37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nak tahu tak kenapa dia panggil pasar basah? Sebab memang basah pun tempat ini. Okey hanya gurauan. Ia di panggil pasar basah kerana menjual barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya.

"Azreen, awak dengar tak saya cakap apa ni." Tanya Farisha sambil melambai-lambaikan tangan di hadapan muka aku. Aku tersentak. Macam mana lah boleh mengalamun di tempat macam ni. 

"Ya, dengar." Ujarku pura-pura dengar. Padahal satu habuk aku tak dengar. Dia membebel apa pun aku tak tahu sebenarnya tapi jangan mengumpat pasal aku sudah.

"Kalau dengar, saya suruh awak beli apa tadi?" Dia cuba uji aku dengan tektik itu. Aku dengan selambanya pergi menjawab "telur ayam." Aku terfikir sejenak kenapa aku menyebut telur ayam itu.

"Berangan lagi." Farisha pukul lengan aku perlahan.

"Aduh! Sakitlah." Marahku sambil menjeling ke arahnya. Pakcik penjual ikan itu hanya mampu menggelengkan kepala kepada aku. Apa pakcik ni, bukan nak back up tapi melayan pula si Farisha ni, jangan-jangan ni scandal Farisha. Aku menggelengkan kepala bila difikir balik.

"Tengok tu masih berangan." Dia tampar pipi aku dengan lembut. Kali ini aku baru tersedar sepenuhnya. Pakcik penjual tadi  tersenyum sekali lagi.

"Puteri Azreen." Farisha sebut nama penuh aku. Aku membalas, "Ya!".

"Pergi beli sayur sawi, bayam merah, kangkung dan kubis panjang. Saya tunggu kat kedai ayam depan tu." Selepas sahaja Farisha berkata sambil tunjuk arah kedai ayam tersebut, dia terus pergi meninggalkan aku.

"Berani dia tinggal aku. Kedai sayur kat mana eh?" Tanyaku sendirian. Duit ditangan aku pandang lama. Sebelum Farisha pergi, sempat dia serahkan sekeping duit bernilai 50 ringgit.

"Kedai sayur ada kat bahagian depan sikit." Jawab pakcik penjual ikan itu. Aku menoleh ke arahnya dengan muka tak percaya. Aku sekadar tersenyum nipis dan menuju ke hadapan sedikit.

Jalan kena hati-hati. Mana tahu nasib aku malang nanti, jatuh kat sini tapi kalau  bernasib baik, mesti ada seorang jejaka ataupun super hero datang sebagai penyelamat aku daripada terjatuh. Berangan punya pasal, aku sudah sampai di hadapan kedai sayur yang bernama sayur segar.

"Adik nak beli apa?" Tanya makcik penjual kedai ini. Aku memandangnya dengan senyuman dan berkata "bayam merah, kangkung, sawi dan kubis panjang."

Dia mengangguk dan menunjukkan tempat dimana sayur yang aku minta berada. Aku mengerutkan dahi. Matilah aku! Aku tak tahu mana satu jenis sayur ni. Mummy tolong Azreen! Azreen malu nanti, jerit aku di dalam hati. 

"Erm, kalau makcik ambilkan boleh?" Pintaku sambil tersenyum malu. Makcik itu hanya mengikut arahan aku sambil tertawa kecil.

"Sayur pun tak tahu awak ni." Aku menoleh ke arah suara itu.

"Mana ada tak tahu. Saya cuma,"  Aku hilang ayat untuk dikata.

"Kita pernah jumpa ke?" Aku memandangnya atas-bawah atas-bawah. Apabila sudah ingat aku terus berkata, "Ouh lelaki tanya jam." Dia tertawa kecil.

"Apa yang lawak?" Aku mengecilkan mata.

"Ada ke patut panggil saya lelaki tanya jam." Aku tersengih kecil.

"Baikla Nazrul."

"Ouh ingat. Ingatkan dah lupa nama saya." Dia tersenyum lebar di hadapan aku.

"Belum tua untuk hilang ingatan. Okeylah, selamat tinggal." Aku pergi meninggalkan dirinya

***

Suasana di Tengku's Vila sangat meriah dengan suara kanak-kanak yang sedang main bunga api ataupun mercun pop pop. Semua orang sibuk buat persiapan raya yang akan menjelang esok hari. Ahli keluarga Tokma ataupun jiran-jiran tertangga sibuk memasak di dapur manakala kaum lelaki tua dan muda membakar lemang di halaman rumah. Aku duduk bersila di atas lantai sambil melihat kanak-kanak kecil main bunga api. Rindu zaman kanak-kanak.

"Boleh saya duduk?" Tanya seorang lelaki di sebelah. Aku menoleh ke arahnya dengan wajah tak percaya. Dia lagi, ada jodoh ke ni ataupun aku ni bodoh, bisik hatiku.

"Tak sangka kita jumpa lagi." Katanya mendatar. Aku hanya buat tak tahu. Tangan gatal cabut rumput di halaman rumah ini. Aku rasa boleh botak halaman rumah Tengku Aura kalau biarkan mamat ni aka Nazrul duduk sebelah aku.

"Awak ahli keluarga ni ke?" Tanya Nazrul sambil tersenyum. Untung siapa jadi girlfriend dia sebab Nazrul seorang lelaki yang tidak kedekut senyuman macam Daniel tu. Hehehehe, jangan bagitahu dia yang saya tengah mengata pasal dia.

"Tak. Saya datang sini dengan abang saya. Ni rumah kawan dia." Jawab aku lantas.

"Ouh. Abang awak Putera Ayyan kan?" Tanya Nazrul lembut. Dia mula ikut aktiviti aku mencabut rumput. Kesian kau rumput, nanti jadi botak sebab kami berdua yang kejam ini, bisik hatiku.

"Mana awak tahu?" Tanya aku pelik. Aku tak pernah kata apa-apa pasal family aku kat dia pun.

"And Tengku Daniel boyfriend awak." Sambungnya lagi. Aku terkedu. Siapa Nazrul sebenarnya? Jelas aku nampak riak wajahnya kecewa bila dia kata Daniel itu boyfriend aku. Aku pun turut rasa serba salah dengan dia. Eh, apa punya perasaan yang aku ada ni? Sekejap tak suka layan dia, sekejap rasa serba salah dekat dia. Hidup aku memang macam ni ke? Sadisnya.

"Awak happy tak dengan dia?" Tanyanya secara tiba-tiba. Aku sempat lihat dia mengelap air matanya yang jatuh membasahi pipi. Belum pernah aku lihat lelaki nangis depan perempuan sebab rasa kecewa. Ini pertama kali dalam sejarah hidup aku. Aku hanya diam tak menjawab soalannya.

"Kenapa awak diam? Tak happy ke dengan dia?" Nazrul cuba teka dengan ayat yang ada di dalam minda dia. Tekaan dia aku tak tahu sama ada betul atau tidak.

"Bukan macam tu." Pantas aku menjawab. Ni kalau Daniel dengar, mahu dia tak layan aku sebulan ataupun setahun.

"Saya minta diri dulu." Pintanya lembut. Aku masih terpinga-pinga dengan keadaan sekarang ni. Kitaorang baru kenal dua hari iaitu semalam dan harini tetapi cara dia layan aku macam dah kenal lama. Siapa dia ni sebenarnya? Dia buat aku pening dan rasa serba salah dengan dia. Aku tak tahu dengan perasaan aku.

Di halaman rumah pula,

"Tadi aku nampak seorang lelaki duduk sebelah awek kau. Dia bercakap boleh tahan lamalah sampai lelaki tu ada keluarkan air mata. Aku tak tahu kenapa." Aliff memberitahu kepada Daniel yang sibuk menjaga lemang Tokmanya. Ouh ya, Aliff dan Hazmi baru saja tiba satu jam yang lalu.

"Siapa?" Tanya Daniel dingin.

"Aku tak kenal dan tak tahu." Jawab Aliff selamba. Daniel mengeluh perlahan. Dia mengambil lemang yang sudah masak dan diletakkan di dalam bekas.

"Abang Daniel, Tokma panggil." Panggil Amira di bahagian belakang dapur. Daniel pergi ke arahnya dan masuk ke dalam rumah. Aliff menyambung kerja Daniel.

***

Nazrul POV

Aku duduk di atas buaian di halaman belakang rumah. Ramai kanak-kanak yang sedang main bunga api dan ada juga yang main kejar-kejar macam aku kecil-kecil dahulu. Sedang sibuk melihat mereka bermain, aku teringat seseorang yang selalu buat aku tersenyum semasa kecil.

8 tahun lepas,

"Nazrul, awak nak main dengan kami tak? Tapi awak kena jadi pengantin lelaki." Kata budak perempuan itu manja. Aku tersenyum melihatnya dan membalas "Mestilah nak tapi awak kena jadi pengantin perempuan saya."

"Boleh! Boleh! Boleh!" Katanya gembira. Aku suka tengok dia senyum, rasa senang hati aku bila lihat dia senyum macam tu.

"Yeah Nazrul nak main. Korang berdua boleh naik atas daun pokok kelapa tu." Arah seorang budak lelaki yang lebih tua daripada aku. Aku dan budak perempuan itu duduk di atas daun pokok kelapa.

"Yeah, Nazrul kahwin dengan Puteri." Kata seorang budak perempuan berkaca mata riang. Dia tersenyum melihat aku dan Puteri di atas pelamin buatan sendiri.

"Awak, nanti kita besar. Saya akan bawa awak naik pelamin yang cantik baru sesuai dengan tuan Puteri macam awak." Kata ku sambi bermain dengan anak rambut depannya. Jelas riak wajahnya bertukar merah, ala dia malulah.

"Awak janji dengan saya yang awak kena kahwin dengan saya tau Nazrul." Pesan budak perempuan itu manja. Aku mengangguk sambil tersenyum manis ke arahnya.

"Termenung jauh nampak. Teringat kat awek ke?" Aku terus tersedar daripada lamunan. Aku menoleh ke arah suara itu.

"Mana ada cuma tengah fikir pasal SPM ni." Nafi ku. Dia menggelengkan kepala. Dia tahu sangat perangai aku macam mana sampaikan boleh tahu aku dalam mood baik ataupun tak.

"Kenapa ni, ada masalah?" Tanya Amir.

"Tak adalah. Sebelum aku terlupa, Umi panggil kau tadi." Dalih ku dengan nada menghalau sebenarnya. Dia percaya dengan kata-kata aku dan terus masuk ke dalam rumah.

"Saya rindu awak, Puteri." Ucap ku perlahan.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro