36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku menguap seketika. Kemudian, beransur pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, aku pakai pakaian yang sesuai. Seluar track suit dengan T-shirt hitam lengan pendek aku sarungkan ke badan. Rambut aku ikat tocang macam menara KlCC. Telefon pintar yang sudah 100% baterinya aku ambil.

Aku menuruni anak tangga dengan perlahan. Tiba di tingkat bawah, aku meluru ke arah bunyi bising di dapur.  Masuk sahaja ruangan dapur, semua mata memandang ke arah aku. Makcik-makcik yang ada di dapur hanya tersenyum manis ke arah aku manakala anak dara yang sibuk dengan aktivitinya menjeling ke arah aku.

"Gadis bandar dah bangun. Ingat dia tuan Puteri ke boleh bangun ikut suka hati dia. Fuh! Tak sedar diri dengan menumpang." Sindir Melisa pedas. Aku yang mendengar hanya tersenyum hambar.

"Melisa jaga mulut."

"Mari duduk sini sayang." Arah Tengku Aura lembut.

"Nama kamu Azreen kan? Puteri Azreen?" Tanya Tengku Aura lagi.

"Ya, Puteri Azreen. Boleh panggil saya Azreen ataupun Reen." Aku tersenyum ke arah wanita-wanita yang lebih tua daripada aku itu.

"Reen boleh panggil nenek Tokma. Girlfriend Daniel kan?" Tengku Aura menyoal soalan yang boleh menaikan kemerahan di wajahku. Aku sekadar mengangguk.

"Nama aunty Tengku Aini, boleh panggil Mak Ngah."

"Tengku Munirah, panggil Maksu."

"Tengku Amanda, panggil Mak Long."

"Makcik Kalsom, boleh panggil Maksom dan ini pula Maknah, kami jiran tertangga Tokma."

"Baiklah." Aku tersenyum manis ke arah mereka berlima. Mata aku alihkan kepada empat anak dara di hujung sudut dapur itu.

"Kenalkan diri." Arah Tengku Aura tegas kepada 4 orang gadis itu. Mereka menurut arahan Tengku Aura dengan perasaan malas + dengki.

"Amira."

"Aida."

"Melisa ."

"Farisha."

Dalam banyak-banyak orang, hanya Farisha yang menghulurkan tangan kepadaku, aku sambut huluran dia dengan sepenuh hati. Dia tersenyum selepas itu, aku pun balas kembali senyuman dia.

"Sekarang Tokma nak kamu berempat sambung buat kerja. Kalau boleh, Azreen tolonglah mereka sekali ya." Kata Tengku Aura tegas. Sampai je dekat nama aku terus suara dia bertukar lembut. Jangan tanya kenapa.

"Gadis bandar mana pandai buat kerja dapur. Entah-entah masuk dapur sebab nak makan je." Sindir Melisa perlahan. Tahu takut nak sindir kuat-kuat. Nanti Tengku Aura baling senduk kat kepala baru tahu. Ada hati nak sindir orang tapi perlahan-lahan. Penakut punya orang.

"Nama je gadis bandar, mana tahu bab dapur ni. Entah-entah halia dengan lengkuas pun tak reti bezakan." Sindir Amira sambil memotong sayur untuk dimasak nanti.

"Gadis bandar macam dia ni pandai ke bab memasak? Kemas rumah? Beli barang dapur? Sapu sampah? Cuci baju dan lain-lain?" Sindir Aida pula. Cuma Farisha sahaja yang tak mengeluarkan kata-kata negatif sebaliknya positive.

"Gadis bandar macam dialah yang tahu hormat orang tua berbanding dengan korang bertiga." Perli Farisha sebaik mungkin. Dia pandang aku sambil tersenyum. Hati aku reda sedikit apabila Farisha menghormati aku sebagai tetamu di rumah itu.

"Semua gadis bandar sama je. Depan orang tua buat-buat baik, hormat konon. Padahal belakang orang tua, perangai serupa babi dengan anjing. Tak boleh bezakan." Sindir Melisa habis-habisan.

"Enough! " Aku pukul meja dengan kuat akibat geram. Semua orang terkejut dengan tindakkan aku. Biarlah orang nak kata aku tak ada adab kat rumah orang tapi diorang hina aku macam aku tak ada maruah diri sebagai seorang perempuan.

"What's wrong?" Tanya Tengku Aura terkejut. Aku menahan marah daripada terkeluar lagi. Cukuplah sekadar tampar meja yang tak bersalah ni, nasib baik bukan pipi diorang yang aku tampar. Sia-sia je nanti hidup.

"Nothing. They only despise me with hurtful words except Farisha. She's only one is not rude with me Tokma." kataku sedikit geram. Wajah mereka bertiga sudah bertukar menjadi takut. Mereka menelan air liur sebanyak mungkin. Tengku Aura pandang aku dengan pandangan simpati. Dia tahu sangat dengan perangai cucu dia yang dara ni.

"Amira, Aida and Melisa! Apologize with Azreen right now. I never taught my grand daughter rude to guests." kata Tengku Aura tegas. Aku tengok pun mampu terlan air liur je, apa lagi mereka.

"We are sorry." Ucap Amira perlahan. Mereka bertiga terus keluar dari dapur sambil menundukkan muka.

"Forgive my daughter, Azreen." Ucap Tengku Amanda sedikit kendur. Dia menundukkan kepala ke bawah.

"We too." Tambah Tengku Aini dan Tengku Munirah. Aku sekadar tersenyum kelat dan berkata "It's okay, i forgive them."

"Hrm, boleh teman saya pergi pasar basah tak akak?" Tanya Farisha menghentikan sunyian di ruangan dapur ini. Tengku Aura, Tengku Amanda, Tengku Aini dan Tengku Munirah berserta Maksom dan Maknah menyambung semula aktiviti mereka yang tergangu sebentar tadi.

"Mestilah boleh." Kataku sedikit gembira. Nak hilangkan stress sebenarnya.

***

"Bunga api kena beli ke?" Tanya Ayyan kepada Daniel. Beberapa bungkus bunga api besi digenggam.

"Yes. Ha, mercun jangan lupa." Daniel membalas. Mereka berdua berserta Hilman, abang kepada Farisha sibuk membeli peralatan untuk menyambut hari raya aidil fitri yang akan menjelang esok hari.

"Mercun bola nak juga?" Ayyan menanyakan soalan lagi. Daniel sekadar mengangguk.

"Kau pakai tudung ke?" Daniel menggeleng. Hilman menambah lagi soalan, "Habistu yang kau pergi beli banyak pin tudung kenapa?" Daniel memandangnya dengan riak muka bengang.

"G I R L F R I E N D. Girlfriend aku punya." Hilman hanya membuat mulut berbentuk O. Ayyan sibuk memilih pelbagai jenis mercun untuk dimain pada waktu malam nanti.

"Weh, cantik sangat ke girlfriend dia sampai dia belikan semua benda untuk girlfriend dia?" Hilman berbisik perlahan kepada Ayyan kerana takut didengari oleh Daniel.

"Yes, cantik sangat." Ayyan sekadar membalas.

"Tak rasa ke girlfriend dia macam nak memperhabiskan duit Daniel?" Hilman menyoal lagi. Ayyan dengan malasnya menjawab,"Tak."

"Ish betullah. Perempuan semua sama, kaki kikis." Pergerakkan Ayyan terhenti. Dia pandang Hilman seperti mahu membunuhnya.

"Repeat." Hilman tanpa serba salah mengulang ayatnya kembali. Ayyan mencubit lengannya dengan kuat sekali lalu berkata, "Kau ada terfikir tak yang aku ni abang dia?" Hilman menelan air liurnya.

"Ada. Aku minta maaf, tak sengaja." Hilman melarikan diri selepas terlepas dari cubitan Ayyan. Daniel yang baru selesai membeli memandang mereka dengan pandangan hairan.

"Kenapa?"

"Dia terkentut tadi." Ayyan menunding jari ke arah Hilman. Hilman hanya mampu tersenyum palsu.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro