Bab 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

FIRASH setia menunggu di sisi Dhia. Dhia yang masih terbaring di atas katil dan tidak sedarkan diri itu ditatap Firash.

Sungguh Firash tidak mengharapkan terjadi pertengkaran antara mereka namun kerana Elisa semua itu berlaku.

Sedang ralit Firash mengelamun, Dhia terjaga. Matanya dibuka dan melihat keadaan di sekeliling. Ternampak suaminya di sebelah terus mengingatkan Dhia tentang pertengkaran mereka di rumah tadi.

"Sayang... Alhamdulillah, syukurlah sayang dah sedar. Sayang okay tak ni?" Firash berasa gembira apabila Dhia sudah terjaga. Dia begitu risaukan keadaan Dhia.

Sedangkan Dhia rasakan sebaliknya, mungkin dulu sifat prihatin suaminya itu benar-benar menarik perhatiannnya namun tidak ketika ini melainkan rasa jengkel di dalam hatinya.

Dhia tidak menjawab. Hanya membalas dengan reaksi dingin, Dhia cuba perlahan-lahan untuk bangun dan duduk.

Firash sedikit terkilan. Namun dia tidak berkata apa-apa, Firash cuba memegang lengan Dhia yang terkial-kial untuk bangun namun pantas ditepis kasar oleh Dhia.

"Hesy!"

"Sayang... Sayang kena banyak berehat. Doktor cakap tekanan darah sayang rendah. Sebab tulah sayang pengsan tadi. Sayang rehat dulu ya..." Pujuk Firash apabila Dhia berdegil.

Tetapi kata-kata Firash itu hanya dibalas dengan sinis oleh Dhia.

"Tak payahlah nak berpura-pura ambik berat dekat aku. Aku menyampah tau tak!" Tega seungguh Dhia mengeluarkan kata-kata sebegitu. Walaupun nada suara hanya mendatar namun cukup berbisa sekali.

"Ya Allah, sayang... Sayang cakap apa ni?" Tanya Firash. Meskipun Dhia berkasar dengannya, Firash tetap berusaha daya upayanya untuk memujuk Dhia kembali dengan sabar.

Dhia menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya terpejam seketika sebelum berbicara lagi.

"Tak payah nak bersayang-sayanglah dengan aku. Aku taknak dengar lagi semua tu. Kau dah hancurkan kepercayaan aku, aku ingatkan kau lain tapi ternyata kau sama je macam lelaki-lelaki dekat luar sana!!! Penipu!" Marah Dhia.

"Dhia! Dhia kalau nak bergaduh sekalipun, bukan dekat sini tempatnya." Balas Firash. Dia tidak mahu mewujudkan situasi tegang di dalam hospital itu.

"Aku tak pedulilah semua tu, kau memang sengaja kan Firash..."

"Kau tunjuk baik depan aku tetapi sebenarnya kau hanyalah seorang pendusta. Aku benci kau!" Tajam sekali ayat itu sehingga menusuk ke dalam hati Firash.

Manakala Dhia pula sudah mengeluarkan air matanya. Entah mengapa dia tidak dapat mengawal emosinya langsung ketika ini. Semua yang terbuku di hatinya langsung diluahkan kepada Firash tanpa mempedulikan perasaannya.

Cepat-cepat wajahnya berpaling membelakangi suaminya. Air mata dikesat. Dia tidak mahu lagi melihat wajah Firash.

Firash menarik nafas dan menghembus perlahan. Dia berkata sesuatu.

"Sayang... Abang tak kisah walau Dhia nak marah abang, maki dan benci abang tapi satu je abang mintak, tolong percayakan abang... Sayang lagi kenal abang dari Elisa kan." Ujar Firash. Namun hampa apabila Dhia tidak mengendahkan kata-katanya. Wajah isterinya tetap membelakanginya.

Firash berjalan untuk melihat wajah isterinya. Tetapi Dhia cepat-cepat menoleh dan diam membisu.

"Abang keluar sekejap, nanti abang datang balik ya." Kata Firash. Sempat lagi dia menunduk melihat perut Dhia. Dia mengucapkan sesuatu.

"Assalamualaikum anak ayah, ayah keluar sekejap ya sayang... Jangan nakal-nakal dalam perut ibu tau. Ayah sayang anak ayah dengan ibu..." Setelah Firash berkata-kata begitu lantas dia berlalu keluar.

Setelah Firash keluar saja dari ruangan biliknya, air mata Dhia yang ditahan dari tadi mengalir laju. Sungguh dia tersentuh dengan kata-kata Firash. Dhia sedar dia tidak mampu membenci suaminya namun Dhia ragu untuk mempercayai Firash ataupun Elisa.

***

"Dhia betul ke apa kau buat ni... Kau tau kesiankan Firash ke? Mesti dia tengah cari kau sekarang." Kata Balqis yang sedang memandu itu kepada Dhia yang berada di sebelah.

Dhia yang sedang merenung ke luar tingkap memalingkan wajahnya apabila Balqis berkata begitu.

"Biarlah dia Qis... Aku taknak fikir pasal dia buat masa sekarang ni. Yang aku tau, aku nak tenangkan diri aku dulu." Kata Dhia bersahaja.

"Tapi Dhia... Kan lebih baik kalau kau bagitau dia, tak baik kau buat Firash tercari-cari kau macam ni. Dia patut tahu di mana isterinya berada." Balqis masih cuba memujuk Dhia.

"Tak Qis. Dia tak boleh tahu. Please, kau je yang aku boleh harapkan sekarang ni. Janji dengan aku... Kau takkan bagitau dia. Janji ya Qis." Pinta Dhia dengan penuh berharap Balqis akan memegang janjinya.

Balqis rasa serba salah namun demi sahabatnya. Dia mengangguk perlahan menyetujui Dhia.

Dhia mengukir senyuman tawar.

"Thanks Balqis."

Balqis membalas dengan senyuman kembali sebelum fokus ke arah pemanduannya.

Dhia kembali dengan termenung menghadap ke luar tingkap kereta. Serentak dengan itu bunyi lagu di radio menemani suasana sunyi di dalam kereta itu.

Malam bertandang
Hati berbisik mengenang
Cerita derita yang daku pendam

Kata menguji
Cuba untuk kusudahi
Berulang airmata membasahi

Aku kini perlu berdiri
Walau hakikatnya
Pasti kan melukai

Aku ingin
Semua rasai
Kerna pengakhirnya hidup
Ku sendiri

Bait-bait lagu daripada Dato' Siti Nurhaliza yang berjudul Hati berbisik itu Dhia dengar dengan penuh perasaan. Hanya Tuhan saja yanh tahu bagaimana perasaannya tatkala ini.

***

Firash sudah puas mencari di sekeliling hospital itu namun langsung tidak nampak kelibat isterinya. Firash lantas keluar dari situ.

"Sayang... Dhia pergi mana sayang. Tolong jangan tinggalkan abang sayang. Abang perlukan Dhia di sisi abang." Kata Firash sambil terduduk. Air mata lelakinya menitis jua.

Di dalam hatinya sungguh tidak menyangka bahawa isterinya sanggup meninggalkan dia tanpa memberitahunya. Tega benar Dhia menghukumnya sehingga begini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro