[ 9 ] - pawangam

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

___________


"Kau dah siap ke?" jerit Affan dari jauh. Dia dan Qayyum mahu meluangkan masa cuti yang masih berbaki dua hari lagi. Sabtu Ahad. Cuti hujung minggu, bolehlah dia dan Qayyum membeli belah secara window shopping.

Di atas desakan dari Affan yang tidak henti-henti mahu Qayyum temankan dia untuk menonton filem di pawagam. Dengan rasa pasrah, Qayyum pun mengiakannya.

"Kejap" ujar Qayyum. Kunci motor berjenama Y15zr itu dipagutnya. Helmet MHR yang sedang trend sekarang diampit. Hasil duit simpanan dari pekerjaan, akhirnya dia mampu memiliki motosikal yang tidaklah harga menjangkau jutaan ringgit. Cukuplah setakat RM10,000.00 ringgit dan dibayar secara ansuran bulanan. Hanya ini yang dia mampu.

Helmet berjenama MHR itu dibaling ke arah Affan dan nasib baik juga lelaki di hadapannya ini cekap dan pantas.

"Apa baling-baling?" gertak Affan halus. Takguna, punya kawan.

"Rileklah Affan, kau kan pro!" jerit Qayyum bersemangat. Jarak bukanlah jauh mana. Qayyum di hujung penjuru bilik manakala Affan di hadapan pintu.

Sekali pandang memang mereka berdua, seumpama tinggal di hutan. Memekik sana sini.










Sekeping tiket dihulurkan kepada Nuha yang sedang menunggu bertih jagung dan air disiapkan oleh para pekerja di hadapan. Kecur air liur sudah lama dia tidak menginjakkan kaki ke sini. Kali akhir pun, semasa arwah ibu ayahnya masih ada.

"Nah" ujar Haidar. Lima tiket wayang yang diberikan oleh ibunya pagi itu sudah selamat sampai di tangan kawan-kawannya termasuklah Nuha.

"Awak okay ke kalau kita tengok filem ni?" tanya Haidar Farhat. Belakang leher digaru. Berharap Nuha akan okay sementelah dia dan sahabat lain bersetuju mahu menonton ini.

Tiket 'Wira' lakonan Hairul Azreen dan beberapa artis yang lain dipandangnya. Cerita aksi, bolehlah untuk dia yang menyukai watak-watak ganas seperti ini. Waktu ibu dan ayahnya masih ada mereka juga menyukai hasil lakonan artis Malaysia yang begitu menjiwai watak yang cuba dibawa.

Seketika, matanya teralih di bahagian paparan pawagam yang sedang menayangkan filem-filem tidak kiralah dari luar negara mahupun tanah air sendiri.

"Ibu dengan abah nak tengok filem ni, Nuha okay tak? Kalau tak okay, kita boleh tengok filem lain?" tanya Puan Zahra. Encik Thafiq juga memandang anaknya yang sedang membisukan diri, berkemungkinan pening memikirkan filem apa yang harus mereka tonton.

"Kalau macam tu, Nuha ikut pilihan ibu abah je" balas Nuha dengan nada yang teruja. Tiga keping tiket di genggaman ibunya, dipandang dengan mata yang bersinar. Cerita 'Kl Zombie' lakonan Zizan Razak menjadi pilihan.

"Okay jom!" laung mereka bertiga.
















"Weh kau pilih baju macam maknyah! Cepatlah sikit tadi kata tak beli baju lah. Sampai sini, asal nampak je yang berkenan, terus masuk lepastu heret aku sekali..." bebel Qayyum geram. Dekat rumah kemain kata windowshopping lah!

"Kejap, bisinglah kau. Sabarlah. Baju kenan dekat mata aku takkan aku tak beli actually kau nak ke? Aku belanjakan sekali alang-alang ada promosi..." pujuk Affan.

Baju kegemaran jarang ada promosi sebegini. Dua helai RM20. Semacam baju bundle. Jika dilihat jenama kedai, bukanlah biasa-biasa.

"Bab pujuk nombor satu. Bab hasut orang kau juga nombor satu" balas Qayyum. Dia tak suka jika Affan terlalu membelanjakan dia itu ini. Rasa bersalah dan malu kian menghimpit diri. Sudahlah kebanyakan baju yang dipakai semua dibeli oleh Affan. Apabila dia nak membantah mahupun menolak pemberian Affan.

'Anggaplah ini hadiah persahabatan. Aku tak kisah habiskan duit aku untuk sahabat aku. Mak ayah aku pun tahu yang aku suka belanja kawan-kawan aku. Aku tak suka riak, aku suka bagi hadiah sebab aku terima kemewahan yang Allah pinjamkan untuk keluarga aku di dunia atas hasil usaha'.

Sungguh apa yang dipertuturkan oleh Affan mampu membuatkan air matanya mengalir lebat. Dari sekolah rendah sehingga ke menengah, duit yuran dan kelengkapan sekolah semuanya dibiayai oleh keluarga Affan.

"Aku tak boleh tolak, kalau aku tolak kau terus merajuk dengan aku macam perempuan..." gumam Qayyum perlahan tapi cukup jelas di halwa telinga Affan.

"Apa kau cakap, aku tak dengarlah..." balas Affan. Dia sahaja, dia tahu sahabat di hadapan susah menerima pemberiannya. Namun dia tidak kisah jika berpuluh-puluh ringgit duit yang dia terpaksa keluarkan. Sikap pemurah dan suka bersedekah sudah sebati dengan dirinya. Hasil didikan ibu bapa.

Dua helai baju berjenama Supreme itu digenggam bersama dua helai lagi hoodie. Sekali pandang memang nampak dia seorang yang suka menghabiskan duit tapi bukan. Kesemuanya dia hadiahkan untuk Qayyum.

Kehidupan yang dimiliki Qayyum banyak mengajarnya. Hidup beralaskan kemiskinan, dan sederhana membuka matanya. Untuk apa dia riak dengan kemewahan yang ternyata milikNya. Ungkapan syukur tidak pernah dilupakan.














"Jom tengok..." ujar Nuha setelah membuat keputusan. Lama memikirkan hanya dia putuskan untuk menonton filem 'Wira'.

Haidar menghembuskan nafas lega. Akhirnya Nuha dah buat keputusan. Lantas, wajah dipalingkan ke arah rakan-rakan yang berada di hujung sana yang ligat memerhatikan mereka berdua.

Lambaian tangan mengamit pandangan mata mereka. Lantas bersama-sama makanan dan minuman, mereka bergerak ke arah Haidar dan Nuha.

Kaki dipasakkan ke arah kaunter. Tiket ditunjukkan kepada para pekerja yang sedang berjaga. Mereka tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar.

"Jom Nuha, tempat duduk kita, tengah-tengah. Don't worry sebelah kita ada bodyguard..." ujar Aafiyah bersama senyuman. Tangan Nuha digengam supaya mengikutinya.

Nuha membalas dengan senyuman yang kekok. Dia tak pernah ada sahabat. Jadi perasaan itu menyentak dirinya dengan begitu halus.











"Kau nak tengok cerita apa? Cepatlah nanti tiket habis..." ujar Qayyum geram. Sudahlah tadi dia penat dengan karenah Affan. Ini lelaki buat hal lagi.

"Kejaplah, aku stres nak pilih apa" balas Affan bersama senyuman tak ikhlas. Tangan di bawa kepala lalu digarunya lagi.

"Tunggu kau sampai supermarket ni tutup pun tak habis-habis lagi..." gumam Qayyum lagi.

Lantas tangan Affan digengam lalu tubuh badan itu diheret bersamanya. Kaunter tiket dicari, geram dengan sikap Affan laju sahaja dia memilih filem 'Wira'.

"Kau beli bertih jagung dengan air" ujar Qayyum lagi. Duit dihulurkan kepada Affan yang masih terpinga-pinga dan jari dihalakan ke arah diri sendiri.

"Asal aku?" tanya Affan.

Qayyum terus menepuk dahi sendiri. Dia ingat Affan ni tak dungu dan IQ rendah. Nampak sangatlah lelaki ini pemalas.

-

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro