Bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUDAH seminggu Dhia dan Firash tidak bertegur sapa sejak terakhir kali mereka bertengkar. Masing-masing melakukan hal sendiri.

Firash juga kelihatan berbeza.
Selalunya lelaki itu selalu mengusiknya dan mengatakan kata-kata manis. Namun sudah lama, Dhia tidak mendengarinya.
Adakah Firash betul-betul makan hati dengannya? Dhia terfikir namun hanya seketika sebelum dia membuang fikiran itu jauh-jauh.

Ketika Dhia menuruni tangga dan berjalan ke dapur. Tidak ada kelibat Firash di situ. Mungkin lelaki itu sudah berangkat ke tempat kerja. Dhia terfikirkan Firash kembali.

Entah kenapa ada rasa yang aneh di hatinya kala ini. Resah. Mengapa perasaan resah hadir ketika tiada lelaki itu di depan matanya.

Mungkinkah Dhia merindui usikan dan kata-kata romantis Firash? Tapi bila lelaki itu mengungkapkan kepadanya, dia pula selalu membuat muka menyampah.

Dhia tidak mahu melayani perasaannya lagi lantas pergi ke tempat kerja.

***

Firash mengelamun sendiri di ruang meja kerjanya. Sejenak dia terfikirkan isterinya, Dhia. Sudah lama dia tidak bertegur sapa dengan Dhia. Bukan ada rajuk di hatinya tetapi melihat Dhia seakan tidak peduli dengan masalah mereka membuatkan Firash turut mengunci mulut.

Lagipun jika dia membuka mulut, pasti ada saja pertengkaran yang akan berlaku antara mereka. Lontaran sinis dan jelingan tajam yang selalu dilemparkan oleh Dhia mengguriskan hati lelakinya.

"Oi... Jauh termenung nampak. Ingatkan bini ke?" Tanya Zafri yang datang entah dari mana lalu di hadapannya.

"Hmm..." Firash mengeluh.

"Haih.. Mengeluh. Kenapa ni bro, cuba cerita."

Firash membuka mulutnya dan bercerita kepada Zafri. Dia senang bercerita dengan Zafri kerana Zafri adalah sahabatnya yang paling rapat dan dipercayai.

"Sampai sekarang dia masih tak terima aku." Ujar Firash.

"Mungkin lama-lama nanti dia terima kau?" Zafri berkata.

Firash menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dhia tu bukan yang macam kau fikirkanlah Zafri. Dia tak macam perempuan lain... Hati dia tu keras sikit." Firash bercerita.

Zafri mengerutkan dahinya. Cuba memikirkan maksud Firash.

"Susah jugak eh kalau macam tu... Kau tak cuba pikat dia ke?"

"Dah macam-macam aku buat... Tapi dia langsung tak peduli. Aku dah tak tau nak buat apa lagi dah..." Pasrah bunyinya ketika Firash menuturkan ayat itu.

Zafri menganggukkan kepalanya tanda faham akan kata-kata Firash.

"Jangan mudah mengalah bro... Insha'allah, suatu hari dia akan bukakan hati dia untuk kau. Sabarlah... Aku sebagai kawan berdoa je untuk kebahagiaan kau." Kata Zafri sambil menepuk perlahan bahu Firash.

"Thanks Zafri..."

Firash tersenyum pahit. Ya... itu yang dia harapkan. Semoga ada ruang untuknya memiliki Dhia sepenuhnya.

***

Dhia menonton TV sendirian di ruang tamu. Dia mengerling jam di dinding. Sudah pukul 9 malam. Tapi Firash belum pulang lagi. Banyak kerjakah dia di ofis?

"Ah Dhia.. Kenapa kau sibuk-sibuk fikir pasal Firash. Sebelum ni pun... Bukan kau nak ambik kisah sangat pasal dia." Ujar Dhia dalam hati.

Kedengaran pintu dikuak. Ternyata Firash sudah pulang ke rumah. Dhia berpura-pura leka menonton TV walhal dia dari tadi asyik memikirkan lelaki itu.

Firash ternampak akan Dhia yang berada di ruang tamu. Matanya hanya memerhati isterinya tanpa sebarang kata-kata. Setelah itu, dia menderap kaki melangkah ke tangga dan naik ke atas.

Dhia menoleh setelah melihat Firash terus naik ke atas tanpa menegurnya. Ada rasa terkilan di hatinya ketika ini. Sebelum ini Firash selalu menyapanya walaupun Dhia selalu acuh tak acuh.

Dhia tertidur di atas sofa sambil TV yang masih terpasang dan tidak ditutup ketika Firash turun ke bawah. Mungkin isterinya terlena tanpa sedar.

Firash berjalan menghampiri Dhia. Nak kejut ke tak? Nanti dia mengamuk pulak. Tapi takkan nak biarkan Dhia tidur dekat ruang tamu ni.

Firash mengambil keputusan untuk mendukung Dhia. Diangkat tubuh kurus tinggi milik Dhia itu dan di bawa ke bilik tidur isterinya. Setelah sampai di bilik itu, Firash meletakkan perlahan-lahan Dhia di atas katil dan menyelimutkannya.

Lena sungguh Dhia tidur. Langsung tidak terjaga ketika Firash mendukungnya. Direnung wajah Dhia sebentar sebelum Firash sebelum keluar dari bilik Dhia dan menutup pintu.

***

Dhia bangun apabila jam penggera telefon bimbitnya berbunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 6. Dia ingin menunaikan solat subuh namun dia terkejut apabila dia berada di atas katil. Bukankah semalam dia tidur di atas sofa?

Dhia melihat sekeliling. Fuh... Nasib baik bilik tidurnya. Dhia menghembus nafas lega. Kemudian dia berfikir, jadi Firash yang membawanya ke bilik tidurnya semalam?

Ada rasa debar di dadanya. Rasa itu seakan-akan tidak mahu berhenti di dadanya saat ini. Ternyata lelaki itu masih prihatin kepadanya walaupun hubungan mereka masih dingin.










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro