Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

WAKTU sudah lewat malam sewaktu Balqis sedang menghantar Dhia ke rumahnya. Timbul kerisauan di dalam hati Balqis kerana menghantar Dhia pulang lewat.

"Wei, laki kau tak marah ke kau balik lambat ni?" Tanya Balqis kepada Dhia yang duduk di sebelahnya.

"Lantak dialah nak marah ke tak. Ada aku kisah." Balas Dhia bersahaja.

"Ish.. Kau ni. Mana boleh macam tu... Entah-entah Firash dekat rumah tu risaukan kau, kau bagitau dia tak kita balik lewat ni?" Balqis berkata sambil membelok masuk keretanya ke kawasan rumah Dhia.

"Tak."

"Kenapa kau tak bagitau?"

"Kau jangan risau la Qis... Tak ada apa-apa lah." Dhia menenangkan Balqis. Isteri Firash adalah Dhia tapi yang risau lebih Balqis. Suami siapa sebenarnya ni?

"Ye la tu.. Tapi kalau Firash marah kau jangan salahkan aku pulak. Tadi aku ajak balik awal taknak, kalau ikutkan kau sampai esok pun tak balik-balik lagi..." Omel Balqis.

Dhia hanya menadah telinga mendengar bebelan Balqis. Sudahnya dia hanya berdiam diri sehinggalah tiba di perkarangan rumahnya.

"Thank you babe, jumpa esok dekat tempat kerja." Dhia keluar dari kereta dan melambaikan tangannya ke arah Balqis. Balqis membalas lalu meluncur laju dengan keretanya berlalu dari situ.

Kunci rumah dikeluarkan dari beg tangannya lalu pintu dibuka dari luar. Sebaik saja dia masuk, kelihatan susuk tubuh Firash yang duduk di sofa sedang memandangnya.

Hatinya berasa tidak keruan dengan pandangan Firash. Dhia menenangkan dirinya dan cuba tidak mempedulikan Firash.

"Kenapa balik lambat?" Tanya Firash. Dia masih lagi duduk di sofa merenung Dhia.

"Aku balik awal ke lambat ke, boleh tak kau jangan sibuk." Kata Dhia. Namun Firash bingkas bangun dan menghalang Dhia.

"Abang dah pesan kan tadi jangan balik lambat." Firash mengingatkan Dhia tentang pesanannya.

Dhia berpaling menghadap wajah Firash. Sedang penat begini ada saja Firash nak buat dia sakit hati.

"Suka hatilah... Please jangan kongkong aku!" Bidas Dhia.

"Abang tak kongkong Dhia.. Abang just nak ingatkan Dhia je." Ujar Firash. Hatinya hampa apabila Dhia langsung tidak mengerti kerisauannya terhadap dia.

"So what?" Pantas saja Dhia menjawab cakap Firash.

Firash meraup wajahnya. Dia mengeluh perlahan lalu menyambung bicara.

"Dhia tau tak abang risaukan Dhia, abang takut apa-apa yang jadi dekat Dhia. Abang call Dhia tak jawab, mesej pun tak reply.. Salah ke kalau abang tanya?"

"Sekarang aku dah balik kan. Dahlah, aku nak naik atas. Aku penat." Wajah Dhia serius melihat Firash.

"Tunggu sekejap Dhia."

"Apa lagi? Kau faham tak aku cakap aku nak naik atas. Aku penat. Tolonglah Firash..." Marah Dhia ketika Firash menghalangnya.

Dengan pantas Dhia melangkah naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Langsung tidak mempedulikan hati dan perasaan Firash. Firash akur. Walaupun sikap dia kadang-kadang menguji kesabarannya namun dia harus tetap bersabar kerana walau bagaimanapun Dhia tetap isterinya.

***

Esoknya, Dhia bangun awal seperti kebiasaannya. Dilihat Firash yang sudah berada di meja makan.

Firash pula menatap wajah Dhia. Biarpun Dhia berkeras dengannya. Dhia tetap menyiapkan sarapan untuk mereka. Itu yang membuatkan Firash berasa senang.

"Dhia.. Hari ni abang hantar Dhia pergi kerja okay?" Kata Firash yang cuba mengambil hati Dhia. Tidak pernah sekalipun dia mengalah walaupun Dhia selalu melontarkan kata-kata sinis.

"Tak payahlah.. Aku pergi sendiri." Kata Dhia. Wajahnya hanya menunduk, tidak menghiraukan renungan mata Firash.

"Dhia... Janganlah macam ni, dah lama abang tak hantar Dhia pergi kerja. Dulu abang hantar, Dhia tak tolak pun." Firash masib berusaha memujuk isterinya.

"Tu dulu.. Sekarang aku taknak kau hantar aku lagi. Aku nak pergi sendiri." Dhia berkata, keras kepala sungguh dirinya.

Hati Firash sedikit terguris dengan kata-kata Dhia.

"Apa gunanya abang sebagai suami kalau abang tak boleh hantar Dhia. Tolonglah Dhia... Dengar cakap abang sekali ni je. Abang tak mintak banyak pun pada Dhia. Abang cuma nak hantar isteri abang pergi kerja." Pujuk Firash lagi.

Dhia memberhentikan suapannya. Sudah tidak ada selera lagi dia hendak makan bersama Firash.

"Nope!" Balas Dhia pendek lantas kakinya berjalan keluar dari dapur.

Firash mengikuti Dhia apabila Dhia pergi begitu saja meninggalkan meja makan.

"Dhia... Sampai bila hubungan kita nak macam ni?"

"Sampai bila-bila!" Mudah saja Dhia berkata begitu sehingga menyentapkan hati Firash untuk beberapa kalinya.

Firash mendekati Dhia.

"Boleh tak Dhia tolong rendahkan ego tu sikit... Abang ni suami Dhia tau. Apa lagi yang Dhia nak abang buat sampai Dhia boleh terima abang?"

Dengan pandangan tajam Dhia menjawab.

"Tak ada! Tak ada satu pun dekat kau yang boleh buat aku terima kau... Kalau kau rasa kau dah bosan dengan perangai aku. Ceraikan aku."

"Astaghfirullahalazim... Dhia!!! Boleh tak Dhia jangan bangkitkan soal cerai lagi... Abang dah cakap kan, walau macam mana sekali pun abang takkan ceraikan Dhia." Tegas Firash.

"Heh! Kau masih nak bertahan dengan aku lagi ya. Tak apa, aku akan pastikan sampai kau hilang kesabaran dengan aku. Nanti mesti kau akan ceraikan aku jugak!!!" Tergamak sekali Dhia menuturkan ayat itu. Dhia seperti sudah tidak peduli jika dia sedang menderhaka kepada suaminya sendiri.

Dhia meninggalkan Firash sendirian. Firash menarik nafas dan menghembus perlahan. Sungguh adakalanya dia berasa penat dengan pertengkaran mereka yang sering berterusan. Firash hanya mampu berdoa agar isterinya mampu memberi ruang untuknya suatu hari nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro