Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA masuk ke dalam sebuah bilik yang ditunjukkan Fira kepadanya, katanya bilik itu adalah bilik Firash.

Dhia melatari ruang bilik tersebut. Luas dan mempunyai ruang rehat dilengkapi sofa dan sebuah TV. Matanya tertancap ke arah Firash yang tertidur di atas katil.

Patutlah dari tadi tak nampak bayang pun, rupanya sudah tidur nyenyak dekat sini.

Dhia berjalan perlahan mendekati suaminya. Dengkuran halus kedengaran di telinga Dhia. Firash sedang tidur pulas.

"Firash.." Dhia mengejutkan Firash beberapa kali namun Firash tidak tersedar.

Tidur mati agaknya! Lantas Dhia ingin keluar dari bilik semula namun tiba-tiba terasa lengannya ditarik.

Dhia terkesima lalu berpusing. Mata Firash terbuka dan dia sedang memegang lengannya.

Dhia cuba melepaskan lengannya dari pegangan Firash namun Firash pantas menarik lengan Dhia sehingga Dhia jatuh ke atas katil lalu Firash memeluknya erat.

Pandangan mata mereka bertaut. Dhia menelan liur, ada debaran di dadanya. Apa Firash nak buat ni?

"Firash.. Lepaskan saya. Awak ni dah kenapa?!" Dhia meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada pelukan Firash.

Tetapi,Firash membisikkan sesuatu di telinga Dhia sambil menatap matanya membuatkan Dhia kaku dalam pelukan Firash.

"I love you so much, Dhia.."

Dhia tercengang mendengar bisikan Firash itu. Lidahnya kelu, buat seketika baru dia menyedari kembali. Dhia pantas menyiku perut Firash.

"Arghh.." Firash melepaskan Dhia. Gila! Ganas betul si Dhia ni. Senak perut dibuatnya.

"Padan muka! Gatal sangat nak peluk orang kan!!" Dhia membuat muka cemberut. Padahal jantungnya tadi sudah dup dap dup dap. Tak pernah pula dia rasa begitu namun Dhia tetap menafikannya.

"Ala.. Saya nak sweet-sweet je pun, lagipun saya bukan orang lain.. Suami awak jugak." Kata Firash.

Dhia menjeling tajam kepada Firash. Banyaklah dia punya sweet.

"Saya masuk ke dalam bilik ni sebab nak panggil awak turun makan, bukan nak main sweet-sweet dengan awak! Dahlah jom turun bawah, ummi dah lama tunggu tu.." Bidas Dhia. Dia keluar dulu tanpa mempedulikan Firash.

Firash mengeluh sendiri setelah Dhia keluar dari biliknya. Nampaknya dia kena cari cara lainlah untuk memenangi hati isterinya. Dhia yang ego dan dingin.

Semoga suatu hari nanti, Dhia dapat menerimanya jua. Doa Firash di dalam hati.

Di luar, nafas Dhia terasa seperti tersekat di kerongkong. Perbuatan Firash memang mengundang keresahan di dalam hatinya. Tak pernah lelaki itu memberanikan dirinya seperti tadi.

***

Setelah selesai makan malam bersama keluarga Firash, Dhia naik ke bilik mereka.

Dhia duduk di birai katil, tiba-tiba dia mengingat kembali tentang gambar Firash yang dilihatnya bersama Fira petang tadi.

Ketika itu, Firash juga baru masuk ke dalam bilik. Dia ternampak isterinya yang sedang mengelamun.

"Dhia.. Awak fikir apa tu?" Soal Firas lalu duduk di sisi Dhia.

Lamunan Dhia tersentak apabila Firash muncul duduk di sebelahnya. Masa ni lah aku patut tanya dia, fikir Dhia.

Dhia berpaling menghadap wajah Firash.

"Saya nak tanya sikit boleh?" Kata Dhia perlahan.

Firash tersenyum.

"Awak nak tanya banyak pun boleh..."

"Kita satu sekolah ke dulu?"

Pertanyaan Dhia membuatkan Firash terkejut. Tidak menyangka Dhia akan bertanya mengenai itu.

"Err.." Firash teragak-agak untuk menjawab.

"Nak bagitau pun susah ke, tadi bukan main lagi cakap tanya banyak pun boleh.." Perli Dhia.

"Okay, Dhia.. Memang kita satu sekolah pun dulu." Terus terang Firash kepada Dhia. Tak perlulah nak disembunyikan lagi.

"Tapi kenapa saya macam tak pernah nampak awak pun dulu?" Dia betul-betul tidak ingat pasal Firash. Malah tidak pernah langsung tahu Firash satu sekolah dengannya. Atau dia yang terlupa?

Firash mengeluh kecil sambil bercakap memandang ke depan.

"Macam mana awak nak nampak, awak tak pernah notice saya pun dulu. Maklumlah saya kan cuma crush awak dari jauh je.. "

Kata-kata Firash itu membuatkan Dhia terlopong.

"Apa awak cakap ni?"

Firash tenang, dia harus memberitahu Dhia perkara yang sebenar.

Firash mengambil tangan Dhia dan digenggamnya.

"Dhia.. Sebelum kita kahwin lagi kan saya dah cakap, saya cintakan awak.. Maksud saya tu, saya cintakan awak dari sekolah lagi.."

Dhia terpaku tapi setelah itu dia ketawa sinis. Dhia melepaskan pegangan tangan Firash.

"Come on.. Firash! Awak ingat saya percaya? Nonsense!" Dhia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dhia.. Saya jujur, saya betul-betul cintakan awak sejak dari sekolah lagi. Waktu awak dan saya form 5! Kita berlainan kelas.." Firash tetap mahukan Dhia mempercayainya. Sememangnya kata-katanya adalah perkara yang betul.

Dhia masih seperti tidak percaya. Haruskah dia mempercayai kata-kata Firash atau Firash hanya berdusta kepadanya.

"Tak mungkinlah awak masih cintakan saya after 9 years kita tak pernah jumpa, takkan awak tak ada orang lain?!"

Firash mengeluh lagi. Bukan senang untuk Dhia mempercayainya.

"Tak tahulah saya macam mana nak yakinkan awak. Tapi saya mintak sangat, tolonglah percayakan saya.. Awak first love saya. Saya bahagia bila awak kahwin dengan saya.." Firash senyum tipis.

"Huh.. Fine! Tapi Firash.. Satu hal yang awak kena ingat. Awak mungkin dapat miliki saya, tapi bukan hati saya.. Jangan terlalu berharap yang saya akan terima cinta awak!" Kata-kata Dhia menggoreskan hati Firash. Salahkah dia mencintai gadis itu.

Dhia tahu dia telah melukai hati suaminya. Namun dia tidak mahu Firash berharap kepadanya. Dhia bimbang jika dia tidak dapat membalas cinta lelaki itu. Sebab dia memang tidak ada hati lagi pada sesiapa sekarang.

Melihat Firash yang diam tidak berkutik. Dhia tidak berkata apa-apa lagi, dia meninggalkan Firash bersendirian di dalam bilik.

Hati lelakinya hancur, tega betul Dhia berkata begitu. Tidak akan ada peluangkah dia untuk meraih cinta seorang gadis yang bernama Dhia Raihana?











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro