[ 30 ] - 5 tahun yang lalu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haha update lagi! from bab 28 - 34 insyallah aku akan banyak cerita kisah silam Haidar so this part takkan ada Affan, Qayyum atau Nuha. Kisah diorang aku dah ceritakan di awal bab lagi. Don't expect so much from me, aku tulis cerita ni secara santai sahaja, if tak kena citarasa korang aku minta maaflah. This story quiet long aku rasa, aku nak cerita flashback ni pun perlukan banyak idea dan how to make plot tu nampak naik (i mean that plot tu bagi nampak berkembang).

Oklah, banyak sangat aku cakap ni hahaha, enjoy it! Terima kasih untuk yang komen/vote dan add to your library really appreciate it!

_____________________

"Kalsom!"

Puan Kalsom yang sedang sibuk membeli barang di kedai runcit terkejut disapa oleh Makcik Ita, jiran sebelah rumahnya.

"Kau beli apa je? Banyaknya, mana kau dapat duit ni? Setahu aku kan kau kerja kutip barang-barang dekat timbunan sampah je. Kalau dikira balik, aku tak rasa kau mampu nak beli sebab kau tengoklah ekonomi kita sekarang macam mana. Kalsom, kau kerja apa sebenarnya?"

Kalsom terasa seperti dijerat dengan soalan Makcik Ita. Takkan dia mahu jujur yang dia kerja sebagai Call Girl di sebuah kelab malam sebelum ini. Lihatlah, apa yang tidak dia dicurigai dengan orang sekeliling, waktu pulang tadi pun dia sudah menjinjit beberapa barangan dapur dari supermarket dan beberapa barang keperluan sekolah Haidar.

"Makcik Ita, Kalsom kerja cuci pinggan je dekat satu kedai makan tu. Alhamdulillah ada rezeki lebih..."

"Oh, aku harap kau tak kerja merapu lah, cari duit melalui sumber haram bukan apa takut anak kau bencikan kau je. Anak mana yang terima ibu dia jadi pelacur. Melacur diri untuk duit, aku tak nak budak itu terkesan dengan apa yang mak dia lakukan. Aku harap kau cari kerja yang baik-baik..." ujar Makcik Ita sebelum berlalu pergi.

Terduduk Kalsom di situ, dia tak hiraukan pandangan orang ketika ini, hancur hatinya. Rasa bersalah makin mencengkam diri, sudahlah dia tipu Haidar, tipu orang sekeliling. Hidupnya jauh terpesong. Tidak berlandaskan jalan yang benar, mengenali Allah secara tidak mendalam. Solat lima waktu apatah lagi dia mahu lakukan. Dia khilaf. Beban yang tidak menanggung, mula memberat di bahu.

Setelah selesai melakukan pembayaran di kaunter, dia bergegas pulang ke rumah. Jarak dari kedai ke rumahnya tidaklah sejauh mana namun dia perlu melalui satu lorong lot kedai yang sunyi.

Jalan dan jalan lagi, tiba disekeloh satu sudut kedai, anak mata Kalsom memincing ke arah sekumpulan lelaki itu. Seperti dia kenal dengan rupa paras itu, ya lelaki cina yang dia pinjam duit sekitar 5 tahun yang lalu. Mereka berkawan baik dari sekolah namun segalanya berubah semenjak lelaki berlainan agama itu jatuh cinta pada dia. Semuanya menjadi janggal.
































































"Zhen!"

"Ya Kal sayang, kenapa tu?"

"Geli la Zhen kau dah kenapa?" ujar Kalsom pelik. Pelik dengan panggilan Zhen pada dirinya. Mereka sekadar kawan sahaja, bukan apa ikatan apa-apa.

"Aku sayang kau Kal, kau tak nak jadi awek aku ke? Aku hensem apa..."

"Eh kau gila ke apa haha, kita lain agama Zhen mana boleh. Kau sembah Tuhan, aku sembah Tuhan aku iaitu Allah. Kita tak sama..."

"Tapi- aku cintakan kau. Aku tak mahu kehilangan kau. Aku nak hidup dengan kau sampai bila-bila Kal. Aku tahu kita tak sama agama tapi kita boleh jalinkan hubungan if aku dah peluk Islam nanti..."

"Zhen, aku minta maaf sebab terpaksa tolak cinta kau. Kau nak peluk Islam hanya sebab aku? Zhen, aku tak marah kau nak sukakan aku tapi niat kau nak peluk Islam semata-mata untuk aku itu salah..."

"Kenapa salah?"

"Salah sebab Islam ni agama yang mudah. Niat kau masuk Islam tu dah baik. Kau kena belajar banyak benda Zhen as mualaf if kau betul-betul nak masuk Islam. Kau kena bincang dengan ahli keluarga kau, dengar pendapat dan terima penerimaan mereka. Nak peluk agama Islam ini mudah, tapi mudahkah kau nak lakukannya? Ada je ahli keluarga yang tak terima anak mereka sebab anak mereka sembunyikan perkara ini dari pengetahuan mereka. Aku bukan alim macam orang lain Zhen tapi bila dah sampai waktunya, pintu hidayah itu akan datang pada kau dan kau yakin Allah itu adalah tuhan sebenar-benarnya..."

"Jadi kau tolak aku! Apa salah aku Kal! Apa salah aku, aku tak tahu dengan diri aku sendiri. Aku terluka dengan kau Kal, aku terluka sangat-sangat. Mulai sekarang kita putus kawan..."































Terbit keluhan di bibirnya. Jauh di sudut hati, Kalsom mahu melihat perubahan Zhen berbanding 5 tahun yang lalu. Dia akui mungkin ada dari kata-kata menyakiti hati Zhen. Dia harap yang Zhen sudah berubah. Nama Islam lelaki di hadapannya ini sekarang ialah Khair Zhen. Khair yang bermaksud kebaikan dan kebajikan manakala Zhen bermaksud mahal.

Setapak demi setapak dia ambil sampailah anak mata mereka bertembung.

"You..."

"Zhen..."

Mata mereka bertembung lalu segala memori itu terlayar semula. Namun hati Zhen sudah beku buat Kalsom. Disakiti apabila mendapat tahu yang perempuan dia cintai setengah mati sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dia masuk Islam setelah beberapa tahun mereka tidak bertemu. Namun hanya kerana cintanya pada Kalsom yang membuak membuatkan dia hilang tempat bergantung. Dibuang keluarga.

Fikirannya bercelaru. Tattoo mula memenuhi badan. Dia kisah apa tentang hukum hakam itu, hatinya sudah mati 5 tahun yang lalu. Lima tahun itu juga dia diuji dengan ujian, kehilangan tempat bergantung, syarikat arwah papanya muflis. Ibunya sakit lalu meninggalkan dia seorang diri. Meratapi kematian ahli keluarga selama bertahun-tahun dan kesan dari ujian itu, dia mengalami tekanan mental.

"Mana kau hilangkan diri perempuan. Duit aku bila nak bayar! Kau ingat kita main kahwin-kahwin ke? RM12K aku mana? RM12K aku sayang, kau kata nak bayarkan so aku datang tuntutlah. By the way, kau makin cantik sekarang, tak macam dulu..." ujar Zhen lalu mula merapatkan dirinya dengan Kalsom dan dielus lembut wajah bersih itu.

Kalsom tidak selesa diperlakukan sebegitu mula menganjakkan diri ke belakang namun belum sempat tangannya sudah ditarik. Badannya ditolak ke arah dinding oleh Zhen.

Zhen menatap wajah itu lama. Terlalu sehingga tanpa sedar bibirnya mendarat di wajah Kalsom. Dicium pipi dan dahi itu, dia akui air matanya sekarang ini sedang mengalir lebat, sungguh dia menyayangi wanita di hadapannya ini.

"Shushh, beri aku masa. Aku nak luangkan masa dengan kau sebelum kau yang akan tinggalkan dunia ini. Dan anak kau, aku takkan seksa dia sebab aku tak pedulikan dia. Hidup aku hanya ada kau sahaja. Aku sayangkan kau perempuan, sayang sangat-sangat tapi kau tak pernah nak balas cinta aku. Aku sakit sayang..." ujar Zhen lagi.

Dibawa Kalsom ke arah keretanya dan setelah selesai kereta itu berlalu pergi. Kesemua anak buahnya ditinggalkan begitu sahaja. Mereka terpinga-pinga.

"Bos tinggal kita weh! Apa ni?"

"Ye do, dia tinggalkan kita macam ni je. Dahlah duit grab tak bagi..."

-

Hi, to be continue,
Monday, 22 November 2022.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro