[ 5 ] - aku benci kau

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

___________

Perlahan-lahan kaki dipasakkan menuju ke arah Nuha yang sedang berada di sudut penjuru sana. Diperhatikan gadis itu lama dan lama. Qayyum mula diasak rasa malu yang menggunung. Dia dah tak sanggup nak teruskan permainan ini lagi. Namun, apabila dia mengutarakan cadangannya, terus ditolak serta-merta oleh pelajar lain. Apa yang dia boleh lakukan lagi.

"Em, Nuha..." panggil Qayyum perlahan. Hanya cukup untuk dia dan gadis itu dengar sahaja.

"Ya Qayyum, ada apa awak panggil saya?" balas Nuha. Senyuman kecil diberikan kepada Qayyum yang berada di hadapan. Bukan dia tidak tahu yang lelaki ini agak malu dan rasa bersalah dengan pertanyaan yang diutarakan semalam. Ya, dia akui pertanyaan itu agak sensitif untuk diluahkan apatah lagi di khalayak ramai.

"Saya nak minta maaf jika soalan saya semalam ada yang menyakitkan hati awak. Sungguh saya pun tak tahu kenapa soalan itu boleh terkeluar dari mulut saya. Saya tak berniat untuk sakitkan hati awak. Saya harap awak sudi maafkan saya..." ujar Qayyum. Tangan diramas-ramas sendiri. Tie yang semakin mengendur ke bawah di tarik-tarik. Matanya masih terpaku ke arah Nuha yang hanya mendiamkan diri.

Tiga minit,

Dua minit,

Seminit kemudian, gelak ketawa halus mula menerpa halwa telinga Qayyum. Qayyum mula merasakan pelik terus memandang ke arah Nuha. Gadis itu sedang ketawa? Untuk sebab apa?

"Kenapa awak gelak?" ujar Qayyum kebingungan. Bukan tadi dia dah minta maaf dan sudah memberikan penjelasan. Tetapi diakhirnya kenapa Nuha gelak dengan kata-kata kemaafan yang baru dia ungkapkan sebentar tadi.

"Qayyum, saya tak marah awaklah. Kenapa awak macam takut sangat? Don't worry, saya tak terasa apa-apa pun okay. Biasalah, dah nama pun kita main game. Game tu pula true or dare. Takkan awak tak pernah tengok korean drama or movie english yang banyak main permainan ni dekat camping and so on. Chill okay. Saya tak marah pun. It's okay, kadang permainan macam ni ada bahayanya sebab kita terpaksa bersikap jujur dan kita kena berani apabila seseorang pemain di hadapan kita utarakan soalan maut" ujar Nuha panjang lebar.

"Hehe, baik Nuha. Kalau macam tu, saya janji saya takkan sakitkan hati awak lagi. By the way, lepas ni giliran kita kan? Sebab ada lagi satu kumpulan yang tengah main. Awak nak air tak sebab after ni saya nak terus beli air dekat kantin. Oh for your information, hari ni hari terakhir kita dekat sini, maknanya dah tiga hari program ini berlangsungkan. After jam loceng bunyi, kita dah boleh gerak masuk ke kelas untuk rehatkan diri sebab cikgu-cikgu ada meeting untuk acara mingguan tak silap saya lepas ujian pertengahan tahun kita akan pergi. Tarikh dan masa cikgu tak tetapkan lagi " ujar Qayyum. Lega hatinya kalau Nuha tidak terasa hati.










Cahaya infra merah mula memancar memenuhi segenap ruang bilik. Bilik yang himpit, dipenuhi dengan polaroid milik seseorang gadis yang telah lama bertaktah di hatinya. Papan dart yang digantung di dinding dipandang sekilas. Tersungging satu senyuman sinis meniti di bibirnya. Gambar berukuran saiz polaroid itu dibaling dart dan balingannya mengenai nombor 10. Seketika matanya memandang seluruh bilik ini, memicing ke arah pelbagai sudut lain. Tidak sia-sia bakat yang dia miliki, dendam yang tersumat harus disegerakan. Rasa benci yang membuak-buak mula merasuki diri. Dakwat darah miliknya hasil torehan pisau, dicalit ke arah gambar tersebut.

Lantas tulisan itu dibacanya kuat. Gelak ketawa bergema-gempita. DIE! DIE! DIE! Lantas tiga kali perkataan itu terungkap di bibirnya, puas.

"Kau harus mati Affan dan Qayyum. Kau harus dan berhak. Selamanya kau takkan dapat Nuha dia milik aku" ujarnya. Lalu kamera digital dikeluarkan, diletakkan di atas meja yang sudah disediakan. Butang on yang berada di bawah komputer ditekan. Sesaat matanya sibuk mengelus lembut gambar berukuran polariod milik gadis yang dicintai. Gambar tersebut dikucup perlahan. Gelak tawa halus Nuha, dia mainkan melalui rakaman video yang sempat diambil oleh kameranya. Diulang semula, ruangan bilik dipenuhi dengan suara halus Nuha. Pisau di hujung meja dicapai, lantas tangannya dicarik dan diukirkan dengan corak love dan di dalam terdapat nama Nuha.












"Okay mari kita mulakan. Awak dah bersedia Nuha?" ujar Cikgu Hadi. Ya, kumpulan Qayyum dan Nuha yang terakhir sebelum mereka dibenarkan beredar.

Setelah mendapat anggukan dari Nuha, lantas nama pena Qayyum dipanggil. Qay, nama yang comel, namun kisahnya tidak begitu indah.

Qayyum yang berada dihadapan sudah pun bersedia. Walaupun hatinya dipagut rasa resah dan takut jika soalan yang bakal diutarakan oleh Nuha sebentar lagi akan menyentuh kisah tragis.

Dua buah dadu mula dibaling oleh Nuha, sesaat dua buah itu mula bergolek di atas dam ular. Menunggu detik, buah dadu itu berhenti berpusing dan nombor yang berada dalam lingkungan nombor yang sama seperti semalam. Nombor 3, di salah sebuah dadu, angkanya mengenai satu dan disebaliknya angka mengenai nombor dua.

"Okay Nuha kamu boleh mulakan..." ujar Cikgu Hadi. Nafas mula diambil oleh Nuha, di tangannya ada sekeping kertas memo milik lelaki di hadapannya kini. Matanya dilarikan ke arah Qayyum, dia mahu lelaki itu memandang dan mempercayai dirinya.

Qayyum mula mendongakkan kepalanya yang sedari dari tadi, asyik menunduk ke bawah. Tangan yang berada di bawah diramas-ramas sendiri. Fuh, dia perlu kuatkan diri dan semangat walaupun semua itu bakal menjemput air mata kembali.

"Zaman kanak-kanak awak indah?" tanya Nuha. Ringkas dan padat, namun dia tidak tahu apa jawapan yang bakal terselit. Dicari wajah Qayyum, dia memandang Qayyum lama, dia mahu memberikan semangat.

"Tak" ujar Qayyum perlahan dan cukup untuk didengari oleh pelajar yang mengelilingi mereka. Setiap pelajar yang berada di situ mula berbisik perlahan sama ada mahu mencari jawapan atau sebaliknya. Mata Affan mula memandang sahabat baiknya. Setahu dia, Qayyum bukanlah seorang yang mudah ceritakan kisah silam secara terbuka. Pada awal sesi perkenalan mereka pun semasa di sekolah rendah, Qayyum hanya seorang pelajar yang diberi gelaran 'budak tak guna' tidak kiralah dari kawan-kawan waima guru di sekolah tersebut. Panggilan yang sungguh meruntuhkan hati seorang lelaki yang picisan. Seorang budak yang polos.

"Saya mula dibenci oleh ibu ayah sendiri hanya kerana kesilapan kecil" ujar Qayyum. Dan itu sahaja jawapan yang terbit dari mulutnya pada saat ini, lidah terkelu mahu memberikan jawapan penuh. Asakan dan raungan mula menerja di fikirannya. Seakan-akan kaset lama yang kian mengikut rentak.


















"Aku benci kau, dasar anak tak guna! Kau tak nampak ke tak nampak ke adik kau tu jatuh! Bodoh ke apa kau ni! Menyesal aku kandungkan kau 9 bulan 10 hari, aku bawak kau ke sana sini, aku belikan itu ini untuk kau. Kau boleh pulak buat perangai jahanam kau dekat adik! Apa yang kau tak puas hati dengan adik kau!" herdik Puan Delisha.

Tangannya dibawa ke dahi mula mengurut pelipis. Sakit hatinya, baru sekejap sahaja dia tinggalkan anak kecil di bawah jagaan Qayyum. Dia fikir anak kecilnya akan dijaga secara berhati-hati namun tidak. Dia tak tahu apa yang Qayyum betul-betul mahukan. Dan disebabkan budak tak berguna di hadapan ini, dia hampir-hampir mati kerana komplikasi. Lama dia menahan sakit di ruangan unit pembedahan.

Namun akal masih waras, tidak tergamak dia mahu membunuh anak yang membawa sial dalam hidupnya ini. Dia jaga, semampu yang boleh. Dia lebih suka menyeksa fizikal dan mental anak sulungnya berbanding terus membunuh.

"Kau jangan harap dapat makan hari ini. Kau nampak dahi adik kau dah benjol. Dia kecil lagi tahu tak! Kecil lagi! Lain kali, kau buat perangai macam ni lagi, aku takkan teragak-agak kunci kau dalam bilik atau paling sadis, aku biarkan kau meratap dekat luar!" herdik Puan Delisha. Lantas, badan Dian dikendong lalu dibawa pergi.

Qayyum tersedu-sedan di situ tanpa ada sesiapa yang peduli. Ayahnya ke mana, ibunya kemana. Langsung perihal dan kesihatannya tidak diambil peduli. Dia hanya wujud sebagai orang asing di rumah itu.

Ketika usia Dian meningkat ke 4 tahun, Qayyum hanya mampu menahan rasa keinginannya. Apa yang Dian mahukan dibeli manakala dirinya dibuat sebagai orang gaji. Mengangkat barangan basah hasil dari ibu dan ayahnya beli dari pasar. Menjinjit beg plastik Dian yang dipenuhi mainan itu dan ini. Dia hanya mampu menelan air liur sahaja. Masakan special atau keinginan Dian semuanya dituruti. Dia hanya berlaukkan nasi dan kicap. Kadang makanan yang tidak habis dimakan oleh Dian, diambil dan disua ke dalam mulut. Terkadang mereka bertiga keluar berjalan-jalan atau bercuti ke sana sini, Qayyum dibiarkan bersendirian dan ditinggalkan tanpa secebis persediaan.

Qayyum terpaksa mengikat perut untuk jangka masa yang lama. Telefon juga tidak diberikan. Apatah lagi, buku-buku latihan untuk peperiksaan awam juga tidak dibelikan. Hari jadi dilupakan. Hadiah mahupun ungkapan kata dan doa, tidak pernah terbit di bibir ibu bapanya. Sadis di usia Qayyum meningkat ke 10 tahun, dia terpaksa mencari rezeki sendiri untuk menampung keperluan sendiri. Hasil upah dari mencuci pinggan mangkuk di kedai makan, disimpan.

"Qayyum?" ujar Cikgu Hadi. Bukan dia tidak perasan yang anak muridnya ini terlalu lama tercenung dalam jangka masa yang panjang.

Qayyum yang tersedar dari pita kisah silamnya, pantas mendonggakkan kepalanya memandang ke arah Cikgu Hadi yang berada di sisi. Satu pelukan dihadiahkan buat Qayyum. Hati tua itu, tahu apa yang dialami Qayyum, kerana dia merupakan jiran terdekat dengan taman perumahan Qayyum.

Dia tahu, anak kecil itu berkerja keras. Dikurung di luar rumah, dibiarkan dihujani teritis juraian hujan, diributkan panas mentari. Dia juga menghulurkan bantuan kepada Qayyum, tanpa anak kecil itu sedari. Kedai makan itu milik ahli keluarganya, walaupun pada mulanya cadangannya untuk memberikan Qayyum pekerjaan pada usia muda, dilarang oleh ibu bapa berserta isterinya. Dia juga memujuk mereka untuk berlembut hati, bukan tidak mahu memberikan pekerjaan namun di usia setahun jagung ini, ibu bapa Qayyum bersetuju ke, anak kecil ini membanting tulang empat kerat bersendirian.

"Terima kasih cikgu..." ujar Qayyum. Pelukan diperketatkan lagi, dia mahu kekuatan itu senantiasa terpahat dalam diri. Dia bukanlah datang dari keluarga yang senang, hidupnya hanya berlatarbelakangkan kesederhanaan, makan minum cukup. Mampu membiayai kos itu ini.

"Sama-sama Qayyum" ujar Cikgu Hadi. Dipeluk lagi anak muridnya ini, dia mahu menjalurkan kekuatan dan semangat agar hati anak muda ini tidak rapuh.

-

Maafkan saya jika chapter ini terlalu panjang sangat. Kehidupan Qayyum bukanlah berlatarbelakangkan kemewahan, namun dia tetap bersyukur dilahirkan untuk mengenali isi penduduk bumi ini. Moga, anda yang membaca cerita ini, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam jagaan Allah swt selalu. Nak lagi chapter? Insyaallah akan menyusul lagi dua bab, stay tuned.

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : 18 November 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro