salam dari dalam rumah. Dia lantas membuka pintu untuk melihat siapakah yang telah datang ke rumahnya.

Terkejut bukan kepalang Dhia apabila melihat wajah ibu mertuanya. Tiba-tiba saja muncul di rumahnya tanpa khabar.

"Eh ummi.. Kenapa tak bagitau nak datang rumah? Masuklah.." Tanya Dhia sambil menunduk bersalaman dengan Hajah Aminah.

"Saja.. Ummi pun nak buat suprise jugak." Balas Hajah Aminah sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Dhia tersenyum tipis dan mengetap bibirnya.

"Ummi datang ni nak menginap rumah kamu berdua semalam. Boleh tak?"

Alamak! Ummi nak bermalam dekat sini la pulak. Nampaknya malam ni terpaksalah aku tidur dalam bilik Firash.

"Erk.. Boleh je ummi.. Takkanlah tak boleh pulak." Balas Dhia yang duduk di sebelah Hajah Aminah. Sedangkan di dalam hatinya sudah berasa cuak.

Hajah Aminah tersenyum kesenangan.

"Firash mana, Dhia?" Hajah Aminah bertanya.

"Firash ada dekat atas ummi.. Kejap Dhia panggil." Kata Dhia.

"Tak apalah.. Biar ummi naik atas."

"Eh tak apa ummi.. Ummi duduk je, ummi kan baru sampai.. Biar Dhia panggilkan Firash okay." Dhia berasa cuak apabila Hajah Aminah mahu naik ke tingkat atas.

"Ha iya lah.." Balas Hajah Aminah lalu duduk di atas sofa.

"Haih.. Janganlah ummi nak naik ke atas pulak, kantoi lah nanti kalau aku dengan Firash tak sebilik." Dhia bersuara di dalam hati.

Dhia melangkah dengan cepat naik ke atas. Diketuk pintu bilik Firash.

"Firash! Keluarlah.." Panggil Dhia sambil mengetuk pintu bilik Firash.

Firash membuka pintu. Terukir senyuman di bibirnya saat melihat wajah Dhia muncul di depan biliknya.

"Kenapa sayang?" Tanya Firash.

"Ish.. Ummi datang la.." Kata Dhia.

"Hah? Ummi datang?! Habistu ummi ada dekat mana?" Firash turut berasa cuak apabila Dhia katakan umminya datang ke rumah.

"Dekat bawahlah. Sekarang kau pergi turun ke bawah dulu.. Aku nak masuk bilik kejap." Dhia lantas pergi masuk ke dalam biliknya.

Firash yang memahami kata-kata Dhia lantas turun ke bawah untuk bertemu umminya.

"Ummi.. Datang seorang je ke? Abi dengan Fira tak datang sekali?" Tanya Firash lalu salam mencium tangan umminya.

"Fira dah balik Kuantan. Abi, macam biasa la.. Sibuk je memanjang.." Keluh umminya.

"Eh mana Dhia? Tadi dia naik ke atas panggilkan kamu.. Tak turun sekali pulak." Soal Hajah Aminah dengan wajah kehairanan.

"Err.. Dhia masuk ke dalam bilik kejap ummi.. Sekejap lagi dia turun." Firash menjawab.

Serentak dengan itu, Dhia pun turun ke bawah selepas mengemas bilik tetamu. Dhia sudah memindahkan barang-barangnya ke dalam bilik Firash. Untung saja dia cepat bertindak, tidaklah ketahuan dengan Hajah Aminah nanti.

Dhia mendekati Firash dan Hajah Aminah.

"Lamanya Dhia.. Buat apa kat atas tu?" Tanya Hajah Aminah.

"Kemas bilik tetamu ummi.. Ummi kan nak bermalam dekat sini." Jawab Dhia.

Firash memandang Dhia sambil membuat isyarat mata. Dhia membalas kembali isyarat mata Firash.

"Err.. Firash kau sembang lah dengan ummi dulu, aku nak pergi buat air kejap. Kesian ummi.. Mesti haus kan." Kata Dhia.

"Eh.. Dhia cakap apa tadi? Dhia panggil Firash kau ke?" Hajah Aminah bertanya lagi.

Aduh! Kenapalah kau boleh panggil Firash macam tu tadi. Apa aku nak jawab ni. Dhia mulai berasa gelisah.

"Ish tak adalah.. Ummi. Mana ada Dhia panggil Firash macam tu. Mestilah Dhia panggil Firash, abang. Kan sayang?" Ujar Firash lalu memeluk bahu Dhia.

Dhia terkedu. Ish Firash ni, nasib ada ummi.. Kalau tak, memang kena dengan aku. Tapi nasib baik Firash ada jawapan untuk menyelamatkannya.

"Ha'ah la ummi.. Dhia tersasul tadi.. Teringatkan kawan Dhia pulak." Tambah Dhia pula. Dia membiarkan saja tangan Firash yang memeluk bahunya.

"Oh tak apa lah macam tu.. Terkejut ummi tadi, ingatkan Dhia panggil Firash dengan panggilan kau." Hajah Aminah tersenyum.

Firash dan Dhia tergelak kecil.

"Ummi tunggu kejap ya.. Dhia buatkan air untuk ummi dengan ABANG Firash.." Sengaja perkataan abang itu ditekankan sambil Dhia menjeling tajam kepada Firash.

"Sukalah tu bila aku panggil abang kan.. Tunggulah kau." Desis Dhia di dalam hati.

Firash cuma tersenyum nakal. Dia tahu Dhia berasa geram dengannya tapi dia suka melihat wajah cemberut isterinya itu.

"Suka betul ummi tengok Firash dengan Dhia.. Nampak bahagia sangat."

"Alhamdulillah ummi.." Ucap Firash.

"Bahagialah sangat.. Kalaulah ummi tahu perkara yang sebenar, tak adanya ummi nak cakap macam ni." Firash berkata di dalam hati.

***

Malam itu, Dhia mati akal apabila ummi menyuruhnya masak. Nasib ummi tidak marah kepadanya apabila Dhia berterus-terang bahawa dia tidak pandai memasak. Hajah Aminah yang masak sedangkan dia hanya membantu.

"Habis selama ni.. Kalau Dhia tak masak. Firash dengan Dhia makan dekat mana?" Tanya Hajah Aminah ketika mereka berada di meja makan.

"Kami makan nasi bungkus je ummi.. Kadang-kadang makan dekat luar." Kata Firash.

Dhia menundukkan sedikit wajahnya. Segan pula apabila berbicara tentang itu.

"Dhia taknak belajar memasak ke?" Tanya Hajah Aminah kepada Dhia pula.

Dhia mahu menjawab namun Firash pantas menjawab terlebih dahulu menyelamatkannya.

"Dhia dah belajar masak ummi.. Cuma tak selalulah. Lagipun Firash dengan Dhia bukan selalu ada dekat rumah. Masing-masing sibuk kerja." Balas Firash.

"Oh.. Ye lah. Nanti kalau ada masa Dhia belajarlah masak ya. Bukan apa kita sebagai isteri kenalah tahu masak. Barulah boleh jadi isteri mithali.." Kata-kata Hajah Aminah terus menusuk ke dalam hatinya.

"Insha'allah ummi.."

Dhia tersenyum tipis. Benar kata ummi itu, tetapi layakkah dia menjadi isteri mithali sedangkan dirinya selalu bertengkar dengan Firash. Malah, sudah beberapa kali Dhia minta dirinya dilepaskan oleh lelaki itu.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro