Bab 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA duduk termenung sendirian di sofa. Telinganya masih terngiang-ngiang dengan kata-kata Elisa sebentar tadi. Luluh hatinya tiada siapa yang tahu. Betapa hancur hatinya seorang isteri saat mengetahui suaminya masih mempunyai tunang.

Air matanya menitis lagi untuk kesekian kalinya. Sambil mengusap perut, Dhia mengatakan sesuatu.

"Sayang... Kenapa ayah sanggup buat ibu macam ni. Sakit hati ibu... Di saat ibu boleh terima ayah dalam hidup ibu malah ibu percayakan ayah tapi ayah mengkhianati kepercayaan ibu." Dhia berbicara seorang diri.

Bunyi kereta menuju ke halaman rumah mereka kedengaran. Dhia yakin Firash sudah pulang dari kerja. Entah mengapa hatinya terasa kosong tatkala ini. Tiada lagi rasa teruja untuk menyambut kepulangan Firash dengan mesra seperti selalunya.

Firash melangkah masuk ke dalam rumah dengan membawa sejambak bunga mawar untuk Dhia. Dia tahu Dhia sangat menyukai bunga itu. Sambil mencium bunga itu Firash menghampiri Dhia yang duduk di atas sofa.

"Sayang... Tengok ni, abang beli bunga mawar untuk sayang. Sayang suka kan?" Kata Firash sambil tersenyum.

Dhia tidak mengendahkan Firash. Dia masih terdiam kaku.

Firash mula berasa aneh apabila Dhia tidak mempedulikannya dan langsung tidak berpaling melihat wajahnya. Isterinya hanya diam tidak menyahut kata-katanya.

"Sayang..." Firash cuba memanggil lagi. Sebelah tangannya memegang tangan Dhia namun Dhia menepis kasar. Firash terpana. Apa yang tidak kena dengan isterinya?

Firash meletakkan bunga mawar yang dipegangnya dari tadi ke atas meja. Dia menoleh semula memandang isterinya.

Dhia menahan rasa marah di hatinya. Sakit hatinya apabila Firash masih menunjuk baik di depannya seperti tidak menyembunyikan apa-apa rahsia darinya.

"Sayang, kenapa ni? Sayang marah abang ke?" Soal Firash. Dia mulai cemas apabila isterinya seperti itu.

Dhia berpaling wajahnya dengan reaksi yang dingin. Langsung tiada senyuman terukir di bibir itu. Matanya mencerlung tajam ke arah Firash.

"Siapa Elisa?!" Tanya Dhia dengan menahan rasa di hatinya.

Firash terkejut apabila isterinya tiba-tiba bertanya tentang Elisa.

"Sayang cakap apa ni?" Firash bertanya kembali. Dia masih tidak mengerti mengapa Dhia bertanya tentang Elisa. Bagaimanakah Dhia tahu tentang Elisa? Pasti Elisa datang berjumpa isterinya. Fikirnya.

"Saya tanya siapa Elisa?! Siapa dia? Jawablah!" Suara Dhia sedikit meninggi apabila Firash belum menjawab pertanyaannya. Panggilannya juga berubah serta-merta terhadap Firash.

Sengaja dia bertanya begitu kerana ingin melihat kejujuran Firash terhadapnya meskipun dia sudah tahu segalanya.

Firash mulai berasa tidak tentu arah apabila Dhia mengasaknya dengan soalan begitu. Dia tersepit bagaimana harus menjelaskan perkara yang sebenar kepada Dhia. Firash diam seketika sebelum berkata.

"Elisa tu..." Firash terhenti untuk berbicara. Dia seolah tiada kekuatan untuk memberitahu isterinya.

Melihat Firash yang agak sukar memberikan jawapan kepadanya membuatkan hati Dhia semakin panas. Belum sempat Firash menghabiskan ayatnya, Dhia telah memintas percakapannya.

"Tunang awak!!! Kan?!" Kata Dhia dengan mata yang mula berkaca-kaca. Air matanya ingin tumpah lagi. Sakit di hatinya sudah tidak dapat ditahan lagi.

"Sayang, dengar dulu cakap abang, memang Elisa tunang abang. Tapi tu dulu... Sekarang abang dah tak ada apa-apa dengan dia lagi. Abang dengan Elisa dah lama putus tunang." Jawab Firash. Dia cuba untuk menenangkan isterinya yang mulai memuncak kemarahannya.

Dhia ketawa sinis.

"Putus tunang?! Kalau awak dengan Elisa tu dah putus tunang, kenapa si Elisa tu datang jumpa saya cakap yang awak dengan dia akan kahwin. Dan dia jugak cakap, yang awak dengan dia tak pernah putus tunang... Apa makna semua ni Firash? Sampai hati awak sembunyikan rahsia pertunangan awak selama ni dari saya!" Dhia menghamburkan segala kata-katanya. Dia tidak mampu menahan lagi segala kemarahannya.

"Dhia, listen! Abang dengan Elisa dah putus tunang. Cuma... Abang tak pernah putus tunang secara rasmi dengan dia. Tapi sumpah, Dhia! Percayalah cakap abang... Abang tak ada niat pun untuk kahwin dengan Elisa sejak dia tinggalkan abang 4 tahun lepas. Sekarang abang dah ada Dhia, hanya Dhia isteri abang dunia akhirat." Kata Firash sambil memandang wajah isterinya yang tercinta. Dia berharap sangat dia mengerti akan perasaannya kala ini.

"Diam! Diam Firash! Aku taknak dengar apa-apa lagi. Kalau betul kau dengan dia dah tak ada apa-apa kenapa kau tak putuskan pertunangan secara rasmi dari dulu lagi!!!"

"Kenapa kau kena kahwin dengan aku dulu kalau hakikatnya kau dengan dia masih bertunang. Dan sekarang Elisa datang balik, mesti sebab kau janji nak kahwin dengan dia. Kau jangan nak bohong aku lagilah Firash. Elisa sendiri cakap dengan aku yang kau janji nak tunggu dia balik. Tapi kau mungkir janji dan kahwin dengan aku!!!!" Dhia bagaikan kerasukan apabila menjerit seperti itu. Tanpa dia sedari dia telah berkasar dengan Firash akibat tidak dapat mengawal kemarahannya.

Firash merenung wajah Dhia dengan rasa kecewa. Mengapa begitu mudah sekali Dhia mempercayai Elisa berbanding dirinya sebagai suami. Sedangkan Dhia tidak pernah mengenali siapa Elisa sebelum ini.

Firash tidak sempat untuk menjelaskan segala-galanya kepada Dhia apabila Dhia kelihatan lemah.

"Sayang..." Panggil Firash perlahan.

Dhia memegang kepalanya. Kepala Dhia berasa pening secara tiba-tiba. Matanya berpinar-pinar, pandangannya mulai gelap. Dhia tidak dapat mengawal keseimbangan badannya lagi lalu pitam. Melihat keadaan Dhia, cepat-cepat Firash menyambut tubuh isterinya daripada terjatuh.

"Ya Allah... Sayang! Dhia bangun Dhia kenapa ni?!" Firash berasa panik lantas dicempung tubuh isterinya dibawa keluar masuk ke dalam kereta. Segera keretanya meluncur laju ke hospital.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro