45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kita putus." Kata Daniel.

"What?" Tanyaku terkejut. Tak mungkin selama ni dia mengelakkan diri dari aku sebab nak putus? Apa semua ni!

"Apa semua ni Daniel? Awak dah janji dengan saya masa saya sedar dulu yang awak tak akan lukakan hati saya tapi kenapa?" Air mata aku mula mengalir membasahi pipi.

"Aku cakap putus, putus lah." Gertak Daniel kuat. Aku terkaku. Dia tak pernah tinggikan suara dekat aku macam tu. Kenapa dia berubah tiba-tiba? Apa salah aku dekat dia sampai dia nak tinggikan suara macam tu.

"Awak tak pernah tinggikan suara kat saya. Saya benci awak Tengku Daniel. Jangan pernah muncul lagi dalam hidup saya selepas ini. Saya benci awak!" Tengkingku kuat di hadapannya. Aku terjatuh lemah ke atas lantai selepas itu.

Daniel POV

"Kita putus." Aku terpaksa cakap ayat yang akan menyakitkan hati orang yang aku sayang itu.

"What?" Tanya Azreen terkejut.

"Apa semua ni Daniel? Awak dah janji dengan saya masa saya sedar dulu yang awak tak akan lukakan hati saya tapi kenapa?" Aku dapat lihat air mata yang berharga milik orang yang aku sayang mengalir di pipi. Sesungguhnya aku tidak sangup berbuat macam ni tapi disebabkan Papa, aku terpaksa.

"Kalau kamu tak nak kahwin dengan dia. Papa hantar kamu ke luar negara."

Kata-kata papa mula bermain difikiran aku. Aku tak sanggup pergi tinggalkan dia dan nanti dia tahu tentang kejadian aku dan Dina bila aku pergi ke luar negara. Kalau aku terus tinggal di sini, sekurang-kurangnya aku dapat lihat wajah dia walaupun aku tahu hati dia sedang sakit sekarang ni.

"Aku cakap putus, putus la." Aku paksakan diri untuk gertak dia kuat macam ini. Dia terkaku. Maafkan saya Azreen.

"Awak tak pernah tinggikan suara kat saya. Saya benci awak Tengku Daniel. Jangan pernah muncul lagi dalam hidup saya selepas ini. Saya benci awak." Tengking Azreen kuat di hadapan aku. Sungguh hati aku sakit apabila nampak air matanya jatuh membasahi pipi tapi aku terpaksa buat semua ni. Dia terjatuh lemah ke atas lantai selepas itu.

"Aku tak pernah cintakan kau so stop sayangkan aku selepas ni. Kau ingat muka kau lawa sangat ke sampai aku tergila-gilakan kau? Jangan mimpi lah. Aku couple dengan kau pun sebab terima cabaran budak junior sekolah ni, ingat aku nak sangat dengan kau ke? Pergi matilah dengan janji manis aku dulu. " Kata ku sinis.

"Ouh lagi satu, tolong cermin diri kau dulu sebelum nak berangan aku jadi milik kau selamanya. Muka macam tongkang pecah ada hati nak dengan aku. Boleh tak jangan nangis macam ni, kau nampak macam Perempuan murahan sangat." Tambahku lagi. Aku terus pergi meninggalkan dia. Air mata aku mengalir tanpa disedari.

End POV

***

"Aku tak pernah cintakan kau so stop sayangkan aku selepas ni. Kau ingat muka kau lawa sangat ke sampai aku tergila-gilakan kau? Jangan mimpi lah. Aku couple dengan kau pun sebab terima cabaran budak junior sekolah ni, ingat aku nak sangat dengan kau ke? Pergi mati lah dengan janji manis aku dulu." Kata Daniel sinis.

"Ouh lagi satu, tolong cermin diri kau dulu sebelum nak berangan aku jadi milik kau selamanya. Muka macam tongkang pecah ada hati nak dengan aku. Boleh tak jangan nangis macam ni, kau nampak macam perempuan murahan sangat." Tambahnya lagi sebelum pergi meninggalkan aku. Aku yang terbaring lemah di atas lantai hanya mampu melihat kelibat dia menghilang.

8 months with him finally is over
My heart was hurt because of the man named Daniel

Hujan mula turun membasahi bumi. Aku sudah tidak bermaya untuk bangun. Air hujan mula mencurah ke atas badan aku. Mata aku seakan-akan mahu tertutup. Tiba-tiba datang seorang lelaki duduk mencangkung di hadapan aku tetapi aku terlambat untuk melihat wajahnya kerana aku sudah hilang pandangan.

***

"Erm." Kataku perlahan. Aku membuka mata perlahan-lahan. Benda pertama aku dapat lihat adalah siling berwarna biru yang dipenuhi dengan awan berwarna putih ianya bilik tidur aku tapi macam mana aku boleh ada kat sini bukan aku kat rooftop sekolah ke?

Haa! Ada seorang lelaki yang tolong aku tapi siapa?

"Dah sedar?"

Wait! Suara tu. Jangan cakap yang ianya ialah Faris. Oh NO!

Aku terus menoleh ke arah suara itu. Mata aku membulat.

"Kau buat apa kat sini ?" Jeritku kuat. Aku cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya.

"Aku buat apa kat sini? Ni kan rumah kita berdua." Katanya sinis. Dia mendekatkan wajahnya ke arah aku.

"MUMMY!" Aku menjerit lagi. Serta merta pintu bilik aku dikuak oleh seseorang dari luar. Faris pantas mengalihkan wajahnya daripada wajah aku.

"Kenapa ni sayang?" Tanya Datin Amani risau.

"Kenapa benarkan dia ni masuk bilik Reen?" Tanyaku sedikit marah. Jari aku tunding ke arah Faris yang berada di atas kerusi sebelah kanan ku.

"Dia selamatkan kamu tadi. Dia cakap, dia nampak aku pengsan kat rooftop sekolah dalam keadaan hujan macam tu, sebab tu dia bawa kamu balik rumah. Kamu patutnya berterima kasih dengan dia bukan marah dia sayang." Pesan Datin Amani lembut sambil tersenyum manis.

"Maafkan anak makcik ya nak." Kata Datin Amani lagi. Dia terus menutup pintu bilik aku dan berlalu pergi. Berani mummy tinggalkan anak mummy dengan lelaki tak guna ni? Eyy! Lepastu, boleh pula Mummy menangkan dia? Siapa anak Mummy sekarang ni ? Fuh!

"Dengar tu sayang, berterima kasih." Kata Faris sinis.

"Siapa sayang kau? Aku tak akan pernah berterima kasih dekat orang yang macam kau." Tengkingku kuat.

"Wah kenapa banyak marah ni? Lupa, baru kena tinggal dengan kekasih. Macam nilah." Katanya sinis. Dia sudah ketawa jahat di sebelahku. Aku renung dia macam nak bunuh.

Mana dia tahu?

"Kau keluar dari bilik aku sekarang, keluar!" Jeritku kuat. Tangan aku hala ke arah pintu untuk menyuruh dia keluar secepat mungkin. Faris mendengar arahan aku, dia terus keluar dari bilik aku dengan senyuman sambil ketawa jahat.

Malam ; 9:45 PM

Aku tutup laptop selepas tamat menonton maranton drama korea iaitu Doktoc stranger yang dilakonkan oleh artis kegemaran aku iaitu lee jongsuk. Wah, dia hensem!

"Aku ke yang makan?" Soalku sendirian. Bekas makanan potato chips, plastik coklat, gula-gula, biskut, air kotak dan bungkusan keropok aku pandang lama.

"Ouh lupa, broken." Aku bangun dari tempat duduk. Bilik air dituju untuk membasuh muka yang sembab akibat menangis. Kemudian, aku turun ke bawah untuk mengambil air minuman dan beberapa lagi makanan ringan.

"Kenapa lelaki suka tengok bola? Bruh." Ujarku perlahan apabila ternampak Ayyan di ruang tamu. Mulutnya tidak henti-henti mengeluarkan suara.

"Uit adikmu broken ni, kawanmu buat. Kamu taknak kesiankan adikmu ke. Adikmu tak minta banyak, bagilah makanan saja." Ujarku perlahan. Ya, aku tahu dia tak akan dengar. Bodoh juga aku ni.

Masuk ruangan dapur, kelibat Datin Amani bersama Kak Munah dan Kak Minah kelihatan. Tengah bergosip berita hangatlah tu.

Aku berjalan ke arah kabinet dan mengambil satu gelas plastik. Kemudian, air kotak susu dutch lady original yang sememangnya pilihan hati sejak kecil lagi aku keluarkan dari dalam peti sejuk lalu diletakkan di atas meja.

Kabinet yang dipenuhi dengan makanan ringan waktu lapang aku buka. Sedih pula sebab tinggal sikit saja, lagi menyedihkan aku kena pergi mall untuk penuhkan semula. Snack yang tinggal aku ambil semuanya maka kosonglah kabinet tersebut.

Plastik yang bersaiz besar aku ambil untuk membuang sampah nanti. Semua snack aku masukkan atas faktor kekurangan tangan untuk membawa. Air kotak itu aku kepitkan diantara badan dan lengan. Tipulah kalau korang tak pernah buat. Cawan dipegang kemas.

Aku terus keluar dari ruangan dapur. Sedih jugalah tiada siapa perasan kehadiran aku. Aku menaiki anak tangga satu persatu.

"Gol!" Aku terkejut sikit apabila mendengar Ayyan menjerit. Tak lain tak bukan, mesti kelab kegemaran dia, Manchester United.

"Dik, banyaknya makan. Patutlah gemuk." Kalini aku berhenti. Badan dipusingkan menghadap dia. Aku merenung wajahnya tajam.

"Eh harini ada cerita kartun Sofia the firstlah." Dia terus menoleh ke arah skrin televisyen. Aku menjelingnya sebelum menyambung langkah.

"Sofia the first tak pernah ada waktu malam." Ujarku perlahan. Nak berdalih pun biarlah pandai sikit abangku sayang. Aku terus masuk ke dalam bilik. Bersyukur sangat aku nak tutup pintu masa keluar tadi.

Makanan dan minuman aku letak di atas meja. Alat kawalan jauh televisyen aku capai. Buton on aku tekan lalu siaran 393 aku tekan. Aku menonton sambil makan dan baring, sangat tak bagus.

Inilah tips paling berkesan untuk menaikan berat badan anda. Anda mahu berisi? Silalah cuba.

Ting Ting !

Notifikasi telefon pintar aku berbunyi. Aku rajinkan diri menuju ke meja belajar dan kembali semula ke sofa. Telefon aku buka dan melihat mesej tersebut.

Bæ ❤
Kau boleh tolong aku tak?

pe

Tolong mintakan Ayyan buku lukisan aku dan esok kau pulangkan kat aku.

Aku tak membalas malah bagi dia bluetick je. Aku pause dahulu rancangan yang aku tonton tadi dan berlalu pergi ke bilik Ayyan. Malas nak minta dia sebab aku boleh ambil sendiri dalam bilik dia.

Pintu bilik Ayyan aku buka. Bilik dia boleh tahan bersepah dengan barang-barang video games yang entah pape dia tu. Aku pergi ke arah meja belajarnya. Aku cari di setiap ruangan meja belajarnya tetapi tak ada. Aku ambil keputusan untuk membuka lacinya dan ia buku lukisan Qisha ada di dalamnya.

Aku ambil buku lukisan tersebut. Baru aku hendak menutup laci tersebut tetapi terhenti apabila nampak satu sampul berwarna putih. Aku dengan tak ada rasa takut dengan Ayyan terus ambil sampul surat tersebut. Dah terbuka jadi Ayyan sudah baca isi dalamnya so tak salahkan kalau aku tahu apa isi dia juga?

Aku buka sampul surat tersebut dan ada sekeping kad berwarna merah putih di dalam. Aku terus keluarkan kad tersebut.

"Majlis pertunangan." Tajuk depan kad tersebut aku baca.

Siapa nak tunang? Dan kenapa Ayyan je dapat? Aku tak dapat? Kalau jiran sebelah kahwin aku akan dapat kad juga ni tak dapat mesti orang jauh yang tunang ni. Dengan perasaan yang ingin tahu, aku pusing kad tersebut dan membaca dua nama yang tentera di atas kad tersebut dan aku terkaku.

Tengku Daniel ❤ Dina Allysha

Aku terkaku macam yang aku cakap tadi. Tak mungkin, jadi betullah kata-kata Dina di sekolah tadi tapi kenapa? Aku terus meronyokkan kad tersebut dan membalingnya ke atas lantai. Aku ambil buku lukisan Qisha untuk terus keluar. Selepas aku membuka pintu, benda pertama yang aku nampak ialah Ayyan.

"Reen buat apa kat dalam?" Tanya Ayyan sedikit getar. Aku renung dia dengan renungan yang tajam.

"Qisha." Aku tunjuk buku lukisan Qisha di hadapan dia dengan perasaan marah + benci. Aku terus masuk ke dalam bilik. Pintu bilik aku hempas dengan kuat. Ayyan sedikit terkejut dengan kelakuan aku

Ayyan POV

Bum!

Azreen tutup pintu dengan kuat sekali. Aku pandang lama pintu bilik dia dengan perasaan pelik. Mahu sahaja aku pergi tanya tetapi bila aku teringat balik di mana aku simpan buku lukisan Qisha terus aku berlari masuk bilik.

Aku nampak satu kad yang telah dironyok di atas lantai. Aku tahu yang itu kad majlis pertunangan Daniel dan Dina. Aku terus berasa bersalah dengan dia kerana tidak memberitahu hal ini kepadanya. Bukan aku tak nak bagitahu tapi Daniel yang paksa supaya tidak bagitahu hal ini kepada Azreen.

"Aku tak tahu nak percaya kau atau tidak Daniel tapi kau dah sakitkan hati adik aku." Gumanku perlahan.

End POV

***

Macam yang aku cakap tadi, aku hempas pintu dengan kuat. Kemudian, aku menutup televisyen dan merebahkan badan di atas katil. Aku mahu nangis sehabis mungkin. Jadi dia putus dengan aku sebab nak betunang dengan Dina tapi kenapa? Dia kan tak suka Dina. Arghh, kepala aku serabut."

Tok Tok !

"Azreen, buka pintu ni." Arah Ayyan kuat sambil mengetuk pintu bilik aku. Aku tahu dia datang nak pujuk ataupun terangkan pasal kad yang aku ronyok tadi tapi ada aku kesah? Aku hanya buat tak tahu dengan panggilannya.

"Azreen tolong bagi aku explain." Dia cuba merayu sebaik mungkin. Kalau bukan sebab sayang abang aku malas nak layan dia. Aku gagahkan diri untuk bersuara.

"Kau nak apa?" Tanyaku kasar. Malas nak berlembut dengan abang tak guna macam dia. Bukan dia dengar pun kalau aku berlembut makin dia memaksa adalah.

"Aku nak kau buka pintu ni." Dia jawab soalan. Aku hanya tergelak di dalam. Apa yang lawak pun aku tak tahu dan tiba-tiba air mata aku keluar. Aku tak tahu sama ada nak nangis atau gelak. Perasaan aku mula tak tentu arah.

"Aku sayang kau! Kenapa kau buat aku macam ni? Sebab Dina kau sanggup hancurkan hati aku." Jeritku kuat menahan marah dengan air mata yang masih berbaki.

"Aku bukan main beria kau nak jumpa aku tadi, lepastu kau ucap putus. Mana Daniel yang aku kenal." Kataku dalam esakkan. Perasaan aku tiba-tiba berubah, aku dapat rasakan aura kebencian dalam diri terhadap Daniel.

"Reen please." Jerit Ayyan yang berada di luar. Aku mengelap air mata berulang kali memandangkan air mata ni mengalir sentiasa.

"Pergilah, aku nak rehat." Ujarku. Aku penat sangat, sangat penat dengan semua ni.

"Janji dengan aku dulu kau tak cederakan diri sendiri." Aku sekadar menjawab ya. Suaranya yang memanggil sudah tidak kedengaran. Aku buat keputusan untuk tidur.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro