#3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pasal aku dengan Aryan?

"Kenapa pasal aku dengan Aryan pulak?"

"Mak ayah aku kata mak ngah dengan pak ngah nak kahwin kan kau dengan Aryan."

What!???

"Apa? Kau jangan main-main weyh."

"Betul. Eh, Okaylah. Aku kena pergi dulu. Bye!"

Aku terkejut. Nasib aku tak terbaling telefon ni. Mama dengan papa nak kahwinkan aku dengan Aryan? No! That's will not happen!

..........

Seminggu kemudian...

"Esok ada orang nak datang. Tu yang puan suruh beli banyak barang ni, Cik Mia."

Siapa agaknya nak datang? Time cuti sekolah ni akulah aje yang kena teman Kak Wawa ni pergi pasar. Dengar cerita Mak tok pun datang. Petang ni insyaallah dia sampai. Pelik? Ada makan-makan ke? Sebab mak long pun ada. Mungkin family farewell. Tapi dah nak sebulan cuti sekolah. Hmm.....aku hanya senyap di sepanjang perjalanan. Tiba-tiba ada sebuah mesej masuk.

Unknown:

- Kita jumpa esok. Hopefully, kau baik-baik saja.

Dahi aku dah kerut dah. Siapa pulak yang mesej ni? Esok? Takkan Adlina buat nombor baru semata-mata nak buat prank macam ni je.

..........

"Mia! Kenapa Mia tak siap lagi ni?"

"Siap?"

"Ye lah, malam ni ada orang nak datang pakai baju yang cantik sikit."

"Ye lah."

Aku dengan langkah yang malas menuju masuk ke dalam bilik. Tukar baju semua. Malas gila. Aku calit sikit make up at least nampak sikit effort nak siap daripada mama make up kan. Aku turun ke bawah untuk membantu mama. Aku melihat Adlina juga sedang membantu mama.

"Ni Mia tinggal buat air ni je. Mama nak siap kejap."

Mama meluru keluar dari dapur. Aku mula gosip sikit dengan Adlina.

"Weyh, kau semalam ada guna nombor lain ke untuk prank aku?"

"Kau tuduh aku macam tu. Huhuhu."

Manja!

"Bukan. Tapi kau je yang suka nak prank aku."

"Tak kuasa aku nak kacau kau. For your information, semalam aku tidur awal."

"Ish, dia tak text malam. Waktu tu aku teman Kak Wawa beli barang."

"Hm...Waktu tu mungkin aku tengah tidur jugak."

Adlina suka sangat tidur. Kalau tak tidur, chat orang. Orangnya special lah di hati Adlina.

"Kau rasa siapa eh yang text aku semalam tu?"

"Entah. Dah, yesterday is yesterday. Yesterday never today."

Hmm... tiba-tiba loceng berbunyi. Aku dan Adlina meluru ke pintu.

"Kau bukalah."

"Eh, kau tuan rumah. Buka cepat."

"Kau bukalah."

"Weyh, kau lah yang buka. Haa...aku tak tahu nak buka pintu rumah kau ni."

Hmm... Adlina time ni tak pandai buka pintu nya.

"Entah-entah Farhan. Apa kata kau buka?"

"Apasal Farhan nak datang rumah kau?"

Makin kuat bunyi pintu loceng itu dibunyikan.

"Eh, korang ni. Buka je lah pintu ni."

Mama sudah mendahului aku dan Adlina. Mama sudah membuka pintu. Aku terkejut melihat Aunty Julia Dan Uncle Murad. Aku segera menyalami tangan Aunty Julia. Mama sudah mengiringi Aunty Julia Dan Uncle Murad masuk ke dalam. Papa and mama dengan Mak long dan Pak long dah sembang kat situ tapi aku dengan Adlina keluar dari rumah.

"Eh, Asal Kita keluar ni?"

Aku membuat isyarat senyap. Aku sebenarnya cari Aryan. Aku dan Adlina sudah di pagar rumah.

"Kau asal ni? Kita dah dekat pagar ni. Kau cari siapa?"

"Shhh..."

Tiba-tiba sebuah motosikal diberhentikan betul-betul di hadapan rumah aku. Aku melihat seorang gadis turun dari motor itu.

"Hai Akak!"

Aku hanya tersenyum.

"Nampak dah lambat! Siap macam perempuan!"

Aryana marah lelaki itu. Yeah, lelaki itu Aryan. Yana meluru masuk ke dalam rumah. Aku menggenggam tangan Adlina sebab aku takut dia lari tinggalkan aku. Dia baru nak turun dari motor. Wah, form 4 dah pandai bawak motor. Alah biasalah tu, lelaki. Dia membuka helmetnya. Aku terpegun. Tiba-tiba sahaja pandangan aku mulai kabur.

End Mia POV

Aryan POV

Sepanjang perjalanan Cik Aryana membebel je dekat aku. Aku nak bawa motor pun tak tenang. Ye lah, aku terlambat siap tadi. Sebenarnya rumah aku bersebelahan taman dengan rumah Uncle Muiz dan Aunty Wahida ni.

"Hai Akak!"

Dia hanya tersenyum. Aku hanya melihat dia disebalik helmet aku.

"Nampak dah lambat! Siap macam perempuan!"

Wah, Yana. Kau marah aku depan Mia and Adlina. Depan perempuan. Lepas marah, terus blah je masuk dalam rumah. Aku turun dari motor. Takkan nak duduk atas motor je. Aku buka helmet. Tiba-tiba je Mia pengsan sekali lagi.

"Mia! Mia! Bangun, Mia!"

Adlina cuba mengejutkan dia.

"Adlina! Kau percikan sikit air."

Adlina berlari ke arah paip. Dia segera memercikkan air ke muka Mia. Mia pun sedar.

"Kau apasal tiba-tiba pengsan ni?"

Mia menggeleng. Dia memandang aku seperti menyuruh aku senyap.

"Dah, jom masuk."

Aku pun ikut je lah diaorang masuk.

End Aryan POV

Mia POV

Aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba pengsan sekali lagi. Di meja makan, aku hanya senyap. Sesekali sampuk juga bila mama or Aunty Julia tanya. Mak tok pun ada. Dia yang banyak bersembang. Selepas makan, Mak tok memanggil semua orang duduk sekali. Katanya nak bincang sesuatu.

"Mia, mak tok ada permintaan. Mak tok tahu permintaan mak tok ni sangat berat untuk Mia tunaikan."

Bunyi macam mencurigakan.

"Apa dia mak tok?"

"Mak tok nak Mia dengan Aryan kahwin bulan depan."

Terbeliak mata aku.

"Mia, Mak tok harap sangat Mia dapat tunaikan hasrat Mak tok ni."

"Hmm...Aryan, Kamu macam mana? Arwah nenda dulu pun nak jugak nikahkan kamu dengan Mia. Jadi, kamu tunaikan lah ya hasrat terakhir nenda."

Aku terdiam. Tak tahu nak kata apa. Terkejut plus gembira. Kenapa gembira? Entah. Perasaan aku bercampur baur. Tak tahulah.

"Aryan setuju je."

Makin terkejut aku.

"Em...Mak tok bagi Mia cakap sekejap dengan Aryan boleh tak?"

Aku segera keluar dia pun keluar.

End Mia POV

Aryan POV

"Mak tok nak Mia dengan Aryan kahwin bulan depan."

Terbeliak mata aku.

"Mia, Mak tok harap sangat Mia dapat tunaikan hasrat Mak tok ni."

"Hmm...Aryan, Kamu macam mana? Arwah nenda dulu pun nak jugak nikahkan kamu dengan Mia. Jadi, kamu tunaikan lah ya hasrat terakhir nenda."

Aku pun terdiam. Sebab aku kalau bab nenda ni aku sensitif. Hasrat terakhir dia ini rupanya.

"Aryan setuju je."

Muka Mia terkejut. Aku setuju sebab nenda okay?

"Em...Mak tok bagi Mia cakap sekejap dengan Aryan boleh tak?"

Aku turut sahaja permintaan Mia. Aku keluar dengan dia.

End Aryan POV

Mia POV

Aku memandang dia. Dia masih senyap.

"Kenapa kau setuju eh?"

"Sebab nenda aku. Jangan perasan aku nak suka kau."

Eh, Ada aku kata ke? Em, Awak suka saya eh? Mana ada aku kata macam tu...

"Okay, kalau macam tu aku terima sebab mak tok aku. Jangan perasan yer."

"Hmm..."

Hmm...je respon dia. Susah nak cakap dengan orang keras kepala ni.

Bersambung.....

Jangan lupa vote...☺️
Abaikan typo dan maaf kalau novel ini membosankan.
Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro