Bab 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SETELAH Hajah Aminah pulang dari rumah mereka, Dhia segera mengambil barang-barangnya untuk dipindahkan semula ke dalam bilik tetamu yang diduduki sebelum ini.

"Dhia, nak bawak barang-barang ni pergi mana?" Soal Firash apabila ternampak Dhia mengangkut barang.

Dhia menoleh sekilas wajah Firash dan memberikan respon.

"Nak pergi kayangan.."

"Uish nak pergi kayangan? Nak ikut!" Balas Firash. Dia tahu Dhia memerlinya namun dia turut mengikuti rentak isterinya itu.

"Hesy... Nak pergi bilik tetamulah!!!" Dhia membalas keras. Bengang pula dia dengan Firash.

"Oh.. Cakaplah nak pergi bilik tetamu. Ini cakap nak pergi kayangan.. Nak naik apa? Kalau naik flight pun rasanya tak sampai." Selamba Firash menjawab kembali.

Semakin bengang Dhia apabila Firash berkata begitu. Pandai pulak Firash ni menjawab. Dhia menatap tajam wajah Firash.

"Ergh.. Fine! Lain kali boleh tak jangan banyak tanya.. Rimaslah!" Kata Dhia sebelum melangkah keluar dari bilik Firash.

Firash menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Sudah tahu benar dengan perangai isterinya sekarang ini. Firash mengikuti langkah Dhia dan dipaut lembut lengan isterinya dari belakang.

"Apa?!" Tanya Dhia dan merungkaikan pegangan tangan Firash.

"Tak boleh ke tidur sebilik je macam dulu?" Firash memandang wajah Dhia.

"Tak!" Pantas Dhia menjawab.

"Dhia masih belum maafkan abang?"

"Yes." Dhia memeluk tubuhnya sambil menjawab ringkas.

Sepatah Firash bertanya, sepatah Dhia membalas. Firash mengalah. Isterinya itu benar-benar keras hati. Percuma jika dia memujuk bagaimana sekali pun.

Firash senyum tipis.

"Okay.. Pergilah masuk bilik." Firash berjalan turun ke bawah meninggalkan Dhia yang terpinga-pinga.

"Aik... Selalu ada je modal nak pujuk aku. Hari ini tak ada pulak." Dhia berfikir seketika sebelum mencebik bibirnya.

"Whatever!" Dhia terus membawa barang-barangnya masuk ke dalam biliknya.

***

Dhia turun ke bawah usai bersiap. Hari ini dia hendak keluar bersama Balqis.

"Dhia nak pergi mana?" Firash bertanya apabila kali ini dia melihat Dhia sudah bersiap cantik.

Dhia tampak ringkas mengenakan t-shirt berwarna putih dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam. Wajahnya dicalitkan dengan solekan tipis. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas.

Walaupun penampilan Dhia cuma bersederhana tetapi isterinya itu tetap memukau pada pandangan Firash.

"Keluar." Balas Dhia. Kakinya berhenti melangkah seketika.

" Ye abang tahulah Dhia nak keluar.. Tapi Dhia nak pergi ke mana?" Tanya Firash lagi. Kenapalah berat sangat mulut Dhia nak beritahu dirinya ke manakah dia nak pergi.

"Kan aku cakap, tak payah banyak tanya." Ujar Dhia sinis.

"Takkan abang tanya tu pun salah? Abang cuma nak tahu isteri abang pergi mana." Firash tetap tenang menjawab biarpun Dhia berbicara sinis dengannya.

Hee.. Makin aku tak jawab, makin dia desak. Dhia mengeluh sebelum membalas.

"Aku nak keluar pergi makan, tengok wayang, shopping." Dhia menjeling Firash sekilas. Mana Balqis ni.. Tak sampai-sampai lagi. Aku dah malas nak bertekak dengan si Firash ni. Rungut Dhia di dalam hati.

"Okay.. Dengan siapa?" Lagi soalan yang keluar dari mulut Firash.

"Hesy.. Kau ni kenapa banyak tanya sangat hah?! Suka hati la aku nak keluar dengan siapa pun." Dhia mencekak pinggang sambil membuat muka.

"Tengok tu.. Boleh tak kalau abang tanya, jawab elok-elok. Dhia ni.. Asyik nak marah je lah. Haa.. Buat muka. Nanti cepat tua, baru tau." Usik Firash apabila melihat muka Dhia yang sudah cemberut.

Dhia mengerutkan dahinya. Amboi, bukan main si Firash ni. Sejak bila pulak lelaki itu sudah pandai jadi annoying.

"Kau ni dah kenapa annoying sangat?" Tempelak Dhia.

"Lah bila masanya abang annoying pulak. Kan Dhia cakap, abang jawab lah." Kata Firash sambil menjongketkan bahunya.

"Ergh.. Suka hatilah. Malas nak ambik kisah. Aku nak keluar sekarang."

"Dengan siapa... Sayang?" Firash sengaja mendesak kerana Dhia yang sukar untuk menjawab pertanyaannya.

Dhia yang sudah berpaling menghadap Firash kembali. Dengan riak wajah yang geram dia membalas.

"Balqis!!! Puas hati?" Jawab Dhia. Ikutkan hatinya nak saja dia mencekik leher Firash. Tapi tidaklah tergamak dia melakukan begitu. Bukanlah dia jahat sangat sampai macam tu sekali.

"Haa macam tu lah.. Abang tanya sikit je. Tu pun bukan main susah nak jawab eh." Perli Firash.

Dhia menjegilkan biji matanya. Cis! Dia mengata aku. Dhia malas nak ambik peduli. Dengan cepat Dhia melangkah keluar dari rumah.

"Bye sayang.. Take care. Jangan balik lewat sangat." Sempat Firash berpesan kepada Dhia. Walaupun Dhia tidak mengendahkannya. Firash tidak kisah.

Firash tidak pernah jemu untuk mengambil hati Dhia walaupun kadang-kadang dia sengaja mengusik isterinya. Kerana bagi Firash, Dhia nampak comel apabila membuat muka cemberut dan menyampah kepadanya. Firash tergelak kecil mengenangkan wajah Dhia.
















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro