01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Angin malam yang sempoi bertiupan di sekitar udara. Memandangkan cuaca baru sahaja hujan, keluarga Datuk Mikail makan malam awal disebabkan faktor suhu yang akan menyejuk disekitar pukul sembilan malam.

"Reen dah bersedia?" Tanya ayah kandungnya atau lebih dikenali sebagai Datuk Mikail, usahawan lelaki yang terkenal di Malaysia.

"Belum." Jawabku ringkas.

"Jangan risau, aku kan ada." Balas abang sulungnya iaitu Putera Ayyan. Aku memandangnya lama lalu berkata " Kau tingkatan enam , aku lima." Bibir di cebikkan sedikit.

"Satu sekolah juga." Balas Datuk Mikail tenang. Aku cuma beri senyuman manis.

Makanan dihidang di atas meja oleh Mak Minah  iaitu pembantu rumah ini. Datin Azira turun ke dapur setelah selesai menunaikan solat maghrib.

"Hai Mummy!" Tegurku mesra apabila nampak kelibat Datin Azira memasuki ruangan dapur. Dia tersenyum manis ke arahku dan mengambil tempat di sebelah Datuk Mikail.

"Jemput makan Datuk, Datin dan cik muda." Semua menjamu selera dengan tenang dan gembira. Setiap minit, mesti ada saja lawak hambar yang keluar dari mulut Ayyan.

Selesai makan, Datuk Mikail akan naik ke tingkat tiga dimana ada satu pejabat kecil untuk dia menyiapkan beberapa kerjanya yang tertangguh di pejabat. Kebiasaannya Ayyan dan aku akan menonton TV di ruang tamu manakala Datin Azira menonton TV di biliknya.

"RM lah!" Kataku. Aku cuba sedaya upaya untuk merampas alat kawalan jauh TV di tangan Ayyan tetapi tetap gagal. Untuk pengetahuan anda, RM bukannya Ringgit Malaysia ataupun Rap Monster tetapi ianya adalah Running Man. Rancangan hiburan korea yang akan menarik perhatian peminat korea mahupun luar negara untuk menonton.

"Hari-hari tengok bola, tak bosan ke?" Tanyaku sedikit geram. Memang setiap hari dia akan menonton bola. Yang aku tak tahannya bila dia tengok bola yang dia dah tengok dua hari lepas atau sebaliknya.

"Hari-hari tengok korea, tak bosan ke? Dah lah semua muka macam pondan." Kata Ayyan tanpa perasaan. Aku yang mendengar mahu saja meletop. Sampai hati dia kata oppa kesayangan aku muka macam pondan.

"Muka kau tu macam lah lelaki sejati sangat." Balasku ingin mempertahankan oppa kesayanganku. Sesedap perencah nasi goreng adabi je dia nak cakap muka oppa aku 'pondan'.

"Okey." Balas Ayyan sengaja mahu sakitkan hati aku. Aku mendiamkan diri sambil muka disebamkan ke bantal sofa. Malas nak hadap muka pondan dia. Ayyan mengeluh perlahan.

"Ambillah!"Ayyan menghulurkan alat kawalan jauh TV kepadaku, dengan laju aku mengambil dan duduk rapat dengannya.

"Malam." Dengan suara yang tak puas hati, dia naik ke biliknya. Aku dapat dengar hentakkan kakinya di setiap anak tangga. Setelah habis menonton, aku naik ke bilik dengan hati yang riang. Benda pertama yang aku pegang selepas masuk ke dalam bilik ialah telefon pintar.

Ting!

Ayyan 👿
Ada lori ada bas, lain hari aku balas

tak tanya 👅

Aku bagitahu, tak ada suruh kau tanya pun

Lalalalalalala

Ada langaulah!

Ehh dia terbang 🐷💨


Jink jink anjik 🐕

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu
Di dunia ini

Dan kau abang yang tak guna
yang aku kenal
Selama ini

Hahahahaha

Lawaknyaaaaaa

Menyampah pula chat kau 👅

Tak tanya

Bluetick.

Aku membebel seorang diri. Aku benci bluetick.

***

Tengku Daniel turun ke dapur rumahnya untuk mengambil segelas air minuman dan kembali semula ke dalam biliknya untuk menyiapkan tugasan kerja yang masih lagi tidak disentuh.

Kerusi meja ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya dengan selamat. Segelas air tadi diletakkan di tepi meja. Beberapa saat kemudian, meja belajarnya bergetar akibat daripada getaran telefon pintarnya. Mungkin getaran itu mengganggunya jadi dia mematikan telefon bimbitnya.

Setelah selesai menyiapkan tugasan, dia menghidupkan semula telefon pintarnya. Dia perlu membaca dahulu mesej-mesej yang dia dapat beberapa jam lepas. Mana tahu ianya mesej penting daripada guru pengawas ataupun guru disiplin sekolah.

"Tahu buat bising je." Runggut Daniel apabila grup gengnya ada berpuluh-puluh mesej.

Instafamousboy 👑

Aliff pendek
Assalamualaikum kawan kawanku

Ayyan gay
Waalaikumussalam sayangku

Aliff pendek
Eee, gay👅

Ayyan gay
Hahahahahahahahaha, buat lawak apa siak @Aliff  pendek

Hazmi poyo
Bual apa je?

Ayyan gay
Bual sakan

Aliff pendek
Mana leader group ni?

Ayyan gay
Ya, saya

Aliff pendek
Kau penolong je, bukan ketua group

Ayyan gay
Tapi, aku admin jugak 🙌

Hazmi poyo
Perasan tahap gaban

Aliff pendek
Hahahahahaha

Ayyan gay
Ketawalah sorang-sorang

Hazmi poyo
@ayyan gay, pernah tengok katak terbang tak?

Ayyan gay
Tak

Aliff pendek
Aku tahu macam mana katak tu boleh terbang

Bila kau bual gempak gila!
HAHAGAHAHAHAHAHAGAHAHGAHA

Hazmi poyo
Bravo bro!

Ayyan gay
selamat tinggal semua :)

Ayyan gay left

Aliff pendek
Dia merajuk pula
Hadumak!

Hazmi poyo
Salah kau la Liff!

Aliff pendek
Amboi kau, salah kau lah!

Hazmi poyo
Tak! Salah kau

Aliff pendek
Salah kita dua

Hazmi poyo
Itu aku boleh terima

Aliff pendek
Nak add dia balik?

Hazmi poyo
Add lah

Aliff pendek add Ayyan gay

Ayyan gay
Tahu pun tak boleh hidup tanpa aku 👅

Aliff pendek
Nak muntah beb

Ayyan gay
Jujur jela
Aku tahu korang sunyi tanpa aku

Hazmi poyo
Yela Yan

Aliff pendek
Yeyeyeyeyeyeyeyeyeyeyeye

Ayyan gay
Itu macam jahanam
@aliff pendek @hazmi poyo, view je ke?
Yang lagi sorang tak online


Bual kosong rupanya, ingatkan benda penting
Lolzzzz

Ayyan gay
Hye abang famous
Imissyou👅

Hye adik famous 😂
Ihateyou👅

Aliff pendek
Saya nak hye juga abang famous 👅

Hye jebon 👅

"HAHAHAHA!" Daniel ketawa sendirian apabila baca balik apa yang dia hantar. Mungkin Aliff tengah kutuk dirinya sekarang ni, Sebab tu dia lambat balas.

Aliff pendek
Aku doakan suatu hari nanti kau akan bercinta
Amin

Ayyan gay
Amin

Hazmi poyo
Tak salahkan mencelah👅
Amin

Kau jangan macam-macam @Aliff pendek,
aku hampir mati dengan perempuan yang gedik

Ayyan gay
Bukan masalah aku
#gelakjahat

Aliff pendek
HAHAGAHAHAHGAGAHAHAGAHAHGA
#gelakjahat

Daniel menyimpan telefonnya di dalam laci. Dia mengatur langkah menuju ke bilik air untuk memberus gigi dan mencuci muka. Selesai saja, lampu bilik di tutup lalu dia baring di atas katilnya yang empuk. Mata mula dipejamkan maka dia terlena dalam suasana malam yang dingin.

***

Datin Azira duduk bersila di atas katilnya sementara menunggu suaminya, Datuk Mikail selesai menunaikan solat isyak. Disebabkan jam baru saja masuk pukul 9 malam, dia mengambil telefon pintarnya untuk menelefon seseorang.

"Assalamualaikum." Sapa orang yang berada di dalam talian. Kedengaran seperti suara lelaki.

"Waalaikumussalam. Yus ada kerja tak?" Tanya Datin Azira dengan penuh harapan.

"Buat masa ni, Yus belum ada kerja. Kenapa Datin?"

"Saya ada kerja untuk kamu." Jawab Datin Azira dengan senyuman yang gembira.

"Kerja apa?"

"Boleh tak awak berkerja semula di rumah saya sebagai personal driver anak bongsu saya." Tanya Datin Azira. Datuk Mikail yang baru saja selesai solat terus melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan dengan Datin Azira.

"Sudah tentulah boleh Datin."

"Terima kasih Yusri."

"Patutnya saya yang berterima kasih kat Datin. Okeyla Datin, saya nak tidur dulu."

"Baik. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan. Datin Azira tersenyum manis ke arah Datuk Mikail.

Yusri, 25 tahun. Dia sebenarnya bekas personal driver Ayyan dua tahun lepas tapi disebabkan Ayyan sudah mendapat lesen memandu pada umur 17 tahun. Dia selalu pergi ke sekolah menaiki keretanya. Jadi dengan itu Yusri kehilangan kerja.

"Awak telefon siapa tadi?" Tanya Datuk Mikail. Dia juga bersila sambil tangan memegang senaskah majlah. Datin Azira membalas "Yusri. Saya ambil dia berkerja balik."  Dengan tenang.

"Okey."

***

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro