{4}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ADRIANA terus membuka pintu kereta kasar. Lantaklah kalau pintu kereta rosak. Kakinya dihayunkan cepat. Kalau lah dia tak lewat pagi ini, perkara ini takkan berlaku. Sudahlah hari ini hari pertama ke sekolah baharunya. Biasalah perempuan, nak bersiap lambat. Tambah lagi, mama papa memaksanya untuk sarapan pagi bersama-sama.

"Dah 7:38 baru nak sampai?" tanya Fitri, tegas. Fitri merupakan pengawas sekolah tersebut dan pada hari ini dia pula yang menjalani tugasnya, iaitu mencatat nama pelajar yang lewat.

"Maafkan saya sangat. " Adriana terus meminta maaf kepada Fitri, harap-harap Fitri melepaskannya. Fitri merenung Adriana. Comel juga perempuan ni.

"Kamu murid baru ke?" soal Fitri.

"Ya" balas Adriana, kepalanya diangguk.

"Ohh. Kamu boleh masuk. Murid baru tidak perlu didenda pada hari pertama sekolah" jawab Fitri. Senyuman dicariknya. Dahi Adriana dikerut. Adakah itu peraturan sekolah kepada murid baru?

"Hei, kau boleh masuklah. Kenapa tercegat? Ermm, boleh aku tahu apa nama kau?" tanya Fitri. Jarinya menekan belakang pen beberapa kali.

Adriana menggaru kepalanya. Perlu ke aku beritahu? Gumam Adriana.

"Nama saya Adriana. Saya pergi dulu ya" ujar Adriana. Kepalanya ditunduk dan berlari. Tetapi, Fitri pantas menarik lengan Adriana. Adriana mendengus geram. Kata boleh pergi, Omel Adriana.

"Kejap. Adriana kan? Sorry aku tarik tadi. Kau nak pergi mana? Kau tahu ke jalan nak pergi pejabat?" tanya Fitri.

'Aduh, lupa pula aku ni budak baru. Macam mana nak pergi pejabat' bebel Adriana pada dirinya sendiri. Adriana menggaru kepala.

"Hehe. Tak tahu."

"Kalau macam tu, biar aku tunjukkan. By the away, nama aku Fitri" kata Fitri. Adriana menangguk dan senyum.

"Habis tu siapa nak catat nama murid yang lewat ni?" soal Adriana sekali lagi. Mana boleh pengawas tidak melakukan tugas, lebih baik tidak perlu jadi pengawas.

"Jangan risaulah. Aku cakap lah aku tolong budak baru nak pergi pejabat"

"Amboi, banyak betul alasan pengawas ni" desis Adriana, cukup dirinya dengar saja.

"Apa?" soal Fitri. Dia tidak mendengar apa yang Adriana katakan. Adriana senyum dan menggeleng.

"Tidak apa-apa. Jom, bawa saya ke pejabat" ucap Adriana. Fitri menangguk. Adriana sempat melirik sekeliling sekolah, sungguh moden dan besar bak istana. Dan dia juga dapat tangkap ramai orang lebih-lebih lagi murid perempuan memerhatinya tajam.

"Fitri, ada benda tidak kena ke pada aku?" tanya Adriana, polos.

"Mungkin mereka tidak pernah nampak ada murid perempuan yang sangat ayu di sekolah ni"

"Tiber." Adriana menjulingkan mata ke atas. Geli pula lelaki puji nya, baginya sungguh gatal.

"Haha, aku rasa juga mereka jealous"

"Jealous? Jealous saya sebab apa?"

"Sebab kau rapat dengan aku"

Terus Adriana berhenti berjalan. Fitri menatap Adriana pelik, ayat aku ni ada salah ke. Selalunya perempuan akan senyum sampai ke bulan, tak pun pukul manja.

"Kenapa kau berhenti?" soal Fitri.

"Aku rasa nak termuntah pula" balas Adriana. Tangannya menekup mulut.

"Ish, kau ni. Jom" kata Fitri dan menarik lengan Adriana.
Mereka berdua berjalan sehinggalah sampai di depan pejabat sekolah. Adriana dapat merasakan penghawa dingin pejabat yang kuat sampai luar.

"Aku pergi dulu ya. " minta Fitri. Adriana menangguk, lantas Fitri meninggal Adriana yang tercegat di depan pejabat. Adriana membuka pintu pejabat, hawa pendingin kuat menerpa wajahnya. Sejuk!
Kaki Adriana terus masuk pejabat itu, dan mendekati kaunter.

"Ya?" soal wanita itu di dalam kaunter.

"Err, saya murid baharu" jawab Adriana, dia berasa canggung.

"Oh, nama kamu Tengku Nur Adriana Binti Tengku Haider?" tanya wanita itu, matanya membaca buku di atas mejanya.

"Aah" Adriana menangguk kepala.

"Oh, kejap ya. Hmm, okay. Kamu masuk, jalan terus, jumpa kakak yang muda tu" ujar wanita itu. Adriana menangguk, lantas dia mengikuti apa yang dikatakan oleh wanita tersebut.

"Err, Kak" panggil Adriana. Kakak itu yang memakai baju kurung dan tudung mendongak kepala. Terbit senyuman di bibirnya.

"Kamu Adriana kan, murid baru?" Tanya kakak itu. Adriana menangguk. Kakak itu terus bangun.

"Kakak akan tunjuk semua tempat sekolah ni, nanti lepas rehat baru Adriana masuk ke kelas kamu"

Adriana menangguk. Adriana mengekori kakak itu, bertambah kagumnya melihat suasana sekolah itu. Ada taman, kolam renang dan macam-macam lagi.

❤🔪❤🔪❤

"ININYA, kelas kamu, Kelas Gorgeous" kata kakak itu dan senyum manis. Adriana menangguk.

"Sudah bawa tablet?" tanya kakak itu ramah.

"Sudah Kak. Tablet dan pen sudah bawa" balas Adriana. Adriana dan kakak itu sudah rapat macam kakak dan adik walaupun sekejap sahaja mereka berkenalan.

"Kakak pergi dulu ya"

Adriana senyum dan menangguk sebelum kakak itu pergi. Adriana memegang beg sandangnya, sungguh ringan. Hanya perlu guna tablet dan pen untuk belajar. Buku, tidak perlu bawa. Adriana juga akan keliru lah gaya sekolah ini, tetapi dia cuba menyesuaikan dirinya di sekolah yang sungguh moden.

Tangannya mengetuk pintu bertalu-talu.

"Masuk!"

Kedengan suara menyuruhnya masuk. Adriana membuka pintu, seorang wanita dewasa di hadapan kelas, mungkin cikgu. Dan 8 orang yang duduk di tempatnya masing-masing. Sungguh sedikit kan?

"Kamu pelajar baru?" tanya Cikgu Fiyah. Adriana menangguk.

"Oh, sila perkenalkan diri kamu kepada semua orang"pinta Cikgu Fiyah. Adriana berjalan ke hadapan kelas.

"Saya Adriana. Selamat berkenalan" jawab Adriana, ringkas.

"Lah, itu saja? Lebih baik tak perlu kenalkan diri" kata Elvina, sombong. Adriana tunduk, memandang lantai.

"Entah tu, macam manalah dia boleh masuk kelas ni?" Tanya Mia.

"Dengan pakaiannya sekali" ujar Neldia. Mereka bertiga terkekek ketawa.

"Sudah. Okay, Adriana sila duduk.. " baru Cikgu Fiyah nak mengatur tempat Adriana untuk duduk, satu tangan diangkat tinggi.

"Cikgu, biar Adriana duduk sebelah saya" kata Adriana. Adriana memandang Fitri.

'Alamak dia pun kelas kat sini ' gumam Adriana.

"Tapi sebelah kamu kan Akmal?" tanya Cikgu Fiyah.

"Akmal duduk selang satu meja ni. Jadi Adriana duduk antara saya dengan Akmal. Mudahlah kalau dia nak tanya apa-apa"balas Fitri. Elvina menoleh ke belakang, dia memandang Fitri yang duduk di belakangnya.

" Hello. Fitri mahu duduk dengan perempuan tu? Elvina nak duduk sebelah Fitri tidak boleh?!" kata Elvina.

"Suka hati akulah" balas Fitri. Elvina mendengus geram.

"Ok Adriana. Kamu boleh duduk tengah, antara Fitri dan Akmal tu" kata Cikgu Fiyah. Adriana menangguk. Dia berjalan ke arah mejanya. Akmal pula kemas barangnya untuk duduk meja sebelahnya. Tu lah Fitri, suka hati arah-arah untuk tukar tempat duduk.

"Siap kau" kata Elvina. Dia menjeling Adriana tajam. Adriana tunduk dan meletak begnya. Pen dan tablet dikeluarkan.

"Ok semua. Sambung belajar. Adriana, buka chapter 19" arah Cikgu Fiyah. Adriana senyum nipis dan menangguk.

- - - - -
4 bab dah siap dalam satu hari.
Hmm
Okey tak cerita ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro