Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUAT pertama kalinya malam itu, Dhia solat berimamkan seorang lelaki bergelar suami. Kekok rasanya tetapi perasaan tenang menyelubungi jiwanya.

Firash menoleh menghadap Dhia yang bertelekung itu. Dia memberanikan diri menyentuh tangan Dhia.

Dhia terkejut apabila Firash menyentuh tangannya. Namun dia tidak menepis tangan itu, Dhia seperti kaku.

"Dhia, saya harap awak redha dengan pernikahan kita ni, saya tahu awak tak cintakan saya tapi izinkan saya untuk melindungi awak.."

Kata-kata Firash itu membuatkan perasaannya sedikit bercelaru.

Dhia tahu sebagai isteri dia harus redha dengan pernikahan ini dan wajib menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap Firash tetapi dia masih belum mampu kerana masih teringat dengan kisah lalu yang menyakitkan.

Dhia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu tunduk mengucup tangan Firash.

Firash merenung wajah Dhia, dia tahu isterinya perlukan masa untuk menerimanya namun dia bersyukur melihat reaksi Dhia yang tidak membantah. Firash berharap semoga dia dapat menjaga rumah tangganya kekal sampai bila-bila.

Dhia membuang telekungnya selepas mereka usai solat. Tersentak dia apabila melihat Firash sudah enak berbaring sambil memejamkan matanya di atas katilnya.

Dhia berjalan mendekati Firash, dikejutkan lelaki itu.

"Firash.. Firash!" Panggil Dhia.

"Hmm.." Firash masib belum membuka matanya.

"Bangunlah, kalau kau tidur atas katil aku ni.. Aku nak tidur mana!"

Firash membuka matanya dan tersenyum.

"Tidur dengan sayalah.." Selamba saja Firash menjawab.

"What! Aku taknak tidur dengan kau la... Sekarang kau turun dan tidur dekat bawah!" Balas Dhia. Tak sanggup rasanya dia akan tidur bersebelahan dengan Firash.

Firash tidak mempedulikan Dhia, matanya tetap terpejam rapat.

Dhia mengetapkan bibirnya, si Firash ni memang nak kena lagi dengan aku. Dhia memikirkan sesuatu sebelum tersenyum untuk mengenakan Firash.

Dhia mengambil bantalnya lalu menghempuk Firash dengan bantal tersebut berulang kali.

"Bangun.. Bangun.. Bangun!!!"

Firash yang terkejut lantas bangun dari terbaring di atas katil.

"Eh apa ni?" Soal Firash. Terkejut dia apabila dihempuk dengan bantal.

"Haa rasakan.. Nak tidur sangat kan?" Dhia membuat muka garangnya sambil menayangkan bantal itu.

"Ishh awak ni.. Apasal garang sangat. Saya nak tumpang tidur je pun, bukannya saya nak apa-apakan awak." Kata Firash.

"Ah tak ada.. Kau tidur bawah!" Dhia berkeras tidak membenarkan Firash tidur di atas katil. Ingat boleh percaya sangat dengan kata-kata Firash tu.

"Iya lah.. Saya tidur bawah." Firash pasrah. Malas hendak bertekak dengan Dhia lagi. Malam pertama pun dia sudah kena banyak bersabar dengan perangai Dhia. Macam mana pula hari esok dan seterusnya.

"Tapi takkanlah saya nak tidur atas lantai ni je. Sejuk tau tak.."

Dhia masih mengerling Firash dengan tajam.

"Tunggu kejap.." Katanya.

Dhia mengambil tilam dan selimut di dalam almari untuk Firash melapiknya tidur.

"Nah.." Dhia menghulurkan tilam dan selimut itu kepada Firash.

Firash tersenyum mengambilnya, nasiblah Dhia bagi jugak dia tilam dan selimut. Kalau tak mati kesejukan dia di bawah.

Selepas menghampar tilam di tepi katil Dhia. Dia duduk terbaring dan menyelimuti tubuhnya.

Dia berjalan untuk menutup suis lampu namun tiba-tiba Firash berkata sesuatu.

"Dhia.. Sekejap, saya nak cakap dengan awak sikit boleh?"

Nak cakap apa pulak si Firash tengah malam-malam ni.

"Hmm.. Apa dia?" Tanya Dhia.

"Sinilah.." Panggil Firash agar mendekatinya.

Dhia berasa cuak namun dia menghampiri Firash juga.

Dhia yang berambut panjang melepasi bahu itu ditatap Firash.

"Boleh tak kalau awak jangan panggil aku, kau dengan saya. Kan tak elok kalau mama dengan papa dengar nanti." Ujar Firash perlahan. Dia berharap Dhia memahaminya.

Dhia terfikirkan soal itu. Hmm, betul jugak apa yang dikatakan Firash.

"Iyalah!" Dhia mengiyakannya.

Firash senyum.

"Terima kasih sayang.." Spontan perkataan itu keluar dari mulutnya. Firash pun baring semula dan memejamkan matanya. Terasa bahagia pulak apabila Dhia menyetujuinya.

Dhia tercengang. Dia panggil aku sayang. Aku tak salah dengar ke? Lantaklah, mata aku pun dah mengantuk sangat ni. Lebih baik aku tidur.

Dhia tidak menghiraukan Firash lagi, dia menutup suis lampu lalu menuju ke katil untuk tidur.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro