Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PADA hari itu, Dhia dan Firash bakal diijabkabulkan setelah mereka bertunang sejak sebulan yang lalu.

Sepanjang pertunangan mereka, Dhia langsung tidak keluar bertemu dengan Firash sehinggalah hari ini mereka akan bersua.

Mereka bakal dinikahkan di masjid yang berdekatan dengan rumah bakal pengantin perempuan. Masjid yang tidak jauh dari rumah Dhia.

Ahli keluarga serta saudara-mara semuanya sudah berada di dalam masjid. Sekarang hanya menunggu untuk sesi akad nikah saja yang akan berlangsung.

"Aku terima nikahnya Dhia Raihana Binti Ahmad Darwish dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai."

"Sah! Sah! Sah!"

"Alhamdulillah.." Semua saksi mengucapkan syukur dengan pernikahan itu.

Dengan sekali lafaz saja, Dhia sudah menjadi isteri Firash. Seperti tak percaya pulak yang dia sudah ada suami. Keluh Dhia di dalam hati.

Setelah selesai doa dan segalanya, sekarang tibalah masanya untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Firash mendekati Dhia perlahan-lahan. Dilihat isterinya sekilas, Dhia tampak jelita dengan sepasang baju kurung moden berkain lace putih. Sedondon dengannya yang berbaju melayu putih bersampin biru.

Dhia kelihatan tenang sepanjang majlis berlangsung tetapi sebenarnya hatinya sedang merintih. Upacara membatalkan air sembahyang itu dilalui tanpa perasaan.

Usai Firash menyarung cincin di jari manisnya. Dhia tunduk mencium tangan Firash tanpa melirik wajahnya. Firash pula tunduk mencium dahi Dhia. Firash merasakan kehangatan di situ namun tidak pada Dhia.

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah ahli keluarga Firash dan Dhia.

"Papa serahkan Dhia kepada kamu, Firash. Jaga anak papa baik-baik macam mana kami jaga Dhia sejak kecil sehingga besar." Pesan Encik Darwish yang mendalam kepada Firash.

"Insha'allah papa.. Firash akan jaga Dhia sebaik mungkin sehingga hujung nyawa Firash.." Firash berjanji dengan bapa mertuanya. Omongannya bukan lah kosong semata-mata, dia benar-benar maksudkannya.

Encik Darwish tersenyum dan berpelukan sebentar dengan menantunya.

Manakala Dhia pula bersama mama dan ummi Firash.

"Dhia.. Ingat, sekarang anak mama dah jadi isteri orang. Syurga seorang isteri adalah pada suaminya. Jaga pakai, makan dan minum dia. Dengar cakap suami."

Kata-kata ibunya itu membuatkan Dhia sedikit tersentak. Pesan mamanya membuatkan hati Dhia berbelah bahagi. Dhia tahu yang dia harus menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai seorang isteri. Namun, separuh hatinya yang tidak mahu akan semua itu membuatkan dia bingung.

Akhirnya, Dhia mengangguk saja. Tidak tahu apa yang nak dibalasnya.

"Ummi yakin Dhia pasti akan jadi isteri yang terbaik untuk Firash." Ummi kelihatan senang sekali menuturkan ayat itu.

Dhia rasa bersalah. Kalaulah mereka tahu yang dia sebenarnya tidak suka dengan semua ni.

***

Setelah selesai bersalaman dengan ahli keluarga dan saudara-mara yang hadir, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

Sampai di rumah, Dhia terus mencari bilik tidurnya. Matanya terasa letih dan ingin beristirahat.

Terlentang dia di atas katilnya yang bersaiz queen. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar biliknya. Firash masuk ke dalam.

Dhia yang terkejut terus bangun dan terduduk. Tak mahu aku tidur telentang begitu, nanti apa pulak Firash fikir.

Firash selamba membuka baju melayu yang dipakainya. Ternampak lah susuk tubuh badan Firash yang sasa itu.

"Eh kau nak buat apa ni?" Soal Dhia. Dia mulai berasa cuak melihat tingkah laku Firash.

Firash menoleh apabila Dhia bertanya begitu. Muncul idea nakalnya untuk mengusik Dhia.

"Hm.. Awak rasa saya nak buat apa sekarang?" Firash melangkah berjalan perlahan-lahan menghampiri Dhia.

Dhia menginjak dari katilnya. Firash ni memang sengaja nak takutkan aku pulak. Gulp, Dhia menelan air liurnya.

"Kau.. Kau Jangan nak macam-macam, Firash. Aku taknak!"

Firash merenung wajah Dhia dengan pandangan yang nakal. Dirinya semakin mendekat dengan Dhia. Suka melihat Dhia yang nampak gelabah itu.

Firash berpura-pura seperti hendak mencium Dhia.

Dhia mulai berasa takut dengan perbuatan Firash.

"Arghh tolong.. Eh tapi Firash kan laki aku. Kalau aku jerit kang, buat malu je.." Getus Dhia di dalam hati. Matanya dipejam dan sambil memeluk tubuh.

Tiba-tiba kedengaran bunyi ketawa yang kuat di telinganya, Dhia membuka mata kembali.

Cis, dia kenakan aku rupanya, Dhia mencebik bibir. Memang nak kena si Firash ni.

Pakk! Kuat tamparan di lengan Firash membuatkan tawa Firash berhenti. Dia menggosok-gosokkan lengannya sambil berkerut mukanya.

"Aduh.. Sakitlah!" Mengadu Firash.

"Lain kali kau jangan nak usik aku macam tu lagi eh!!" Kata Dhia. Geram sungguh rasanya dengan Firash itu.

Amboi garangnya bini aku ni! Firash bersuara di dalam hati.

"Alah.. Gurau sikit pun tak boleh!" Ujar Firash.

Dhia menjeling tajam. Malas aku nak bergurau bagai.

Kemudian, Firash tersengih-sengih memandang Dhia.

"Saya nak pergi mandi ni.. Awak nak ikut tak?"

Eiyy.. Bertambah geram aku dengan dia ni. Dhia menjegilkan matanya pula. Aksinya seperti hendak membedal lagi si Firash.

"Okay.. Okay!" Firash tidak berani lagi mengusik Dhia lantas masuk ke dalam bilik mandi.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro