#2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tiba-tiba ada seseorang masuk ke dalam bilik aku. Nasib baik aku masih bertudung. Aunty Julia dan mama hanya tersenyum sahaja.

"Ni lah anak Aunty Julia."

Aku melihat si dia. Masih tersenyum kelat. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya selepas sedar yang aku memandang dia. Tapi dia kelihatan langsung tak kisah dengan aku. Eh, buat apa aku nak resah? So, chill. Mungkin dia marah lagi kot dengan aku.

"Tengku Aryan Mikhail."

Aku hanya tersenyum palsu. Dia masih menghalakan pandangannya ke arah lain.

"Dah lah, Mia berehat dulu. Kami turun ke bawah dulu ya."

Aku hanya mengangguk lemah.

..........

"Semalam kan aku jumpa sorang ni."

"Siapa?"

Okay, ni Adlina. Sepupu aku merangkap best friend forever aku.

"Nama dia Tengku Aryan Mikhail."

"Woi! Tu ketua pengawas tu."

"Form 4 pun dah jadi ketua pengawas?"

"Dilantik sebelum cuti sekolah hari tu lagi."

Aku hanya membuat muka orang tak tahu. Serius ah, headprefect? 

"Siapa pulak penolong ketua pengawas?"

Nak jugak tahu. Selalunya ketua pengawas dengan penolong ketua pengawas couple dan mesti nampak secocok.

"Engku Elfyra."

"Engku jugak?"

"Ye lah. Sekolah baru kau nanti, kebanyakkan orang kerabat yang sekolah situ. Termasuk aku lah. Tapi ada je yang bukan kerabat and cikgu kitaorang kata kalau beza-bezakan antara kerabat atau tak, automatik kena buang."

Wah, inilah sekolah yang ku inginkan.

"Wah. Ini membuatkan aku tak sabar nak sekolah ni."

"Alah, lagi 2 bulan."

Betul jugak tu. Lagi 2 bulan. Lupa nak bagitahu nama penuh Adlina. Sepupu belah mak aku. Tengku Nur Adlina.

"Weyh, aku nak tanya."

"What is it?"

"Jujur dengan aku."

Jujur apa pulak ni. Bunyinya macam mencurigakan aku.

"Apa?"

"Jujur kata dengan aku eh. Kau cair tak tengok Aryan?"

Cair? Sejujurnya aku cair tapi aku tak suka dia. Benci sebab dia mengada-ngada.

"Tak cair pun."

"Tengku Mia Arissa yang aku kenal selalu sangat cair setiap kali tengok lelaki. And ramai orang minat. That's impossible!"

Nampaknya aku tak boleh langsung menipu Adlina. Well, kitaorang dah macam kembar.

"Tah lah. Dia langsung tak membuatkan aku cair."

Sejujurnya, dia senyum je aku dah cair but aku terlalu bencikan dia. Too much.

"Okay. Okay."

"Then kau, tak cair?"

"Aku ada orang lain yang boleh buatkan aku cair.

..........

"Jomlah kakak. Please."

"Iman. Iman dah besar. Iman boleh pergi sendiri kan?"

Dia mencebik. Mula dah. Dia berlari masuk dapur. Aku bukan tak nak tolong mama. Excuse aku aku tengah buat latihan. Haha.

"Mia! Teman Iman pergi taman. Boleh bawak buu tu sekali kan?"

Fine! Malasnya nak keluar.

"Iman. Tunggu sini. Kakak nak pakai tudung."

Selepas bersiap, aku bawak jugaklah buku-buku latihan tadi. Pakai earphone siap-siap, Bawak phone. Aku jalan kaki je lah pergi taman. Bukannya jauh mana pun. Aku duduk dekat sebuah bangku yang ada meja sekali. Aku tak risau Iman hilang sebab semua yang boleh masuk taman ni ada kad akses. Insyaallah, tak ada yang culik punya. Aku leka bermain Tik Tok sedangkan aku nak study tadi. Tiba-tiba seseorang duduk di hadapan aku. Aku tak hirau sangat sebab dah biasa. Kadang jiran-jiran yang duduk depan aku ni. Main duduk je. It's okay. Hidup mesti berjiran. Even aku baru duduk sini tapi selalu jugak aku balik rumah kat sini. Sebab papa ada kerja.

"Wah, pandang telefon je. Langsung tak pandang orang depan."

Aku tak dengar jelas sangat tau. Jadi aku tutup earphone aku. Aku mengangkat muka aku. Terkejut sekali lagi melihat si dia di hadapan aku.

"Kejap! Jangan pengsan lagi."

Wah, menyempat Aje! Aku mengangkat keningku.

"Apa kau buat kat sini?"

"Aku? Nak jalan-jalan kat taman ni je. Salah ke?"

"Setahu aku yang boleh masuk yang ada kad akses je iaitu orang yang duduk dekat taman ni."

Aku pelik ni.

"Cik Mia, for your information aku ada kad akses tetamu VVIP kat sini. So, suka hati akulah."

Eleh, berlagak. VVIP konon.

"Dah lah, belah lah kau."

"Alah, aku nak sembang kejap je."

"Pergilah kau."

"Tak payah halau halau aku. Aku memang nak pergi pun. Tak ingin nak tengok muka kau."

Dia bangun lalu berlalu pergi. Wah,sedap mulut dia je. Otak psiko.

"Kakak, Iman haus ni. Jom balik."

"Baru main Dah haus?"

Iman menganggukkan kepalanya. Dah tahu dah perangai Iman. Aku membawanya balik. Tiba-tiba ada seseorang yang sedang menunggang motosikal hon kami. Aku menyampah tengok muka si penunggang motosikal tu.

"Iman, Iman nak tumpang tak?"

"Nak. Jomlah kakak."

"Iman, kakak tak boleh tumpang. Kalau kakak nak tumpang, nanti dia jadi isteri abang."

Iman sudah tersenyum lebar. Baru 8 tahun do. Iman manja sikit.

"Kalau macam tu, Iman naik dengan Abang Aryan ya?"

"Kakak mesti bagi punya."

Fine. Pergilah!

"Pergilah. Tinggalkan kakak sorang-sorang kat sini. Pergi."

"Okay, bye Kakak."

Iman terus naik atas motor itu. Aryan pulak laju gila pecut. Nasib aku kena jalan kaki even rumah tak seberapa jauh.

"Aku benci kau, Tengku Aryan Mikhail!"

..........

"Mia. Kalau Mia terpaksa kahwin, Mia terima tak orang tu?"

"Hah? Kenapa pulak ni?"

"Tak ada apa-apa lah."

Aku hanya senyap. Kami dalam perjalanan ke rumah mak tok. Balik kejap. Mama cuti tapi papa still kerja.

"Mak tok! Oh, Mak tok!"

Aku tercari-cari mak tok. Kalau tak ada dekat dapur, ada dekat belakang rumahlah tu.

"Mak tok!"

Akhirnya jumpa jugak mak tok. Tengah parut kelapa rupanya.

"Awai hangpa sampai? Tak jem?"

"Mana ada. Cheq rindu mak tok sangat-sangat ni."

"Dah dah. Jangan nak bodek mak tok. Ni hang nak makan apa sebenarnya?"

"Ni cheq sayang mak tok ni. Cheq nak makan makanan paling sedap yang mak tok buat."

Mak tok dan aku sudah tersenyum. Well, aku and Adlina ni cucu kesayangan mak tok. Mak tok ni rendah diri sikit. Dia tak mau duduk rumah bertingkat-tingkat lagi even ada Tengku kat depan tu...

..........

"Kejapnya hangpa balik."

"Mama yang nak balik dulu. Esok dia dah kerja. Lusa cheq dengan Iman balik naik bas ja."

"Haa..ye lah."

..........

"Nak pi mana tu?"

"Keluar kejap."

"Tak bawak Iman."

Actually aku malas nak bawak Iman. Nanti mengada-ngada sibuk nak pergi sana lah sini lah. Aku nak ambil angin yang tenang. Hah, tahun depan nak SPM dah kan. Tiba-tiba telefon aku berdering. Ya, sebenarnya aku juga tertunggu-tunggu panggilan dari Adlina. Aku duduk di sebuah titi. Hope so tak kotor titi ni. Alah, nanti aku juga yang kena basuh.

"Kau dekat rumah mak tok ke?"

"Haah. Kau bila nak balik."

"Kau lupa lagi. Aku kat Cameron Highlands ni."

"Nak strawberi sikit tau. Please!"

"Ye lah. Nasib sepupu kesayangan aku."

Aku tersenyum lebar. Keluarga sebelah mak ni tak lebih-lebih sangat. Macam lebih merendah diri walaupun depan tu ada Tengku jugak.

"Weyh, aku nak cakap pasal Aryan."

Apa kaitan Aryan pulak?

"Tadi dalam kereta aku nak tidur tapi aku terbangun. Dan time tu aku terdengar mak ayah aku kata pasal kau dengan Aryan."

Aku dengan Aryan?

Bersambung.....

Jangan lupa vote...☺️
Abaikan typo dan maaf kalau novel ini membosankan.
Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro