{2}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KAKI menapak ke kelasnya. Kelihatan Alya dan Wenting yang sedang sibuk berborak rancak tanpa sedar kehadirannya. Adriana berjalan maju ke meja kosong sebelah Alya. Beg diletak dahulu sebelum duduk di atas kerusi.

"Eh, Adriana. Tak perasan tadi" ucap Alya. Mereka berdua senyum kepada Adriana. Lalu Adriana membalas senyuman mereka.

"Korang sibuk berbual, memanglah tak perasan aku" balas Adriana. Dia menatap wajah kedua-dua kawannya yang tersengih.

"Hehe, kami berbual cerita menarik"

"Cerita apa?"soal Adriana.

" Cerita yang Wenting akan pergi Pertandingan Chess peringkat negeri tidak lama lagi"

"Ouh. Aah lah. Nanti Wenting berusaha tau. Sampai ke peringkat antarabangsa" pesan Adriana.

"Harapnya" ujar Wenting, senyum tidak lekang di bibirnya.

"Korang. Aku pun ada berita. Tapi harap korang jangan sedihlah" kata Adriana. Sudah sampai masanya untuk memberitahu kedu-dua kawannya yang paling rapat.

"Apa maksud kau jangan sedih?" soal Alya.

"Kalau beritanya sedih, kami tak boleh buat apa selain nangis" ujar Wenting.

Mulut Adriana tiba-tiba terkunci. Sama ada nak beritahu ke tak. Tadi dia nak beria beritahu kepada mereka, tetapi tiba-tiba mulutnya digam. Alya dan Wenting tidak sabar dengan berita yang disampaikan.

"Sebenarnya..."

"Ya? Sebenarnya apa?" tanya Alya dan Wenting serentak.

"Sebenarnya minggu depan aku pindah" jawab Adriana dan wajahnya sudah datar. Dia melihat Alya dan Wenting. Mereka berdua tergamam dan kurang kata-kata. Speechless.

"Kau... Pindah? Pindah rumah atau sekolah?" soal Wenting, meminta kepastian.

"Kedua-keduanya" jawab Adriana. Alya dan Wenting tidak mampu menahan air mata mereka. Mata mereka panas. Tapi apa mampu, mereka tidak boleh tahan air mata persahabatan.

"Hiks, Adriana janganlah tinggalkan kami" Mereka berdua terus memeluk Adriana. Orang sekeliling memandang mereka bertiga. Drama pagi apa hari ini?

"Uuui, janganlah sedih kat sini. Orang tengok kita lah" ucap Adriana. Alya dan Wenting meleraikan pelukan. Tangan mereka mengelap sisa air mata di pipi dan bawah mata.

"Kami rindu Adriana. Kau lah beri kami semangat kepada kami" jawab Alya.

"Ya. Kau pun beri semangat kepada sekolah. Kesian sekolah, tanpa kau sekolah ni tidak disebut-sebut seluruh negara" ujar Wenting.

"Paling penting, kau lah kawan baik, peramah, kuat dan bijak macam aku" kata Alya, tangannya meletak bahu Gempa. Wenting menjeling Alya.

"Jadi aku ni lagi bijak dari koranglah?" soal Wenting.

"Ehem. Aku tak kata kau lagi bijak" balas Alya, matanya jeling Wenting.

"Oh, aku ni tak bijaklah?!" tanya Wenting balik.

Dah mula dah, Omel Gempa. Kalau bab kepandaian ni, mereka tidak boleh berbincang langsung. Silap-silap berlaku perang dunia ketiga.

"Sudah sudahlah tu. Waktu macam ni korang nak bergaduh?" tanya Adriana. Alya dan Wenting berhenti bergaduh. Mereka sempat beri jelingan maut sebelum cikgu masuk ke kelas mereka.

❤🔪❤🔪❤

SUASANA di kantin sungguh sesak. Murid-murid berhempit-hempit membeli makanan. Semua meja hampir penuh. Dan salah sebuah meja ini, diduduki oleh tiga orang pelajar perempuan. Mereka berbual dan makan, tidak mempedulikan kawasan sekeliling mereka.

Sepasang mata memerhati mereka. Tetapi lebih tertumpu gadis bertudung wajah comel, Adriana.

"Adriana, aku rasa ada orang perhati kat kau" bisik Alya. Mata Adriana kuyu. Dia kenal orang yang memerhatinya.

"Aku tahu siapa yang asyik tengok aku" jawab Adriana sambil mulutnya mengunyah makanan.

"Kau tahu ke siapa?" soal Wenting.

"Korang ni. Bebanyak orang di sini, siapa yang asyik ikut aku ke mana-mana?" tanya Adriana. Soalan di balas soalan. Biar kawannya dapat jawapan sendiri.

"Ouh. Ok. Aku dah dapat teka" kata Wenting. Alya menangguk kepala. Soalan Adriana memang senang saja. Mereka sambung makan semula.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki muncul dan duduk sebelah Adriana. Lelaki itu senyum kepada Adriana, tetapi Adriana membalas dengan jelingan.

"Kenapa ni masam-masam?" Tanya lelaki itu dan cuba mencubit pipi Adriana. Namun, tangan Adriana cepat menepisnya.

"Aiman, lebih baik kau blah sekarang" kata Adriana kepada Aiman. Aiman hanya sengih sahaja.

"Relaks lah sayang. Sayang dah buka hadiah abang?" tanya Aiman.

"Jangan panggil aku sayang macam suami isteri. Gelilah. Hadiah kau tu aku dah tengok dah. So pergi berambus" jawab Gempa.

"Wah. Comelkan?"soal Aiman.

"Ye, ye. Alya, Wenting. Jom blah. Takde selera dah aku makan" kata Adriana dan dia bangun. Alya dan Wenting menurutinya dan bangun dari bangku.

"Eh, nak pergi mana ni?" Tanya Aiman dan memegang tangan Adriana. Terus Adriana menarik tangannya dan mukanya merah akibat marah. Dahlah dapat dosa free tanpa sengaja.

"Ish. Jangan pegang tangan akulah. Haram. Jom Alya, Wenting!" Terus Adriana lari dan membawa pinggannya. Alya dan Wenting di belakang nya.

"Tch, Adriana. Takpe, nanti kau tidak lama lagi cari aku" gumam Aiman dan dia senyum sinis.

- - - - -
Macam mana? :V

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro