Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KELUARGA Dhia dan Firash mengizinkan mereka untuk berbicara di luar halaman rumah. Dengan kesempatan itu, Dhia mengambil peluang untuk menyuarakan isi hatinya.

"Kenapa kau nak kahwin dengan aku?" Selamba saja ayat itu keluar dari mulutnya. Dhia memandang ke depan tanpa menoleh Firash di sisi.

Firash tenang, dia sudah dapat mengagak soalan yang Dhia akan tanya kepadanya.

"Tak boleh ke kalau saya nak kahwin dengan awak?" Soalan dibalas dengan soalan. Firash sengaja hendak menguji Dhia.

Dhia bengang lantas berpaling melihat Firash.

"Kau boleh serius tak. Benda ni bukan main-main.." Ujarnya, wajah Dhia masam mencuka.

"Eh saya tak main-main, saya memang nak kahwin dengan awak." Jawapan Firash sekali lagi membuatkan Dhia bertambah bengang. Tak kuasa betul Dhia nak melayan si Firash ni.

"Tu bukan jawapan yang aku nak. Aku nak tau kenapa kau nak kahwin dengan aku?!" Suara Dhia agak meninggi. Dia kelihatan marah.

Alamak, Dhia dah marah. Lebih baik aku berterus-terang sajalah sebelum Dhia bertukar jadi singa. Sempat pula Firash berfikiran begitu.

"Okay.. Saya sebenarnya.. Dah lama cintakan awak Dhia. Saya nak awak jadi isteri saya yang sah, sebab tu saya nak kahwin dengan awak." Terluah kata-kata itu dari mulut Firash membuatkan jantungnya berdegup kencang. Apa agaknya dengan reaksi Dhia?

Dhia mengerutkan dahinya. Biar betul apa yang dia cakapkan ni. Sejak bila pulak Firash memendam perasaan terhadapnya. Argh.. Tak penting la. Peduli apa aku dengan dia.

"Tapi aku tak cintakan kau. Kalau bukan sebab mama dan papa, aku taknak kahwin dengan kau pun!!!" Dhia membalas. Biar dia mengaku saja hakikatnya dia tidak rela dengan perjodohan ini.

Firash diam, dia tahu gadis itu tidak pernah sukakannya. Tapi Firash sudah lama mencintai Dhia, perasaannya itu tak boleh dibendung lagi. Dia ingin memiliki Dhia. Firash rela mengahwini Dhia walaupun Dhia tidak sudi menerimanya.

Melihat Firash yang terdiam itu, Dhia menyambung kata-katanya.

"Hey, kau dengar sini.. Kau jangan ingat aku setuju nak kahwin dengan kau. Aku akan cintakan kau! Jangan mimpi, Firash." Setelah itu Dhia terus memalingkan wajahnya daripada Firash dan berjalan untuk masuk ke dalam rumah semula.

"Dhia!" Kedengaran suara Firash memanggilnya menyebabkan dia menoleh kembali.

"Biarpun awak tak cintakan saya, saya tetap akan cintakan awak.. Dhia." Kata Firash sambil merenung wajah Dhia.

Dhia memandang sinis. Tidak mahu berbicara lebih lanjut lagi dengan Firash. Dia terus masuk meninggalkan Firash di luar keseorangan.

Firash mengeluh. Mengapa Dhia begitu dingin sekali dengannya. Dia memikirkan hal itu.

***

Seminggu berlalu,

Keluarga Firash datang menghantar rombongan meminang dan keluarga Dhia pun sudah menerimanya. Hari itu adalah hari pertunangan Firash dan Dhia.

Dhia yang telah siap didandan dan bersolek untuk majlis pertunangannya menunggu di bilik sehinggalah bakal ibu mertua dia masuk untuk menyarung cincin di jari manisnya.

Hajah Aminah memandang wajah bakal menantunya itu dengan senang hati. Tanpa melengahkan masa lagi, dia terus menyarungkan cincin ke jari manis Dhia.

Dhia tunduk bersalaman dengan Hajah Aminah manakala Hajah Aminah mencium kedua-dua belah pipi Dhia.

"Cantik bakal menantu ummi.." Kata Hajah Aminah sambil tersenyum.

Dhia berasa janggal. Tapi dia turut membalas senyuman bakal ibu mertuanya.

"Terima kasih ummi.." Mahu atau tak terpaksalah dia membahasakan diri memanggil Hajah Aminah dengan panggilan ummi.

Kini, Dhia pun menjadi tunangan lelaki yang bernama Firash Amsyar.

Sementara itu, jurufoto pun tidak lepas mengambil gambar Dhia dan ibu Firash untuk diletakkan ke dalam album bagi Dhia yang sudah menjadi tunang Firash.

Jenuh Dhia memaksa diri untuk terus tersenyum. Kalau ikutkan hatinya, nak saja dia lari dari rumah itu dan membatalkan majlis. Namun, Dhia berfikir secara rasional. Jika dia tergamak berbuat begitu bermakna dia akan memalukan mama dan papanya serta orang tua Firash.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro