[ 4 ] - sadis

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebelum anda scroll ke bawah untuk membacanya, mohon jawab dua pertanyaan ini dan terima kasih di atas kerjasama dan jawapan.

1. Pandangan atau pendapat anda terhadap cerita ini dan your first impression?

2. Adakah anda mahu saya meneruskan cerita ini? (✓)

___________

Affan disebelah dijeling sekilas. Rasa sakit di hati masih tidak hilang. Pen digenggamannya nak saja dia cungkil mata itu biar buta. Ada ke patut biarkan dia bersama dengan seorang lelaki. Satu kumpulan? Dalam banyak-banyak manusia yang dia pernah jumpa dan kenal rasanya Affan lah yang paling bebal.

Rasa seperti diperhatikan, Affan segera menoleh ke arah Nuha yang sedang berpura-pura mendengar lotehan manusia lain yang berada tidak jauh mereka. Bukan dia tak nampak tadi ada mata-mata yang memerhati Nuha dengan pandangan tidak puas hati. Kesian gadis itu tapi dia pun dah tak boleh nak tolong atau tolak gadis memandangkan Alisya dan Qayyum sudah mempunyai ahli kumpulan.

"Hoodie dengan topi awak, balik kelas nanti saya bagi dan terima kasih" balas Nuha geram. Malas nak layan karenah Affan yang bukan-bukan.

"Sama-sama awak... " usik Affan. Dia suka tengok Nuha tertunduk malu. Nuha disebelah dipandang lama, dia tahu gadis itu kekok dengannya. Hari pertama dia dah tunjuk sikap tegasnya. Nak buat macam mana, siapa suruh tak pakai lencana. Sejujurnya Affan ini bukanlah tipikal lelaki yang suka menyakat ataupun usik perempuan tetapi disebabkan ada seseorang yang pernah menyelamatkannya satu ketika dahulu.

"Qayyum dan Nuha sila ke depan..." ujar Cikgu Hadi. Qayyum dan Nuha sama-sama memandang ke arah dua kerusi yang diletakkan di tengah ruangan. Ya, di tengah-tengah di mana mereka akan duduk disitu manakala yang lain pula akan duduk dalam bulatan.

Sementelah arahan yang diberikan Cikgu Hadi menitip di halwa telinga Nuha dan Qayyum lantas kedua-duanya bangun. Satu senyuman dihadiahkan kepada Cikgu Hadi. Permainan ini amat membahayakan namun setelah diputuskan oleh beberapa orang guru dan mendapat persetujuan dari pelajar-pelajar di situ, permainan ini menjadi pilihan.

Qayyum memandang ke arah Nuha dan Nuha juga seperti itu. Masing-masing membekukan diri. Tidak jangka bahawa mereka akan digandingkan bersama dalam permainan yang bakal berlangsung ini. Di tangan masing-masing terdapat satu kertas memo yang sudah dicatit nama. Nuha dan Qayyum masing-masing cuba untuk menenangkan diri. Rasa gelisah dan sebagainya mula menghantui diri.

Nama pena di belakang dibaca mereka perlahan. Ya nama pena itu akan digunakan sebentar lagi sebagai samaran. Agak terkedu dengan semua ini. Pada mulanya, Qayyum fikir yang dia akan digandingkan dengan Affan atau orang lain. Lain pula bagi Nuha, dia tidak mengharapkan namanya akan dipanggil.

"Qay..."

"Nuha..."

Dua nama meniti dari bibir lain. Nama pena yang unik, memiliki kisah silam yang sama. Kisah mereka dimulakan dengan kejadian tragis.

"Okay, dipersilakan Qayyum. Di hadapan awak, ada dua buah dadu dan dam ular. Jika dadu awak mengenai nombor yang lebih besar dari 3, maka pilihan awak adalah true dan jika buah dadu awak mengenai nombor yang lebih daripada 4 maka pilihan awak adalah dare" ujar Cikgu Hadi.

Buah dadu mula memainkan peranan, di saat dua buah dadu mula melantun di atas dam ular, nombornya mengenai angka 3. Satu dadu menunjukkan dua dot manakala sebelah lagi menunjukkan satu dot sahaja. Peluh yang mula merenik keluar dikesat Qayyum. Pada masa yang sama, dia takut andai soalan yang bakal diutarakan sebentar lagi akan menyakitkan hati gadis di hadapannya.

Dilarikan matanya ke arah Nuha. Gadis itu hanya membekukan diri. Tangan yang berada di bawah meja diramas-ramas sendiri. Perasaan yang bercampur aduk. Nuha mula menenangkan diri. Didongakkan kepalanya ke atas sedikit, menatap wajah Qayyum di hadapan. Ya dia sudah bersedia.






























"Adakah kisah silam awak sadis?" ujar Qayyum. Dia benci untuk utarakan soalan itu. Namun dia tiada pilihan lain sebab lepas ini dia hanya mempunyai 2 pilihan untuk membaling dadu. Mengikut kiraan nombor yang ada di dadu itu, maka begitulah pilihan yang ada di tangan mereka.

Nuha tergamam. Untuk ceritakan kisah silam di hadapan khalayak ramai, satu hal yang mustahil. Kisahnya sadis dan patutkah dia luahkan di hadapan khalayak ramai? Dengan pelbagai pandangan yang sedang menatap wajahnya untuk menantikan jawapan itu dijawab.

"Ya sadis. Saya dibesarkan keluarga yang berada. Pada mulanya semuanya indah belaka dan saya disajikan dengan kemewahan yang tiada perinya. Namun apabila saya sedari yang kemewahan tidak maksud apa-apa, saya sedar dalam kemewahan yang Allah berikan kepada saya, saya akui ada ujian disebaliknya. Datangnya ujian seperti desiran ombak. Naik dan turun. Saya sekeluarga ditimpa ujian yang berat, namun itu tidak mematahkan semangat saya sekeluarga. Kami redha dan kami cuba untuk hadapinya. Namun, siapalah kami hendak menidakkan kehendakNya, ayah dan ibu saya pergi tanpa menoleh lagi, meninggalkan saya terkontang-kanting bersendirian. Hadapi awan mendungnya kehidupan yang penuh ujian, menagih kasih dari insan yang lain setelah Allah mengambil mereka. Saya lemah dan tidak kuat. Hampir setiap hari, saya meraung dan saya salahkan diri sendiri. Namun dikala ujian yang dihantarkan olehNya mulai surut, kehidupan saya mula dipenuhi dengan cahaya semula. Hadirnya dua orang insan yang baik, mengambil saya sebagai anak angkat" ujar Nuha.

Ya, di saat jatuh bangunnya, Allah menghantar pertolongan. Di saat dia sibuk menangisi dan menyalahkan diri sendiri, Allah sembuhkan lukanya. Siang malam dia bertahajud memohon dirinya agar sentiasa kuat. Dalam hati yang terluka, dia cuba bangkit dan menerima kenyataan walaupun perit. Al-Quran sentiasa menjadi peneman di kala dia rasa tidak kuat untuk hadapi semua ini.

Setelah segalanya diutarakan, Nuha mengambil nafas lega. Namun apa yang diceritakannya hanyalah cebisan kenangan. Ringkas dan hanya itu sahaja yang dia mampu ungkapkan sekarang ini. Air matanya sudah lama kering, dia cuba untuk kuatkan hati dan diri. Berpesan pada diri namun pada hari ini, air mata berjaya menepis sekelumit hatinya yang mudah rapuh.










"Kau kuat Nuha, kau kuat. Insya-Allah aku tetap akan ada di sini untuk kau. Sokong kau" ujar Affan perlahan.

Qayyum hanya mendiamkan diri setelah itu dia rasa bersalah dengan gadis di hadapannya ini. Tidak patut dia utarakan soalan itu.

"Terima kasih atas kerjasama kamu berdua. Nanti kita akan teruskan permainan ini dengan pertanyaan dari Nuha pula. Ya, untuk pengetahuan semua kita masih berbaki beberapa hari lagi untuk menyelesaikan ceramah ini, maaf kerana kami juga baru mengetahui yang pihak sekolah bersetuju untuk melangsungkannya..." ujar Cikgu Hadi sambil tersengih. Salah dia sebab dia tidak memberitahu pelajar tingkatan 4 dan 5 bahawa ceramah ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut.

-

3 bab lagi akan menyusul sama ada esok, Sabtu atau Ahad.

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro