[ 10 ] - eh, jodoh!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

______________


Usai membeli bertih jagung dan air, Affan kembali kepada Qayyum yang sedang leka membaca buku novel, Aku Ada karya SyuAriani. Sempat jugalah, dia singgah ke MPH. Kebetulan pula, alat tulis kian berkurang dari hari ke hari. Entah siapalah yang meminjam.

"Peliklah kau.." ujar Affan. Ternaik kening Affan memandang Qayyum yang sibuk menelaah. Dia fikir, punca Qayyum menariknya ke MPH adalah untuk membeli alat tulis atau barang keperluan lain. Rupanya, novel yang dicari.

"Suka hatilah, paling tak pun bukan aku kacau anak dara orang kan..." bidas Qayyum. Geram dengan sikap Affan yang kadang-kadang membuat dia rasa mahu sahaja tangannya ringan naik memukul anggota badan Affan.

Affan terus menggeleng kepala. Malas nak bergaduh manja dengan Qayyum.










"Aafiyah cerita yang kita pilih memang tak ramai ke?" tanya Nuha kehairanan. Naik pusing memikirkan kenapalah hanya mereka berlima sahaja di sini, kemana orang lain?

"Kejaplah lagi adalah tu. Kita kan special..." balas Aafiyah. Bertih jagung disuapkan ke dalam mulut. Air Ice Lemon Tea dicicip perlahan.

Nuha mengganguk faham setelah persoalannya dijawab oleh Aafiyah di sebelah. Dipandang pula, ke arah Haidar yang berada di seat berdekatan dengan mereka.

Haidar yang sibuk menelaah telefon turut terpandang ke arah Nuha. Masing-masing terkedu seketika sebelum senyuman menghiasi bibir mereka.

















Bum!

"Aduh sakitlah!" jerit kedua-duanya. Pinggul yang sudah selamat mendarat di karpet itu digosok. Ini semua salah Affan, selalu sahaja tak sabar nak masuk. Dah tahu ramai, gagah juga nak menyelit.

Para pekerja tergelak sesama sendiri lantas membantu mereka berdua untuk bangun namun terjatuh lagi. Isyarat tangan naik menyuruh para pekerja itu berhenti.

"Terima kasih..." ujar kedua-duanya. Selamatlah bertih jagung dan air mereka tidak tertumpah kerana Qayyum sempat meletakkannya di atas kerusi yang ada.

"Sama-sama..." balas pekerja itu lalu berlalu pergi.

Qayyum dan Affan memandang sesama sendiri. Seketika, gelak ketawa menghiasi pawangam itu. Kedua-duanya bangun, lalu menepuk lagi bahagian pinggul. 2 set pack besar bertih jagung dan air dijinjit mereka.

Nombor seat dibaca. Seat yang dipilih Qayyum sedang-sedang. Tidaklah terlalu ke depan atau ke belakang.

"Marilah kita!" laung mereka. Sebelah tangan Affan dinaikkan ke bahu Qayyum lalu kedua-duanya mengorak langkah.

Usai seat yang dipilih tadi sudah duduki mereka. Maka dengan itu, orang ramai mula membanjiri kawasan tayangan filem. Ada yang membawa anak kecil, datang bersama rakan dan lain-lain.

Matanya dilarikan memandang sekeliling, mahu menunggu tayangan itu dipertontonkan amat lama, sekarang pun baru iklan.

Telefon berjenama Iphone 8 Plus dikeluarkan dari celahan poket seluar. Dibuka media sosial, lalu beberapa keping gambar ditangkap. Puas, selepas ini bolehlah dicuci gambar itu untuk diberikan kepada Qayyum.

Qayyum disebelah sibuk meneelah lagi. Naik hairan Affan dekat tempat segelap ini, Qayyum mampu lagi membaca buku fizikal itu. Dikalau buku itu versi wattpad atau aplikasi seperti Inkitt dan NovelPlus haruslah dia faham tetapi ini fizikal.

Apa ingat Affan ni tak tahu ke, wattpad itu apa. Orang sebelah ini jugalah yang kenalkan dia dengan aplikasi itu. Qayyum aktif hanya sebagai readers.













Bertih jagung disumbat lagi ke dalam mulut. Dikunyah perlahan, caramel yang bercampur dengan rasa jagung walaupun cuma cairan dirasai. Manis.

Nuha seronok jadi beginilah jika dia mempunyai kawan. Keluar bersama-sama. Luangkan masa. Dinantikan babak seterusnya, Hairul Azreen, watak utama. Dia sungguh meminati artis Malaysia, walaupun drama yang ditayangkan hampir kesemua akan menayangkan perkara yang sama.

Ada seketika dia menutup matanya dengan telapak tangan. Seriau memandang darah yang ligat mengalir. Fuh!

Dalam ketakutan yang dialami dan tanpa dia sedari, Haidar yang berada di hujung sana ligat memerhatikannya lama. Buku nota dan pen yang sering dibawa ke sana sini, dikeluarkan dari beg.

Mata pensel naik menghiasi muka surat yang kosong itu. Dilalukan shading, ditajamkan beberapa penjuru terutamanya di bahagian bawah dagu.

Matanya naik memandang Nuha untuk sekali lagi. Jelas gadis itu seronok. Mungkin inikah tanda cinta? Seronok apabila disayangi.

"Kau lukis apa tu, Dar?" tanya Ariq disebelah. Bukan dia tak tahu apa yang sedang dilakukan oleh sahabatnya ini. Orang lain sibuk melayan tayangan dihadapan, dia sibuk melukis.

"Tak ada apa-apa. Dah jom fokus balik..." balas Haidar laju. Buku nota dan pen dimasukkan semula ke dalam beg. Nyaris sahaja Ariq mahu melihat keseluruhan sketchnya tadi.













"Pstt..."

Affan yang berada disebelah agak terganggu dengan Qayyum. Apa pula sahabat baiknya ini nak lagi. Tadi sudah dia teman masuk MPH, sudah ragutkan diri untuk belikan bertih jagung dan air. Dan tadi juga, cukuplah dia dimalukan hanya kerana sibuk menyelit.

"Apa kau? Tak boleh ke tak ganggu aku..." ujar Affan malas. Dipandang wajah Qayyum. Terkerut dahinya, melihat Qayyum terpaku dan tangannya seperti menujuk ke suatu arah. Matanya terus memerhatikan siapa gerangan yang membuatkan Qayyum membisu.

Tepat sahaja, mata menangkap hujung petunjuk yang ditinggalkan oleh Qayyum. Wajahnya naik untuk melihat Nuha yang sedang menikmati paparan layar dihadapan.

"Eh, jodoh!" bisik Qayyum perlahan namun jelas di halwa telinga Affan.

Affan terus menggelengkan kepala. Jodoh? Apalah yang Qayyum ni mengarutkan. Terlampau layan novel kot.

"Sedarlah kau tu nak SPM tahun ni, after dah graduate nanti aku dah tak kisah kau nak mengurat sesiapa pun. Itu pilihan kau, hak kau" ujar Affan sebaris.

"Halah kau, kalau cemburu cakap jelah..." sindir Qayyum halus. Tangan dibawa ke arah pinggang Affan lalu dicuit. Affan apa lagi, menyerai kesakitan. Apa fikir kena cucuk kat pinggang tak sakit ke, tempat sensitif kot.

"Tak guna punya member. Kau fikir tak sakit ke..." balas Affan. Dalam banyak-banyak tempat, disitu jugalah sasaran Qayyum. Kenapalah nasib dia malang hari ini.

Kepala yang tertutup dengan topi ditarik serapat mungkin. Cermin mata hitam berjenama Rayban dilorot hingga mengenai batang hidung. Tangannya naik mengaru hidung yang tiba-tiba sahaja gatal.

Nuha yang berada di hujung sebelah kanan diperhatikan. Mahu sahaja dia culik gadis itu untuk dibuat simpanan tapi biarlah dramatik sedikit. Lakukan kerja cacar marba takkan hasilkan kualiti yang unik.

Sekeping gambar polaroid dikeluarkan dari celahan poket celana. Dikucup sekilas. Hati membuak-buak mahukan gadis itu menjadi miliknya walaupun apa cara sekalipun.

Tayangan dihadapan tidak lagi menarik perhatian. Diperhatikan setiap pengerakan Nuha dengan penuh nafsu. Apa sahaja yang gadis itu lakukan kesemuanya ada ditangannya tanpa gadis itu sedari. Kamera kecil sempat dia kepitkan di bahagian dalam beg Nuha. Waktu gadis itu pergi ke padang untuk menghabiskan waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Dijilat bibirnya. Satu hari nanti, pasti dia akan memiliki luar dan dalam gadis itu.

-

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : 18 November 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro