{1}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ADRIANA, Bang! Meh sini, kita makan" laung Nek Diba. Bergema satu padang dengan suaranya.

Seorang gadis dan seorang lelaki tua yang berpakaian silat berjalan menuju Nek Diba. Terbit senyuman kedua-dua mereka dan peluh tidak lekang basah di pipi mereka.

"Nah!" Nek Diba menghulurkan dua helai sapu tangan kepada mereka berdua. Mereka mengambil dan mengelap peluh di serata muka.

"Uuh, penatnya" keluh Adriana dan duduk kerusi. Mana taknya, dia sudah berlatih silat selama dua jam. Nek Diba dan Tok Sof juga mengambil tempat duduk.

"Nah, Ice chocolate"
Nek Diba menghulurkan secawan minuman coklat kepada Adriana. Terus Adriana mencapai dan meneguknya.

"Hahh, leganya"

Memang cuaca hari ini sungguh terik. Dengan baik hati Nek Diba tolong membuat minuman untuk mereka. Lega tekak.

"Bang, tadi Diba dapat panggilan" beritahu Nek Diba kepada Tok Sof. Tok Sof yang sedang minum, mengerlingnya.

"Siapa?"

"Anak kita"

Senyuman terbit pada bibir Tok Sof. Adriana yang dengar perbualan mereka hanya diam dan senyumannya mati.

"Dia cakap apa?"

"Dia cakap nak datang dan ambil Adriana"

Adriana diam berkutik. Dia menundukkan wajahnya sambil memandang ke arah minuman yang dipegangnya.

"Adriana?"

"Ya, tok" balas Adriana, kepala nya diangkat dari bawah dan memandang nenek dan datuknya semula. Jelas muka Nek Diba dan Tok Sof memapar muka risau.

"Adriana ok kan balik dengan ayah? Adriana sudah lama tinggal sini"ujar Tok Sof.

"Adriana ok je."balas Adriana dengan nada lemah.

"...Cuma nanti kat sana Adriana rindu nenek dan atuk" balas Adriana semula. Bibirnya mengukir senyuman nipis untuk menghilangkan kerisauan kedua-dua mereka.

"Haha, apa susah? Telefon kami je. Bukan Adriana tiada telefon" sindir Nek Diba. Adriana menggaru kepalanya walaupun berlapik kain tudung. Nek Diba memang suka buat pesanan tetapi lebih ke pada sindir.

"Err, bila balik?" soal Adriana.

"Minggu depan. Kemas baju dan sedia barang tau" pesan Nek Diba.

"Ok!" balas Adriana. Dia cepat menghabiskan minumannya sebelum masuk ke rumah untuk mandi kerana badannya lekit dengan peluh.

❤🔪❤🔪❤

API dapur diperlahankan sikit. Nek Diba mencapai kain tuala biru yang tergantung, lalu mengelap tangannya yang sedikit basah. Adriana di meja makan hanya memotong bawang, sesekali keluar air matanya disebabkan bawang.

"Assalammualaikum! " laung satu suara garau di hadapan rumah mereka.

"Adriana, kamu pergi potong bawang, halia dan lobak merah tu. Nek nak pergi depan dulu. Siapalah yang datang ni?" Sembut Nek Diba sebelum pergi ke depan. Adriana mengangguk dan senyum.

Tanpa buang masa Nek Diba pergi ke depan pintu. Dia membuka pintu dan terjengul seorang jejaka tercegat di depan rumahnya.

"Waalaikummusalam. Oh, Aiman rupanya. Datang sini jumpa Adriana ya?" Senyum dicarik Puan Diba dan menatap Aiman.

"Hehe, Nek Diba tahu-tahu je" Kepala Aiman digaru, segan.

"Kamukan asyik datang rumah Nek Diba sebab nak lawat Adriana je. Tak hairan lah Nek Diba tahu. Tak pe, masuk Aiman. Macam biasa" pelawa Nek Diba dan badannya diketepikan untuk memberi ruang Aiman masuk. Aiman berjalan maju dan mengambil tempat duduk di ruang tamu.

"Kejap ya Nek Diba panggil Adriana. Dia sedang masak tu" ucap Nek Diba. Aiman senyum dan mengangguk kepala.

Nek Diba lantas berjalan ke dapur. Dia memandang Adriana yang masih memotong bahan apa yang disuruhnya.

"Adriana, kawan kamu datang" ujar Nek Diba.

"Alya dan Wenting?"

"Bukanlah. Yang asyik jenguk kamu tu"

"Aiman?"

"Hah, betul pun. Dia tengah tunggu kamu tu di depan" ujar Nek Diba. Tetapi Adriana hanya membuat muka datar saja.

"Nek layan dia lah. Adriana yang masak semua ni. Ok?" Sembut Adriana. Sebenarnya dia tidak mahu jumpa Aiman, naik menyampah melihat mukannya.

"Adriana. Dia datang nak jumpa kamu. Tapi kamu tak nak berjumpa dengannya. Tak elok buat tetamu begitu. Beritahu nek, kenapa Adriana tak nak berjumpanya?" soal Nek Diba prihatin. Tak tahu lah kenapa cucunya layan Aiman sebegitu.

Adriana mendengus, tetapi dia akur sahaja. Dia mencapai tudung yang gantung di kerusi, lantas disarung di atas kepalanya. Dia berjalan maju ke ruang tamu. Kelihatan Aiman duduk di atas sofa dan tangannya memegang beg kertas.

Dengar saja derapan kaki, kepala Aiman diangkat dari menunduk, memandang hadapannya. Adriana yang berpakaian ringkas tapi tetap menarik perhatiannya. Tak puas-puas dia menilik wajah Adriana.

Adriana mengambil tempat duduk jauh dari Aiman. Dia melihat Aiman yang diam berkutik dan tidak habis merenungnya. Dia sungguh tidak selesa dengan renungan Aiman terhadapnya.

"Ehem!" deham Adriana kuat, cuba menarik perhatian Aiman. Aiman terus tersedar bahawa dia sudah menatap Adriana lama.

"Oh, Adriana. Apa khabar?" Senyuman dicarik oleh Aiman. Dia masih menatap Adriana. Baginya tidak cukup meneliti wajah Adriana.

"Kau asyik tengok aku ni tak nampak ke aku sihat? Apa yang kau nak datang sini?" Sembut Adriana. dia cukup rimas kehadiran Aiman.

"Nah Adriana. Aku beri hadiah" Aiman senyum dan menghulurkan beg kertasnya kepada Adriana. Adriana lambat-lambat mengambilnya.

"So aku dah amik ni pergilah?!" halau Adriana.

"Please Adriana. Marilah kita bercinta semula macam dulu " rayu Aiman dan mendekati Adriana. Adriana hanya tersenyum sinis.

"Bila masa kita pernah bercinta? Aku cuma TER'CRUSH' dengan kau." ucap Adriana dan menekankan perkataan TER'CRUSH'.

"Kalau kau crush dengan aku. Meh kita couple. Sweet.."

"Sorry lah Aiman. Kita masih bersekolah dan belum layak untuk bercinta. Aku ni sekarang dah tak de masa nak cinta cintun ni. Dah lah keluar!" Adriana menarik lengan Adriana dan membawanya keluar dari rumah. Apa? Adriana ada stamina kuat, jadi tak hairanlah dia tarik Aiman macam dewasa lelaki.

"Please Adriana. " rayu Aiman di depan rumah.

"Sorry lah but I don't want play your game" Lantas, Gempa menutup pintu rumah dengan kuat. Tersentak Aiman di luar.

Selepas menghalau Aiman, Adriana menuju ke dapur, beg kertas yang diberi Aiman disorok di belakangnya.

"Eh, mana Aiman?" soal Nek Diba yang mengacau makanan di dalam kuali.

"Dah balik dah" kata Adriana. Dia membuang beg kertas itu diam-diam ke dalam tong sampah.

"Nek baru nak kasi dia rasa masakan nek" ujar Nek Diba. Adriana hanya tersengih saja.

"Nak buat macam mana nek? Dia nak balik cepat. Tiada masa".

" Adriana, kenapa kamu dekat dengan tong sampah tu?"tanya Nek Diba dan merenung cucunya di depan tong sampah itu.

"Nak buang plastik gula-gula ni hah. Nek, Adriana pergi bilik Adriana ya" minta Adriana. Nek Diba mengangguk saja. Lantas, Adriana berjalan maju ke biliknya.

- - - - -
Macam mana?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro