02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebelum aku teruskan jalan cerita, aku nak memperkenalkan diri aku dahulu. Nama aku Puteri Azreen tapi kebanyakan orang akan panggil aku dengan gelaran 'Reen'. Aku berumur 17 tahun dan harini adalah hari pertama aku bersekolah di Viction High School.

"Cik muda, kita dah sampai." kata Yusri. Kereta itu memang betul-betul berhenti di hadapan pagar sekolah jadi siapa yang berada si situ akan memandang.

"Berapa kali Reen cakap, jangan panggil cik muda." Kataku. Aku bukannya puteri raja sehinggakan dia perlu memanggil aku dengan gelaran 'cik muda'.

"Yela Reen. Abang Yus menurut perintah." Balas Yusri sambil menggelengkan kepala. Aku menggalas beg ke bahu. Yusri turun dari tempat pandunya dan dia tolong bukakan pintu untuk aku keluar. Semua pelajar melihat aku sebaik sahaja aku keluar daripada kereta. Baru rasa macam puteri diraja macam ni.

Diorang tak pernah tengok budak baru ke? Ataupun pakaian aku pakai ni salah ? Ataupun abang Yusri ni terlampau hensem? Ye, aku rasa tu sebabnya.

Yusri masuk semula ke tempat pemandu. Kereta itu meluncur pergi meninggalkan pekarangan sekolah. Aku berjalan dengan perasaan gembira kerana hari pertama persekolahan.

Pintu pagar aku lepasi, ada seorang pengawas lelaki sedang bertugas disitu, tanda nama dia Hazmi . Dia senyum ke arah ku jadi aku senyum la balik, aku bukan kedekut senyuman.

"Pagar dah lepas! Sekarang pejabat pula." Kataku perlahan. Kekadang rasa geram juga bila Ayyan buat janji keling. Dia kata nak tunggu aku kat depan pagar tapi yang aku nampak hanyala kereta Honda dia saja. Batang hidung tak tahu pergi kemana.

Dalam seronok berjalan, tiba-tiba ada tiga orang pelajar perempuan datang menghampiriku, aku menoleh ke arah belakang dan tiada sesiapa pun jadi ini bermakna orang tu nak datang ke arah aku. Aku apa lagi, jalan buat tak nampak mereka.

"Kau budak baru ke?" Tanya salah seorang daripada mereka. Ingatkan pelajar sekolah international ni semuanya beradab rupanya tidak. Sempat aku mengutuk sekolah yang ayah aku bina sendiri.

Mereka ialah kumpulan Qz yang terdiri daripada Dina Allesha sebagai ketua dan Dayana Amila sebagai penolong serta Ain Aqilla. Mereka pelajar senior tingkatan 6, mereka akan berjumpa dengan semua pelajar baru untuk dibuli dan bagi amaran seperti 'jangan dekat dengan instafamousboy'.

"Ya. Kenapa?" jawabku malas. Aku mula panas apabila mereka mula rapat dengan aku. Kalau aku kata 'lesbian' nanti, mereka bertukar jadi harimau pula. Kalau nak ikutkan muka memangla cantik tapi malangnya adab ke lautan pasifik.

"Adik, adik ada duit tak? Boleh bagi akak tak? " Tanya Ain dengan ketawa sinis, bunyi macam mendesak bukannya meminta.

"Adik, akak nak pesan sikit, jangan dekat dengan instafamousboy." Pesan Dina dengan penuh amaran.

"Kalau adik degil, akak akan kurung adik dalam bilik stor." Ugut Dayana pula.

"Buang masa!" kataku. Aku cuba untuk jalan, semua pelajar terkejut dengan tindakan aku. Mungkin selama ini belum pernah ada dalam rekod, pelajar baru melawan Qz dan pada harini, tercatatlah rekod baru untuk semua orang.

"Berani eh kau melawan!" Marah Dina. Anginnya mula keluar, bahu aku ditolak dengan kuat.

"Kita kena ajar dia ni." Balas Dayana tak puas hati. Dia menarik beg aku, dengan itu beg sekolah jenama converse telah pun mencium lantai sekolah yang entah berapa lama tak mop. Okey, gurau!

"Beg mahal tu. Ingat aku beli pakai duit bapa kau ke?" Tengkingku. Tahap kesabaran aku mula hilang. Semua orang terkejut, ada yang belari ingin meminta tolong Instafamousboy dan ada yang tengah bertepuk tangan. Seronok barangkali.

"Wau! Budak baru dah tunjuk belang beb! Kau ingat ni sekolah bapa kau punya ke!" Tengking Dina dengan disertakan sekali penampar percuma tapi nasib aku sangat baik kerana ada satu tangan yang menghalang tangan Dina daripada menampar pipi mulus aku.

Wau! Hero Drama TV3 dah muncul! Eh salah, abang kepada heroin Instafamous, ILoveYou dah muncul. Kenapa hero suka muncul lambat? Jawablah sendiri.

"Jangan kau berani nak tampar dia." Kata Ayyan tegas. Dia melepaskan tangan Dina dengan kasar. Wajah aku dipandang sekilas. Orang ramai sudah bertepuk sakan, lagi-lagi yang haters Dina.

"Kenapa ni sayang? Tak baikla marah-marah." kata Dayana ingin menarik perhatian, Dayana memang suka sangat dekat Ayyan sampai sanggup bunuh orang yang cuba rapat dengan Ayyan kecuali mak bapa dia. Nanti kalau dia bunuh, tak dapat restu pula.

"La your girlfriend ke ?" Aku memandang Ayyan sinis. Dia terus membalas, "Banyakla kau, aku pun tak kenal dia." Dina semakin geram.

"You siapa nak halang I daripada tampar dia?" Marah Dina, dia baru nak bagi pengajaran jangan biadap dengan pelajar senior tapi ada hero datang selamatkan. Malang sungguh nasibnya.

"Kau siapa nak tampar dia?" Balas Ayyan kembali. Kita bagi ayat dia balik.

"I Dina Allesha, leader group QZ." Jawab Dina angkuh. Dia tanya soalan. Kita wajiblah jawab.

"Dia Puteri Azreen, adik aku." Kata Ayyan dengan ringkas.

"Puteri Azreen?" Dina mula cemas. Mukanya sudah berpeluh. Habis solekkan 5 inci nya terpadam. Kesian sungguh.

Tiba - tiba Pengetua sekolah bersuara, "Kenapa bising-bising ? Ni sekolah bukannya pasar borong!"

"Eh Azreen, Reen okey?" Tanya Pengetua lemah lembut. Sememangnya Pengetua sudah tahu kehadiran Azreen melalui Datuk Mikail. Aku rasa macam puteri raja pula.

"Dia cuba tampar Reen." Jawab Ayyan selamba.

Aku menjeling Ayyan sekilas. Aku tak ada suruh pun dia jawab tapi mulut dia tu ada je nak buat amalan baik.

"Reen okey je Maksu, Eh Puan Pengetua." Balasku dengan senyuman tipis.

"Kamu minta maaf dekat dia sekarang." Arah Pengetua. Dina mengeluh perlahan. Dalam kepala otaknya tidak habis-habis menyumpah seranah aku.

"Aku minta maaf." Dina menghulurkan tangan sebagai tanda meminta maaf. Aku sambut hulurannya dengan terpaksa. Kalau bukan sebab ada Maksu, aku tak akan melayannya.

"Nah beg kau. Lain kali hati-hati." Ayyan ambil beg aku yang berada di atas lantai dan memberi semula kepadaku. Dia terus pergi dari tempat kejadian termasuklah dengan aku sekarang ni. Malu juga lah ada beratus pelajar yang sedang memerhati.

***

Dina masuk bilik Pengetua dan Aku masuk bilik guru disiplin. Memang semua murid baharu akan berjumpa dengan guru disiplin terlebih dahulu sebelum ke kelas. Pelik Bukan ?

"Puteri Azreen Datuk Mikail?" Tanya Cikgu disiplin tersebut. Atas mejanya ada 2 jenis rotan yang terdiri daripada rotan buluh dan kayu.

"Ya saya." Jawabku sambil melabuhkan punggung di kerusi hadapannya. Sekali aku pandang rotan dia, terdetik juga kat hati ni mana dia beli sampai rotan tu panjang satu meja.

"Saya Cikgu Hafiz, Guru Disiplin sekolah ini. Sekolah ini memang ada peraturan yang ketat. Awak buat salah, awak kena hukum gantung sekolah." katanya dengan riak wajah yang tegas. Suasana jadi sunyi seketika.

"Selamat bersekolah." Cikgu Hafiz meletakkan satu fail berwarna biru dan satu kunci loker di atas meja. Aku ambil dengan senyuman manis

"Segala benda yang berkaitan dengan sekolah ini sudah ada di dalam loker kamu. Jadi kamu boleh keluar sekarang." Ujar Cikgu Hafiz. Aku mengganggukkan kepala. Kunci loker dan fail biru itu aku ambil lalu berdiri.

Aku keluar dari bilik disiplin dan pada masa yang sama Dina juga keluar dari bilik Pengetua. Mata kami berdua bertembung dan Dina laju menjeling aku dan pergi dari situ.Aku menahan marah. Aku terus keluar untuk mencari dimana kawasan loker terletak. Aku perlukan bantuan Ayyan.

"Ayyan!" Panggilku separuh kuat apabila nampak kelibat abangku di dalam kafeteria. Semua orang memandang aku pelik, hehehe.

"Jom." Ajak Ayyan, dia macam tahu je apa aku nak tanya. Ayyan membawa aku ke loker blok A yang berada di aras bawah.

"Ni loker blok A."

"Terima kasih." Ucapku. Ayyan tersenyum dan meninggalkan aku seorang diri semula. Bencinya dengan perangai dia yang satu ini. Dia tak reti ke tunggu sampai aku masuk ke dalam kelas? Bruhh. Tanpa membuang masa aku masuk ke dalam tempat itu. Loker A07 aku cari dengan penuh teliti. Bila sampai aku terkejut sedikit.

"Kenapa loker A0 besar daripada loker A1 eh?" Tanyaku seorang diri. Aku tahu tiada sesiapa yang akan menjawab soalan aku tapi aku tetap juga mahu menanya.

"Sebab A0 untuk VIP dan A1 biasa." Jawab seseorang. Aku yang terkejut terus menoleh ke arah belakang. Takut yang jawab tu bukan manusia je. Ishh teruk betul fikiran aku ni sampai fikir makhluk lain.

"Terkejut saya" Kataku. "Maaf" Balas seorang lelaki yang menegurku tadi. Dia menggaru kepalanya dengan sengehan sebelum datang ke arah aku.

"Saya Aliff." Lelaki berbaju biru dan vest hitam itu memperkenalkan dirinya. Aku tersenyum.

"Mana loker awak?" Tanyanya lagi. Aku menunding jari ke arah loker tadi, Aliff menggangguk sebagai tanda dia faham.

Aku buka loker dengan kunci yang di beri. Di bahagian belakang pintu terdapat satu cermin dan jadual belajar. Di dalam loker bahagian kanan, tersusun buku-buku dan di bahagian kiri ada pakaian sukan sekolah dan rumah sukan. Aku melihat jadual haini seraya itu tangan memasukkan buku ke dalam beg sekolah. Selesai saja aku ambil tanda nama jenis magnet dan pakainya di bahagian dada belah kiri.

"Awak kelas apa? Mari saya tolong hantarkan." Aliff menawarkan dirinya. Bak kata pepatah 'Rezeki jangan ditolak' jadi aku membenarkan dia menghantar aku naik ke kelas.

"5V." Kami berdua berjalan beriringan menuju ke tangga yang berdekatan dengan kelas 5V atau lebih senang kelas Sains 1 di sekolah ini.

"Bye Reen!" Ucap Aliff apabila sudah menghantarku di tangga tingkat kelasku berada. Aku membalas lambaiannya. Aku lihat semula nametag yang aku pakai. Baru aku tahu dari mana dia tahu nama aku. Hehehehe.

Pintu kelas 5V aku pandang sekejap sebelum mengetuknya. Setelah rasa puas hati, aku ketuk pintu dan Cikgu di dalam suruh aku masuk. Kebetulan masa itu guru kelas yang mengajar. Rasa syukur sangat dalam hati ini.

"Pelajar baru?" Tanya seorang cikgu yang bertanda nama 'Rosa'. Kalau nak ikutkan ayat-ayat yang ditulis di papan putih, Cikgu Rosa ialah Guru matapelajaran Sains.

"Ya!" Jawabku sambil memandang ke arah kelas yang sunyi sepi. Mungkin mereka tak ada perasaan 'suka'

"Introduce your self first!" Arah Cikgu Rosa.

"Nama aku Puteri Azreen. Ada soalan?" Aku hanya memperkenalkan diri sedikit. Malas nak bagitahu benda lain.

"Tak tanya" Balas seorang lelaki atau lebih dikenali sebagai Halim.

"Halim, kamu jangan buat kacau." Cikgu Rosa memarahinya. Halim hanya buat tak endah. Dia duduk semula. Disebabkan tiada soalan lain, Cikgu Rosa menyuruh aku duduk di bahagian belakang. Tablemate aku seorang perempuan.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro