46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa bulan kemudian,

"Azreen! Cepat lah sikit. Nanti kita lambat pula." Marah Ayyan di hadapan muka pintu bilik aku. Dia ni memang tak boleh tengok orang senang lah, aku nak bersiap pun tak senang.

"Sabarlah. Aku tak siap lagi." Marahku balik. Aku ambil lipstik berwarna pink dan mencalitkan di bibir.

"Cantik-cantik nak pergi mana? Kita nak ambil result je bukan pergi jumpa jodoh." Bebel Ayyan. Ya! Hari ni result SPM dan STPM akan keluar. Semua pelajar tingkatan 5 dan 6 tahun lepas perlu hadir ke sekolah pada pukul 10 pagi.

"Iya-iya. Dah siap ni." Balasku. Aku ambil telefon yang sudah dinaik taraf daripada Iphone 7+ ke Iphone 8+ di atas meja. Kemudian, aku tutup lampu bilik dan turun ke bawah. Ayyan sudah masuk ke dalam kereta dahulu.

Aku pergi ke rak kasut bersebelahan pintu. Kasut jenama Vans aku ambil dan pakai. Aku terus berlari ke arah kereta Ayyan yang sudah tunggu di luar pagar rumah. Pintu sebelah pemandu aku buka.

"Kau ingat, kau tuan Puteri ke?" Perli Ayyan kuat. Kereta Lotus berwarna hitam miliknya sudah mula pecut ke sekolah. Wow! Dia dah upragde keretala. Lalala, aku pun dah ada kereta tapi malas nak guna lagi.

"Suka hati akulah. Mana tahu boleh jumpa jodoh nanti." Kataku. Aku bagi jelingan maut kepadanya. Tangan sibuk bermain telefon pintar.

"Jodoh kau dah kena ambil dengan orang."

Janam, janam, janam, kau memang abang jahanam.

"Maaf Reen. Ayyan tak ada niat nak ungkit balik." Ujar Ayyan bila aku hanya mendiamkan diri.

"Tak apa. Aku pun dah redha." Jawabku senada. Ayyan terus diam, dia hanya fokus dengan pemanduannya.

"Macam mana kalau aku terjumpa dengan dia kat sekolah nanti? Lepas tu dia dengan Dina?." Bisik hati ku.

***

Aliff POV

Aku, Hazmi dan Daniel sedang duduk di gazebo untuk menunggu ketibaan Ayyan yang tak menepati janji.

"Mana Ayyan ni? Kata 9:30 dah sampai, ni dah nak masuk pukul 10." Rungut Hazmi sambil memandang jam tangannya.

"Sabarlah babun. Tak kan kita nak masuk dewan tanpa dia." Aku tepuk belakang Hazmi kuat. Daniel hanya mendiamkan diri.

"Apahal diam je bro!" Aku tepuk belakang Daniel pula. Dia tersentak. Hazmi pandang ke arah aku dan Daniel.

"Ha, tak ada apa-apa." Balasnya sedikit gugup.

Sebuah kereta lotus berwarna hitam memasuki kawasan sekolah. Kami bertiga memandang ke arah kereta tersebut.

"Ni kereta siapa pula? Setahu aku, mana ada pelajar pakai lotus tahun lepas." Kata Hazmi sambil melihat kereta itu tanpa berkelip.

"Manalah aku tahu." Jawabku mendatar.

Seorang perempuan keluar dari tempat duduk sebelah pemandu. Dia memakai topi berwarna hitam di kepala membuatkan aku susah melihat.

"Siapa tu wei!" Hazmi tunding jari ke arah perempuan tersebut. Perempuan itu, tiba-tiba memusingkan kepala ke arah belakang.

"Lah, Azreen rupanya." Kata Hazmi lalu mengeluh. Aku dapat lihat wajah Daniel berubah berbanding tadi, makin murung.

End POV

***

"Cepatlah keluar." Kepala aku masukkan ke dalam kereta semula untuk memandang Ayyan yang lambat macam siput tu.

"Sabarlah. Aku nak tunjuk hebat sekejap bawa kereta lotus." Katanya. Aku menahan ketawa. Apa punya abanglah dia ni.

"Tak ada siapa heranlah kau bawa lotus. Cepatlah babun." Bebelku lagi. Aku keluarkan kepala semula. Aku dapat lihat kelibat Aliff dan yang lain di ruangan gazebo. Ramai orang yang memandang ke arah aku dan kereta ini.

Tiba-tiba, semua bekas pelajar perempuan menjerit dengan begitu kuat. Aku yang pelik terus pusing ke arah belakang. Rupa-rupanya, babun tu dah keluar patutlah ramai perempuan jerit. Aku tahulah abang aku hensem tapi tak payah lah nak menjerit bagai. Aku pun ikut kembang nanti.

"Kau termenung apa lagi? Sini jalan dengan aku." Entah bila Ayyan ada di sebelah aku pun tak tahu. Dia menarik lembut tangan aku dan kami berdua berjalan ke arah Aliff dan yang lain. Aku dapat lihat wajah Daniel berubah apabila nampak aku.

Tolong jangan bagi aku cari masalah dengan dia atau dia yang cari masalah dengan aku.

"Hello bro!" Ayyan dan Aliff bertepuk tangan sesama sendiri diikuti dengan Hazmi juga.

"Hello Azreen. Makin lawalah kau ni. Rugi siapa yang lepaskan kau." Kata Hazmi dan pada masa yang sama menyindir Daniel di sebelahnya. Aku hanya mampu tersenyum manis ke arah Hazmi bukan lelaki tu.

"Semua dah ada kan? Boleh la kita masuk dewan sekarang. Nanti lambat buat malu je." Kataku bersaja. Sebenarnya nak lari dari terpandang dia. Cakap bertunang dengan Dina, aku tak nampak Dina pun. Kalau diorang dah putus tunang aku akan ucap ALHAMDULILAH, sekarang kau dapat balasan balik setelah apa yang kau telah buat tapi nak ke diorang putus? Ish! Whatever!

"Ala, lambat lagi." Kata Hazmi.

"Lantaklah. Aku masuk dewan dulu." Aku terus pergi meninggalkan mereka berempat. Baik aku cari Qisha, lagi bagus. Boleh share story yang lama aku pendam dalam hati ni.

Daniel POV

"Lantaklah. Aku masuk dewan dulu." Azreen terus pergi meninggalkan kami. Aku terfikir. Adakah dia mahu pergi cepat kerana benci tengok muka aku? Mungkin juga.

"Apahal lambat bro?" Tanya Hazmi sambil menjeling ke arah Ayyan.

"Tuan Puteri kita bersiap lambat. Katanya, kalau pakai lawa-lawa boleh jumpa jodoh." Kata Ayyan sedikit kuat. Dia sengaja menekankan perkataan jodoh. Hm, nak sindir aku mungkin. Aku tahulah yang aku dah lukakan hati adik kesayanyan dia.

"Hm, jodoh eh? Kalau aku nak jadi jodoh dia boleh?" Tanya Hazmi selamba. Aku sudah merenung dia dengan renungan paling tajam. Ayyan yang terlihat aku merenung Hazmi terus aku alihkan kepala ke arah lain.

"Kau nak jadi adik ipar aku? Boleh je." Balas Ayyan tersenyum sinis. Aliff dan Hazmi sudah ketawa. Entah apa yang dia ketawa pun tak tahu lah.

"Hm, Daniel. Asal buat muka macam tu? Kitorang tak tahanlah nak gelak." Kata Aliff bersaja. Aku tersentak. Nampak sangat ke macam aku tengah panas ni dengar topik perbualan diorang? Ahh, sudah!

"Aku masuk dewan dulu." Kataku mendatar. Aku terus pergi meninggalkan mereka bertiga. Aku masih dapat dengar yang mereka sedang ketawa.

End POV

***

PUTERI AZREEN MIKAIL,
TAWARAN BELAJAR KE UNIVERSITY, ESLSCA BUSINESS SCHOOL (EBS)
FRANCE.

Aku membaca surat tawaran itu sekali lagi di hadapan ahli keluarga aku di ruang tamu. Kami semua baru habis makan malam dan kak Munah mengatakan ada surat untuk aku jadi sebab itulah kami semua berkumpul di ruang tamu.

"Patut ke Reen terima?" Tanyaku buat kali ke tiga puluh lapan tapi jawapan daripada mereka semua tetap sama iaitu 'patut'.

"Tapi-"

"Daddy nak kamu ambil alih syarikat daddy nanti jadi kamu kena terima tawaran tu untuk belajar lebih lanjut tentang business." Kata Datuk Mikail lembut. Aku sudah membuat muka simpati banyak kali di hadapan mereka semua tetapi muka simpati aku tiada siapa yang layan.

"Ini untuk kebaikkan kamu sayang." Tambah Datin Azira pula. Aku mengeluh kecil. Aku baru nak duduk rumah tapi kena sekolah lagi selama 6 tahun. Kalau 6 hari pun aku taknak juga.

"Ala, Reen baru nak ambil STPM macam Ayyan." Runggutku perlahan. Ini semua dusta untuk melepaskan diri daripada terima tawaran itu.

"Jangan nak berdalih sayang. Mummy tahu taktik kamu." Kata Datin Azira. Aku tersentak. Macam mana Mummy boleh tahu ni? Aku cakap dalam hati bukannya kuat.

"Kenapa tak suruh Ayyan je ambil alih syarikat daddy?" Tanyaku dengan penuh harapan.

"Aku pun dapat tawaran tapi jurusan doktorla." Kata Ayyan dengan bangganya. Cis! Dia boleh pula nak jadi doktor. Aku nak capai cita-cita sendiri pun tak boleh.

"Reen nak ke-"

"Adikku sayang, kamu tiada cita-cita tetap jadi jangan nak mereka cerita palsu." Ayyan menyilangkan tangan ke dada. Dia tersenyum sinis ke arah aku.

"Jadi?" Tanya Datuk Mikail penuh harapan agar aku terima tawaran ini. Aku mengeluh perlahan lagi selagi. Demi Daddy dan Mummy aku sanggup.

"Fine but." Kataku tergantung .

"But?" Tanya mereka bertiga serentak.

"Ignore that." Arahku perlahan.

"Alhamdulilah." Datuk Mikail dan Datin Azira berkata serentak. Mereka tersenyum lebar ke arah aku,

"Happy nampak." Perliku sehabis mungkin.

"Mestilah happy." Balas Datin Azira teruja. Aku sudah tarik muka tanda menyampah + tak suka.

"Cis!" Gumanku perlahan tetapi cukup kuat untuk mereka dengar.

"Mummy gurau je. Mummy happy sebab Reen pilih masa depan dengan baik bukan happy sebab Reen kena pergi dari sini." Kata Datin Azira tersenyum manis ke arah aku.

"Apa-apa jelah." Terus aku berlari untuk memeluk tubuhnya.

"Belajar rajin-rajin ya anak Mummy." Datin Azira usap kepala aku dengan lembut. Aku hanya tersenyum kelat.

"Nanti Daddy akan uruskan semua keperluan Reen kat sana. Ayyan dapat U negara mana?" Tanya Datuk Mikail sambil memandang ke arah Ayyan. Aku sudah meleraikan pelukkan.

"Bangladesh."

"Seriouslah?" Tanyaku sedikit terkejut. Gila apa abang aku nak belajar kat sana.

"HAHAHAHA, kat Jermanla." Katanya sambil ketawa.

"Ala, aku baru nak gelar kau budak bangla." Kataku sinis. Riak wajah Ayyan berubah apabila dengar aku kata begitu. Itulah aku serius, dia boleh pula main-main.

"Azreen!" Jerit Ayyan kuat. Dia mula mengejar aku. Aku apa lagi? Larilah kat kawasan ruang tamu ni.

"Sudah. Pergi masuk tidur sana." Aku sudah pecut dulu ke bilik sebelum Ayyan dapat aku. Kalau dia dapat tangkap aku, matilah aku.

Aku duduk di atas katil. Telefon pintar aku tiba-tiba berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku dengan rajinnya pergi baca mesej itu.

You have 5 notification

Aku buka mesej daripada Qisha terlebih dahulu.


kau dapat tawaran belajar kat mana?

University EBS, Perancis doo ! 😢😢😢

Kemudian aku pergi ke mesej Ayyan pula.

Babun 🐵
kali ni kau boleh terlepas tapi esok tak

Aku hanya bagi bluetick kat mesej dia. Malas nak layan abang gila macam dia tu. Seterusnya, aku pergi ke chat group.

Kenangan 5V

Amirul
apa citer dengan result korang?
dapat tawaran belajar mana?

Tiada sesiapa pun yang balas pertanyaan Amirul. Kesian dia, aku pun malas nak layan dia dan aku pergi ke mesej terakhir.

+60112345678
Hi sayang !

Gila? Memang pun. Aku tak balas teks tu sebab aku tak tahu tu siapa. Kalau nak cakap Daniel, aku masih simpan nomber dia dengan nickname 'stranger'.

Aku tutup telefon dan meletaknya di atas meja lampu sebelah kiri. Sekarang masa untuk tidur. Aku pejamkan mata dan harapkan sesuatu yang indah akan muncul nanti.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro