39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pengalaman 10 hari tinggal di Villa ini amat menyeronokkan. Harini kami berlima akan pulang ke rumah masing-masing. Mungkin tidak kerana aku mahu singgah rumah Nenda yang berada di Johor Bahru dahulu.

"kami pulang dulu Tokma, Tokyah." Ucap Daniel. Tangan Tengku Aura dan Tengku  aku salam barulah orang yang lebih tua di dalam Villa ini.

"Bawa kereta elok-elok ya Daniel."

"Ingat, kamu bawa anak orang dalam keadaan selamat mesti pulang dengan selamat juga."

"Kalau rasa ngantuk, berhenti dulu jangan kamu buat tak endah je."

"Nanti sampai rumah Nenda, kirim salam Tokma dengan Tokyah okey."

Aku sekadar pasang telinga. Banyak sangat mereka nak kata sampai aku tak boleh nak bercakap. Diorang banyak bagi kami nasihat. Selepas habis sesi (?) Aku dan Daniel mula memasuki kereta. Ayyan sudah pun pergi bersama Aliff dan Hazmi. Sekarang giliran kami pula.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 1 tengah hari. Kami bertolak pukul 8 pagi tadi dan sekarang dah berada di Kota Tinggi, Johor.Perut aku berbunyi menandakan yang aku tengah lapar.

"Lapar?"

Aku sekadar mengangguk. Daniel terus memecut laju ke arah Mcd'. Aku dah telan air liur bila kereta Daniel dah masuk parking.

"Mari sayang." Daniel membuka pintu untuk aku. Aku keluar dari kereta secepat mungkin. Selepas itu, dia laju menarik tangan aku berdamping dengannya. Kami berdua masuk ke dalam Mcd' dengan senyuman di bibir.

"Ya encik, nak pesan apa?" Tanya seorang lelaki yang berkerja di situ.

"Ayam spicy 2 ketul, big mac 1 and air coke cawan besar." Kata Daniel mendatar. Kemudian, pekerja lelaki itu memandang ke arah aku.

"Same like him but i want milo not coke, a big cup too." Kataku. Aku tersenyum manis ke arahnya. Dia membalas senyuma ku kembali. Daniel pantas berdehem.

"Tunang dia ada kat sebelah, jangan macam-macam." kata Daniel sedikit kasar. Amboi, cemburu tak bertempat. 

"Maaf encik." Lelaki itu meminta maaf kepada Daniel. Aku hanya mampu memandang Daniel dengan perasaan menyampah. Suka hati dia je cakap aku tunang dia kalau nak cakap pun biar la dah tunang betul-betul nanti.

Air milo aku sisip laju kerana pedas makan ayam spicy ni, dah tahu tak suka pedas pergi pesan yang pedas kenapa? Bodoh tu simpan la untuk anak cicik nanti, Azreen.

"Tak suka makan pedas ke?" Tanya Daniel prihatin. Aku sekadar mengangguk. Malas nak bercakap banyak masa tekak tengah pedas + panas ni.

"Don't worry, i'm okay." Ucapku perlahan. Alhamdulilah, basah juga tekak aku ni lepas habiskan separuh air milo.

"Makan cepat sikit. Kita tak ada banyak masa ni." Arah Daniel. Dia sambung makan ayam yang dia pesan tadi. Aku sekadar pandang dia makan dengan renungan redup. Comelnya dia.

"Kenapa tenung aku macam tu?" Tanya Daniel pelik. Actually, kami dah tukar nama panggilan kepada kau-aku, apa korang ingat saya-awak je sweet?

"Sebab kau comel." Kataku selamba. Pipi Daniel berubah merah. Ala, dia malu.

45 minit kemudian,

Aku dan Daniel turun dari tingkat atas Mcd' dan berjalan ke arah pintu keluar tetapi jalanku terbantut akibat seorang remaja perempuan melanggar aku.

"Auch."

"Sorry miss, salah saya." Kata perempuan itu sambil menghulur tangan buat aku yang sudah terduduk di atas lantai hadapan pintu keluar Mcd', memalukan bagi orang yang tengok.

Aku pandang huluran dia sebentar dan beralih ke arah wajahnya. Aku terkaku. Kenapa, dalam banyak-banyak perempuan. Dia juga yang akan langgar aku hari ni? Ingatkan watak dia dah habis tapi masih wujud sekarang ni.

"Azreen?"

"Dina?"

Kami berdua berkata serentak. Daniel yang baru perasaan itu Dina turut terkejut. Mana tak terkejut, tiba-tiba terjumpa kat tempat macam ni sedangkan kat sekolah batang hidung tak nampak langsung. Pelik bin ajaib!

"Azreen maafkan I kalau I ada buat salah kat you. I minta maaf banyak-banyak." Dina terus peluk tubuh aku selepas aku bangun dibantu oleh Daniel. Aku dan Daniel terkejut dengan sikap Dina. Mimpi apa minah ni tiba-tiba peluk aku?

"Haa?" Aku masih blur tahap gaban dalam situasi sekarang ni. Tak tahu nak balas apa dengan ayat dia.

"Maafkan I, Azreen." Pintanya lagi dalam esakkan. Aku masih terkejut dengan perubah dia yang 360° ini.

"Haa, okay. I maafkan semua kesilapan you. Kita kawan okay?" Aku berkata sambil tersenyum. Daniel hanya diam memerhati gerak geri perempuan dihadapan aku. Mungkin dia talam dan mungkin dia dah memang betul-betul beruh. Kita mana tahu isi hati semua orang right?

"Kita kawan." Dina tepuk bahu aku sambil tersenyum. Kemudian, dia meminta izin untuk pergi dari situ. Aku dan Daniel pantas berlari ke arah kereta memandangkan sekarang tengah hujan. Mungkin jodoh aku dengan Dina yang menyebabkan hujan.

***

"Kau ada bawa adik aku pergi mana-mana ke?" Tanya Ayyan tegas. Hampir 2 jam dia menunggu ketibaan tuan putera dan puteri di rumah Nenda.

"Ermm. Kitorang singgah mekdi." Jawapan Daniel membuatkan Ayyan hilang sabar. Dia sudah berpesan, jangan bawa adik dia pergi mana-mana semasa perjalanan datang JB tapi dia degil dan menyebabkan kemarahan Ayyan meletop.

"Kau dah janji yang kau tak ka-" kata-kata Ayyan terhenti.

"Ayyan, jangan salahkan dia." Nenda cuba menenangkan situasi sekarang ni.

"Habis tu, Nenda nak kata ni salah Ayyanlah?" Tanya Ayyan menahan marah. Nasib baik dia jenis orang yang penyabar sikit kalau tak mahu pecah muka Daniel kena tumbuk dengan Ayyan.

Nenda tidak menjawab soalan Ayyan kerana aku datang memeluknya. Aku terus membawa nenda masuk ke dalam rumah sebab takut Ayyan buat benda bukan-bukan kat Daniel. Mahu pengsan Nenda tengok Ayyan macam tu nanti.

Aku menyalam tangan Nenda apabila sudah sampai di ruang tamu. Kami duduk berborak sesama sendiri. Mak Tipah datang membawa dua cawan air teh kepada kami.

Di luar,

"Tadi kitorang ada jumpa Dina." Kata Daniel perlahan. Ayyan tidak membalas malah dia hanya tenung Daniel macam nak bunuh.

"Lepastu, dia minta maaf dekat Azreen." Tambah Daniel lagi. Ayyan macam tadi, hanya diam tak berkata. Tiba-tiba,

"Aku tak tanya." Satu tumbukkan padu kena dipipi belah kanan Daniel. Fuyo, cayalah bang! Eh hero kesayangan aku.

"Aku minta maaf." Tumbukkan kali kedua hinggap dipipi belah kiri Daniel pula.

"Maaf tak diterima."

***

"Kami tumpang tidur sini semalam ya Nenda." Pintaku lembut. Sekarang aku, Ayyan, Daniel dan Nenda sedang makan malam walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Boleh." Balas Nenda tersenyum manis ke arahku.

"Anak ni siapa?" Tanya Nenda. Daniel menoleh ke arah Nenda sambil tersenyum kelat.

"Daniel, kawan Azreen dan Ayyan."

Hati aku retak. Kenapa dia hanya gelar aku sebagai kawan? Siapa aku sebenarnya dalam hidup dia? Just a friend?

"Pembetulan, kawan special Azreen." Hati aku reda sedikit bila di cakap macam tu.

"Ouh, boyfriend kamu Reen." Nenda tepuk bahu aku. Hampir tersedak aku dibuatnya. Aku dengan pantasnya mengambil air oren dan meminumnya.

"Haah. Boyfriend paling annoying dalam dunia ni." Kataku selamba. Ayyan sudah ketawa dengar aku kata macam tu.

"Annoying pun, dia punya gak." Usik Nenda tersenyum nakal. Mummy, malu! Disebabkan Nenda sudah selesai makan, dia bergegas masuk ke bilik.

"Kau tumbuk Daniel aku ke?" Aku menyoal. Anak mata Ayyan direnung tajam. Ayyan ketawa hambar apabila aku tekankan perkataan Daniel aku.

"Ya, kenapa ada masalah?" Aku mengecilkan mata tanda geram. Ayyan memandang seperti dia baru menang tiket penerbangan ke Kanada, kerek noh.

"Tak ada cuma aku tak puas hati sikit." Aku tersenyum lebar. Telefon pintar yang berada dalam poket seluar aku keluarkan.

"Jadi?"

"Selamat malam." Aku terus meninggalkan mereka berdua. Larian dimulakan selepas keluar dari ruangan dapur.

Ting Ting!

"Telefon siapa?" Daniel dan Ayyan berkata serentak. Mereka berdua melihat telefon masing-masing.

"Telefon aku." Sekali lagi mereka berkata serentak. Daniel menekan notifikasi daripada Instagram, dia menekup mulut tanda tidak percaya. Dia ambil kesempatan untuk screenshoot.

"Azreen!" Suara Ayyan bergema diseluruh kawasan rumah. Aku yang terdengar jeritan dia sudah ketawa jahat. Pintu bilik aku sudah kunci sebab takut dia masuk melulu. Gambar yang aku post di Instagram sudah mencecah beribu like.

Anda dapat teka apa yang Azreen post? Anda tersangatlah pandai lagi bijaksana.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro