P R Ó L O G

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TERKETAR- ketar badannya seraya turun naik nafasnya. Rintisan hujan tidak berhenti menurun di atas muka bumi. Dia rasa kesejukan dan bajunya basah kuyup.

Meskipun begitu, dirinya masih bertenaga untuk berlari dari si dia. Akibat tergesa-gesa lari, kakinya tersandung dan dirinya hampir terjatuh. Nasib dirinya baik, mukanya tersembam dada bindang dan badannya dipaut oleh tangan sasa.

Perlahan-lahan, matanya memandang gelaran yang menyelamatkannya. Dia terkesima. Wajah itu sungguh cukup kenal.

"Fi...Fitri?"

"Adriana" gumam Fitri dan dia memeluk Adriana. Adriana hanya mampu menangis dan tidak membalas apa-apa.

Dia penat. Penat hadapi dunia ini yang sungguh kucar-kacir.

"Wah, wah! Drama percuma apa hari ini?" Suara garau menarik perhatian mereka. Fitri memandang pemuda itu tajam. Pemuda itu. Dialah yang membuat hidup Adriana sebegitu.

"Adriana, pergi belakang aku" arah Fitri. Adriana mengangguk dan mengikuti arahan Fitri. Kedua tangannya memegang bahu Fitri seraya matanya mencuri pandang pemuda di hadapan mereka yang memegang sebilah pisau.

"Aiman, please berhenti lakukan benda ni" ujar Fitri dengan tenang. Pemuda yang bernama Aiman hanya senyum sinis.

"Kau nak aku berhenti buat apa?" tanya Aiman. Jari telunjuknya mengusap pisau di tangannya dan terkeluar beberapa titis cecair merah di pisau itu. Jari telunjuk itu masih tidak berhenti keluar darah. Adriana melihat jari Aiman sungguh ngeri.

"Kami berdua tak nak main dah game kau. " balas Fitri.

"Ini baru pertengahannya. Belum habis lagi. Takkan nak keluar?"

"Kami tetap mahu keluar!" tengking Fitri. Tahap kesabarannya menghilang apabila Aiman cuba mempermainkan kata-katanya. Aiman hanya senyum apabila ditengking. Best apa?

"Boleh, tetapi kau kena langkah aku dulu. Baru boleh keluar" jawab Aiman.

Fitri terdiam. Dia akan menghadapi Aiman yang sudah ada senjata tapi dirinya tiada.

Tangan Adriana mencengkam bahu Fitri kuat seraya kepalanya digeleng. Dia tidak mahu Fitri pergi semata-mata dirinya. Ekor mata Fitri memandang Adriana di belakangnya.

"It's okay Adriana"

"Tapi..."

Tangan Fitri menarik tangan Adriana supaya melepas bahunya. Tanpa pilihan lain, Adriana terpaksa melepaskannya. Aiman hanya menatap mereka dan bibirnya masih tidak lenguh dengan senyuman jahatnya. Tidak sabar rasanya untuk bermain permainan yang lebih menyeronokkan.

Kaki Fitri perlahan-lahan melangkah ke depan. Jari-jari Aiman mencengkam pisau dengan kuat.

"Let's start the game"

- - - - -
Cerita baru. Yup, sama je cerita Ira lagi satu. Dah xde keje.
(・∀・)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro