[ 31 ] - kenapa?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

rindu notification vote or komen dari story ni muncul sebenarnya, apa-apapun enjoy it! :(

____________________


"Shushh, beri aku masa. Aku nak luangkan masa dengan kau sebelum kau yang akan tinggalkan dunia ini. Dan anak kau, aku takkan seksa dia sebab aku tak pedulikan dia. Hidup aku hanya ada kau sahaja. Aku sayangkan kau perempuan, sayang sangat-sangat tapi kau tak pernah nak balas cinta aku. Aku sakit sayang..." ujar Zhen lagi.

Dibawa Kalsom ke arah keretanya dan setelah selesai kereta itu berlalu pergi. Kesemua anak buahnya ditinggalkan begitu sahaja. Mereka terpinga-pinga.

"Bos tinggal kita weh! Apa ni?"

"Ye do, dia tinggalkan kita macam ni je. Dahlah duit grab tak bagi..."















Haidar masih dibiarkan bersendirian di rumah. Sudahlah dia tidak menjamah apa-apa lagi untuk mengisi perutnya yang sedang berbunyi. Dia lapar. Dikejutkan dengan kedatangan gangster ke rumahnya, mata terarah ke sepucuk surat yang ditinggalkan oleh mereka sebentar tadi. Lantas dibaca surat itu perlahan.

"Hye budak, ingatkan mak kau ya! Bayar hutang aku! Bila dah berhutang kena bayarkan? So kau pun tahukan dalam mana-mana agama kalau berhutang perlu dilangsaikan? Jadi ingatkan mak kau tu sebelum kau sendiri yang tengok mak kau tak bernyawa! Uncle sayang you kid!" Haidar memegang surat itu lama, jelas air mata mengalir lebat. Sesudah itu, dia mula berlalu pergi dari meja tersebut menuju ke arah satu bilik

... bilik di mana ibunya beristirehat. Dia tidak pernah dibenarkan masuk ke dalam ruangan ini oleh Kalsom. Terlalu banyak rahsia yang masih tersimpan. Dia tidak mengerti. Dia buntu, apa yang dia perlu lakukan untuk menyelesaikan hutang ibunya itu? Cari kerja?

Tanpa Haidar sedar disebalik apa yang tersimpan itu bakal meruntunkan hatinya. Puan Kalsom ada penyakit, penyakit yang sudah lama dia pendam tanpa pengetahuan siapa-siapa meskipun bekas suaminya.

Sempat dia berpaling ke arah pintu almari yang agak tersembunyi di situ. Dipunggah apa yang ada di situ, dia sangsi akan pekerjaan ibunya apatah lagi sampul duit yang sedang bertindih dengan sesuatu barang dan ubat yang baginya begitu asing. Dia harus tahu kebenaran. Kebenaran di sebalik semua ini. Ragu akan semuanya.

Apabila digenggam kedua-dua itu, dia pelik lantas dia berlari ke arah rumah sebelah yang dihuni oleh keluarga kecil. Dia mahu tahu benda ini apa dan apa kegunaannya.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam Dar, kenapa datang sini. Mana ibu kamu?"

Haidar diam sebelum menghamburkan air matanya. Puan Hidayah yang melihat itu, lantas membawa kanak-kanak itu masuk atas keizinan suaminya yang berada di dapur sedang ligat menyiapkan bekalan anaknya untuk ke sekolah.

"Ada apa Dar... kenapa muka kamu nampak sedih je ni?"

"Cik Yah... Haidar tak tahu apa yang tengah berlaku. Dar pening, Dar kaku. Dar tak tahu apa reaksi Dar lepas Dar dapat tahu sesuatu yang ibu sembunyikan dari pengetahuan Dar..."

"Hai Dar!"

Encik Arash mula mendekati kanak-kanak itu setelah sahutannya tidak berjawab. Aina dan Alif sudah bergerak ke sekolah tadi dan mereka menaiki van dan cuma waktu pulang sahaja Encik Arash, ambil kerana mereka tidak mampu membayar yuran penuh jikalau yuran hantar dan balik pun sudah mencecah ratusan ringgit.

Lantas, benda itu dan ubat ditujukan kepada mereka, semua tergamam. Puan Hidayah dan Encik Arash kenal akan semua benda itu. Benda yang susah untuk dituturkan jikalau ada budak yang bawah umur.

"Dar, Cik Jah harap Dar sabar ya. Mesti ibu ada sebabnya. Dia sayang Dar kan..." pujuk Puan Hidayah. Encik Arash mengusap lembut bahu kanak-kanak dihadapan ini. Baru setahun jagung sahaja, hidupnya diuji sebegini. Tiada ayah di sisi. Tiada kasih sayang dari seorang yang bergelar ayah.

"Cik Jah dengan abah Arash ada untuk kamu, jangan risau ya. Cik Jah tak berani nak sebut benda ni sebab sensitif tapi kamu patut tahu dan selagi boleh kamu bincangkan dengan ibu untuk kebaikan kamu berdua..."

"Kotak yang kamu pegang ni kotak durex (kondom) dan pil perancang nak..."

"Kamu cari tahu sendiri ya, Cik Jah dengan Encik Arash tak berani nak cerita lebih sebab kamu masih budak. Yakin dengan ibu kamu, dia sebenarnya terpaksa. Kamu jangan marah dia ya..."

Haidar diam. Dia amati benda yang berada dalam bungkusan ini lama. Dan tanpa pengetahuan sesiapa, dia sudah menjumpai nombor pekerja atau bos tempat dimana ibunya bekerja. Kenapa ibu buat semua ini?












"Lepaskan aku Zhen..." ujar Kalsom setelah lama mendiamkan diri di dalam kereta itu. Jelas terdengar suara radio memecahkan keheningan yang ada.

"Tak sayang, aku takkan lepaskan kau. Kau nak lari mana lagi! Cukup kau tinggalkan aku untuk lima tahun lalu! Sepanjang lima tahun ada kau di sisi aku? Ada kau! Kau tak pernah ada! Kau bahagia, kau biarkan aku hidup merana! Hidup seorang macam dah mati bini! Aku hilang segala dan perlukah aku hilang kau untuk sekali lagi..." balas Zhen. Dia benci untuk menangis di hadapan wanita ini tapi kerana rasa sakit ini tidak kuat lagi untuk dipendamkan lagi.

Dengan akal yang tidak berapa waras itu, dia selamba memotong beberapa kereta lantas membelok kanan lalu masuk ke arah kawasan hutan.

Setelah itu, diheret Kalsom ke situ. Dia terlalu gilakan si wanita tapi kenapa wanita tidak pernah nampak semua itu.

"Kal, jawab aku jujur sebelum aku apa-apakan kau dekat sini..."

"Kau masih sayangkan aku?"

Kalsom diam.

Zhen diam membatu sementara dia faham yang wanita ini tidak sudi akan dirinya. Takkan pernah berlaku. Namun, dia paksakan diri untuk mencari jawapan. Punat volume radio direndahkan lagi, sebelum suaranya memecahkan kesepian itu lagi.

"Kau cintakan aku?"

Kalsom diam lagi.

Zhen menghela nafas panjang sebelum menghamburkan air matanya. Letih. Dia terlalu letih dengan semua yang sedang berlaku.

"Kau anggap aku sebagai apa? Ini soalan terakhir aku sebelum aku buat kau pergi dari dunia ni tanpa rela!"

Kalsom yang sedang mendengar suara itu, memikirkan jawapan yang sama ada bakal meragut dirinya sendiri. Ya atau tidak, dia tidak pasti. Hatinya masih ada pada bekas suami. 7 tahun menjalin cinta, tujuh tahun itu dia bahagia dalam derita. Tujuh tahun, dia ditinggalkan terkontang-kanting dalam erti kata nikah gantung. Nafkah sedikit tidak diberikan. Namun apabila persoalan cerai dikeluarkan, bekas suaminya melenting. Jadi dia sendiri terpaksa menuntut fakshah.

"Ak-aku cuma anggap kau sebagai kawan Zhen..."

Satu jawapan yang meranap hati seorang lelaki yang begitu tulus mencintai. Apa lagi yang kurang sehingga wanita ini tidak pernah membalas perasaannya?

"Semudah itukah! Semudah itu keputusan kau Kal? Kau tak pernah fikirkan perasaan orang. Kau ego, kau ego! Kau ego! Kau menindak! Cakap semua ini cuma mimpi aku je kan..." ujar Zhen lagi.

Lantas tangan Kalsom digenggam lalu tangan itu diangkat dan dibawa ke arah pipinya. Mahu Kalsom menampar dirinya agar dia tidak berharap ini semua kenyataan. Hanya mimpi.

"Tampar aku Kal! Tampar aku! Tampar! Jangan bangunkan aku dari mimpi ni! 5 tahun aku tunggu macam nak gila! Ternyata penantian aku cuma sia-sia. Berikan sepenuh hati dan cinta aku pada kau ... yang tak pernah anggap aku ni wujud. Anggap aku cuma sampah yang kau boleh buang dan kitar semula. Aku kecewa dengan kau. Kecewa sangat. Mulai saat ini hati aku mati untuk kau, takkan ada lagi wanita yang bernama Kalsom. Aku anggap kau dah mati. Pergi! Pergi! Aku benci kau!" ujar Zhen sebelum mula mengila.

Ruangan laci di bahagian bawah dashboard kereta digeledah bagai nak gila, mencari sesuatu yang tajam. Dia nak bunuh diri, apa yang gunanya dirinya untuk hidup lagi kalau mati itu mungkin menjanjikan bahagia buat dirinya.

Kalsom teresak-esak di sebelah. Dia buntu. Dia tidak faham akan semua ini. Sebelah hati menidakkan, manakala sebelah hati lagi ingin mengotakan ia walaupun hatinya tidak rela.







"Hello..."

"Ini siapa ya?" ujar seseorang di talian. Pelik dengan suara ini.

"Ini uncle Wanchai ke?" tanya Haidar. Dia nak pastikan apa yang dia lihat sebentar tadi itu benar. Hatinya kecewa taktala si ibu memberikan wang haram padanya selama ini.

"Ya, I Wanchai." setelah talian disambungkan.

"Saya anak kepada Kalsom. Bekas pekerja uncle. Betul ke ibu pernah di sini?"

"You anak Kalsom? Ya, ibu you kerja dengan I sebelum ini tapi dia dah berhenti tak salah dia baru beberapa hari yang lepas. Mana you dapat nombor uncle?" tanya Wanchai di talian.

"Ya ... bo-boleh Haidar jumpa uncle selepas ini? Atau uncle busy?"

"Boleh, nanti malam dekat kedai mamak around area rumah you. You nak uncle ambik ataupun you datang sendiri?"

Haidar diam. Dia terpaksa lakukan ini. Dia mahu cari kebenaran mengapa ibunya sanggup menipu dan mencari kerja sebegini sedangkan banyak lagi kerja halal di luar sana. Bukannya ibu tidak mempunyai kelayakan malah lebih dari itu, ibunya ada sijil diploma.

-

Sebenarnya tengah takde idea ni :(

To be continue,
Friday, 02 December 2022.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro