Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SETELAH seminggu berada di rumah keluarga Dhia. Hari ini, Dhia akan mengikut Firash balik ke rumah keluarganya.

Firash meminta izin daripada orang tua Dhia untuk membawa Dhia pulang ke sana dan mereka tidak menghalang.

"Mama, papa.. Kami pergi dulu ya." Pinta Firash.

"Iyalah.. Bawak kereta elok-elok." Pesan Encik Darwish kepada Firash.

Ketika Dhia menyalam tangan mamanya, sempat lagi mamanya membisikkan sesuatu.

"Dhia, ingat pesan mama tau."

Dhia mengangkat kepalanya dan tersenyun tipis.

Setelah mereka bersalaman dengan Puan Rashidah dan Encik Darwish. Mereka pun melangkah masuk ke dalam kereta dan meninggalkan perkarangan rumah itu.

Mereka tiba di rumah Firash, Dhia terpegun memerhati kawasan sekeliling rumah agam itu. Agak besar juga rumah keluarga Firash berbanding rumahnya yang sederhana saja.

Lagipun Dhia tahu Firash berasal dari keluarga yang kaya. Namun dia tidak pernah ambik peduli dengan semua itu. Dhia bukanlah seorang yang mata duitan.

Rumah banglo dua tingkat dengan laman yang luas membuatkan mata Dhia terus menikmati kawasan sekeliling. Dua buah kereta mewah terparkir di laman rumahnya.

"Jom kita masuk..." Firash mempelawa Dhia.

Dhia tidak membalas. Dia menurut saja kata-kata Firash.

Kelihatan seorang pembantu rumah menyambut mereka di ambang pintu. Dhia membalas sapaan pembantu rumah itu dengan baik.

Dhia masuk ke dalam dan menuju ke ruang tamu. Rasa janggal menyelubungi dirinya. Dhia tidak tahu bagaimana untuk membiasakan diri dengan keadaan ini.

"Dhia, awak okay ke?" Tanya Firash. Dari tadi lagi Dhia hanya mendiamkan diri. Tahu isterinya itu tidak biasa.

"Okay." Jawab Dhia, pendek.

Hajah Aminah baru saja turun daripada tangga lalu melangkah menghampiri mereka.

"Eh, Dhia dengan Firash. Dah sampai.." Hajah Aminah menegur dengan riak wajah yang ceria. Senang apabila anak menantunya di sini.

"Selamat datang ke rumah ummi.. Dhia." Ucap Hajah Aminah kepada Dhia.

Dhia tunduk bersalaman dengan ibu mertuanya.

"Ummi.. Abi mana?" Soal Firash.

"Abi pergi kenduri, rumah Haji Yusof." Balas ummi.

"Oh.."

"Dhia.. Duduklah. Baru je sampai kan.. Ummi nak pergi masak kejap."

"Err.. Nak Dhia tolong?" Dhia mempelawa diri.

"Tak apalah Dhia.. Duduk lah rehat dekat ruang tamu tu.. Kamu berdua baru saja sampai." Hajah Aminah berkata.

Dhia tersenyum, tiba-tiba Firash terperasankan seseorang lalu menegurnya.

"Haa adik.. Bila kau balik?" Adik Firash yang baru muncul selepas menuruni tangga membuatkan Dhia tertanya-tanya.

"Baru je kemarin.." Adik Firash melangkah mendekati mereka.

"Inilah isteri along ya.. Cantik! Pandai along cari.." Usik Adiknya.

Dhia tersipu-sipu mendengar pujian Adik Firash.

"Eh mestilah.. Tengoklah isteri siapa?" Jawab Firash dengan bangga.

Dhia mencuit lengan Firash apabila bercanda begitu.

Firash dan adiknya ketawa kecil.

"Hai kak, nama saya Fira Amani. Panggil Fira je." Fira memperkenalkan diri kepada Dhia.

Nama pun lebih kurang macam Firash saja. Maklumlah dua orang beradik saja, manakala Dhia pula anak tunggal.

"Dhia.." Balas Dhia kembali.

"Ohh kak Dhia.. Sorry la haritu tak datang ke majlis akad nikah kak Dhia dengan along. Sebabnya Fira belajar dekat Kuantan."

Dhia mengangguk saja.

Firash yang tadi berada di sebelahnya sudah menghilang. Mungkin sudah naik ke atas untuk berehat.

"Kak Dhia nak tengok something tak?"

"Tengok apa?" Keningnya diangkat. Macam-macam karenah betul si Fira ni.

"Jom!" Ajak Fira lalu menarik pergelangan tangan Dhia. Dhia terpaksa mengekori adik iparnya.

Sampai di sebuah bilik, Fira mengambil album gambar di dalam laci lalu menunjukkannya kepada Dhia.

Dhia membelek gambar-gambar tersebut. Seorang budak lelaki kecil yang comel. Macam-macam gelagat yang ada di dalam gambar itu.

"Siapa yang dalam gambar ni?" Tanya Dhia. Berasa lucu pula melihat gambar-gambar itu. Diselaknya satu-persatu.

"Siapa lagi kalau bukan along.. Saja Fira nak tunjuk dekat akak. Along dulu masa kecil comot kan.. " Ujar Fira lalu mentertawakan abangnya Firash. Nakal betul si Fira ini.

Dhia tergelak mendengar kata-kata Fira. Di lihatnya sehingga habis. Tapi ada gambar yang dibelakang-belakang menarik perhatiannya.

Gambar itu bukan gambar Firash sewaktu kecil tetapi gambar Firash sewaktu sekolah menengah.

Diamati baik-baik Firash di dalam gambar itu yang berseragam sekolah menengah, dan lencananya? Bukankah itu lencana sekolah menengah yang pernah diduduki Dhia dulu.

Bererti Firash satu sekolah dengannya suatu ketika dulu? Dhia cuba mengingatinya. Kenapa dia tidak mengecam wajah Firash sebelum ini? Firash pun tidak bercakap apa-apa kepadanya soal itu. Dhia berasa musykil. Dia harus bertanyakan soal itu kepada Firash.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro