Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DI bilik Dhia duduk di atas katil sambil mengelamun sendiri. Firash masuk ke dalam bilik dan pelik apabila melihat Dhia yang masih belum tidur lagi.

"Dhia.. Kenapa tak tidur lagi ni?" Tanya Firash.

Dhia menoleh memandang wajah Firash dengan pandangan sinis.

"Aku taknak tidur.." Balas Dhia.

Firash tergelak kecil.

"Habistu kalau Dhia taknak tidur, Dhia nak berjaga sampai ke pagi?" Sengaja Firash memerli Dhia.

"Suka hati akulah nak berjaga sampai ke pagi atau tak.. Kalau kau nak tidur, tidur je lah.. Sibuk je." Pantas Dhia menjawab.

"Okay.. Suka hati Dhia lah... Tapi nanti kalau Dhia tertidur, jangan tuduh abang apa-apakan Dhia pulak pagi esok." Firash tersengih. Dia mengambil tilam dan dihamparkan di bawah.

Disebabkan malam ini umminya tidur di bilik tetamu, Dhia perlulah tidur di biliknya agar rahsia tidak terbongkar.

"Heys.. Berani dia nak apa-apakan aku lagi, kalau dia buat aku macam tu, aku tendang dia sampai ke dinding. " Kata Dhia di dalam hati.

Melihat Firash yang sudah memejamkan mata, Dhia menjenguk wajah Firash untuk memastikan yang Firash sudah betul-betul tertidur.

"Yes.. Firash dah tidur. Barulah rasa aman sikit." Ujar Dhia sambil menutup mulutnya yang sudah berulang kali menguap.

Firash terjaga. Dia melihat Dhia yang sudah tertidur di atas katil. Kali ini dia tidak berniat apa-apa. Dia cuma mahu merenung wajah Dhia yang tertidur itu saja. Rasa bersalah selalu bersarang di dalam hatinya.

"Dhia.. Kenapa Dhia berubah menjadi lebih kasar sekarang. Adakah sebab abang yang mungkir janji menjadikan Dhia macam ni.. Maafkan abang, Dhia. Abang cintakan Dhia.. Abang harap kita boleh perbaiki hubungan kita. Abang nak merasakan dicintai oleh Dhia." Firash berkata perlahan. Namun rasanya, Dhia tidak mendengarkan semua itu. Dhia nampak seperti tidur nyenyak sekali.

"Kononnya taknak tidur tadi, tapi tidur jugak." Firash senyum kecil.

Wajah Dhia begitu polos sekali sewaktu tidur namun saat Dhia berbicara dengannya, wajah itu penuh dengan keangkuhan. Apa yang harus Firash lakukan untuk meraih kepercayaan Dhia lagi?

***

Pagi itu, keluar saja daripada bilik. Dhia terus masuk ke dapur. Matanya melihat sarapan yang sudah terhidang di atas meja.

"Haa Dhia.. Dah bangun, mari duduk... Ummi dah buatkan sarapan." Tegur Hajah Aminah sambil berjalan ke arah Dhia.

Dhia tersenyum nipis lalu duduk di kerusi. Firash juga turun ke bawah dan masuk ke dapur.

"Hmm.. Sedapnya bau. Ummi masak apa ni?" Firash pantas mengambil kerusi di sebelah Dhia.

"Haa.. Harini ummi masak nasi lemak ayam berempah kegemaran Firash." Kata Hajah Aminah.

"Wah.. Sedapnya. Terima kasih ummi, dah lama Firash tak makan makanan favourite Firash ni." Kata Firash dengan teruja.

"Sayang.. Tolong sendukkan nasi lemak untuk abang?" Pinta Firash kepada Dhia.

Dhia menurut saja permintaan Firash itu, Hajah Aminah melihat mereka berdua sambil tersenyum.

"Thanks sayang." Balas Firash lalu mengenyitkan matanya kepada Dhia.

Dhia membalas senyuman dengan paksa. Eyy.. Rasa macam nak dicubitkan saja si Firash ni.

"Amboi.. Dekat meja makan pun romantik betul ummi tengok ya." Ujar Hajah Aminah.

"Ha'ah ummi... Abang Firash ni memang macam ni. Terlebih romantik." Kata Dhia sambil tangan di bawahnya mencubit kuat peha Firash.

"Adoi!" Firash yang sedang melahap makan itu terus mengaduh apabila dicubit Dhia.

"Hahaha... Padan muka." Dhia ketawa jahat di dalam hati.

"Kenapa dengan kamu ni Firash?" Tanya Hajah Aminah apabila Firash mengaduh.

Firash tersengih. Sedang berfikir untuk memberikan alasan kepada umminya.

"Tak adalah ummi.. Rasa macam ada ketam yang cubit peha tadi."

"Haih... Ada-ada sajalah kamu berdua ni." Hajah Aminah menggeleng-gelengkan kepalanya.

Mereka menikmati makanan sambil berbual. Masing-masing senyap menumpukan perhatian namun tiba-tiba soalan yang tidak diduga keluar daripada mulut Hajah Aminah.

"Dhia tak mengandung lagi ke?" Pertanyaan itu terus membuatkan Dhia tersedak. Lantas Firash menuangkan air dan diberikan kepada Dhia.

Dhia meneguk air dengan rakus. Ish ummi ni, kalau nak tanya pun soal tu biarlah bertempat.

"Maaflah Dhia.. Ummi tak sengaja nak buat kamu tersedak." Hajah Aminah berkata.

Dhia senyum.

"Ummi ni ke situ pulak soalannya..." Firash menyambung bicara kepada soalan yang ummi bertanya tadi.

"Tak adalah... Ummi tanya je. Ummi dah tak sabar nak timang cucu ni." Selamba sahaja Aminah berkata begitu membuatkan Dhia mula berasa cuak.

"Belum ada rezeki lagi... Insha'allah ummi, kalau ada nanti.. Adalah." Jawab Firash. Kasihan pulak apabila melihat Dhia yang sudah cuak itu.

"Hmm.. Iyalah. Makan... Firash tambah nasi." Mujur Hajah Aminah tidak bertanya lebih lanjut. Mereka menyambung kembali makan sedangkan Dhia sudah hilang seleranya apabila terfikirkan kata-kata Hajah Aminah sebentar tadi.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro