38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku melihat penampilan diri di cermin bilik. Pagi raya yang indah ini perlu di isi dengan mood yang ceria. Tahun ni, baju raya aku dan Ayyan warna maroon. Selepas puas melihat penampilan diri, aku ambil telefon pintar dan turun ke bawah untuk menjamah sedikit makanan sebelum orang ramai  datang kerana Tokma buat open house selepas solat raya.

Open house pagi-pagi raya? Iyakan aja.

"Ha, Azreen! Turun pun kamu, pergi makan sikit." Pelawa Tengku Amanda. Aku mengambil tempat di sebelah Farisha. Suasana di dapur sungguh meriah dengan suara perempuan-perempuan bergosip dan sebagainya.

"Jangan malu-malu ya, nak makan ambil sendiri." Kata Tengku Aura pula. Aku ambil pinggan plastik lalu beberapa ketupat aku letakkan.

"Mana abang-abang hensem yang lain?" Tanyaku perlahan. Tahu lah semua abang kat Villa ni hensem-hensem, ehe. Aku suapkan ketupat itu ke dalam mulut, wow enaknya.

"Solat rayalah." Jawab Farisha sambil makan. Mulut dia penuh dengan ketupat. Bila aku perhatikan lama-lama, dia cantik apabila memakai tudung.

"Dah lama ke pergi?"

"Dah lama. Kejap lagi baliklah tu." Jawab Farisha.

"O-" Hmm, kata-kata aku terpotong akibat suara anak-anak teruna ataupun orang dewasa di hadapan pintu. Diorang buat rombongan datang beraya apa? Ouh, dah balik solat raya rupanya.

"Assalamualaikum. Tokma kami dah balik." Jerit Aliff lantang. Semua anak dara sudah berhenti makan. Harap maklum, teruna dah balik. Kena jaga adab makan sikit kalau tak kena reject awal-awal.

Tengku Aura, Tengku Amanda dan Tengku Aini sudah ke ruang tamu untuk menyambut kepulangan kaum Adam di muka pintu. Aku hanya sambung makan di atas meja di sudut yang tidak ramai orang.

"Hai." Tegur seseorang. Aku tidak menoleh ke arahnya kerana aku dah ingat itu suara siapa."Waalaikumussalam." Jawabku dalam perlian. Biar dia sentap sikit.

"Sorang je?" Tanyanya. Dia ni buta ke buat-buat buta? Dah nampak aku sorang pergi tanya lagi. Harap maklum, Farisha sudah ke ruang tamu tinggalkan aku kat dapur seorang diri. Jahatnya dia.

"Sepuluh."

"Loya buruk pula dia."

Aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya tapi kalau bukan sebab aku baik, dah lama aku halau si Nazrul ni. Kenapa sekarang aku selalu terserempak dengan dia? Macam tak ada orang lain pula.

"Tunggu sini kejap. Saya nak ambil makanan." Katanya. Tak tanya, sekian.

"Bah!"

"Oh mak kau kahwin lima." Latahku sederhana kuat. Aku pegang dada selepas itu. Orang yang 'bah' aku tadi dah bantai gelak depan aku. Dengan renungan paling tajam aku bagi kat dia.

Nazrul ni memang tak sayang nyawa ke?

"Apa masalah?" Tanyaku dingin. Aku masih marah dengan perbuatan dia tadi. Nasib baik aku tak ada penyakit sakit jantung kalau tak dah lama aku masuk hospital tadi.

"Saja nak buat awak marah sebab bila awak marah, awak akan jadi comel macam tuan Puteri." Katanya tersenyum manis. Aku tersentak dan memandang ke arah matanya dengan dalam.

"Kalau awak marah, awak nampak comel macam tuan Puteri."

Entah kenapa ayat itu bermain di fikiran aku. Ayat yang dah lama aku tak dengar sejak kecil dulu. Siapa dia sebenarnya? Aku masih tertanya-tanya.

"Awak, awak okay tak?" Nazrul lambaikan tangan ke arah aku. Aku tersedar dari lamunan. Lama juga kut aku tenung dia sambil berangan. Habis membahang muka aku dibuatnya.

"Ya okey." Kataku mendatar. Aku panjangkan leher untuk mencari kelibat Daniel dan Ayyan. Nak minta duit raya, HAHA tak malu.

"Cari siapa? Pakwe?" Tanya Nazrul jurus. Aku malas nak layan dia.

"Ayyan!" Panggilku apabila nampak kelibat Ayyan masuk ke ruangan dapur. Ayyan menuju ke arah aku dan Nazrul. Dia terus duduk di sebelah aku tanpa dipinta. Makanan aku dimakan dengan senang hati.

"Nak makan, ambil sendiri." Aku ketuk kepala Ayyan guna powerbank aku. Kesian powerbank aku yang berwarna pink itu. Ayyan sudah mengadu kesakitan. Nazrul simpan ketawa daripada terlepas.

"Kau siapa?" Tanya Ayyan sambil melihat ke arah Nazrul. Senyuman aku mati bila ingat yang mamat ni masih kat depan aku. Tanpa aku perasan yang baju kita orang bertiga sama warna.

"Nazrul."

"Ayyan." Ayyan hulur tangan kepada Nazrul. Dia sambut salam Ayyan sambil tersenyum kelat.

"Baju kita samalah." Aku muncul semula selepas sesi kenal-kenalan tamat. Ayyan dan Nazrul pandang aku silih berganti. 

"Tak tanya." Kata Ayyan. Aku terus mendiamkan diri. Ketupat di sumbat ke dalam mulut. Nazrul mengikuti langkah aku itu. Elak makan selipar je dengan aku sia ni, ish.

"Mana Daniel?" Tanyaku. Nazrul sudah meminta izin untuk pergi cari kawan baiknya aka Amir anak Mak Long Daniel dan abang kepada Farisha.

"Entah. Last aku nampak dia masa kat masjid tadi. Dia layan tetamu kut. Kau duduk je lah sini diam-diam. Jangan kacau sangat dia tengah melayan tetamu tu." Pesan Ayyan tanpa memikirkan perasaan aku di sebelahnya. Dia mula bangun dan pergi ke halaman belakang, tahu lah kat sana ada ayam dengan kambing bakar.

"Dia layan tetamu tapi dia palau aku." Gumanku perlahan.

Kecewa jap.

Di sudut halaman pula,

"Cuba kau tengok budak bandar tu." Melisa tunding jari ke arah Azreen yang duduk di ruangan dapur.

"Kenapa dengan dia?" Tanya Amira pelik. Tiba-tiba tunjuk orang tengah makan.

"Tadi aku nampak dia duduk dengan abang Nazrul tak silap aku lepastu Abang Ayyan pula duduk sebelah dia. Tak sangka dia playgirl kan." Melisa sudah membuka cerita tanpa usul periksa dahulu.

"Banyaknya dia nak kebas abang hensem kat Villa ni." Rungut Aida pula. Habis mood makan dia hilang.

"Jangan suka menuduh boleh tak adik manis?" Pinta Nazrul lembut. Entah bila dia sampai kat mereka pun tak tahu. Mereka bertiga terkejut dengan kehadiran Nazrul. Amira dan Melisa sudah cover makan, makan macam orang melayu terakhir nak pergi tandas.

"Apa maksud abang?" Tanya Aida pura-pura tak faham. Amira dan Melisa mula berhenti makan.

"Tak baik tuduh budak bandar tu kebas abang hensem kat Villa ni. Dia ada maruah, jangan suka-suka hati nak kutuk dia ya." Pesan Nazrul lembut sambil tersenyum.

"Baik." Jawab mereka bertiga sambil tersenyum kelat. Padahal dalam hati dah sumpah seranah Azreen sebab ramai abang hensem back up dia daripada mereka bertiga. Mestilah ada perasaan cemburu.

***

Aku hanya bermain telefon pintar. Kelibat Daniel tidak muncul-muncul lagi dihadapan aku. Aku masih duduk di tempat yang sama tetapi sekarang ni ada Farisha.

"Apa hubungan akak dengan abang Nazrul?" Tanya Farisha tiba-tiba. Aku yang sedikit terkejut dengan soalannya terus mengangkat muka memandang ke arahnya.

"Kawan mesra."

Itu bukan aku yang jawab tapi Nazrul.

"Saya tak tanya abang, saya tanya akak cantik ni." Selamba je Farisha kata. Aku sudah tahan gelak. Nazrul membuat muka ala-ala merajuk gitu.

"Abang Amir cari Farisha tadi." Nazrul menukar topik perbualan kami.

"Farisha minta diri dulu." Pinta Farisha. Dia mula bangun dari kedudukknnya.

"Nak pergi mana?" Pertanyaanku berjaya menghentikan pergerakkannya.

"Cari abang Amirla."

Aku sekadar mengangguk. Farisha dah pergi tinggalkan aku berdua-duan dengan Nazrul ni. Lain yang aku tunggu, lain yang muncul.

"Puteri sekolah kat mana?"

"Kenapa panggil saya puteri?"

Hm, orang bagi soalan aku pun nak bagi soalan.

"Sebab saya rindu puteri saya." Ouh sungguhku tidak tanya.

"Siapa puteri awak?" Lain pula yang keluar.

"Awaklah puteri saya."

"Ha?"

"Tak ada apa-apa."

Aku pandang dia dengan pandangan yang mencurigakan. Dia ni stalker ke apa?

"Ni soalan saya awak belum jawab lagi, puteri sekolah mana?"

"Viction highschool."

"Wow, sekolah ternama di seluruh Malaysia." Puji Nazrul dengan tepukkan di tangan. Orang yang berada berdekatan dengan kami memandang Nazrul pelik. Nak kata budak kecik dah besar.

"Awak sekolah mana?" Aku pula tanya dia.

"Bristal highschool."

"Ouh."

"Saya minta diri dulu puteri. Saya kena balik."

Aku sekadar mengangguk. Dalam tiga saat, Nazrul sudah hilang dari pandangan mata aku. Sekarang aku jadi sunyi kembali. Tak tahu nak buat apa, aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan di taman belakang Villa seorang diri.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro