{3}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BEG bagasi perlahan-lahan diletak di atas tanah. Adriana melirik kedua-dua kawannya, Alya dan Wenting. Mereka berdua mengelap air mata dengan tisu. Adriana menghela nafas. Drama sungguh kedua-dua kawan aku ni.

Adriana berjalan mendekati mereka. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Alya, Wenting. Sudah-sudahlah tu menangis. Bukan aku pergi buat selama pun" ujar Adriana. Diharapkan kawannya tidak menangis dan membuat drama petang percuma hari ini.

"Kau ni Adriana. Orang sedang bersedih ni boleh pula kata begitu" kata Wenting.

"Entah tu. Jangan sampai terdoa, macam mana?" soal Alya. Kedua-dua mereka mempamerkan muka serius.

"Aduh korang ni. Aku cuma nak pujuk korang. Janganlah sedih sangat" Adriana terus memuncungkan mulutnya.

"Biarlah mereka menangis. Nanti Adriana sampai sana, nangis. Kan?" sampuk Nek Diba. Mereka bertiga memandang Nek Diba dan Tok Sof yang muncul di hadapan mereka. Adriana tersengih dan menggaru kepalanya.

"Adriana sampai sana rindu. Tapi taklah nangis teruk macam mereka" balas Adriana. Alya dan Wenting mengerling Adriana tajam.

"Perli kawan nampak" kata Alya dan Wenting serentak. Tok Sof menggeleng kepala. Macam-macam perangai budak zaman sekarang.

"Adriana, kejap lagi papa dan mama kamu sampai" kata Tok Sof. Adriana menangguk sahaja.
Sedang mereka berbual, muncul kereta mewah lalu lorong dan berhenti depan mereka. Mereka semua mengalih memandang kereta itu.

Pintu kereta pemandu dan sebelah pemandu dibuka. Kelihatan seorang lelaki dan wanita senyum kepada mereka.

Senyuman dicarik Tok Sof dan Nek Diba. Sungguh rindu melihat wajah mereka.
Adriana tiada sebarang reaksi. Perasaannya bercampur baur. Gembira sudah lama tidak berjumpa, sedih mereka tidak lama menjenguknya.

"Assalammualaikum. Mak, Abah"kata mereka dan menyalam Nek Diba dan Tok Sof.

"Waalaikummussalam Aisyah, Haider. Lama tak datang" kata Nek Diba mesra.

"Macam mana mereka nak datang. Kerja banyak sangat sampai lupa kita" balas Tok Sof.

Encik Haider dan Puan Aisyah tersengih. Mereka berdua memandang pula Adriana yang tunduk saja.

"Adriana" panggil Puan Aisyah lembut. Adriana mengangkat kepala nya.

"Adriana. Salam mama papa. Kan dah lama tak jumpa" kata Tok Sof. Adriana menangguk. Dia menyalam tangan Encik Haider dan Puan Aisyah.

"Sorry, mama papa sebab tadi. Dah lama tak jumpa. " ujar Adriana. Terus dia memeluk Puan Aisyah dan Encik Haider erat. Puan Aisyah dan Encik Haider senyum saja.
Sudah lama memeluk, terus Adriana meleraikan pelukan.

"Aisyah, Haider. Meh lah masuk rumah dahulu" jemput Nek Diba. Tak sabar mahu berborak anak dan menantunya lama. Tetapi, riak muka Puan Aisyah dan Encik Haider bersalah.

"Mak, Abah. Kami tak boleh lama-lama kat sini. Kami hanya cuba mengambil Adriana saja" balas Encik Haider. Hatinya sungguh bersalah.

"Kami sangat minta maaf kalau kami menyusahkan mak abah. Kami cuba nak minta cuti lama, tapi dapat cuti hari ini je" jawab Puan Aisyah.

Nek Diba mempamerkan muka sedih. Tapi Tok Sof masih mempamerkan dengan senyumannya.

"Tak apa. Abah faham. Kerja kamu ni memang tak boleh beri ruang. Abah pun dulu macam tu. Pergi je. " kata Tok Sof. Nek Diba cuba mengukirkan senyuman nipis. Walaupun dia berasa sedih, tetapi dia bersyukur saja kerana mereka masih mengingati nya.

"Tak apa. Adriana, simpanlah beg kamu tu. Mama papa nak pergi cepat" sembut Nek Diba.

Adriana menangguk. Dia menyalam Nek Diba dan Tok Sof. Dia memandang pula Alya dan Wenting yang setia menunggunya. Adriana pergi kearah mereka, bersalam dan berpelukan.

"Jangan lupa kan kami Adriana" kata Alya dan Wenting. Adriana senyum dan cuba menahan air matanya dari gugur. Tangannya menangkat beg dan memasukinya ke dalam bonet kereta. Adriana segera memasuki kereta.

Encik Haider memandang Nek Diba, Tok Sof dan rumah kesayangannya sebelum dia meninggalkan kampungnya.

"Mak, Bah. Kami pergi dulu" kata Encik Haider. Nek Diba dan Tok Sof menangguk dan melambai mereka.

"Jaga diri baik-baik" pesan Tok Sof. Encik Haider menangguk sebelum memasuki kereta. Keretanya dihidupkan. Lantas, kereta itu meninggalkan perkampungan mereka.

Adriana di dalam kereta memandang perkampungannya semakin lama semakin jauh.

❤🔪❤🔪❤

PACUAN empat roda berhenti di hadapan rumah banglo yang tersegam indah. Adriana keluar dari kereta.

Terlompong mulutnya melihat rumahnya bagai istana. Selama ini, dia tidak pernah menjejak ke rumah itu yang baru dibina 8 tahun lepas.

"Adriana, jom" pinta Puan Aisyah, tangannya memegang bahu Adriana. Adriana terus sedar, mulutnya ditutup akibat terlompong tadi.

Adriana pergi ke belakang kereta, dibuka bonet untuk mengeluarkan beg-beg nya. Tiba-tiba seorang pak cik driver menghampiri nya dan mengangkat beg dia.

"Tak pe pak cik. Biar Adriana yang bawa" pinta Adriana, dia tolak pertolongan pak cik driver itu.

"Takpe, cik Adriana. Biar saya bawa. Lagipun ini tugas saya" ujar pak cik driver itu.

"Adriana. Biarkan Pak Mat yang bawa." kata En Haider yang berada di depan pintu rumah. Adriana melepaskan begnya dan dia menangguk kepala. Pak cik driver itu terus mengangkat beg Adriana.

Kakinya berjalan mendekati Puan Aisyah dan Encik Haider yang sudah lama menunggunya.

"Selamat pulang tuan, puan"

Ucap semua pembantu di dalam rumah itu, berbaris tegak lalu menundukkan badan sebaik saja Encik Haider dan Puan Aisyah melangkah ke dalam rumah itu.

"Terima kasih" balas Encik Haider. Puan Aisyah dan Encik Haider menoleh ke belakang. Adriana teragak-agak untuk memasuki rumah itu, lagi-lagi pembantu yang sungguh formal.

"Adriana, jom masuk" pinta Puan Aisyah. Adriana senyum nipis, kakinya akhirnya memasuki rumah itu, bagaikan rumah itu tidak layak dia tinggal. Puan Aisyah mencapai tangan anaknya, ditarik untuk Adriana berdiri di hadapan mereka.

"Semua. Memperkenalkan anak saya Adriana. Dia baru balik dari kampung. Harap kamu semua tolong membantu nya. Dia perlu sesuaikan dirinya di sini." jelas Encik Haider, lantang. Semua pembantu menangguk dan senyum kepada Adriana.

"Selamat datang Cik Adriana" ucap semua pembantu, serentak. Adriana begitu kekok, terketar-ketar kakinya.

"Te..terima kasih bantu saya" balas Adriana gagap. Adriana berasa gugup dan canggung. Puan Aisyah segera menarik tangan Adriana sehingga ke meja makan diikuti Encik Haider di belakang. Adriana sempat melihat sekelilingnya, kagum dengan suasana di dalam rumahnya yang bertemakan gaya inggeris.

Encik Haider duduk di hadapan meja makan, manakala Puan Aisyah duduk sebelah kanan dan Adriana duduk sebelah kiri Encik Haider.

Beberapa pembantu menghidangkan makanan, salah seorang pembantu membantu mencedok nasi dan beri kepada mereka bertiga.

Selepas siap, pembantu terus berlalu pergi. Encik Haider mengetuai bacaan doa makan sebelum mereka bertiga makan.

"Macam mana Adriana? Suka tak rumah ni? " soal Encik Haider. Adriana terus berhenti mengunyah makan, kepala nya berfikir sebelum menjawab soalan Encik Haider.

"Suka. Cantik rumah ni" jawab Adriana.

"Nanti Adriana ajaklah kawan Adriana datang rumah. Mama dan papa tak kisah" ujar Puan Aisyah.

"Kawan Adriana kan duduk kampung, jauh. Macam mana nak datang?" tanya Adriana. Puan Aisyah senyum dan menggeleng.

"Bukan maksud mama begitu. Nanti Adriana sekolah, ada kawan. Ajaklah mereka" jelas Puan Aisyah.

"Emm. Mama, nanti Adriana sekolah kat mana?" soal Adriana.

"Adriana nanti sekolah di Elizabeth High School. Best sekolah tu" balas Puan Aisyah, siap puji lagi. Adriana berfikir. Macam pernah dengar sekolah tu? Gumam Adriana.

"Ma pa, itu sekolah elit kan?" soal Adriana, dia berminat pula bincang sekolah itu.

"Aah" balas Puan Aisyah.

"Adriana tak nak lah sekolah elit. Adriana lagi suka sekolah biasa-biasa" balas Adriana.

"Adriana, kami dah daftar kamu belajar di situ. " balas Encik Haider. Dia dan Puan Aisyah sudah penat-penat daftarkan Adriana sekolah di situ walaupun kerja mereka berlambak.

"Ok" balas Adriana. Dia hanya menyambung makan. Sebenarnya dia tidak suka sekolah elit, nak buat macam mana kalau Puan Aisyah dan Haider sudah lama mendaftarkannya di situ.

- - - - -
Macam mana?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro