Bab 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA mengeluh untuk beberapa kalinya. Dia baru saja habis waktu kerja dan ingin pulang ke rumah namun keretanya pula buat hal. Keretanya dipakirkan di tepi jalan.

"Aduh... Nak minta tolong siapa ni?" Dhia mengetap bibir. Fikirannya menjadi buntu. Sejenak dia terfikirkan Firash.

"Hmm.. Macam mana ni. Nak call ke taknak." Dhia ragu-ragu untuk membuat keputusan.

Dhia melihat di sekelilingnya. Jalan itu sepi tanpa kereta yang lalu-lalang. Terasa meremang pula bulu roma tengkuknya kala ini.

Keadaan itu membuatkan Dhia terpaksa meminta bantuan Firash juga. Dia sebenarnya takut berada di situ lama-lama.

Dhia cuba menghubungi Firash namun tidak berjawab. Beberapa kali dia menghubungi tetap tidak berjawab.

"Hisy! Jawablah call..." Keluh Dhia.

Tiba-tiba, ada sebuah kereta yang berhenti di hadapan Dhia. Dhia memerhati dari cermin kereta itu namun tidak kelihatan kerana cerminnya yang gelap.

Seseorang keluar dari kereta pantas mendekati Dhia.

Dhia tersentak. Tidak sempat dia berkata apa-apa kerana mulutnya telah ditekup dengan klorofom. Pandangannya menjadi gelap dan Dhia terus tidak sedarkan diri.

***

Firash mengambil telefon bimbitnya yang dibiarkan dari tadi kerana terlalu sibuk dengan kerjanya membuatkan dia tidak sempat melihat telefon bimbitnya.

Terdapat beberapa panggilan tidak dijawab, Firash terkejut apabila mendapatinya semua panggilan itu daripada Dhia.

"Dhia call? Tak pernah pulak sebelum ni dia call aku walaupun dah lama dia simpan nombor telefon aku..." Firash berfikir sebentar sebelum lantas mengubungi kembali.

Tidak berjawab. Firash menghubungi Dhia untuk beberapa kalinya tetapi hampa. Tiada respon daripada Dhia.

Firash berasa tidak sedap hati. Jelas terpancar kerisauan di wajahnya tatkala ini. Cepat-cepat dia menyambar kunci kereta di ruang meja kerja dan meluru keluar dari ofis.

***

Dhia membuka matanya sebaik saja dia tersedar. Kepalanya terasa pening dan matanya menjadi berpinar-pinar. Pertama sekali, dia melihat di sekeliling tempat itu. Sebuah bilik kosong yang begitu semak dengan dedaun kering bertaburan di atas lantai.

"Kau dah sedar, sayang..." Satu suara yang menyapa di telinganya membuatkan Dhia cukup terkejut. Apatah lagi suara itu milik sosok yang dikenalinya.

"Hariz!" Sebut Dhia.

Hariz tersenyum sinis. Dia berjalan perlahan-lahan dan duduk di hadapan Dhia sekarang.

"Apa kau buat ni Hariz?! Lepaskan aku!!!" Dhia menjerit. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri namun tidak berjaya kerana tangan dan kakinya yang terikat.

Hariz ketawa kuat. Matanya tajam merenung Dhia. Suka sekali melihat wajah perempuan itu dalam ketakutan.

"Lepaskan kau? Aku dah bawa kau datang sini, kau ingat senang-senang je ke aku nak lepaskan kau?" Hariz berkata dengan nada yang menyeramkan.

"Kau nak apa dari aku?" Tanya Dhia dalam ketakutan. Di dalam hatinya ketika ini hanya mampu berdoa semoga dia tidak diapa-apakan Hariz.

"Aku nak kau!" Kata Hariz dengan lantang.

"Apa kau cakap ni?! Kau dah gila ke hah? Hubungan kita dah lama berakhir... Kau sendiri penyebabnya!"

Wajah Hariz menjadi bengis. Dia tunduk merapatkan wajahnya kepada Dhia lalu dagu Dhia dicengkam kuat.

"Kau takut? Oh baru sekarang kau takut... Haritu bukan main lagi kau sombong dengan aku." Hariz ketawa lagi.

"Tolonglah Hariz! Lepaskan aku..." Dhia sedikit merayu. Dagunya sakit apabila dicengkam kuat oleh Hariz.

"Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak dapat apa yang aku nak!" Hariz menengking Dhia.

"Dasar lelaki tak guna!!!"

Pang! Pipi Dhia ditampar Hariz. Dhia terpana. Pipinya terasa pijar akibat tamparan Hariz.

"Sakit tak... Macam tu lah aku rasa masa kau tampar aku dulu. Cubalah bangun dan tampar aku balik! Aku tak pernah lupa apa yang kau buat pada aku dulu... Berani kau main-main dengan aku. Kau belum kenal siapa aku yang sebenar."

"But now... I'll show you. Ini Hariz lah. Aku akan buat apa saja untuk puaskan hati aku!!! "

Lidah Dhia kelu untuk berkata-kata. Dirinya tidak menyangka perangai Hariz yang sebenarnya. Ternyata Hariz menculiknya kerana untuk membalas dendam kepadanya.

"Dah lama aku tunggu saat ni, tapi tak ada kesempatan dulu. Sekarang kau dengar sini perempuan! Aku takkan lepaskan kau keluar dari sini." Ujar Hariz lalu ketawa kuat.

Hariz keluar dari bilik itu dan meninggalkan Dhia bersendirian.

Air mata Dhia jatuh berlinangan. Dhia tiada kudrat untuk melawan lagi, sungguh keselamatannya ketika ini benar-benar terancam. Dia bimbang jika Hariz bertindak di luar kawalan dan mencederakannya.

Wajah Firash bermain di mindanya, timbul rasa bersalah di benaknya ketika ini. Segala khilaf dan salahnya terhadap Firash terbayang-bayang di ruang matanya.

Dhia memejamkan matanya dan berdoa di dalam hati.

"Ya Allah... Semoga aku diberikan kesempatan lagi untuk menebus segala dosa dan kesalahanku."

***

Firash pulang dari tempat kerja dan melihat di halaman rumahnya. Kereta Dhia tiada di situ. Firash berasa cuak. Ke manakah isterinya masih belum pulang lagi? Lekas dia masuk ke dalam mencari isterinya. Tetapi Dhia tidak kelihatan, wajarlah kerana Dhia belum pulang.

Firash menjadi panik. Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi Dhia semula tapi tidak berjawab.

Mungkinkah telefon bimbitnya dimatikan? Habis untuk apa Dhia menghubunginya tadi. Firash benar-benar risau akan keadaan Dhia. Fikirannya bercelaru memikirkannya.

Sedang dia tidak tentu arah memikirkan Dhia. Telefonnya tiba-tiba berdering lantas dijawab dengan cepat.

"Hello... Balqis. Apa? Kereta Dhia dijumpai di tepi jalan... Dhia macam mana?" Firash semakin risau. Setelah Balqis memaklumkan kepadanya hal itu. Tambahan pula, Dhia tidak ada di dalam keretanya. Apa yang sudah berlaku sebenarnya?

"Lindungilah isteriku... Ya Allah." Firash turut berdoa di dalam hati. Semoga Dhia dalam keadaan baik.

Firash keluar semula dari rumahnya. Setelah mengunci pintu dia keluar untuk menuju ke tempat yang dimaksudkan Balqis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro