{5}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PEN dan tablet disimpan di dalam beg sebelum Adriana menzipkannya. Begnya disandang dan dia melangkah keluar dari kelas. Sehinggalah dia sampai di luar sekolah, menunggu pemandunya untuk mengambil dia.

"Eeuw, tengok perempuan tu. Mesti jalan kaki kan" kata Elvina bersama dua gengnya tidak jauh dari situ. Mia dan Neldia ketawa terbahak-bahak.

Adriana melirik ke arah mereka. Macamlah dia tak dengar apa yang mereka katakan.

"Biarlah Adriana. Diorang buat dosa tu, lebih baik jangan layan mereka" ujar Adriana sendiri.

"Kau cakap apa tu?" tanya Fitri yang muncul tiba-tiba di sebelahnya. Terkejut Adriana, dia mengurutkan dadanya yang berdegup pantas. Nasib baik tiada penyakit jantung. Fitri pula tersengih dengan kejadian tadi. Adriana menjeling Fitri.

"Sengih, sengih. Kenapa ni tiba-tiba datang sini?" soal Adriana. Dia berganjak sedikit untuk memberi Fitri ruang duduk.

"Tiada. Sengaja je. Yang Adriana duduk di sini kenapa? Ramai orang duduk di dewan tau untuk balik. Kat situ lagi sejuk" ujar Fitri.

"Suka hati saya lah nak duduk mana ke. Yang kamu ni sibuk kenapa?" tanya Adriana.

"Menyibuk? Mana ada! Aku kan pengawas. Memanglah aku jaga kawasan ni. Dan lagi satu, tak perlu lah guna saya, kamu. Panggil aku Fitri. "

"Yelah yelah" Adriana menjulingkan matanya ke atas. Cepatlah Pak Mat, Adriana tak nak layan lelaki poyo ni.

Kebetulan, sebuah kereta mewah berhenti di hadapan mereka. Adriana memandang pemandu dalam kereta tersebut, kelibat Pak Mat di dalamnya. Senyuman terbit di bibir Adriana. Akhirnya!

Lantas, Adriana bangun dan memasuki kereta. Tak sempat Pak Mat keluar kereta dan buka pintu untuk nya.

"Bye Adriana. Jumpa esok!" ucap Fitri dan melambai tangan kepada Adriana. Adriana dalam kerete tersengih dan melambai juga. Setelah kelibat sekolah makin jauh, Adriana menghelakan nafas.

"Bahaya pula berbual dengan encik pengawas tu" ujar Adriana pada dirinya.

"Err, cik tadi dalam bahaya ke?" tanya Pak Mat yang sedang memandu kereta. Adriana menggeleng dan senyum.

"Takdelah" balas Adriana.

KASUT sekolah ditanggalkan. Sekilas memasuki rumah. Dia ternampak kelibat Puan Aisyah. Senyuman dicariknya sebelum dia menyalam ibunya.

"Macam mana kat sekolah?" tanya Puan Aisyah.

"Okey je. Mama sejak bila sampai ni? Bukan Mama kerja ke?" tanya Adriana. Puan Aisyah mencubit pipi Adriana yang mulus, geram.

"Sekarang ni lunch time. Alang-alang tu, makan sama anak mama ni" balas Puan Aisyah.

"Okey. Adriana nak pergi mandi dulu. Panas" kata Adriana. Puan Aisyah mengangguk. Adriana lantas menaiki tangan dan memasuki biliknya.

Selepas bersiap, Adriana turun. Satu per satu anak tangga dipijak. Adriana memandang Puan Aisyah yang sibuk menelofon. Adriana berdiri belakang Puan Aisyah sementara menunggu.

Beberapa minit kemudian, Puan Aisyah menamatkan perbualan di telefonnya, dia menoleh ke belakang.

"Opocot, mak kau hijau"

Terlompat Puan Aisyah melihat anaknya di belakang. Mana tak terkejut, Adriana itu lebih pendek darinya dan tiba-tiba tercegat di belakangnya. Puan Aisyah beristighfar beberapa kali. Adriana pula terkekek mengetawakan Puan Aisyah.

"Ish Adriana ni. Kalau ada apa-apa jadi kat mama, macam mana?" tanya Puan Aisyah. Adriana hanya tersengih saja. Namun, Adriana hanya menghiraukan soalan Puan Aisyah.

"Jom mama. Kita makan" pelawa Adriana. Puan Aisyah menepuk bahu Adriana lembut dan matanya tajam menatap mata Adriana. Adriana tersentak.

"Sayang, dengar sini. Mama tak boleh lunch dengan Adriana. Sebab hospital mama ada ramai pesakit kena virus. Jadi mama tak sempat."

Adriana terdiam.

"Nanti malam kita makan sekeluarga. Kalau nak pergi jalan, boleh suruh Pak Mat bawakan. Nah duit" Puan Aisyah memberi kad kredit dan beberapa keping wang not RM50. Tersentak Adriana dapat duit sebegitu. Mana dia pernah pegang duit banyak-banyak.

"Bye sayang" Puan Aisyah mencium pipi Adriana sebelum berlalu pergi. Adriana terkebil-kebil. Dia melihat duit dan kad kredit di tangan nya.

"Kalau mama beri duit, boleh beli apa-apa kan?" tanya Adriana dan senyuman di bibirnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro